Umrah Orang Berdosa

 

 (Bhg 1): Dan kisahnya pun bermula…


dulu masa aku masih kecil, ada seorang saudara memberikan aku segelas air zam zam
setelah meneguk air itu, dia pun bertanya – Hang rasa apa?
aku jawab : ” Payau “
lalu dia pun menjawab,
” Itu tanda hang ada harapan pergi ke Mekah “
bila diingat kembali, aku senyum sendiri, entah ‘fatwa’ apa yang dia guna untuk membuat kesimpulan sebegitu rupa
sewaktu bertugas di Utusan Malaysia, ada seorang wartawan sukan yang sering menjadi ‘partner’ aku untuk minum petang, dah arwah pun dia, namanya Johari Shawal
arwah memang seorang yang happy go lucky, ada aje cerita untuk buat kami gelak setelah seharian stress membuat liputan dan sebagainya
entah macam mana, suatu hari dia tiba-tiba serius dan menceritakan bagaimana pengalamannya mengerjakan umrah kat aku
walaupun disampaikan dengan gaya ‘bersahaja’, namun arwah Johari tiba-tiba membuatkan aku teruja untuk menjejakkan kaki ke tanah suci itu
namun kengkangan kewangan membuatkan impian aku itu berlalu begitu
tetapi dua tahun lepas aku ‘dikejutkan’ dengan berita yang aku dan seorang lagi rakan dipilih untuk membuat liputan di Jeddah, Arab Saudi, wah!
kami berdua sepakat, habis saja tugasan – kami nekad untuk ‘melencong’ ke Mekah dan mengerjakan umrah walaupun ia tidak termasuk dalam jadual/ itenary kami di sana (maklumlah kami bukannya berduit, peluang macam ni sudah pasti kaedah terbaik untuk ke sana tanpa mengeluarkan wang saku)
secara senyap-senyap, aku pergi ke Masjid India, Kuala Lumpur untuk beli ihram namun segalanya bertukar hampa apabila pihak Kedutaan Arab Saudi menolak permohonan visa kami disebabkan tarikhnya terlalu hampir dengan musim haji, ya Allah hampa sungguh rasa hati
dan seperti yang ramai korang tahu, aku telah jatuh sakit tidak lama dulu sehingga terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)
peluang aku untuk hidup cukup tipis, 50-50 kata doktor
aku berdoa, selain minta disembuhkan, biarlah aku diberi peluang menjejakkan kaki ke tanah suci walau dengan apa cara sekalipun
terus terang, aku sebenarnya tidak terlalu YAKIN kerana dua faktor yang disebutkan tadi iaitu faktor kewangan dan faktor kesihatan
namun Allah Maha Kuasa, kalau itu yang Dia mahukan, itu jugalah yang akan terjadi
akhirnya ‘peluang’ yang terlepas tempoh hari rupanya muncul lagi
sekali lagi aku diberi ‘peluang’ untuk ke sana
justeru, maka dengan sesungguhnya, ingatlah ayat ini;
1. Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 117:
بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَإِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (١١٧)
Ertinya: Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.۝
2. Surah Ali Imran (سورة آل عمران) ayat 47:
قَالَتْ رَبِّ أَنَّى يَكُونُ لِي وَلَدٌ وَلَمْ يَمْسَسْنِي بَشَرٌ قَالَ كَذَلِكِ اللَّهُ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٤٧)
Ertinya: Mariam berkata: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun? Allah berfirman: Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia. ۝
3. Surah Ali Imran (سورة آل عمران) ayat 59:
إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٥٩)
Ertinya: Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Maka menjadilah ia. ۝
4. Surah al-An’am (سورة الأنعام) ayat 73:
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ بِالْحَقِّ وَيَوْمَ يَقُولُ كُنْ فَيَكُونُ قَوْلُهُ الْحَقُّ وَلَهُ الْمُلْكُ يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ (٧٣)
Ertinya: Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar dan (Dialah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: “Jadilah”, lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala. Dia yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata dan Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. ۝
5. Surah al-Nahl (سورة النحل) ayat 40:
إِنَّمَا قَوْلُنَا لِشَيْءٍ إِذَا أَرَدْنَاهُ أَنْ نَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٤٠)
Ertinya: Sesungguhnya perkataan Kami kepada sesuatu apabila Kami kehendaki, hanyalah Kami berkata kepadanya: Jadilah engkau!, maka menjadilah ia. ۝
6. Surah Maryam (سورة مريم) ayat 35:
مَا كَانَ لِلَّهِ أَنْ يَتَّخِذَ مِنْ وَلَدٍ سُبْحَانَهُ إِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ(٣٥)
Ertinya: Tiadalah layak bagi Allah mempunyai anak. Maha Sucilah Dia. Apabila menetapkan jadinya sesuatu perkara, maka hanyalah Dia berfirman kepadanya: Jadilah engkau, lalu menjadilah ia. ۝
7. Surah Yasin (سورة يس) ayat 82:
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٨٢)
Ertinya: Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. ۝
8. Surah Ghafir (سورة غافر) ayat 68:
هُوَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ فَإِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (٦٨)
Ertinya: Dialah yang menghidupkan dan mematikan; oleh itu apabila Dia menetapkan jadinya sesuatu perkara maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.


