SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Saturday, July 21, 2012






PERSOALAN PUASA BULAN RAMDHAN


Cara Menentukan Waktu Berbuka Bagi Orang Musafir


Soalan :

Ustaz,

saya akan pulang ke Malaysia pada penghujung Ramadhan dan akan menaiki penerbangan selama kurang lebih 13 jam. Perjalanan saya akan bermula pada pukul 12.00 tengah hari waktu tempatan. Saya dijangka tiba di Malaysia hari berikutnya pada jam 7.25 pagi waktu Malaysia. Mengikut waktu tempatan, saya akan mulai berpuasa pada jam 5.17 pagi dan berbuka pada jam 6.51 petang.

Soalan saya, semasa dalam perjalanan ini, adakah saya perlu mengikut waktu tempatan tempat saya berlepas atau mengikut waktu Malaysia bagi tujuan berbuka puasa/sahur/solat?

Jawapan :

Menurut fatwa Syeikh ‘Athiyah Saqar Rahimahullah (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar). Seorang yang bermusafir sebagaimana juga orang lain yang tidak bermusafir- ia hendaklah berbuka apabila telah tiba malam (yakni telah jelas terbenam matahari). Ini kerana Allah berfirman (bermaksud) : “Kemudian sempurnakanlah puasa hingga (tiba) malam (yakni terbenam matahari)” (al-Baqarah : 187).

Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim diceritakan Nabi sAW bermusafir di bulan Ramadhan bersama sahabatnya. Apabila matahari terbenam, baginda meminta seorang lelaki menyediakan makanan untuknya. Bila telah disediakan, baginda minum sambil berkata dengan tangannya menunjuk ke arah Timur dan Barat : “Apabila matahari telah terbenam dari arah sana (arah Barat) dan datang malam dari arah sana (yakni Timur), maka orang berpuasa bolehlah berbuka” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim dari Umar ra).

Jadi, berdasarkan ayat al-Quran dan hadis tersebut, seorang yang berpuasa tidak harus berbuka kecuali apabila telah tiba malam dan malam tiba dengan terbenam matahari. Selama orang yang berada di atas kapal terbang tidak melihat malam (yakni ia masih melihat siang) tidak harus ia berbuka. Apa yang akan berlaku jika ia bermusafir ke Timur, maka siangnya semakin pendek dan tempoh puasanya juga akan jadi singkat. Dan jika ia menuju ke arah Barat, siang dan puasanya akan jadi panjang. Arah mana pun yang ia tujui (sama ada Timur atau Barat), yang dijadikan perkiraan untuk berbuka ia dengan tibanya malam (terbenam matahari), bukan merujuk kepada waktu di tempat ia bertolak atau waktu di tempat tujuannya atau waktu semasa di Negara/kawasan yang dilalui oleh kapal terbangnya.

Jika berpuasa menyukarkan bagi orang yang menuju ke Barat, kerana masa berpuasa yang menjadi lebih panjang, harus ia meninggalkan puasa atas sifatnya sebagai seorang musafir dan kemudian mengqadhanya selepas Ramadhan.

Hukum Menelan Gelema, Kahak Atau Hinggus ketika Puasa


Soalan

Ustaz, saya ada satu kemusykilan, adakah menelan kahak atau hingus yang turun dari hidung dapat membatalkan puasa?
Jawapan

Selain dari itu, terdapat khilaf di kalangan ulamak termasuk perkara-perkara yang disebut dalam soalan di atas. Bagi masalah menelan gelema, dahak dan hingus para ulamak berbeza pandangan, ada yang berkata ia membatalkan puasa dan ada yang berkata ia tidak membatalkan puasa.

Menurut mazhab Syafie gelema atau kahak yang dikeluarkan dari dalam tekak, jika diludahkan keluar tidaklah membatalkan puasa. Namun jika gelema atau kahak itu ditelan kembali selepas berada dalam mulutnya, maka batallah puasa.

Adapun menyedut gelema dari kepala atau hidung, jika terus masuk ke dalam kerongkong tanpa melalui perantaraan mulut, tidaklah membatalkan puasa. Namun jika disedut masuk ke mulut, kemudian ditelan maka batallah puasa. Jika diluahkan, maka ia tidak membatalkan puasa. Menurut ulamak-ulamak yang lain, menelan gelema tidaklah membatalkan puasa kerana ia biasa berada dalam mulut dan datangnya dari dalam badan bukan dari luar, jadi diumpamakan seperti air liur. 

Melakukan Persetubuhan Ketika Masuk Subuh Di Bulan Ramadhan Tanpa Disedari

 Soalan :

Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya itu bermula?

Jawapan :

Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Kecuali, ia tidak menyedari bahawa masuk waktu subuh itu telah hampir secara tidak sengaja seperti jam rosak atau tidak betul, tidak dengar suara azan, tidak nampak fajar sidiq atau sebagainya. Maka perbuatan persetubuhan suami isteri dimaafkan. Jika dalam masa tersebut sudah kita menyedari waktu imsak atau waktu subuh sudah mendekati, maka jangan sesekali melakukan persetubuhan, sebab dikautiri terbabas sehingga masuknya waktu subuh. Begitu juga kalau hati kita ragu-ragu atau terdetik takut terbabas persetubuhan tersebut sehingga waktu subuh, maka lebih baik dielakkan dari melakukan persetubuhan tersebut, kerana perbuatan berjaga-jaga lebih baik untuk menghindari dari berlakunya dosa.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin. hadis riwayat Abu Hurairah bahwa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw dan berkata:
”Aku telah celaka wahai Rasulullah. Baginda menjawab : Apa yang membuatmu celaka? Orang itu berkata : Aku telah menyetubuhi isteriku di bulan Ramadhan. Baginda bertanya : Adakah kamu memiliki sesuatu untuk membebaskan hamba? Orang itu menjawab : Tidak. Baginda bertanya : Sanggupkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut? Orang itu berkata : Tidak. Baginda bertanya : Apakah kamu memiliki sesuatu untuk memberikan makan enam puluh orang miskin? Orang itu menjawab : Tidak. Kemudian Baginda terdiam beberapa saat hingga didatangkan kepada Baginda setangkai kurma dan berkata : Ambil kurma ini sedekahkanlah ia. Orang itu berkata : Adakah orang yang lebih miskin dari kami. Maka tidak ada tempat diantara dua batu hitam penghuni rumah yang lebih miskin dari kami. Lalu Baginda pun tertawa hingga terlihat gigi garhamnya kemudian berkata : Pegilah dan berikanlah ini kepada keluargamu.” (Riwayat Jamaah)

Masalah ini juga sama dengan orang yang tidak berkahwin melakukan persetubuhan di waktu tersebut atau waktu siang Bulan Ramadhan, maka mereka akan dikenakan denda kiffarah sepertimana telah saya nyatakan di atas. Mereka bukan dosa melakukan persetubuhan di waktu puasa, malah mereka juga telah melakukan dosa besar dan perbuatan yang dikutuk oleh Allah disebabkan zina. Sabda Allah swt yang bermaksud :
“Perempuan Yang berzina dan lelaki Yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa Yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang Yang beriman.” (An-Nur : 2)

Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah saw semasa baginda berada di dalam masjid lalu beliau memanggil Rasulullah seraya berkata : ‘Wahai Rasulullah sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan zina,’ maka Rasulullah berpaling daripadanya sehingga diulang pengakuannya sebanyak empat kali. Maka apabila lelaki berkenaan telah membuat pengakuan ke atas dirinya sebanyak empat kali Rasulullah saw pun memanggilnya lalu bersabda : ‘Adakah engkau gila ? Jawab lelaki itu : Tidak. Nabi bersabda lagi : Adakah engkau telah kahwin? Jawab lelaki itu : Ya. Maka Nabi bersabda : Bawalah dia dan jalankan hukuman rejam.” (Muttafaqun Alaih) 
 Adakah Batal Puasa Mandi Wajib Selepas Subuh

 Sebenarnya masih ramai dikalangan umat Islam Malaysia tidak menguasai perkara yang remeh temah tentang ibadah, setiap tahun atau boleh dikatakan setiap hari ruangan komen blog saya dihujani dengan persoalan remeh dan sama pada komen-komen yang lepas dan banyak jawapan saya berikan. Saya mengharapkan pihak pengunjung dapat menyemak dalam jawapan-jawapan yang saya telah berikan diruangan komen tersebut. Kemungkinan soalan yang anda ingin bertanya itu mempunyai kaitan dengan soalan dan jawapan yang telah diberikan dalam ruangan komen blog ustaz.

Kali ini saya siapkan lagi satu artikel yang berkaitan dengan lewat mandi wajib bagi orang yang telah berpuasa di Bulan Ramadhan. Banyak orang tidak tahu adakah puasa terbatal atau tidak disebabkan lewat mandi wajib. Maka dari ini, saya menyediakan jawapan secara ringkas dan padat untuk mengangkat masalah berkaitan yang timbul dalam benak fikiran anda. Aisyah ra dan Ummu Salamah ra pernah menceritakan bahawa :

“Nabi saw pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalil hadis yang diberikan di atas menunjukkan bahawa orang yang mandi selepas azan subuh atau selepas subuh tidak membatalkan puasa mereka. Bagi orang yang bangun lewat, maka hendaklah ia cepat menyegerakan mandi hadasnya untuk menyegerakan solat subuh. Kalau lewat bangun tidur disebabkan tidak terjaga sahur atau tidak disengajakan, maka perbuatan tersebut dimaafkan oleh Allah, tapi kalau ia disengajakan atau selepas makan sahur tidur balik, maka dosa baginya kerana ia mengabaikan perintah Allah iaitu mengerjakan solat subuh. Makruh juga orang yang sengaja melewatkan mandi wajib kerana banyak perkara yang terhalang ketika ia berhadas besar. 

BERUS GIGI KETIKA PUASA

 Alhamdulillah dikesempatan yang ada ini saya dapat membuat satu artikel yang berkaitan dengan masalah bersugi pada waktu siang puasa di Bulan Ramadhan. Ramai umat Islam di luar sana tidak mengetahui apa hukum bagi orang yang bersugi pada waktu siang hari puasa. Ada berbagai pendapat ulamak tentang masalah ini. Jadi saya mengambil satu inisiatif menyiapkan artikel yang berkaitan masalah bersugi siang hari berpuasa untuk memecahkan kebuntuan yang dihadapi oleh pihak-pihak yang memerlukan.

