- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Tuesday, July 3, 2012






SBPA - APA ORANG RAMAI KATA

SBPA- usaha tipu Najib, gerakan hasut penjawat awam.. 

 


 Tidak menguntungkan kumpulan sokongan
PENJAWAT awam  perlu mengucapkan tahniah serta berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menangguhkan perlaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dilaksanakan bermula Januari ini dan tahniah kepada Cuepacs kerana berjaya menyedarkan PM Najib bahawa skim yang dirangka itu tidak menguntungkan kakitangan awam dan ada perkara lain yang dirahsiakan dari pengetahuan Najib.
Malah skim ini dilihat begitu banyak menguntungkan kumpulan pengurusan tertinggi ataupun kumpulan premier (JUSA- Jawatan Utama Sektor Awam) dan kumpulan pengurusan tertinggi ini boleh tersenyum lebar kerana mereka mendapat kenaikan gaji 100% sedangkan SBPA ini langsung tidak memberikan menafaat kepada kumpulan sokongan yang berpendapatan rendah.
.
Hasrat Najib sewaktu membentangkan Belanjawan adalah  untung mengurangkan kadar kemiskinan Bandar yang dihadapi oleh kakitangan awam dan hasrat ini memang cukup baik memandangkan kos sara hidup yang tinggi  dan berdepan dengan kenaikan harga barang di pasaran oleh kakitangan awam namun malangnya ada pihak-pihak tertentu dalam Jabatan Perkhidmatan awam ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta pihak Ketua Setiausaha Negara cuba sabotaj ataupun menggagalkan niat Najib tersebut dengan melakukan pelarasan gaji tidak bermatlamatkan hasrat ataupun transformasi PM Najib sewaktu menginsafi nasib dan masa depan penjawat awam seperti yang beliau suarakan.

Kita tidak tahu apa motif pihak KSN maupun KPPA yang bertanggungjawab merangka SBPA menyembunyikan fakta sebenar daripada Najib? Adakah mereka ini memang bertujuan untuk menimbulkan rasa kurang senang kakitangan awam terhadap kepimpinan Najib dan sekaligus bertujuan menghasut serta menanamkan kebencian penjawat awam supaya menolak Najib dan partinya dalam PRU13 nanti. Perlu diingat bahawa seramai 1.4 juta penjawat  awam adalah pengundi yang akan menentukan untung nasib Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.Adakah ini agendanya di sebalik SBPA ini?
Usaha Najib disabotaj!

Mengapa pihak  Ketua Setiausaha Negara (KSN) ataupun  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merahsiakan Lampiran C yang tertera bagaimana cara gaji dinaikan hingga penjawat awam tidak tahu dan tidak boleh tahu bagaimana pelarasan gaji dilakukan dan apakah rahsia sangat hingga tidak boleh didedahkan kepada umum bagaimana proses kenaikan gaji itu berlaku? Mengapa ini mahu dirahsiakan daripada penjawat awam? Apa motifnya sedangkan itu adalah hak penjawat awam?

Adakah benar seperti yang sedang didakwa bahawa kakitangan pengurusan tertinggi ataupun premier ini sengaja memberikan peluang kepada pembangkang untuk menggulingkan Najib supaya beliau hilang sokongan penjawat awam ataupun barangkali benarlah seperti yang didakwa bahawa pengurusan tertinggi ini sebenarnya `Trojan horse’pembangkang  dan menggerakkan agenda pembangkang untuk mengulingkan Naib dari dalam.

Kumpulan ini merangka pelarasan gaji yang cukup tidak munasabah,kalangan mereka mendapat kenaikan gaji yang tinggi  dan difahamkan kenaikan gaji melibatkan KSN hingga mencecah RM80,00 sebulan gaji pokok dan belum masuk elaun sedangkan kumpulan Sokongan 1 dan 2 hanya mendapat kenaikan gaji sekitar RM60-hingga ke RM 200. Pelarasan gaji apa kalau ini sahaja jumlahnya?Ini bentuk pelarasan yang menindas penjawat awam.
Jangan kerap sambung kontrak KSN!

Penambahbaikan kenaikan gaji sepatutnya lebih menguntungkan yang berpendapatan rendah dan mampu mengeluarkan penjawat awam yang bertungkus lumus mempertahankan dasar kerajaan keluar dari masalah kewangan serta kepompong kemiskinan bandar yang sedang mereka hadapi tapi malangnya berlaku sebaliknya seolah-olah menjadikan yang kaya bertambah kaya,yang miskin terus papa kedana.

Wajarlah Ceupacs menentang SBPA ini kerana jelas ianya langsung tidak menguntungkan penjawat-penjawat awam daripada kumpulan sokongan 1 dan 2 tadi dan dalam skim ini,penjawat awam harus tunduk hormat kepada ketegasan Cuepacs yang menolak cadangan dari JPA ini dan Najib harus juga berterima kasih kerana Cupecas mendedahkan bahawa ada sebahagian besar pegawai-pegawai tinggi dalam perkhidmatan awam sedang menikam beliau dari belakang.Lain yang Najib suruh lain pula yang mereka buat.