Umrah Orang Berdosa (Bhg 2): 48 jam yang kritikal!

aku ni kalau ditengok dari segi fizikal, malah melalui tulisan, nampak macam aku ni jenis happy go lucky orangnya macam orang yang takde masalah kata salah seorang pengomen tegar hehehe, jawapan aku mudah je, kalau aku takde masalah, maknanya aku bukanlah manusia kan…mana mungkin aku takde masalah, cuma ada perkara yang aku memilih untuk menyimpannya dalam gerobok hati dan benakku yang paling dalam – dalam erti kata lain biarlah ianya ku tanggung sendiri
berbalik pada cerita umrah aku ini, semuanya dah masuk gear akhir, kursus dah pergi…baju dah packing…pihak Felda Travel yang mengendalikan perjalanan aku ini pun dah beri ‘green light’, visa dah ready kata mereka
actually berita yang ‘visa dah ready’ tu membuatkan diri aku tiba-tiba jadi gemuruh tak tentu pasal, dalam erti kata lain, sebelah kaki aku ni istilahnya dah sampai ke tanah suci, hanya ‘sebelah kaki’ saja yang belum entah kenapa, kira-kira dua hari sebelum berangkat, tiba-tiba hati aku rasa berbelah-bahagi…adakalanya aku rasa macam nak terbang esok juga, pada masa yang sama juga aku rasa macam nak batal saja pemergian ini
ini kerana aku merasakan yang aku belum cukup ‘bersih’ untuk menjejakkan kaki ke tanah suci
aku bimbang dengan cerita-cerita orang, ada orang pernah kata yang mereka pernah dengar ada jemaah tak nampak Kaabah, ada jemaah yang tiba-tiba diserang histeria dan macam-macam lagilah

itu belum masuk cerita-cerita yang aku baca kat majalah Mastika tu
,
ngeri dan takut rasanya syeikh…entah kenapa aku yang tak suka amik pot sangat cerita-cerita mistik ni tetiba boleh jadi ‘kecut’ tak tentu pasal dan perkara yang paling menggusarkan adalah kesihatan aku sendiri, sejak dibenarkan keluar dari hospital, kaki aku sering bengkak-bengkak, tapi selalunya ia akan surut begitu saja namun kali ini bengkak itu makin menjadi-jadi pulak hingga seringkali aku terhencut-hencut ketika berjalan


” Bro, aku risau tengok kau, kalau rasa tak boleh, baik kau tangguhkan dulu, nanti dah sihat baru pergi,” kata member aku ni

aku senyum ajer, actually betul juga kata-kata dia, aku tak mahu disebabkan aku, ia menganggu jemaah lain waktu di tanah suci nanti tapi nasihat seorang sahabat lagi membuatkan hati aku untuk ke sana kembali berbunga
” Jangan risau bro, serah saja pada Allah, tawakal dan doa banyak-banyak agar semuanya dipermudahkan “
dan malam sebelum berangkat, kerisauan aku semakin membuak-buak, kedua-dua belah kaki aku dah macam kasut McDonald!

kali ini bukan saja bengkak, malah ia juga cukup menyakitkan…setiap kali nak pijak tanah, rasanya macam dicucuk-cucuk dengan jarum keluarga aku kemudiannya mengejarkan aku ke sebuah klinik, aku ingat lagi nama klinik tu, Klinik Fauziah berhampiran KLIA (dekat area Sepang) doktor pada mulanya syak yang aku kena gout, tapi aku tak rasa begitu kerana aku tidak mempunya sejarah ada sakit macam tu tambahan pula doktor tu beritahu, hanya melalui ujian darah saja baru dia boleh sahkan yang ianya gout…nak kena check kandungan uric acid
untuk itu dia hanya berikan aku ubat surut bengkak dan pil tahan sakit dalam fikiran aku cuma satu….adakah ini TANDA-TANDA AWAL YANG KEHADIRAN AKU TIDAK DITERIMA ALLAH?
tanpa disedari, ada airmata jernih membasahi kelopak mata aku, ya Allah….
 

Kuala Lumpur (KUL) – Madinah (MED)


Surau Bandar Seri Ehsan, Sepang
malam itu tidur aku tidak begitu lena, selain kesakitan yang aku alami, pelbagai perasaan bermain di minda
paling meresahkan – adakah kedatanganku akan diterima Allah SWT?
aku rasa tubuh aku cukup ‘kotor’ untuk hadir ke tanah suci, tanah suburnya agama teragung ini dan makam pemimpin agung yang kita sanjungi, Nabi Muhammad SAW
sebaik saja azan Subuh berkumandang, aku terus ke surau di kawasan perumahan kakakku di Bandar Seri Ehsan, Sepang
selepas solat, aku mengangkat kedua-dua belah tangan sambil berkata, aku sudah tidak ada upaya, padaMu aku serahkan seluruh jiwa dan ragaku
selepas selesai solat dan berdoa, aku berjalan terhincut-hincut sambil bertanya pada diri sendiri, mampukah aku hadir ke bumi Mu ya Allah…
tepat jam 7 pagi, dengan diiringi beberapa orang ahli keluarga, aku sudah terpacak di KLIA

penerbangan sewa khas MAS yang aku naik itu dijangka bertolak ke Madinah tepat jam 10.10 pagi dari jauh kelihatan pegawai Felda Travel, Haji Rizal yang juga Ketua Rombongan sudah bersedia menantikan kehadiran jemaah selesai ‘check-ini’ aku hanya duduk di bangku, terdiam seribu bahasa, debaran di dada makin kencang
tak lama kemudian nampaklah jemaah lain yang ikut serta dalam rombongan umrah, kebanyakannya pergi bersama suami/isteri dan anak-anak
perasaan sedih kian terasa kerana aku hanya pergi seorang diri, tanpa siapapun menemani, aduh syahdunya
sebelum masuk, aku meminjam sebentar Galaxy Tab milik anak buahku…untuk sekian kalinya aku update FB, meminta ampun dan maaf kepada rakan-rakan yang kebanyakannya tidak tahu bahawa aku akan ke tanah suci
akhirnya waktu itu pun tiba, dengan perasaan bercampur baur, aku melangkah kaki perlahan-lahan sebelum memasuki badan pesawat Boeing 747-400 buatan negara Uncle Sam itu