Hukum bersugi ketika puasa adalah harus dan ini berdasarkan kepada hadis dari Abu Hurairah ra yang bermaksud :
“Seandainya aku tidak memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersiwak pada setiap kali wudhuk” (Riwayat Imam Malik, Ahmad, Nasai)

Rumusan yang dapat diambil dari hadis di atas ini ialah tiada penegahan bersugi atau bersiwak di waktu puasa Bulan Ramadhan. Maka tidak haram bagi sesiapa yang ingin membersihkan gigi mereka pada waktu berpuasa. Makruh bagi sesiapa yang bersugi untuk menghilangkan bau mulut mereka yang berpuasa, ini berdasarkan kepada hadis yang bermaksud :

“Sesungguhnya bauan mulut orang yang berpuasa itu pada hari kiamat adalah lebih baik di sisi Allah daripada bauan haruman kasturi".
Orang yang bersugi ketika waktu zohor (tengahari) ke atas, boleh membuatkan puasa mereka menjadi makruh kerana dapat menghilangkan bau mulut dari hasil puasa mereka. Begitu juga orang yang berlebihan dalam bersugi. Pendapat ini adalah dari ulamak Syafie.

Ada setengah orang bersugi hingga muntah-muntah, hal seperti ini boleh membatalkan puasa kerana mereka sengaja menyebabkan muntah. Hendaklah berhati-hati dalam bersugi jangan disebabkan untuk membersihkan gigi atau amalan sunat dapat membatalkan amalan yang telah diwajibkan oleh Allah seperti puasa Bulan Ramadhan.

Sheikh Muhammad Ibn Saleh al-Uthaimin mengatakan bahawa menggunakan ubat gigi ketika berpuasa di Ramadhan dan selainnya tidaklah mengapa baginya selagi tidak ia masuk dalam perut. Tetapi lebih baik ditinggalkan dari melakukannya kerana atasnya itu mengandung pengaruh yang kuat untuk menembusi perut sedangkan insan itu tidak menyedarinya. Kerana itu, Rasulullah saw bersabda kepada Qait bin Sabrah : "Berlebihanlah dalam berkumur melainkan engkau berpuasa." Maka, lebih aula tidak menggunakan ubat gigi ketika mengerjakan puasa dan ada banyak masa. Jadi apabila diakhirkannya hingga sampai waktu berbuka puasa, maka dia memelihara puasanya dari apa sesuatu yan merosakkannya.

Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa adapun mengenai ubat gigi, maka perlulah dia menjaga dari berlebihan supaya tidak dia masuk sesuatupun darinya ke dalam perut dan inilah pendapat yg dikeluarkan oleh kebanyakan ulamak. Maka aula dijauhkan muslim dari melakukannya dan dia mengakhirkan kepada selepas berbuka puasa. Akan tetapi, apabila melakukannya hendaklah dia berhati-hati padanya. Tetapi jika dia berhati-hati dan termasuk juga sesuatu ke dalam perutnya, maka ia dimaafkan. Allah swt berfirman : "Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." Dan Nabi saw bersabda : "Diangkat dari umatku kesilapan, kelupaan dan apa sahaja yang dipaksakan atasnya."

Kesimpulan yang dapat diambil dari dua pendapat ini ialah lebih baik jangan kita gunakan ubat gigi sebab ditakuti boleh membatalkan puasa dengan cara kita tertelan sedikit ubat gigi atau air yang digunakan untuk berkumur. Selain dari itu juga, ubat gigi juga boleh menghilangkan bau-bauan mulut orang yang berpuasa. Lebih eloklah menggunakan ubat gigi apabila waktu sesudah berbuka puasa.

Menurut pendapat Imam An-Nawawi mengatakan bahawa dibolehkan seseorang itu berkumur tidak melebihi tiga kali dan selebihnya boleh membatalkan puasanya jika ia tertelan. Persoalannya boleh kita menahan dari tidak tertelan air tersebut, sebab air itu sudah bercampur dengan air liur. Maka lebih baik kita elakkan dari membuatkan puasa kita terbatal disebabkan kelakuan kita sendiri.

 PERSEDIAAN SAMBUT RAMADHAN

 Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan, selamat datang bulan Ramadhan yang penuh barakah dan bulan yang dikenali sebagai madrasah untuk mengubah umat Islam menjadi umat yang lebih baik dan lebih berjaya lagi. Objektif kedatangan bulan ramadhan adalah untuk mengajar umat Islam supaya lebih tekun melaksanakan ibadah kepada Allah. Dalam Bulan Ramadhan disediakan berbagai ibadah dan ganjaran pahala yang sangat istimewa kepada mereka yang berjaya mengamalkannya. Di antara ibadah yang disediakan ialah berpuasa selama sebulan, solat sunat tarawih, qiyamullail, Malam Lailatul Qadar dan sebagainya.

Rebutlah ruang dan peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk melaksanakan segala apa yang disediakan dalam Bulan Ramadhan ini. Jangan lepaskan peluang ini, kerana bagi sesiapa yang terlepas peluang ini akan mengalami kerugian yang amat besar dan belum tentu lagi kita dapat bersama pada Ramadhan akan datang.

Pada masa zaman Rasulullah dan para sahabat mereka sangat menanti dan merindui kedatangan Ramadhan. Rasulullah menyambut Bulan Ramadhan dengan mendoakan “Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. Apabila tiba sahaja Ramadhan mereka tidak melepaskan peluang ini. Mereka lakukan segala ibadah dengan penuh kegembiraan dan keseronokkan. Apabila akhir Ramadhan mereka menanggis kerana mereka takut mereka tidak dapat menyambut Ramadhan pada tahun akan datang.