Kita tidak tahu siapa yang memberikan nasihat yang salah kepada Perdana Menteri ini?Adakah KSN ataupun Ketua Pengarah Jabatan Perrkhidmatan Awam (KPPA) dan kita juga difahamkan kedua mereka ini tidak mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain tetapi peliknya mereka boleh bersama merangka pelarasan gaji ini bagi melengkapkan SBPA.Adakah mereka ini memperolehi kepentingan tertentu hingga mereke bersedia untuk melupakan seketika sengketa antara mereka?Kita harap tidak tapi kalau benar,nyawa Najib sebagai Perdana Menteri bak telur dihujung tanduk.
KPPA-rahsiakah Lampiran C itu?
Nasib baik Najib bertindak pantas menangguhkan perlaksanaan SBPA ini dan tidak tunduk kepada pelan asal perlaksanaan SBPA yang dirangka oleh kumpulan KSN dan JPA ini.Sekiranya Najib kekal dengan keputusan bersetuju dengan SBPA ini,Putrajaya cukup mudah jatuh ketangan pembangkang dan Tengku Adnan lari malam kalau PRU13 diadakan hari ini.

Inilah yang sering kita sebutkan bahawa ada tangan-tangan ghaib dalam perkhidmatan awam,dalam agensi-agensi kerajaan yang kononnya ckup dipercayai tetapi dalam masa yang sama menanam racun untuk `membunuh’ Najib serta kepimpinannya secara perlahan-lahan. Mereka inilah yang menjadi agen pembangkang dan pembangkang dalam isu SBPA berdiam diri kerana skim itu menguntungkan mereka kerana mereka yakin 1.4 juta penjawat awam itu akan beralih undi untuk menyokong mereka.
Yang jelas Najib ditipu oleh pegawai-pegawai yang beliau harapkan.najib diperdaya untuk menerima bulat SBPA sebelum ini tanpa ditunjukan pelaras sebenar gaji yang melibatkan penjawat awam terutama sekali daripada kumpulan Sokongan 1 dan 2.

Dan kalau benar Najib ditipu ataupun diperdaya untuk menerima pelarasan SBPA ini, beliau harus mengambil tindakan kepada mana-mana pegawai yang cuba menjadikan beliau dibenci oleh penjawat-penjawat awam. dan mengsabotaj pelan transformasi penjawat awam ini.
Mereka adalah sebahagian daripda 1.4 juta pengundi..
Sekali terpedaya boleh dikatakan terlepas pandang tapi kalau banyak kali sangat terpedaya,kita sebenarnya bukan pemimpin yang ada kredibliti ataupun intergriti.

 http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2011/12/sbpa-usaha-tipu-najib-gerakan-hasut.html

34 comments:

Anonymous said...
Bersyukur sangat DS Najib mengambil berat tentang isu SBPA @ Skim Bodek Pegawai Atasan, bukan niat menunding jari kepada sesiapa, tetapi terasa benar kumpulan pelaksana dianaktirikan, jangan lupa ada antara kami adalah pemegang ijazah tetapi atas kelangsungan hidup, menerima tawaran jawatan yang ada, dan ramai lagi antara kami yang menyambung pelajaran luar kampus dengan harapan mahu mempertingkatkan kemahiran dan mencapai impian yang subur dijiwa sejak sekian lama...

adakah ini adil? contohnya gred 17 hanya menerima kenaikan RM 95 sedangkan kumpulan premier menerima 100% yang mana gaji 1 bulan bersamaan dengan gaji setahun kami? saya faham beban tugas itu berbeza, tuan/puan adalah pemikir dan kamilah pelaksana, tapi jangan dilupakan usaha kami yang bersungguh-sungguh menyelesaikan arahan yang diberikan sesempurna mungkin demi dipandang sepi, cita-cita dan motivasi kami pasti akan hancur, lebur dan mati kering...

berilah peluang laluan kerjaya yang lebih baik, jika Guru2 boleh mendapat kenaikan gaji 'time-based' dalam tempoh 8 tahun apa salahnya jika kami perolehi peluang sama? berilah peluang contohnya 10 tahun bertugas dengan prestasi 85% 3 tahun berturut-turut, berserta dengan lulus PTK (apa guna ptk yang lalu?) boleh dipertimbang ke gred gaji N22? terpulanglah pada JPA untuk memikirkan syarat2 yang munasabah, tetapi 15 tahun terlalu lama bagi mereka yang benar2 bersemangat dalam perkhidmatan awam ini... mohon diperhalusi lagi skim SBPA untuk kesejahteraan semua...
pemuda umno said...
tahniah najib kerana berjaya ditipu oleh cuepacs macam paklah dulu.. adakah logik zaman paklah gred 32 lebih tinggi kenaikan tahunan darpd gred 41.. hasilnya paklah dimalukan pada pru 12.. seorang lagi pm akan menyusul mengukuti pak lah..
Anonymous said...
Dalam percaturan perkhidmatan awam yang menguasai kesemua perancangan dasar dan apa juga dilakukan oleh pegawai -pegawai yang merasakan diri mereka terlalu hebat iaitu golongan PTD.