‘sejuk’ rasanya hati kerana sebaik saja masuk ke pintu kapal terbang, krew bertugas terus memasangkan CD alunan zikir…dari suara yang berkumandang, aku pasti ia milik Akhil Hayy, bekas penyanyi rock yang memilih untuk ‘berhijrah’
inilah pertama kali aku dengar pesawat MAS memainkan zikrullah dalam pesawat mereka, mungkin kerana ia pesawat sewa khas ke Madinah barangkali turut kelihatan dalam pesawat adalah selebriti terkenal tanah air seperti Irma Hasmie, Diana Amir dan pengacara Yatt Hamzah finalis Akademi Fantasia, Heliza pun ada syukur kepada Allah kerana walaupun terlibat secara langsung dalam dunia hiburan, hati mereka turut terbuka untuk sama-sama menunaikan ibadah yang besar pahala dan ganjarannya ini

hampir penuh jemaah di dalamnya…
bercakap pasal penerbangan kali ini, pramugarinya tidak memakai kebaya ketat seperti mana selalu, mereka berkemeja dan berseluar panjang, termasuk mengenakan tudung


kat situ aku dah lega sikit, maklumlah, terpeliharalah sikit mata pakcik-pakcik dan aku yang nak pergi umrah ni hehehehe
paling best, sebelum pesawat nak take off, doa musafir telah dipasangkan, wow! tidak lama kemudian kami dihidangkan dengan nasi dan ikan sweet n sour

selesai saja makan, skrin televisyen yang terdapat di kerusi masing-masing telah dipasangkan dengan visual panduan mengerjakan umrah walaupun aku dah mengikuti kursus umrah sebelum ini, tayangan visual tersebut ternyata sangat berguna untuk ‘refresh’ apa yang telah dipelajari sebelum ini, terutama ‘first timer’ macam aku

berbeza dengan penerbangan sebelum-sebelum ini, aku ‘abaikan’ filem-filem lain yang terdapat dalam sistem hiburan pesawat, aku rasa jemaah lain juga begitu
takkan nak layan Jet Li dalam flight gi Madinah pulak yeop!
semuanya lebih banyak diam atau berzikir, atau paling tidak pun…zzzzzzzzz
beberapa jam sebelum mendarat, nasi beriani ayam pula dihidangkan
satu perkara mengenai MAS, sajian makan di dalam pesawatnya cukup diakui keenakannya…ini memang diakui dari dulu

dan selepas sembilan jam berada di angksa, pesawat mula menghampiri bumi Madinah sewaktu pramugari mengumumkan pesawat akan mendarat di Madinah, bulu roma aku terus meremang

berdebarnya ketika ini Allah saja yang tahu
aku masih tidak percaya yang aku akan sampai ke sini, bumi di yang mana Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda;
” Jangan kamu memberat-beratkan perjalanan kecuali kepada tiga masjid; Masjidil Haram, MASJIDKU dan Masjidil Aqsa,” (diriwayatkan Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
terus terang ketika menjejakkan kaki ke bumi Madinah, aku hampir menitiskan airmata, aku tahu masanya sudah tiba, aku tahu aku tidak akan berpaling lagi, aku tahu yang aku sudah sudah nampak akan terbitnya cahaya di hujung lorong….Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!

Lapangan Terbang Madinah, Arab Saudi

 

(Bhg 4): Kota Madinah


pix credit aiezatism
sebaik saja melangkah masuk ke terminal, seperti biasa, orang pertama yang akan kita tempuh dah tentu pegawai imigresen
pada yang selalu outstation macam aku ni, mengadap pegawai imigresenlah satu hal yang adakalanya cukup menjengkelkan, terutama jika kita datang dari negara Asia
di Saudi tidak terkecuali, cakap-cakap sebelum ini yang pegawai imigresen negara ini kurang mesra pelanggan memang ada asasnya
aku mengalaminya sendiri, pegawai yang mengendalikan pasport tu macam nak tak nak je cop buku merah kita itu
mula-mula dia menguap, lepas tu dia bersembang dengan kawannya yang kat sebelah, lepas tu dia buat-buat tersandar (seolah-olah baru ‘belasah’ kebab 40 biji gayanya)
patutlah masa musim haji, ada jemaah kita yang tersangkut dekat 5-6 jam hanya kerana proses ini saja
di sini, mereka akan minta kita letakkan ibu jari tangan ke mesin pengimbas sebelum mengambil foto kita
yang aku pelik, dekat beberapa minit dia buat ‘donno’ je kat aku walaupun semua apa yang dia nak, aku dah buat
dan ini part paling best – lepas dia key in maklumat aku dalam komputernya, dia terus lempar pasport aku tu, pergh!!!!
kalaulah kat Malaysia dia buat macam ni, aku rasa confirm LUNYAI pak arab ni aku kerjakan hahahaha
aku amik positif je, mungkin inilah dugaan yang Allah beri, nak tengok sejauh mana aku dapat mengawal temperature aku kat tanah suci ini
pun begitu, aku sempat mengucapkan terima kasih dan salam pada dia…at least dia tak buang pasport aku dalam tong sampah pun kira OKlah kan
tapi bukan semua yang macam tu, pegawai imigresen kat lorong sebelah tu aku tengok elok je dia layan jemaah, siap senyum lagi (walaupun mukanya ganas dan berjambang macam Brutus dalam kartun Popeye tu)
apapun aku bersyukur, kerana urusan imigresen pada waktu kami tiba itu berjalan lancar, kebetulan yang mendarat masa tu pun hanya sebuah pesawat saja, Alhamdulillah
sebaik saja kami keluar dari airport, wakil Felda Travel di Madinah merangkap mutawwif kami, Ustaz Adam dah tercegat kat depan pintu
Ustaz Adam muda lagi, dalam awal 20-an rasanya…dia orang Indonesia yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian agama kat Mekah
bas yang nak bawa kami ke hotel pun dah ready, drivernya pun orang Indonesia juga, kalau bukan kerana faktor geografi Madinah yang tandus dan gersang itu, confirm aku ingat kapal terbang ni dah tersalah landing kat airport Surabaya!
sebaik saja bas bergerak, Ustaz Adam memperkenalkan dirinya sebelum berucap sepatah dua kata di dalam bas
” Alhamdulillah, selamat datang pada semua tetamu Allah, bersyukurlah kerana akhirnya kita diberi ruang dan kesempatan untuk menjejakkan kaki ke bumi yang penuh barokah ini,” begitulah lebih kurang ayatnya
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Solat di masjidku lebih utama daripada seribu kali solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram. Dan solat di Masjidil Haram lebih utama seratus ribu kali daripada solat di tempat lain.” (Riwayat Ahmad)
masa ni entah macam mana aku rasa terharu sangat-sangat, aku hampir nak menitiskan airmata
aku terbayang segala dosa-dosa aku, aku terbayang bagaimana aku terlantar di hospital, aku terbayang bagaimana kata-kata sindirin daripada seorang dua rakan-rakan yang seolah-olah memandang sinis niat aku ke sini dan macam-macam lagilah
walaupun hari panas terik, aku tetap buka kain langsir di tepi tingkap bas yang aku naik, aku mahu menikmati sepuas-puasnya pemandangan bumi Madinah ini
biarlah kalau ia sekadar padang pasir, biarlah kalau ia sekadar batu-batuan, biarlah jika ia tidak sehebat kota Paris atau kota New York, aku tetap mahu menikmati panoramanya, aku tetap mahu menghidu debu dan aromanya
yang lebih penting aku mahu bertemu Rasulullah biarpun yang ada nanti hanya makam atau kuburannya
aku mahu bersolat di masjidnya, beriktikaf di dalamnya, aku mahu mendapat restu dan syafaatnya
ya Rasulullah, aku makin hampir denganmu…aku datang untuk menemuimu…terimalah aku insan yang lemah dan tidak berdaya ini…
setelah hampir setengah jam perjalanan, mata aku tiba-tiba terarah ke sebuah bangunan yang cukup besar saiznya, cukup indah binaannya, sebuah kompleks mega yang selama ini hanya dapat aku lihat di dalam majalah dan internet
pada masa yang sama aku terlihat kubah besar berwarna hijau