Rasulullah saw telah menyampaikan khutbahnya pada akhir Bulan Syaaban. Alasan yang jelas mengapa ini dilakukan oleh Baginda ialah bahawa Baginda mahu menjelaskan ke dalam fikiran kita tentang kepentingan Ramadhan yang mendatang supaya kita sedar dan tidak akan membiarkan walaupun seketika berlalu tanpa memperolehi manfaat daripadanya. Selepas menyatakan keutamaan-keutamaan bulan ini, perhatian kita terfokus ke arah beberapa perkara yang penting. Pertama Lailatul Qadar iaitu satu malam yang sangat berharga. Baca Teks Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan di sini.

Antara persiapan yang perlu ada kepada kita semua untuk menyambut Ramadhan supaya Ramadhan tidak terlepas begitu sahaja ialah seperti berikut :

  1. Persiapan Rohani penting kepada kita semua, untuk melaksanakan segala ibadah yang ada dalam Bulan Ramadhan ini perlu mempunyai keikhlasan hati dan tidak mengeluh kesah kerana tidak dapat menikmati makanan pada siang hari dan tidak merunggut kelaparan ketika berpuasa.

  2. Ilmu tentang ibadah-ibadah yang terdapat dalam Bulan Ramadhan kena dipelajari oleh kita semua, kefahaman tentang ibadah Bulan Ramadhan ini akan menyebabkan kita mudah melaksanakannya tanpa menghadapi masalah.

  3. Fizikal penting dalam melaksanakan ibadah puasa, sebab orang sakit dalam bulan puasa tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dan ia terlepas dari segala hikmah yang terdapat dalam bulan puasa. Badan sihat juga mudah untuk melaksanakan ibadah Solat Tarawih, mudah untuk membaca Al-Quran dan sebagainya.

  4. Ekonomi juga penting dalam bulan puasa. Orang yang berkemampuan perbanyakkanlah sedekah kepada orang yang tidak berkemampuan. Kerana ganjaran pahalanya sangat besar. Memiliki ekonomi juga dapat membuatkan seseorang itu mudah ke masjid untuk melaksanakan ibadah Bulan Ramadhan.
Pastikan segala apa yang kita lakukan walaupun pekerjaan harian kita sekalipun menjadi ibadah dan kita dikurniakan ganjaran yang sangat besar dan baik dari Allah kerana tidak melepaskan peluang ibadah dalam bulan yang penuh kemuliaan dan barakah ini.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan...


Ramadhan Masa Membuat Perubahan Akhlak


Allah swt telah mengurniakan pelbagai bentuk nikmat dan anugerah yang tidak terhingga banyaknya kepada kita. Antara anugerah yang paling berharga ialah bulan Ramadan yang sedang kita lalui sekarang ini.

Ibadah puasa yang dilaksanakan dengan sempurna selama sebulan mampu mengembalikan manusia kepada fitrah kejadiannya. Berdasarkan kelebihan puasa ini, maka Allah swt turut mewajibkan umat Islam yang terdahulu untuk berpuasa. Firman Allah swt yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. "(Al-Baqarah : 183)

Ayat tersebut menjelaskan bahawa puasa boleh mendidik seseorang menjadi mukmin bertaqwa kepada Allah swt iaitu mukmin yang patuh kepada semua perintahNya serta menjadi mukmin yang takut dan gentar kepadaNya dengan meninggalkan segala bentuk makisat sama ada zahir atau pun batin.

Selain itu, puasa bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, malah seluruh anggota seperti telinga, mulut, mata, kaki, tangan dan hati juga hendaklah turut berpuasa. Seseorang itu tidak dinilai sempurna ibadah puasa selagi tidak menahan diri daripada melakukan segala tegahan Allah. Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah kamu melafazkan perkataan yang tidak baik, dan yang tidak berhikmah atau kurang elok daripada perkataan mahu pun perbuatan. Apabila seseorang mencercanya atau hendak berkelahi dengannya. Maka dia hendaklah mengatakan: Sesungguhnya aku berpuasa! Sesungguhnya aku berpuasa!."

Bulan Ramadan dikurniakan dengan banyak keistimewaan yang luar biasa. Antaranya ialah pintu syurga akan terbuka dengan luasnya. Manakala pintu neraka akan tertutup serapat-rapatnya dan para syaitan akan diikat dan dirantai. Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kebebasan daripada api neraka. Ini menunjukkan bahawa punca-punca amal kebaikan dibulan Ramadan adalah terlalu banyak. Manakala rangsangan maksiat dan kejahatan adalah kurang dan terbatas. Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Apabila datang bulan Ramadan maka pintu-pintu syurga akan dibuka dan pintu-pintu neraka akan ditutup serta syaitan-syaitan akan dirantai."

Gambaran ini menunjukkan betapa luasnya ruang yang disediakan oleh Allah swt melalui bulan Ramadan untuk mendidik nafsu manusia agar tunduk di bawah pengaruh iman dan taqwa. Alangkah bahagianya orang yang mengambil faedah dari kesempatan yang Allah sediakan ini.

Sempena Ramadan yang sedang kita lalui ini, marilah kita menghidupkan Ramadan dengan solat Tarawih, bertadarus al-Quran, memperbanyakan istighfar dan bermunajat kepada Allah swt di tiap-tiap malam sebelum bersahur. Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw mengingatkan kita betapa besarnya fadilat menghidupkan Ramadan sabdanya :

"Sesiapa yang bangun mengerjakan solat sunat di dalam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu."