Dalam soal SBPA , yang melakar dan merencanakan jrang gaji dan faedah samada untuk golongan profesional atau tidak adalah PTD. Suka tak suka golongan elit ini akan bekerjasama sesama sendiri dalam merangka dasar gaji dan sebagai nya . Hasil nya kita lihat sejauh mana kepakaran bidang seseorang seperpti doktor atau jurtera atau siapa saja golongan yang ditakrifkan profesioanl tidk akan mendapat habuan yang lebih baik dari pegawai PTD.

Jadi Ceupacs benar jika mereka meronta dan merasakna diri mereka ditindas. contoh jelas jurang 80 - 300 . Siapa untung siapa banyak , walau pun benar kelulusan memmainkan peranan apa beza nya segulung ijazah jurusan pentadbiran dengan ijazah jurusan kedoktoran . 4 tahun dah dapat ijazah berbancading jurusan kedoktoran dan liohat beza gaji dianatara kedua nya.

Apakah terlalu istemewa golongan yang bergelar pegawai elit jika dibandingkan dengan profesional.

Ini lah masaalah nya dan ceupacs harus bertindak untuk menyatak kebenaran dalam isu ini.

*Sudah pencen
Anonymous said...
Pengubal2 dasar ini memang babi bertopeng manusia.
Pemegang2 ijazah pula berbangga dengan ijazah yang dipegang kononnya sdangkan kelulusan yang diperolehi tidak setimpal dgn gelaran siswazah berijazah.
Kalau disuruh manusia2 babi yang buat kerjja manakan babi2 tu maahukan orang lain menerima kenaikan melebihi dari mereka dan pemegang ijazah pula perasaan yang mereka sj layak medapat kenaikan yang tinggi berbanding dengan pegawai sokongan.
Mujurlah aku berniaga sendiri dengan segulung ijazah diperingkat Master aku tak terikat dgn benda2 mcm ni.
Sekurang2nya anda bersyukur dgn gaji yang ada tetapi bila muka2 babi mengutamakan poket dia org saja adalah wajar PM mengkaji smula kesannya kepada pihak kerajaan.
Muka2 babi ini seperti mempunyai niat yang buruk menjatuhkan nama baik PM.
Pegawai atasan kononnya yang bekerja keras te4tapi pada hakikatnya pegawai bawahan yang berhempas pulas melakukan kerja untuk mereka.
Golongan elit dan profesinal ini yang tahu hanya duduk di coffee house bermain golf dan betina saja.
Apa buruk sangatka pandangan kamu orang pada kumpulan sokongan yang berhempas pulas menaikkan nama kau orang.
Siasat muka2 babi tadi..apa niat sebenar dia orng merahsiakan 100% kenaikan mereka.
Babi kalau dah mnyodol tahi sendiri pun dimakannya malahan anak sendiripun di sapunya.
Tahniah PM kerana sudi menangguhkan SBPA dan Syabas pada cuepacs kerana berjaya membongkar agenda sulit muka2 babi.
Anonymous said...
kalau nak gaji besar mestilah ada ijazah.. takkan kumpulan sokongan yang berkelulusan spm pun nak bergaji besar.. kalau dengan spm nak bergaji besar tak perlulah susah payah belajar tinggi sampai masuk universiti..
Anonymous said...
pemuda umno, December 22, 2011 8:47 PM . Bengongnya mung ni. Bila pulak Cuepacs tipu Najib.Kau faham tak apa yang di tulis tu
Pakcu Rantau Panjang said...
Maaflah Pakcu mencelah sikit...

Dari komen-komen yang ditulis ni nampaknya ada yang setuju dengan apa yang dah dirancang dan ada yang perlu disemak balik...

Sapa yang tak setuju kalau dah naik 100% dan yang dok bangkang tu memanglah orang bawah...gaji kecillah tuu...

Tapi kalau orang tinggi dok gazet gaji makin tinggi untuk dia saja dan orang bawah sekadar beli ikan kering kerana alasan sijil rendah nampaknya orang tinggi otak ligat...pandai loyar buruk...

Tumbangnya pokok besar dek anai-anai yang kecik tuan....jangan dok sombong sangat dengan pangkat dan kedudukan tu....tengok juga dimana kaki berpijak...jangan berjalan sampai mendongak langit ...walahualam...
TokMisaiGondrong said...
Terima kasih TokJanggut. Saya amat setuju dengan pendedahan ini. Kita harus berani memberi pandangan menentang para parasit dalam kerajaan yang bakal membunuh tuannya.

Saya akan linkkan artikel ini dalam artikel ringkas saya dalam aliffmu.blogspot.com. Jom bongkar..
Megat Alam Gempita said...
Artikel mantap beb!

Menurut sahabat teman orang PTD, memang dalam JPA telah lama diresapi bayangan dan benih-benih Anwar yang bertujuan melakukan sabotaj dari dalam terhadap kepimpinan Najib. Sama seperti Unit PEMANDU.