pix credit to Kupih
Allahu Akbar, aku yakin dan aku pasti….inilah Masjid Nabawi, inilah masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w setelah penghijrahan baginda berserta para sahabat dan pengikut setia ke bumi Madinah ini
disinilah terletaknya makam junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w yang berada di dalam kompleks masjid tersebut
di sinilah juga bersemadinya jasad Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab
aku tahu, aku tidak bermimpi lagi…aku cuba menahan airmata ini dari jatuh menitis, tapi rasanya aku sudah tidak mampu lagi untuk menghalangnya…

 

(Bhg 5):Hotelku sebelah Masjidil Nabawi? Alhamdulillah…


mahal atau murahnya sesuatu pakej umrah banyaknya bergantung kepada harga tiket penerbangan dan hotel tempat seseorang jemaah itu menginap
contohnya, jikalau kita memilih untuk naik pesawat Biman Air (Bangladesh), harga tiketnya sudah tentu jauh lebih murah berbanding MAS atau Emirates, tapi janganlah expect untuk dapat direct flight ke Jeddah atau Madinah
pesawat yang dinaiki pasti singgah atau transit di satu-satu airport, adakalanya dua hingga ke tiga airport
lebih memenatkan lagi kalau kita terpaksa menunggu dalam jangka masa yang lama, kekadang mencecah sehingga 5 ke 6 jam, sebelum dapat menaiki penerbangan berikutnya…acapkali juga jemaah terpaksa bermalam di hotel sesebuah negara sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Arab Saudi
begitu juga dengan hotel, banyak syarikat pelancongan menawarkan pakej umrah yang murah, tetapi jarak hotel ke masjid adakalanya terletak terlalu jauh hingga kerap kali terdapat keadaan di mana jemaah akhirnya hanya mampu beribadah di bilik hotel saja disebabkan terlalu penat hendak berulang-alik
tapi jangan tak tahu, aku pernah diberitahu satu grup ni pakejnya murah saja, tapi disebabkan tiada kekosongan, mereka ditempatkan di hotel yang mahal tanpa dikenakan bayaran tambahan, inilah yang dikatakan kebesaran Allah
aku sendiri bila ‘terpilih’ untuk menyertai rombongan umrah ini tidak dapat nak jangka keadaan itu, maklumlah inilah kali pertama menjejakkan kaki ke bumi Madinah
lagipun pakej umrah Felda Travel yang aku sertai ini bukanlah dalam kategori mewah hingga mencecah belasan atau puluhan ribu seperti yang diambil sesetengah jemaah itu
ianya dalam kategori yang cukup sederhana – kalau nak beli rumah, pakej aku ini istilahnya kira jatuh dalam kategori rumah kos rendah je actually
tapi aku sungguh tak menyangka, rupa-rupanya hotel penginapan aku terletak betul-betul di tepi pagar utama Masjid Nabawi, Subhanallah!

dekatnya…Alhamdulillah
dalam erti kata lain, aku hanya perlu turun lif, berjalan lebih kurang 50 tapak, lepas tu sampailah ke Masjid Nabawi, Alhamdulillah, aku bersyukur sangat-sangat
hotel berkonsepkan apartment ini diberi nama Al-Majeedi Arac Suite

inilah hotelnya, Al-Majeedi Arac Suite
walaupun berkongsi dengan tiga orang jemaah yang lain, biliknya agak luas, siap dengan dapur, TV flat screen dan washing machine lagi
pendek kata dengan fasiliti dan jarak yang ada, kalau tak pergi solat kat masjid juga, tak tahulah nak kata apa

walau empat orang sebilik, tapi masih selesa
berbalik kepada cerita umrah aku ni, sebaik saja sampai kat hotel, aku dah tak sabar nak pergi ke Masjid Nabawi, tak sabar nak solat di masjid yang menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda ini
selain itu, tak sabar rasanya nak menziarahi makam Baginda Rasulullah SAW
dan aku rasa jemaah yang lain juga pasti rasa benda yang sama
seakan-akan dapat mengagak ‘keterujaan’ para jemaah, mutawif kami, Ustaz Adam pun memberikan nasihat
” Apapun para jemaah sekalian, pergilah naik ke bilik dulu untuk berehat atau membersihkan diri, InsyaAllah lepas tu beribadahlah semahunya,” katanya sambil tersenyum
aduh ‘tajam’ pula rasanya kena sindir hehehehe
tapi aku naik, naik juga…namun tak sampai 10 minit lepas tu aku terus turun ke lobi
dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, aku melangkah dengan penuh keyakinan dan keinsafan ke Masjid Nabawi
makin lama makin dekat, makin lama makin hampir, dan akhirnya buat pertama kali dalam hidup aku, aku berjaya menjejakkan kaki di permaidani masjid yang agung dan penuh kemuliaan ini, Alhamdulillah…..terima kasih ya Allah!