Perlu kita insafi bahawa hikmah daripada kewajipan berpuasa dengan berlapar dan dahaga sebulan Ramadan adalah untuk mendidik hati dan perasaan kita agar simpati dan perihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sesungguhnya mereka adalah sauara seagama kita yang telah diuji oleh Allah azza wajalla dengan kemiskinan dan kefakiran. Dalam masa yang sama ini juga merupakan ujian Allah kepada golongan yang berada.

Persoalan besar di sini ialah sejauh manakah golongan yang berada dapat melawan runtunan nafsu serta pujukan syaitan yang sentiasa membisikan hati agar kasihkan hartabenda, bencikan amalan bersedekah dan menghulurkan bantuan kepada yang lemah?. Sikap sebegini adalah bertentangan dengan prinsip bahawa hartabenda ialah amanah Allah untuk menyelamat dan membela golongan lemah tersebut. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 186 :

"Sungguh, kamu akan diuji pada hartamu dan diri kamu. Dan sesungguhnya kamu akan mendengar dari orang yang telah diberikan kitab dahulu daripadamu dan orang musyrik yang banyak menyakitkan hati. Dan jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat."

Sempena dengan kedatangan Ramadan yang berkat ini, saya menyeru ibubapa dan masyarakat Islam agar dapat mengambil peluang untuk mendidik nafsu dan membersihkan jiwa daripada kekotoran dan dosa agar keluarga dan anak-anak kita istiqamah melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan tegahan-Nya. Bersamalah kita meningkatkan azam untuk menjadikan Ramadan kali ini sebagai medan mempertingkatkan kualiti modal insan dan kuantiti ibadah kita kepada Allah swt.

Sumber : Teks Khutbah JAKIM 


Batal Atau Tidak Keluar Mani Di Bulan Puasa


Salam sejahtera dan selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat sekelian, terima kasih kerana mengunjung blog ini dan saya sangat menghargai anda semua. Dalam melaksanakan ibadah puasa ini banyak pantang larang yang perlu dilalui oleh semua muslimin dan muslimat. Kalau melanggarnya maka puasa akal terbatal atau mengurangkan pahala puasa. Kesempatan ini saya ingin membahaskan secara ringkas sahaja tentang orang yang keluar mani ketika waktu puasa (terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari).

Air mani yang keluar dengan tidak sengaja seperti bermimpi pada waktu siang puasa, secara tiba-tiba terpancar air mani bukan disebabkan memikirkan persetubuhan atau memandang aurat wanita. Maka hal ini tidak membatalkan puasa. Keluarnya mazi iaitu air yang keluar ketika seseorang bersyahwat sebelum keluarnya mani tidak membatalkan puasa. Tetapi perbuatan bersyahwat itu dapat mengurangkan pahala puasa tersebut, kerana ia memikirkan perkara membangkitkan nafsunya ketika dalam puasa.

Batal puasa bagi orang yang mengeluarkan maninya dengan sendiri atau sengaja seperti bersetubuh dengan isterinya, onani atau berkhayal memikirkan kecantikan tubuh wanita sehingga terkeluarnya mani. Begitu juga dengan wanita yang berkhayal atau onani sehingga mengeluarkan air maninya dengan sengaja. Hal ini juga merupakan dosa dan perbuatan yang dimurkai oleh Allah. Untuk mengetahui hukum orang yang beronani boleh klik di sini.
Ciri-ciri Keluarnya Mani
  1. Bau air mani yang kurang enak, bau pandan, bau Clorox, bau putih telur atau bau seperti tepung diuli.
  2. Keluar dengan keadaan syahwat dan mengairahkan, setelah keluar air mani badan akan merasa lemah.
  3. Keluarnya memancut atau meleleh.
  4. Air mani lelaki warnanya putih pekat seperti hingus atau susu getah yang melekat. Air mani wanita warnanya kuning dan agak cair sedikit.
Cara Ganti Puasa Bagi Orang Onani Ketika Puasa

Orang yang sengaja mengeluarkan maninya pada siang hari puasa Ramadhan dengan cara onani sama ada dengan tangannya sendiri, tangan isterinya atau lain-lainnya. Maka puasanya batal dan harus baginya meneruskan puasanya sebagai menghormati Bulan Ramadhan. Orang tersebut diwajibkan ia ganti kembali puasanya yang batal disebabkan onani sebelum menjelangnya Ramadhan tahun hadapan. Kalau ia belum ganti puasanya sehingga menjelang puasa Ramadhan tahun hadapan, maka ia diwajibkan puasa ganti dan membayar fidyah. Untuk mengetahui cara bayar fidyah klik di sini.

Cara Ganti Puasa Orang Bersetubuh Di Siang Ramadhan

Orang yang melakukan hubungan persetubuhan pada siang bulan Ramadhan dikehendaki meneruskan puasanya sebagai menghormati Bulan Ramadhan. Menurut pendapat dari Mazhab Syafi’i orang yang melakukan hubungan persetubuhan pada siang hari puasa, batal puasanya dan ia perlu membayar kifarah atas perbuatannya tersebut. Pendapat ini berdasarkan hadis riwayat Abu Hurairah bahwa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw dan berkata :