Segala dasar pentadbiran dibuat hanya untuk membodek orang atasan dan asalkan KSN yg patut bersara tu suka meskipun orang bawahan termasuk PTD sendiri merana.

La ni orang kerajaan akan ditekan lagi menerusi satu kaedah penilaian yang lebih teruk dari PTK bermula Januari. Satu lagi liabiliti yang akan mempengaruhi keputusan PRU 13. Sekali lagi Najib akan disabotaj. Yang penting KSN akan disambung lagi atau jadi lembaga pengarah GLC selepas bulan Jun nanti. Pak cik tu anak beranak akan terus kayo.

Sidek harus diberhentikan!!!!!!
Anonymous said...
Benar SBPA ni antara skim pelik dan tidak boleh diterima akal. Dalam keseronokan penjawat awam dimomokkan dengan kenaikan gaji, dalam terselidung JPA menjatuhkan taraf gred-gred tertentu seperti pegawai yang mempunyai sijil politeknik, diploma dan kelulusan lain. Bukankah pelik pada peringkat awal, seseorang pegawai dilantik dengan kelulusan diploma tetapi dalam SBPA jawatan tersebut diturun taraf menjadi STPM. Begitu juga Juruteknik Komputer, mengapa gred J dinaik taraf tetapi kelulusan sijil politeknik yang dimiliki Juruteknik Komputer dinafikan. Sedangkan bidang komputer memerlukan kepakaran dan sijil kemahiran lain. SPM sahaja tidak cukup....kadang-kadang terfikir juga, betul ke JPA ni dibarisi pakar-pakar, atau bijak pandai sedangkan perkara asas begini pun tak boleh nak fikir..........
Anonymous said...
Bg sy tak perlulah mempersoalkan masuk Universiti ke tidak.Tidak semestinya yg masuk Universiti semuanya bagus dan hanya yg ada SPM ditindas semudah itu.Mungkin mereka tidak berpeluang seperti 'mereka' yg berpendidikan tinggi.Fikirkan dari segi kemanusiaan.Apakan daya mereka menyara kehidupan pada zaman sekarang ni.Apa pun rezeki itu hanya dari tuhan...
Anonymous said...
saya bekerja di peringkat bawahan, x npk masalah pun berkaitan gaji nie... belajo dah x tinggi, padan la dgn gajinya, kerja yg diberi padanlah dgn upahnya... sekurang-kurangya bertambah la sket masa pencen nanti (klu panjang umur).... president tu, jawatannya sama mcm saya.... x puas hati gaji dia kot... klu cite pasal gaji, semestinya mmg ada sesapa yg x puas hati. 1.4 juta org, mcm ne nak puaskan hati semua... xkan gaji kerani sama mcm pegawai 41... klu yg bawahan dinaikkan gaji lebih besar, mcm mana plak pihak atasan... last2 gaji lebih kurang, baik x yah amik degree... syukurla la apa yg ada... jgn asik tgk gaji org lain.. padan x kerja kita dgn imbuhan yg diberi... jgn asik bercerita sbpa spi kerja ntah kemana...
tobeng said...
Hek eleh bersepah dah orang ada degree,tak heran dah.Ini bukan masalah kau ada ijazah ke phd ke SPM ke.Ini masalah pelarasan gaji yg tak adil.

Betul cakap anon no 4 di atas,ini perangai babi sebab tamak dan mementingkan diri sendiri.Kau yg rangka skim,jadi kau ajelah yg untung;kau makan daging oranglain biar makan tulang.

Apa ke haramjadahnya gaji pegawai2 atasan dinaikkan sampai 100% sedangkan kumpulan sokongan cuma dapat kenaikan mungkin setakat 10%?Ini dasar kapitalis yahudi zionis manalah yg diikut ni?

Kalau matlamat kerajaan najib nak kurangkan beban kakitangan kerajaan berpendapatan rendah penyelarasan gaji kena bagi tumpuan pada kumpulan inilah.Kalau golongan atasan naik 20%,kumpulan sokongan harus naik 40 atau 50% sebagai contoh.

Macam tu barulah matlamat kena sasarannya.Yg miskin berasa lega,yg kaya tetap dapat habuan.
Anonymous said...
Cerita pasai PTD yg kemudiannnya akan jadi premier, khidmat kurang dari 5 thn dah gred 48.Bayangkan umur baru 26-27 dah dianugerahkan sebegitu n yg biasa2 nak dapat gred 44 pun mkn 20 tahun, saya ulang 20 TAHUN. Pengalaman ciput tapi dah berpangkat besar n kita2 nilah yg mengajar mrk. Nengok Imigresen, konon PTD bagus tapi diorg lah yg buat tahi.Puak2 PTD lah yg merangka SBPA versi mrk yg menguntungkan mrk, lain konon2nya takde otak. Baguslah kalau DS Najib sedar PTD kencing mrk, tu pun pasai CUEPAC segera bertindak.PTD dilayan istimewa oleh kerajaan, kononnya elite group walhal perabis duit gomen paling besar n sebahagian besar gunting dlm lipatan. Depan jilat belakang lain cerita.
Anonymous said...
ada juga yang berkelulusan tinggi dapat gaji ciput, tak caya pegi siasat di universiti
Mael Hashim said...
Dengar cerita kerajaan nak benarkan bawa masuk bukan kakitangan awam sebagai penjawat JUSA, dari itu tentulah mereka ini perlu ditawarkan gaji yang banyak yang sepadan dengan gaji pengurus/pengarah di sektor swasta. Itu mungkin konsep yang dipegang JPA/KPPA. Kenaikan gaji ciput untuk kumpulan sokongan hanya pengurut dada saja. Tujuan yang salah membawa perlaksanaan yang salah.
Anonymous said...
anon 9.26,