(Bhg 6): Masjid Nabawi


Dari Jabir bin Abdillah ra, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Solat di masjidku ini lebih utama 1,000 solat daripada solat di masjid selainnya, kecuali Masjidil Haram, dan solat di Masjidil Haram lebih utama 100,000 dari solat di masjid selainnya.” Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah, dan disahihkan al-Albani (Kitab Irwauul Ghalil cetakan al-Maktab al-Islami hal 341 hadis no 1129 juz ke 4).
Maknanya, pahala solat di Masjid Nabawi lebih banyak iaitu 1,000 kali daripada pahala solat di masjid selainnya. Sebab itulah kat masjid ini, walau terpaksa bertongkat, walau terpaksa berpimpin, orang akan datang berduyun-duyun mengerjakan sembahyang di dalamnya
itu belum dicampur ibadah lain yang dikerjakan seperti membaca A-Quran dan sebagainya
ketika aku melangkah kaki ke dalam Masjid Nabawi, inilah kali pertama aku beribadah di dalam masjid yang sebegitu besar, sebegitu luas mata memandang

Subhanallah, besarnya masjid ini…
kalau kat Malaysia, paling besar yang pernah aku masuk ialah Masjid Sultan Salahuddin kat Shah Alam, masjid tu boleh tampung kira-kira 20,000 jemaah
tapi Masjid Nabawi, MasyaAllah…

lautan permaidani merah menghiasi ruang solatnya
luas lantai dasarnya saja kira-kira 98,000 meter persegi yang dapat menampung 167,000 jemaah, lantai atas (sky roof) pula seluas 67,000 meter persegi, ia dapat menampung seramai 90,000 jemaah
apabila halaman masjid dipenuhi jemaah sembahyang, maka Masjid Nabawi dan halamannya dapat menampung 650,000 jemaah pada musim biasa (low season) dan lebih 1 juta jemaah pada musim haji atau bulan Ramadhan (high season)

tiang-tiang payung gergasi di dataran masjid

menjelang siang payung-payung gergasi ini dibuka untuk keselesaan jemaah
Masjid Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi mengawal keadaan di luar dan dalam masjid,4 buah eskalator dan 18 buah tangga biasa
ia belum dengan ‘kehadiran’ 230 tiang setinggi 5 meter setiap satu dan 10 buah menara, enam di antaranya setinggi 99 meter!
————————————————————————————–
masjid ini terletak kira-kira 597m dari aras laut
kedudukannya di tengah-tengah bandar Madinah menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang bersinar,sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam
tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl)
Rasulullah saw kemudiannya membeli tanah tersebut
kisah tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik sekali
setelah Rasulullah saw keluar dari Quba’ menuju ke kota Madinah,orang ramai berebeut-rebut mengheret tali unta Rasulullah saw untuk membawa baginda sebagai tetamu ke rumah masing-masing
namun demikian Rasulullah saw menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan
unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri seolah-olah mencari sesuatu,sehinggalah ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini
selepas ia berhenti, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ” Insyaallah, di sinilah tempatnya”
Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua setibanyan Rasulullah saw di kota Madinah
keluasan asalnya kira-kira 850.5m persegi dan 2.9m tinggi
atapnya diperbuat daripada pelepah-pelepah pokok tamar, disimen dengan tanah liat
Rasulullah saw sendiri turut sama dalam pembinaan ini dengan memikul dan membawa batu-batu
——————————————————————————–
dan disebabkan terlalu luas jugalah, ramai jemaah yang ‘pening’ kerana mereka masuk pintu lain tetapi end up dengan keluar di pintu lain
sebab itu, dalam ‘keghairahan’ nak beribadah, janganlah sampai terlalu gopoh hingga lupa pintu keluar/masuk masjid
kalau setakat lupa pintu mungkin bagi sesetengah jemaah ia bukan isu besar, tetapi bagaimana pula kalau lupa mana letak kasut/ selipar?
bagi aku ini yang ‘paling perit’!

ini baru sikit bro…
betul, ramai jemaah yang membungkus selipar mereka dan dibawa sekali ke ruang solat, tetapi adakalanya kita tak sampai hati, terutama kalau jemaah lain bersujud (dan selipar kita pula terkena kepala/ dahi mereka)
aku sendiri sebenarnya tak begitu gemar membawa selipar ke ruang solat (walaupun berbungkus), rasa macam tak ‘proper’ je, maklumlah kita kat Malaysia jarang buat macam tu
Alhamdulillah di Madinah aku tidak berhadapan dengan masalah hilang selipar, tapi pernah terjadi, aku lupa dekat pintu mana aku letak selipar aku tu
dekat semua pintu jugalah aku redah, bayangkan
akhirnya hari itu orang penat bersolat dan berzikir kat masjid, akulak penat cari selipar, hah, padan muka aku!
kalau nak cerita pasal Masjid Nabawi ni sampai bila pun tak habis, omputih kata Seeing Is Believing
dan tak lengkap bercerita tentang masjid ini kalau tak sentuh mengenai Makam Rasulullah SAW dan Raudhah…nanti aku cerita lagi, bagaimana bulu roma aku ‘meremang’ sebaik saja melangkah kaki ke Raudhah, dan bagaimana aku dihambat perasaan sedih dan hiba yang amat sangat tatkala berhadapan dengan makam junjungan besar kita itu…Allahu Akbar….

aku yang paling muda nampaknya dalam grup ni, yang lain OTAI-OTAI beb

 