”Aku telah celaka wahai Rasulullah. Baginda menjawab : Apa yang membuatmu celaka? Orang itu berkata : Aku telah menyetubuhi isteriku di bulan Ramadhan. Baginda bertanya : Adakah kamu memiliki sesuatu untuk membebaskan hamba? Orang itu menjawab : Tidak. Baginda bertanya : Sanggupkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut? Orang itu berkata : Tidak. Baginda bertanya : Apakah kamu memiliki sesuatu untuk memberikan makan enam puluh orang miskin? Orang itu menjawab : Tidak. Kemudian Baginda terdiam beberapa saat hingga didatangkan kepada Baginda setangkai kurma dan berkata : Ambil kurma ini sedekahkanlah ia. Orang itu berkata : Adakah orang yang lebih miskin dari kami. Maka tidak ada tempat diantara dua batu hitam penghuni rumah yang lebih miskin dari kami. Lalu Baginda pun tertawa hingga terlihat gigi garhamnya kemudian berkata : Pegilah dan berikanlah ini kepada keluargamu.” (Riwayat Jamaah)

Berdasarkan hadis ini, orang yang melakukan persetubuhan pada siang Ramadhan dikenakan kifarah seperti memerdekakan hamba, berpuasa selama 2 bulan berturut-turut, memberi makan 60 orang fakir miskin. Zaman sekarang ini tiada lagi hamba abdi untuk dimerdekakan, maka di sini berpuasa selama 2 bulan berturut-turut dikenakan kepada yang berkemampuan untuk puasa. Maksud kemampuan puasa adalah puasanya tidak memudharatkannya. Jika ia tidak mampu, maka cukup dengan memberi makan 60 orang fakir miskin. 

Maksimumkan Ramadhan


Salam pertemuan di bulan yang penuh barokah.

Tiada yang mesti kita lakukan untuk mendapat keutamaan Ramadhan kecuali memaksimumkan dan mengoptimumkan ibadah iaitu dengan mengisi setiap detik yang kita lalui di bulan ini dengan amal-amal yang bermanfaat. Salafussoleh memberikan banyak contoh kepada kita, apa yang harus dilakukan dan bagaimana melakukannya. Di sini, saya cuba menyatakan beberapa langkah yang dinasihatkan para ulama’ kepada kita. Antaranya :
  1. Berusahalah semaksimum mungkin untuk menjadikan Ramadhan yang penuh berkat ini sebagai stesen muhasabah diri, dengan meningkatkan amal-amal kita, mengulang dan memperbaikinya, sebagai bekal kehidupan kelak.
  2. Berusahalah menjaga kestabilan dan konsisten mengerjakan solat terawih secara berjemaah kerana Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang solat bersama imam sampai dia berhenti, maka akan dicatat untuknya seperti mendirikan solat sepanjang malam”.
  3. Berlebih-lebihanlah dalam bersedekah. “Berusahalah untuk memberi makanan atau minuman kepada orang yang berpuasa agar kita mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya…”
  4. Bertekad untuk istiqamah dalam melakukan perbuatan baik yang kita biasakan dalam bulan Ramadhan, setelah berakhirnya Ramadhan. (baca Al-Quran, qiamullail, sedekah, …)
  5. Mengambil pengajaran berdasarkan waktu yang telah berlalu, serta berusaha menutupi kekurangan yang ada dengan memanfaatkan sisa-sisa umur.
  6. Sesungguhnya bulan ini adalah bulan ibadah dan amal, bukan memperbanyakkan tidur dan mencambahkan kemalasan.
  7. Lazimi lidah kita untuk berzikir. Janganlah kita termasuk dalam kalangan mereka yang sedikit mengingati Allah swt.
  8. Ketika kita merasa lapar, maka ingatlah sesungguhnya kita adalah makhluk yang lemah dan sangat memerlukan makanan dan keperluan lainnya daripada Allah swt.
  9. Gunakanlah waktu kita pada bulan ini untuk menjinakkan syahwat daripada melakukan perbuatan yang tidak bermanfaat, bahkan membahayakan.
  10. Ketahuilah bahawasanya beramal itu adalah amanah. Maka muhasabah diri kita apakah kita telah melakukannya dengan baik atau tidak.
  11. Berusahalah memahami makna-makna (tafsir) daripada Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah saw, sirah Rasulullah saw dan salafusoleh, serta ilmu-ilmu agama kerana sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah termasuk ibadah.
Sedikit perkongsian berkenaan nasihat ringkas daripada orang-orang soleh kepada kita. Semoga kita dapat menjadikannya sebagai renungan untuk meraih sebanyak mungkin pahala yang terkandung dalam bulan Ramadhan. 
 

Rebutlah Malam Lailatul Qadar


10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t :
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Al-Qadr : 1-5)

Sebab turun surah al-Qadr
Lailatul Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi saw telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah wst menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah saw dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatul Qadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah saw menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah ra yang bermaksud :

"Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah saw sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatul Qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah saw pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah saw menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatul Qadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatul Qadar itu adalah malam 27 Ramadhan.

Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatul Qadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah swt supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatul Qadar
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah ra :

"Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
"Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku." Terdapat juga beberapa doa yang disarankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Tanda Malam Lailatul Qadar

Para alim ulamak menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatul Qadar :
  1. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
  2. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
  3. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
  4. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