Janganlah menuduh PTD yang mementingkan diri dan PTD mempunyai gaji lebih drpd professional spt Doktor, jurutera, dll. Dlm SBPA gaji PTD terdapat penurunan manakala gaji Guru (DG)adalah lebih tinggi drpd PTD bagi gred 41. Namun jgn pertikaikan hal2 PTD dan bukan PTD, sbb tak semua Jusa itu PTD seperti Jabatan2 sekolah2 dan hospital2. PTD adalah pembuat dasar dan juga pelaksana dasar dan ianya dibantu dan dinasihati oleh skim2 lain untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju. adalah amat memalukan jika kita bertengkar semasa sendiri manakala negara kita sedang berperang secara senyap dgn negara2 jiran. Sebaiknya kita memberikan input atau cadangan yang membolehkan negara kita mencapai objektif yang telah digariskan.

Sebagai kakitangan kerajaan, saya melihat SBPA sememangnya mengangkat kategori Jusa dan keatas dan memberikan kelebihan kepada Gred di bawahnya. Namun jika kita melihat daripada sudut yang lain, sememangnya jumlah yang diperolehi oleh Jusa adalah berbeza peratusan kenaikkannya, oleh itu kita harus mencadangkan cara2 untuk YAB PM membuat keputusan agar ianya boleh menguntungkan kesemua penjawat awam bukannya golongan minoriti sahaja.

Tuding menuding dan salah menyalahi antara skim ini adalah tidak professional dan harus di hapuskan dikalanganpenjawat awam dan adalah kita meneliti perkara tersebut sebelum menulis??

Oleh itu tolonglah wahai kakitanga kerajaan semua agar tidak menuding jari malah kita harus bergabung dan mencari penyelesaian perkara ini dan bersama2 menikmati tujuan dan cadangan oleh YAB PM ini.
Anonymous said...
Ijazah sama2 ada. Tapi PTD juga yg "power". Mcm sial. Buat segala keputusan dan polisi2 zalim. Takpe, kat dunia ko senang. Kat akhirat, ko terbakar la nanti. Jgn pandang rendah doa org yg dizalimi.
usin said...
tuan2 pengkomen di atas, harap memberi komen dgn rasional, bukan emosi semata2. maaf atas teguran ini. kpd tuan punya blog, ada beberapa pembetulan kenyataan yg perlu dibuat.
contohnya kenyataan "....sedangkan SBPA ini langsung tidak memberikan menafaat kepada kumpulan sokongan yang berpendapatan rendah." sepatutnya "... hanya memberi manfaat yg terlalu sedikit kepada kumpulan sokongan yg berpendapatan rendah." kalau tidak memberi manfaat langsung tak perlulah tandatangan, membazir masa & dakwat pen sahaja.
ada juga fakta tuan punya blog ini amat benar. contohnya 'Lampiran C'. diperingkat jabatan @ institusi 'Lampiran C' ini di cop 'Salinan Terhad'. apa maksudnya? apa yg ingin dirahsiakan sgt? gaji sendiripun nak dirahsiakan? atau mengelakkan gaji kumpulan pengurusan tertinggi & premier dpd diketahui ramai sehinggalah selepas 01.01.2012? maaf cakap, kebanyakan apa yg dihuraikan tuan punya blog ini seolah2 ada kebenarannya. dikhabarkan gaji kumpulan premier statik. tak ada kenaikan gaji tahunan. maksudnya gaji dh 'berguni', tak perlu ada kenaikan tahunan!!! oleh itu marilah kita sama2 mengharapkan cuepacs, NGO yg menjaga kepentingan penjawat awam dpt menjalankan tugasnya dgn betul & bukan ada agenda tersendiri. cuepacs memegang amanah semua penjawat awam tanpa mengira gred. kita sedia maklum siapa2kah yg mengepalai cuepacs ini. justifikasi penetapan gaji haruslah mengambil kira kelulusan masuk jawatan, kadar kenaikan gaji tahunan, elaun2 yg berkaitan, kos sara hidup yg semakin tinggi, serta beberapa perkara yg berkaitan. jgn jadi seperti zaman paklah dulu. main mudah saja, pelarasan gaji ikut kumpulan 10%, 15%, 25%, 35%. penggubal skil gaji masa tu seolah2 malas & lemah matematik. sebab itu gaji dlm ssm ada sen dihujung!!! lucu dan menyakitkan hati. itu sebabnya kenaikan gaji gred 32 lebih besar dari 41. lawak antarabangsa betul paklah sebab kena tipu cuepacs. cuepacs, khususnya omar osman, ubah strategi lama utk menguntungkan kumpulan gred sendiri. anda tidak amanah, jawablah di akhirat nanti!!!
Anonymous said...
Itu semua cerita orang yang masih bekerja.Macam orang yang sudah bersara macamana? Dikalangan mereka ada yang telah berkhidmat lebig daripada tiga puluh tahun! Pencen mereka jauh dibawah paras kemiskinan. Tanggungjawab untuk melangsungkan kehidupan masih terus seperti dulu.Tempat tinggal,makan- minum,pakaian,sakit- pening semua masih perlu diurus seperti dulu.Dan jangan lupa bilangan mereka ini mencecah ratusan ribu juga!
Peranan mereka juga tidak boleh dianggap enting dalam PRU 13.Kebajikan mereka harus difikirkan. Jangan sesekali di kesampingkan begitu saja!Ingat,pengaruh mereka dalan sistem keluarga amat kuat.Dalam keluarga,cakap mereka adalh satu arahan,tindakan mereka amat dihurmati,anak cucu dan saudara mereka ramai.Sebab itu orang-orang ini pun perlu diambil kira dalam membincangkan hal-hal kebajikan pekerja.Jangan main-main.
hitch said...
wa sokong lu bro....!Bila kita mohon kerja,kelulusan dan pengalaman jadi penentu gaji sesorg....kalo belajar tinggi2 tapi pengalaman xde...pun x dpt gaji tinggi gak....tetapi dlm kebanyakan kes majikan akan tgok kelulusan bukan pengalaman.!