(Bhg 7):Di Makam Rasulullah SAW


inilah makam Rasulullah SAW yang diambil dari lensa kamera kecilku…
sesungguhnya kita umat Islam memang digalakkan sangat-sangat menziarahi makam Rasulullah SAW sebagai tanda kasih dan cinta kepada baginda
ketika mula-mula masuk ke Masjid Nabawi, perkara pertama yang dalam otak dan fikiran aku adalah nak ziarah Makam Rasulullah
keinginan yang terlampau tinggi itu membuatkan aku tak fikir panjang, dengan tanpa bertanya pada siapa-siapa, termasuk mutawif yang disediakan oleh pihak pakej, aku terus meluru masuk
sudahnya aku ‘lost’…bukan ‘lost’ apa, tahu jelah, Masjid Nabawi ni sangat besar…aku dah panik, mana aku nak tuju ini sebenarnya, nak ke kiri ke, nak ke kanan ke, nak ke depan ke, nak ke belakang ke

bayangkanlah punya luas…
lagi pun takkanlah pihak masjid nak letak signboard kat dalam masjid pulak kan
akhirnya aku ambil keputusan untuk solat sunat dulu
lepas tu aku berjalan perlahan-lahan sambil mata melilau mencari arah mimbar masjid
sambil berjalan aku bercakap dalam hati…ya Rasulullah aku datang, ya Rasulullah aku datang mencarimu…masa tu sebak sungguh rasa hati
tiba-tiba aku melihat satu kawasan yang cukup ramai dengan jemaah, aku juga ternampak barisan tiang-tiang yang agak berbeza daripada barisan tiang masjid yang lain

Subhanallah, ramainya manusia nak ziarah Makam Rasulullah
kawasan tersebut juga cukup bersinar, dilimpahi lampu dan keindahan yang sukar nak aku ceritakan di sini
aku yakin, aku dah sampai di kawasan Raudhah…melalui pembacaan aku, di Raudhahlah tempat di mana terletaknya Makam Rasulullah

indahnya Raudhah…
sebenarnya sebelum sampai ke sini, di Malaysia lagi boleh dikatakan setiap hari menjelang pemergianku ke sini, aku tengok foto Makam Rasulullah kat Google
jadi sedikit sebanyak aku dah dapat gambaran bagaimana ‘rupa’ makam yang nak aku tuju itu
tekaan aku tepat, Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya juga sampai ke makam Baginda

Assalamualaikum ya Rasulullah..
masa tu airmata ni dah tak boleh nak tahan dah bang…bayangkan, makam manusia yang sangat dimuliakan Allah kini betul-betul berada di depan mata
Dialah penghulu kejadian, makhluk termulia, rahmah seluruh alam, tersuci antara manusia, penyempurna edaran zaman, perantara sebenar, yang dibenarkan kata dan perbuatannya, nabi penyayang, pemurah, agung pekertinya, tiada cacat celanya, nabi yang terakhir!
firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam
ayat ini saja sudah menerangkan betapa Rasulullah adalah manusia paling agung dan dimuliakan segala makhluk yang ada di bumi sehingga hari kiamat, Allahu Akbar!
lebih sebak lagi bila mengenangkan betapa sukarnya dan teruknya cabaran yang Baginda terima dalam berdakwah, dihina, dikeji, diboikot, diperangi hingga ke peringkat hendak dibunuh oleh mereka yang enggan menerima hidayah Allah
bayangkan, bagaimanalah air mata ini tak menitis apabila mengenangkan betapa sayang dan kasihnya Baginda pada kita umatnya
sampaikan di saat nyawanya hendak ditarik pun, Dia minta agar jangan kesakitan waktu sakaratul maut itu ditimpakan pada umatnya, cukuplah Dia seorang yang menanggungnya
dan di saat ajalnya, yang ditanya Baginda pada Jibril adalah;
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khuatir wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: Kuharamkan Syurga kepada sesiapa sahaja kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya” kata Jibril
Baginda kemudiannya meninggal dunia sejurus selepas menyebut-nyebut perkataan, “Ummati, ummati…. (Umatku, umatku…).”
Rasulullah wafat di pangkuan isteri tercinta, Sayyidah Aisyah RA, pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awwal 11 Hijrah, bertepatan dengan tarikh 3 Juni 632 Masehi, dalam usia 63 tahun
aku beredar dari makam Rasulullah setelah berdoa dan menyampaikan salam keluarga serta sahabat-sahabat di Malaysia kepada Baginda
Alhamdulillah, sepanjang masa di Madinah, boleh dikatakan setiap hari aku diberi Allah keizinan untuk menziarahi Baginda, dan setiap kali itu jugalah, aku tak mampu menahan kesedihan, dan aku yakin siapa juga yang ada di situ PASTI mengalami perasaan yang serupa…Allahu Akbar…
kalau ada kesempatan, datanglah…rasailah, nikmatilah…seseungguhnya ruang yang terhad ini tidak mampu untuk menggambarkan segalanya


(Bhg 9): tempat yang sungguh istimewa bernama Raudhah

inilah Raudhah ( pix http://salam-monash.blogspot.com)
malam tadi sebenarnya aku cukup teruja untuk menulis mengenai Raudhah, salah satu ruang solat yang dikatakan SUNGGUH MUSTAJAB sesiapa yang berdoa di dalamnya
tetapi lappy aku ada problem, so aku tangguhkan dulu
hari ini dah tiba masanya aku berkongsi pengalaman berada di Raudhah, sebuah kawasan yang aku sifatkan antara yang PALING TENANG pernah aku singgah sepanjang hidup aku selama ini
bila pijak saja karpet berwarna hijau, Alhamdulillah, maknanya kita dah sampai di Raudhah
Raudhah ni tak besar tuan-tuan, hanya seluas 22 x 15m saja, tapi entah kenapa, walaupun ia cuma sebuah kawasan yang mempunyai tiang dan mimbar, tetapi sesiapa yang masuk ke kawasan itu pasti akan berasa ‘sesuatu’ yang sangat ‘luar biasa’, kita akan tiba-tiba berasa teruja, tiba-tiba berasa insaf yang amat sangat, khusyuk dan segala macam perasaan yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata, sungguh!
aku sendiri, terus terang, tetiba boleh meremang bola roma bila melangkah kaki ke dalam Raudhah, satu tindak balas kimia yang payah untuk ditafsirkan walau oleh prosefor biologi hebat manapun
baik apa itu Raudhah?