 Ramadhan Adalah Bulan Amal Ibadah

Ramadhan adalah bulan yang dirindui, bulan yang penuh keberkatan, keampunan dan pembebasan daripada api neraka. Di dalam bulan Ramadahn, Allah SWT menurunkan kitab yang mulia dan merupakan petunjuk dan cahaya kepada seluruh umat. Ramadhan juga memberikan kemenangan besar bagi hambaNya pada masa perang Badar. Ramadhan adalah bulan istimewa dan merupakan nikmat yang sangat besar apabila seseorang berada dalam bulan Ramadhan dan dapat memakmurkannya dengan berbagai amal kebajikan demi mencari keredhaan Allah. Sangat rugi orang yang tidak mengambil peluang dalam bulan Ramadhan, Marilah kita berlumba-lumba untuk mendapatkan semua keutamaan Ramadhan agar kita mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
RAMADHAN BULAN AL-QURAN
Allah SWT menurunkan kitab Al-Quran yang mulia sebagai petunjuk bagi manusia, penawar bagi kaum muslimin, membimbing manusia ke jalan yang lurus, menjelaskan jalan petunjuk yang diturunkan pada malam Lailatul Qodar di bulan. Allah SWT berfirman : Maksudnya : “(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (AL-Baqarah : 185)
SYAITAN DIGARI, PINTU-PINTU NERAKA DITUTUP DAN PINTU-PINTU SURGA DIBUKA
Pada bulan Ramadhan jin/syaitan jahat digari dengan rantai, mereka tidak boleh menyesatkan manusia sebagaimana bebasnya di bulan yang lain. Kaum muslimin sibuk dengan puasa hingga hancurlah syahwat, dan juga kerana bacaan al-Qur'an serta seluruh ibadah yang mengatur dan membersihkan jiwa. Allah SWT berfirman :
Maksudnya : “Ketahuilah! Bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang Yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”. (Al-Baqarah : 12) Kerana itulah pintu-pintu neraka ditutup dan dibuka pintu-pintu surga, amal-amal sholeh banyak dilakukan dan ucapan-ucapan yang baik berlimpah-limpah, Rasulullah SAW bersabda :
“Jika datang bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu surga dan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dibelenggu.”
Semuanya terjadi di awal bulan Ramadhan yang diberkati, berdasarkan sabda Rasulullah SAW “ Jika telah datang awal malam bulan Ramadhan, digarilah semua syaitan dan jin-jin yang jahat, ditutup pintu-pintu neraka, tidak ada satu pintu-pintu neraka yang dibuka dan dibukalah pintu-pintu surga, tidak ada satu pintupun yang tertutup.
MALAM LAILATULQADAR
Di antara keistimewaan bulan Ramadhan, Allah telah menjadikan malam LailatulQadar iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Allah berfirman : Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Al-Qadar :1-5)

BULAN MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.” (Riwayat at- Tirmidzi)

Huraian :
  1. Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
  2. Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
  3. Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
  4. Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

SOLAT SUNAT TARAWIH DI MALAM HARINYA
Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya:
“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari).
 Hukum, Sejarah, Hikmah & Rakaat Solat Sunat Tarawih


Maksud Tarawih dari bahasa ialah berasal dari perkataan tarwihah yang bermaksud satu kali istirehat. Solat Tarawih pada istilah ialah solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.

Hukum Solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan Solat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat Sunat Tarawih.

Kelebihan yang paling besar dikurniakan Allah swt kepada orang yang mengerjakan solat Tarawih. Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya:

“Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari)

Sejarah Solat Tarawih ialah bermulanya di Masjid Nabawi, ketika mana malam pertama Ramadhan Nabi Muhammad saw mengerjakan Solat Tarawih dan diikuti oleh sahabatnya yang berada di masjid tersebut. Malam kedua Nabi Muhammad saw mengerjakan lagi Solat Tarawih dan diikuti lebih ramai lagi para sahabatnya. Pada malam ketiga lebih ramai lagi para sahabatnya menunggu Nabi Muhammad saw untuk mengerjakan Solat Tarawih, tetapi Nabi Muhammad saw tidak hadir pada malam tersebut. Pada keesokkan harinya, para sahabat bertanya kepada Rasulullah akan hal tersebut. Rasulullah menjawab kuatir Solat Tarawih tersebut diwajibkan. Peristiwa ini berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah ra bermaksud :

"Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. solat dimasjid, maka para sahabat mengikuti solatnya. Pada malam berikutnya, Baginda s.a.w. solat lagi dimasjid dan para sahabat yang mengikutinya bertambah ramai. Lalu mereka berhimpun pada malam ketiga atau keempat, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tidak keluar kemasjid untuk solat bersama mereka. Pada sebelah paginya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu kerjakan dan tidak ada sesuatu apa pun yang mencegah aku untuk keluar mengerjakan solat bersama kamu semua kecuali aku khuatir kalau- kalau kamu menganggap solat itu diwajibkan atas kamu." (Riwayat Muslim)