Kebanyakan org kita x pham tentang kenaikan gaji....jika lagi tinggi pangkat seseorg dan tentu cara kenaikanya lain..dari org bawahan...xboleh la nak sama kenaikan.!mmg ada rasa x puas hati...tetapi yg diatas ni tanggungjawab dan kerjanya lagi mencabar...sbb apa2 hala tuju sesebuah jabatan bergantung pada pihak pengurusan bukan pihak bawahan...jika jabatan tu menunjukan prestasi x bagus dah tentu para pengurusan dipersalahkan bukan org bawahn...!yg kena pecat dah tentu pengurusan.

Pihak sokongan mmg la penting..sbb mereka ni aset...tetapi harus diingat baik buruk yg dibuat pihak bawahan akan tercalit pada pengurusan...!pihak pengurusan yg akan kena jawab dan membuat keputusan terbaik utk sesuatu jabatan...

org kita hanya pandai kata...alah ada bos makan gaji buta,lepak banyak...tapi kerja org lain suruh....!itulah bezanya bos dan staff...

ini semua hanya subjektif yg hnya utk menyedapkan hati....hakikatnya most staff kerajaan lagi byk rilek dari buat kerja...
Anonymous said...
MMG BAGUS SBPA NI UTK PEKERJA2 YG SUKA MENGULAR DAN PEMALAS!! KENE GERTAK DERANG NI SKET..
Anonymous said...
Beri salah tak beri salah..apa lah bangsa aku ni. Malulah kome ashik bergaduh hanya sebab pasal duit. Tak malu kah kome dengan mereka-mereka yang bukan penjawat awam...kadang-kadang nak naik gaji pun susah. tapi tetap tegus berkhidmat demi kelangsungan hidup. Bagi mereka yang bekerja sendiri jerut jerih demi mempertahankan perniagaan. Ini kome tak tau bersyukur dengan apa yang ada. Sebenarnya kome semualah yang selalu menjadi liabiliti kepada kerajaan. Tahukan beban yang terpaksa kerajaan tanggung demi memuaskan kome semua. Tahukan betapa teruknya pemikir atas nak cari jalan nak tambah pendapatan negara. Gaji kerja gomen yang naik takde turun bang. Bolehtak jika tahun depan kalau pendapatan tidak memberangsangkan gaji pekerja gomen di potong pula 10%. Tidak bukan.
jadi bersyukurlah dengan apa yang ada. Yang dok bertekak pasal duit ni sebenarnya tamak dan mudah goyah.
Kalau nak cerita pasal duit bang gaji sebulan RM100k pun tak cukup. Dan kalau nak kirakan cukup gaji RM 1000 pun cukup nak besarkan anak.
Malu lah dengan bangsa lain.
Anonymous said...
rasanya ramai yang tak puas hati pasal kumpulan premier..jusa nak lbh tinggi... 100%... cuba tengok syarat pada jusa tu pulok.. prestasi dinilai daripada KPI... tak perform.. KPI tak dpt.. dipecat... ganti org lain..

kum PnP dan Operasi/sokongan.. prestasi LPNT.. tiap2 tahun dpt increment gaji sampai gaji mati yg meningkat dlm SBPA...