Penerangan:
TIANG AISYAH: Tabrani menyebutkan Aisyah RA meriwayatkan bahwa Nabi SAW bersabda, “Ada tempat yang sangat penting di dalam Masjid Nabawi yang mulia, jika seorang mengetahuinya, mereka akan mengadakan undian untuk mendapatkan kesempatan agar bias solat di sana”.
Suatu hari para Sahabat bertanya kepada Aisyah RA tentang tempat ini. Beliau menolak untuk memberitahukan tempat tersebut. Akhirnya para Sahabat pergi, sedangkan Aisyah RA masih bersama dengan saudarnya Abdullah bin Zubair RA. Belakangan para Sahabat memperhatikan bahawa Abdullah bin Zubair RA melakukan solat dekat dengan tiang Aisyah. Para Sahabat meyakini bahwa Aisyah RA memberitahukan tempat tersebut secara rahsia kepada keponakannya itu
Nabi SAW pernah mengimami solat dari titik ini selama beberapa hari setelah perubahan qiblat dari Masjid Al Aqsa ke Ka’bah di Makkah. Belakangan, beliau selalu mengimami solat dari titik yang sekarang dikenal sebagai Mihrab Nabawi As Syarif.
TIANG MUKHALLAQAH: Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadits Buhari, “Nabi SAW bersandar pada sebatang pohon kurma (yang awalnya terletak pada tempat di mana tiang ini berada) ketika melakukan khutbah Jumaat, kaum Ansar dengan hormat menawarkan pada Nabi SAW, kami dapat membuat sebuah mimbar untukmu, jika engkau menyetujuinya”.
ia terletak di antara Makam Rasulullah dan mimbar Baginda
RAUDHAH secara bahasa bererti kebun atau taman sedangkan yang dimaksud Raudhah di sini adalah suatu tempat yang berada di antara mimbar dan makam Muhammad SAW
tempat ini selalu digunakan oleh Nabi SAW untuk melakukan solat sampai akhir hayat beliau
Nabi SAW bersabda :
عن أبي سعيد الخذري قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَا بَيْنَ قَبْرِي وَمِنْبَرِي هَذَا رَوْضَةٌ
“Dari Abi Sa’id al-Khurdri ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Tempat di antara kubur dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) di antara beberapa kebun surga”. (Musnad Ahmad bin Hanbal)
ada hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim dari Rasulullah SAW, bahwa beliau bersabda,
“Tempat yang diantara kuburku dan mimbarku ini adalah Raudhah (kebun) diantara beberapa kebun syurga”
seseorang juga dianjurkan untuk berdo’a di depan mimbar Nabi SAW yang terletak di kawasan Raudhah
pada awalnya mimbar ini diperbuat daripada batang tamar,yang sering digunakan RASULULLAH SAW sewaktu menyampaikan khutbah.Tapi kini mimbar ini telahpun dihiasi dengan emas dan ukiran yang indah,seperti di dalam gambar diatas.
ia sesuai dengan sabda Nabi SAW, “Mimbarku ini berada di atas telagaku.” (al-Hajj wa al-‘Umrah Fiqhuh wa Asraruh, 237)
apapun ada satu artikel menarik untuk kita renung yang aku peroleh dari laman blog ini;
Sebenarnya SEMUA dari kita boleh hadir ke Raudhah tanpa perlu ke Madinah. Mana mungkin Allah Yang Maha Adil menjadikan Raudhah itu milik segolongan orang sahaja? Bagaimana pula dengan mereka yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke Madinah?
Bukankah Nabi kita ada bersabda:

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila kamu melintasi taman-taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah” Para sahabat bertanya:”Apakah itu taman-taman syurga?”Jawab baginda:”Majlis Zikir.” (Riwayat at-Tirmidzi)
Raudhah yang sentiasa padat dengan jemaah, setiap saat, setiap masa!
Ayuh kita penuhi Raudhah Allah. Raudhah yang ini ada di mana-mana. Majlis ilmu dan majlis zikir ada di mana-mana. Berdoa semasa di majlis ilmu juga merupakan detik berdoa yang mustajab kerana semasa kita berada di majlis ilmu, turut bersama dengan kita adalah para malaikat. Para malaikat ini akan mengaminkan doa kita dan membawa doa kita untuk dipersembahkan kepada Allah.
Menghairankan kiranya kita hanya berlalu pergi melewati majlis ilmu tetapi berebut-rebut ketika berada di Masjid Nabi dengan alasan mengambil tempat bersolat serta memohon doa di Raudhah. Kita tidak perlu menunggu ke Madinah untuk berdoa di Raudhah kerana Raudhah itu sebenarnya berada dekat dengan kita. (rahibah.blogspot.com)
Wallahualam.

 

(Bhg 10): kesukaran jemaah wanita di Raudhah…ada hikmah tersembunyi?