Rakaat Solat Tarawih

Ulamak dari empat mazhab bersepakat bahawa Solat Tarawih mempunyai 20 rakaat tidak termasuk dengan witir. Hujah ini berdasarkan kepada :
  1. Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. umat Islam mengerjakan Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat.
  2. Hadith riwayat Imam Malik dalam kitab Al-Muwatta' . Yazid bin Rauman berkata: "Pada zaman Umar ibnu al-Khattab r.a. orang ramai mengerjakan Solat Tarawih sebanyak 23 rakaat. ( 20 rakaat Tarawih dan 3 Rakaat Witir)
Pendapat dari ulamak muktabar Tentang Rakaat solat Sunat Tarawih ialah :
  1. Syeikh Al-Dardir dalam kitabnya Aqrabul Masalik'ala Mazhab Al-Imam Malik mengatakan bahawa : "Bahawa Solat Tarawih itu 20 rakaat dilaksanakan selepas solat Isyak dan salam setiap dua rakaat selain witir.Solat Tarawih itu sunat dikerjakan dirumah jika masjid telah penuh dengan jamaah yang mendirikan Solat Tarawih. akan tetapi jika masjid kosong daripada Solat Tarawih maka yang lebih utama adalah masjid dengan berjama'ah."
  2. Imam Syafii dan Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa : “Solat Tarawih itu berjumlah 20 rakaat berdasarkan ijma para sahabat pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Imam Ibnu Abdil Bar menerangkan: "Sungguh benar adanya daripada Ubai bin Kaab bahawa beliau Solat Tarawih dengan 20 rakaat bersama umat Islam tanpa ada perselisihan pendapat daripada para sahabat."
  3. Ibnu Rusyd dalam kitab Bidayah al-Mujtahid berkata: "Imam Malik dalam satu riwayat mengatakan Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafii dan Imam Ahmad memilih 20 rakaat selain witir."
  4. Imam Nawawi menerangkan: "Mazhab kami menetapkan bahawa Solat Tarawih berjumlah 20 rakaat dengan sepuluh salam selain witir. Ini terdiri daripada lima tarwihat (istirahat) dan satu Tarawih terdiri daripada empat rakaat dengan terdiri dua salam."
Jelas daripada semua pendapat ulamak di atas mengatakan bahawa Solat Tarawih mengandungi 20 rakaat. Hal ini tidak menjadi masalah kalau ada orang yang tidak mampu mengerjakan 20 hanya mengerjakan 8 rakaat. Dalam hal ini juga tidak perlu dipertikaikan dan tidak perlu berbalah atas alasan Rasulullah tidak melaksanakan Solat Tarawih sebanyak 20 rakaat di masjid. Ini semua hanya masalah furuk sahaja dan tiada dalil yang mengaharamkan atau mewajibkan perbuatan tersebut. Bergantung kepada kemampuan semua orang, jika mampu laksanakan 20 rakaat, maka lakukanlah 20 rakaat, kalau tidak mampu cukup hanya dengan 8 rakaat sahaja
10 KEUTAMAAN ORANG BERPUASA
Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah, di antaranya ialah :

Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di surga yang dinamai Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa. Kata Nabi dalam satu haditsnya, pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).
Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kokoh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Rasul bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi). Rasul menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan pergunjingan. (HR. Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).
Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik. Sehingga Rasul bertutur demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak misik.”
Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan dzikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya. “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Yaitu berbahagia kala berbuka dan kala bertemu Allah,” kata Rasul dalam hadits riwayat imam Muslim.
Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesehatan dan kesembuhan dari beragam penyakit. “Berpuasalah kalian, niscaya kalian akan sehat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Abuya menegaskan bahawa rahasia kesehatan di balik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mengendap dalam tubuh dan mengosongkan materi-materi kotor lainnya dari dalam tubuh.

Menurut kerangka berpikir Abuya, puasa ialah fasilitas kesehatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketaqwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri. “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183).
Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat pawai arak-arakan neraka dalam bentuk apapun juga. Rasul yang mulia berkata demikian, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).
Ketujuh, dalam Al Quran Allah berfirman, “Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.” (Qs. At Taubah: 112).

Sebagian ulama ahli tafsir menerangkan bahawa orang –orang yang melawat (As Saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) ke Allah. Makna lawatan, tegas Abuya, di sini adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) bisa sampai kepada Allah. Lawatan ke Allah ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilakoni (makan, minum, mendatangi istri di siang hari) serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.

Sembari mengutip Al Quran pula, Abuya mencoba menganalisa surah Az Zumar ayat 10: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” Kata Al Maliki, orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari Dzat Yang Maha Pemberi, Allah swt.
Kelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktifitas orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah. Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).”
Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama persis dengan orang yang berpuasa itu sendiri meski dengan sepotong roti atau seteguk air. Dalam satu riwayat Nabi bertutur seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan…… meski hanya seteguk air. (Hr. Abu Ya`la).
Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan bershalawat (memintakan ampunan) baginya.

Petikan dari Blog Pondok Habib 

10 LANGKAH SAMBUT RAMDHAN 

  1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sehat wal afiat.
  2. Bersyukurlah dan puji Allah atas kedatangan Bulan Ramadan yang kembali diberikan kepada kita.
  3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan.
  4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan.
  5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan.
  6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan.
  7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk.
  8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs.
  9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan.
  10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih.
http://www.ustaznoramin.com/2010/08/sepuluh-langkah-menyambut-ramadhan.html
Sumber : Halaqah Net

1 comment:


  1. Dear attention

    Are you tired of seeking loans and mortgages? You have been consistently rejected by their banks and other financial institutions? E-mail: m.m.v.investment@gmail.com OR mrsvandamariana@yahoo.co.uk, You need a business loan to start a New Year? You do not have to worry no more, because The good news is here! We offer loans ranging from 3000.00 Euros Minimum to 3000,000.00 Euros Maximum with An interest rate of 3% per month. Here is our E-mail: m.m.v.investment@gmail.com OR mrsvandamariana@yahoo.co.uk

    We are certified, trustworthy, reliable, efficient, fast and dynamic. Contact us today .. Answers should be sent to Contact Name: SRA, VANDA MARIANA. E-mail: m.m.v.investment@gmail.com OR mrsvandamariana@yahoo.co.uk

    Sincerely.
    Mrs Vanda Mariana.
    Loan Department.
    M.M.V Loan Services Limited.
    E-mail: m.m.v.investment@gmail.com
    E-mail: mrsvandamariana@yahoo.co.uk

    ReplyDelete