agak2 kalau kump Pnp & sokongan.. kita bagi gaji naik 100% tapi syarat sama dengan JUSA atau TURUS berdasarkan kontrak dan KPI.. sapa tak memenuhi KPI.. sila berundur...atau dipecat.. apamacam...
muhdrashidi said...
SBPA sebenarnya dari sudut positif cukup baik buat golongan pentadbir untuk memastikan suasana bekerja yg lebih efisien ditunjukkan oleh kakitangan awam.. takdelah lagi belanja minum dulu bru wat keje.. namun berlaku ketidakadilan terutamanya dari segi nisbah kenaikan gaji. Saya amat bersetuju kenaikan gaji kumpulan atasan melebihi kumpulan yang lebih rendah. Ini satu hakikat yang perlu diterima kerana sudah tentu kelayakan akademik merupakan standard yang perlu digunapakai selain kekananan dalam jawatan.
Namun demikian kenaikan yang terlalu tinggi sehingga kenaikan 100% itu adalah sesuatu yang perlu dikaji semula.. diharapkan semua kakitangan awam dapat menikmati apa yang sepatutnya mereka rasai..
Anonymous said...
betullah dengan comment terakhir atas isu ini - kalau cakap pasai cukup ke tak cukup, banyakmanapun rasanyanya tidak cukup kecuali ada sedikit perasaan mensyukuri atas rezekiyang diterima. Apa yang penting:
1.Jagan wujud penindasan kepada semua pegawai didalam semua gred perkhimatan kakitangan awam.
2.Kumpulan pegawai bawahan (sokngan)jaganlah pulak memintak lebih dari sepatutnya - apa boleh buat perjawatan kakitangan awan dipilih berdasarkan kepada sijil yang setiap individu pegang.Ini juga asas yang digunapakai dalam pelarasan gaji SBPA.
3. Pegawai atasan yang dipertanggungjawab untuk merangka skim gaji baru kakitangan awam dibawah SBPA berpada padalah merangka gaji sendiri walaupun kesan kewangan kepada kerajaan tak seberapa (Depa ada berapa kerat saja)tetapi hati orang bawahan perlu dijaga.
4.Ceupacs jaganlah pulak berlebih lebih teguk kumpulan sendiri, kembali kepada asas - dari awal lagi perjawatan ditentu oleh paper yang tak bernyawa (sijil). kenaikan gaji perkhidmatan awan malaysia mistilah berteraskan paper tersebut yakni bermula dari kecil bukan bermula dari besar (G27 naik 15% dan G41 naik 20% sebagai contoh).Ceupacs sedar ke tidak wujud unsur unsur tersembunyi didalam "take home pay" kakitangan awam di malaysia yang cukup menarik tetapi amat membantu kakitangan sokongan dalam soal THP ini seperti cukai pendapatan, kemudahan membeli rumah kos rendah, pekerjaan luar pejabat. jaganlah jadi G27 datang kepejabat dengan persona dan G41 Proton saga.
Entahlah ... dah lama bekerja dengan kerajaan tak pula setiap kali pelarasan gaji saya teraniaya. Untuk kali ini entahlah sebab LAMPIRAN C disembunyi'
3.
Anonymous said...
KSN patut ditamatkan kontrak...KSN SIdek barah kepada perkhidmatan awam dan berkuku besi. Walaupun KPPA pembela kakitangan awam, akan tetapi KSN pemutus dan boleh overruled keputusan KPPA dan Pegawai Tertinggi yang lain. Hanya kerana KSN menjaga periuk nasi beliau, yang jadi mangsa KPPA, PTD dan penjawat awam yang lain. Definately KSN is responsible coz he is actually not "PTD" who serve for people...he is a dragon. Everybody knows who is our KSN...bukan makan nasihat pun daripada KPPA dan pegawai tertinggi yang lain. Kalau tak ikut, kena turun pangkat, tukar dan bermacam2 lagi...KSN anda sudah boleh bersara...anda senyap bila KPPA dihentam...we as KPPA supporters want u to resign..!!!
Anonymous said...
syukur alhamdulliah, SBPA ditangguh pelaksanaannya. dari awal mula lihat Pekeliling Perkhidmatan (PP) SBPA dapati tidak ada lampiran C, hanya sila rujuk kepada jabatan masing-masing. perkara ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana PP berkaitan skim baru sebelum ini.

Berdasarkan situasi berkenaan, saya berpendapat ada agenda tersembunyi pihak tertentu disebalik SBPA yang mungkin PM tidak tahu. Melihat kepada keseluruhan SBPA dapati ianya banyak menguntungkan kumpulan primier, kumpulan bawah tak banyak yang boleh dibanggakan.

Justeru, bagi yang bertanggungjawab penuh dalam penyediaan SBPA ini, pandanglah juga kami yang di bawah ni.

Bagi lampiran C pula sertakan sekali dalam PP untuk memboleh kami semua menilainya.
abe we said...
Tak kira orang kerajaan atau pembsmgkang mesti menilai perkara ni sebaik mungkin, mungkin ada baiknya ceupacs usul untuk tangguh dan PM setuju. Ini untuk kebaikan semua. Bincang dan tengok kekuatan dan kelemahan dan perbaiki sebaik mungkin sebelum sign apa-apapun.
insan pejuang kebenaran said...
Cuepacs telah selamatkan Najib PM yg kena kencing dgn PTD,
menteri Timb Ment KPT najib kena lihat juga ni pro anwar ke? harap penganti nanti seorang menteri muda ada krisma iaitu seorang reformis yg telah bersama kerajaan kelantangannya keberaniaanya keridibilitinya siapa Najib saha yg tahu seorang senator muda.
insan pejuang kebenaran said...
Cuepacs telah menyelamatkan PM PM kena jaga orang kesatuan yg dapat menghidu niat jahat pegawai PTD yg nk burukan kerajaan najib patutlah pegawai atasan tak suka orang kesatuan sb meka lantang menegur kejahatan mereka ingat kita dalam kesatuan walau pekerja bawahan tak tau ke apa mereka buat.. tunggguuu.. kerajaan kena bersama kami kami akan mempertahankan kerajaan sekarang..
Anonymous said...
Pengubal2 dasar ini memang babi bertopeng manusia.
Pemegang2 ijazah pula berbangga dengan ijazah yang dipegang kononnya sdangkan kelulusan yang diperolehi tidak setimpal dgn gelaran siswazah berijazah.
Kalau disuruh manusia2 babi yang buat kerjja manakan babi2 tu maahukan orang lain menerima kenaikan melebihi dari mereka dan pemegang ijazah pula perasaan yang mereka sj layak medapat kenaikan yang tinggi berbanding dengan pegawai sokongan.
Mujurlah aku berniaga sendiri dengan segulung ijazah diperingkat Master aku tak terikat dgn benda2 mcm ni.
Sekurang2nya anda bersyukur dgn gaji yang ada tetapi bila muka2 babi mengutamakan poket dia org saja adalah wajar PM mengkaji smula kesannya kepada pihak kerajaan.
Muka2 babi ini seperti mempunyai niat yang buruk menjatuhkan nama baik PM.
Pegawai atasan kononnya yang bekerja keras te4tapi pada hakikatnya pegawai bawahan yang berhempas pulas melakukan kerja untuk mereka.
Golongan elit dan profesinal ini yang tahu hanya duduk di coffee house bermain golf dan betina saja.
Apa buruk sangatka pandangan kamu orang pada kumpulan sokongan yang berhempas pulas menaikkan nama kau orang.
Siasat muka2 babi tadi..apa niat sebenar dia orng merahsiakan 100% kenaikan mereka.
Babi kalau dah mnyodol tahi sendiri pun dimakannya malahan anak sendiripun di sapunya.
Tahniah PM kerana sudi menangguhkan SBPA dan Syabas pada cuepacs kerana berjaya membongkar agenda sulit muka2 babi
Anonymous said...
Pengubal2 dasar ini memang babi bertopeng manusia.
Pemegang2 ijazah pula berbangga dengan ijazah yang dipegang kononnya sdangkan kelulusan yang diperolehi tidak setimpal dgn gelaran siswazah berijazah.


Kalau disuruh manusia2 babi yang buat kerjja manakan babi2 tu maahukan orang lain menerima kenaikan melebihi dari mereka dan pemegang ijazah pula perasaan yang mereka sj layak medapat kenaikan yang tinggi berbanding dengan pegawai sokongan.


Mujurlah aku berniaga sendiri dengan segulung ijazah diperingkat Master aku tak terikat dgn benda2 mcm ni.
Sekurang2nya anda bersyukur dgn gaji yang ada tetapi bila muka2 babi mengutamakan poket dia org saja adalah wajar PM mengkaji smula kesannya kepada pihak kerajaan.
Muka2 babi ini seperti mempunyai niat yang buruk menjatuhkan nama baik PM.
Pegawai atasan kononnya yang bekerja keras te4tapi pada hakikatnya pegawai bawahan yang berhempas pulas melakukan kerja untuk mereka.
Golongan elit dan profesinal ini yang tahu hanya duduk di coffee house bermain golf dan betina saja.
Apa buruk sangatka pandangan kamu orang pada kumpulan sokongan yang berhempas pulas menaikkan nama kau orang.
Siasat muka2 babi tadi..apa niat sebenar dia orng merahsiakan 100% kenaikan mereka.
Babi kalau dah mnyodol tahi sendiri pun dimakannya malahan anak sendiripun di sapunya.
Tahniah PM kerana sudi menangguhkan SBPA dan Syabas pada cuepacs kerana berjaya membongkar agenda sulit muka2 babi
Anonymous said...
Kepada pihak yg merangka SBPA, buatlah dengan adil seadilnya atas dasar amanah yang telah diberikan. Ingatlah bahawa anda akan dipersoalkan di akhirat nanti oleh ALLAH swt! Andaikata peralasan SBPA kali ini tidak telus @ berlaku ketidakadilan, aku salah seorang dr kump bawahan TIDAK halal satu sen pun drpd bhg aku yg telah ditipu oleh kalian. Aku akan tuntut di akhirat!!! Jangan harap korang boleh masuk syurga ALLAH dgn mudah.... ~hambaNYA yg kerdil & hina

No comments:

Post a Comment