pix credit to suziey.com
aku sering mendengar rungutan daripada jemaah wanita mengenai kesukaran yang mereka tempuh untuk sampai ke Raudhah
benar, itu akui…mereka tidak sebebas kaum lelaki yang boleh bersolat di Raudhah sekerap mana yang mereka suka
itupun kami jemaah lelaki terpaksa juga ‘berhempas pulas’, inikan jemaah wanita yang terpaksa berhadapan dengan banyak kepayahan untuk bersolat dan berdoa di situ
waktu dibenarkan bagi jemaah wanita di Raudhah, kalau tak silap, di sebelah pagi selepas selesai Solat Subuh kira-kira jam 7 pagi sehingga kira-kira 1 jam sebelum masuk waktu Zohor
di sebelah petang pula, masanya agak singkat iaitu selepas selesai solat Zuhur hingga sebelum masuk waktu Asar
sebelah malam pula, selepas selesai solat Isyak hingga jam 12 tengah malam
dan andai pun berkesempatan bersolat di Raudhah, ruang yang diperuntukkan untuk kaum Hawa juga terhad
bayangkan, Raudhah sendiri taklah luas mana, berkongsi pula, berapa luaslah sangat kawasan yang tinggal
tak cukup dengan itu, jemaah wanita juga akan dipecahkan mengikut kumpulan dan ditempatkan di beberapa “check point” tertentu
menurut blogger Ustaz Iqbal Safwan, jemaah Malaysia dikategorikan sebagai jemaah yang berasal dari Asia Tenggara yang termasuk jemaah Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina dan Thailand
manakala ada kumpulan jemaah dari negara-negara Arab dan juga kumpulan jemaah dari negara India, Pakistan dan Bangladesh
kelazimannya jemaah dari Asia Tenggara mendapat giliran paling akhir untuk memasuki Raudhah
pix credit to suziey.com
kata Ustaz Iqbal, boleh jadi jemaah dari negara-negara Asia Tenggara lebih sabar dan tidak banyak kerenah berbanding dari negara-negara lain agaknya
semasa zon masa lawatan jemaah wanita, kawasan Raudhah terbahagi kepada dua bahagian
jemaah wanita hanya mendapat kawasan di tiang yang ketiga dan kebelakang, manakala kawasan hadapan dari tiang pertama dan kedua diperuntukan kepada jemaah lelaki
mungkin ada yang tanya macam mana ia dipisahkan
jawapannya mudah saja, petugas masjid akan pasang sejenis kanvas berwarna putih yang akan berfungsi sebagai ‘pagar’
pix credit to iqbalsafwan.com
pengalaman aku melihat kerja-kerja memasang kanvas ini cukup menarik, tak sampai beberapa minit petugas melakukan kerja tersebut, tiba-tiba je kawasan tu dah ‘berpagar’ – cekap betul mereka
dan bila bercakap mengenai kepayahan dan kesukaran jemaah wanita di Raudhah ini, aku tak berani nak cakap apalah kerana ilmu agama aku pun taklah setinggi mana
tapi aku yakin semuanya itu ADA HIKMAH di sebaliknya yang mungkin ada jemaah wanita yang ‘terlupa’ mengenainya
aku cukup YAKIN, disebabkan terpaksa menempuh segala kepayahan dan kesukaran itu jugalah, GANJARAN yang mereka terima pasti ‘luar biasa’
so jangan sedih atau kecewa sangat kalau terpaksa menempuh ‘kesusahan’ semacam ini, ingat ayat ni selalu;
” Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139)
kita semua tahu, ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah hanyalah sama ada ia merupakan ‘kifarah’ dosa yang kita lakukan atau lebih hebat dari itu – untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya
last kali berfikirkan dengan positif, ingat, setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Wallahualam…

 

(Bhg 11): Pengalaman menyaksikan pengkebumian di tanah perkuburan Baqi’


kita sering diberitahu yang perkuburan Baqi’ adalah perkuburan paling mulia di antara kesemua perkuburan di dunia, Wallahualam
tapi bagi aku, ianya tidak mustahil, lihat saja hadis ini;
“Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”

perkuburan Baqi’ ini menempatkan 10,000 jenazah termasuk makam para Ahlul Bait, isteri-isteri Rasulullah saw (kecuali Siti Khadijah binti Khuwalid kerana beliau dikuburkan di Jannatul Ma’ala), para sahabat besar, para tabien, para syuhada dan ulama-ulama salaf
perkuburan Baqi’ terletak di tenggara Masjid Nabawi di Madinah
perkuburan Baqi’ juga dikenali dengan Jannatul Baqi’ atau Taman Syurga
Makam Saidina Uthman bin Affan.
.
Makam isteri-isteri Nabi saw yang berjumlah 9 orang.
(1)Hasan bin ra, (2) Ali Zainal Abidin ra.(3) Muhammad al-Baqir ra dan (4) Jaafar al-Sadiq ra (5) Saidina Abbas ra
.
Makam ibu susu kesayangan nabi saw, Halimatul Saadiah.
.
Makam Siti Fatimah ra.
.
Makam Ibrahim, anak lelaki Rasulullah saw (meninggal umur dua tahun dan wajahnya mirip Rasulullah)
.
Jaafar bin Abi Talib meninggal dunia semasa mempertahankan pasukan Islam pada Perang Mu’tah. Dikhabarkan oleh Allah swt bahawa Jaafar bin Abi Talib digantikan kedua-dua tangannya yang putus dengan sayap di syurga.
bagaimanapun, kubur tersebut tidak bertanda kerana telah dimusnahkan atas arahan Raja Saudi dan ulama-ulama Wahabbi
bayangkan betapa bertuahnya ‘penghuni’ Baqi, mereka rupanya antara paling awal dipanggil Allah nanti, sebab itu tak salah kalau kita bercita-cita untuk mati di sini, di bumi Madinah ini, berikut adalah hadisnya (disahkan sahih oleh Al-Tirmidzi)
“Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah, maka lakukanlah..sesungguhnya aku akan memberi syafaat di akhirat untuk mereka yang mati di Madinah.”
ALHAMDULILLAH aku sempat dan diberi peluang menziarahi Baqi, tapi maaf, jemaah wanita TAK DIBENARKAN sama sekali, pun begitu mereka masih boleh melihatnya di luar pagar
hah, anginlah tu??? hehehehe, aku tahu ada yang anggap benda ni ‘double standard’

macam nilah, jemaah wanita kita ni OK tapi maaf cakap, jemaah lain khususnya dari Iran tak se-cool jemaah kita, kalau jemaah perempuan mereka tu bab menangis, meraung dan melalak ni memang mereka champion…kalaulah dibenarkan masuk ke Baqi, adoyyyy aku tak boleh bayang betapa kecohnya kubur tu nanti!
apapun kita renung sekali lagi ayat Al-Quran ni;
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
ops takleh komen lebih-lebih, ilmu aku tak cukup, kena tanya ustaz ler kalau nak lebih detail

berbalik pada perkuburan Baqi ni, masa mula-mula solat kat Masjid Nabawi tu aku macam rasa ‘teruja’ kerana ada solat jenazah
maklumlah pahala solat jenazah ni Masya Allah besar ganjarannya
sabda baginda s.a.w: Barang siapa yang mengerjakan solat jenazah akan mendapat pahala sebesar bukit Uhud dan sesiapa yang mengiringi jenazah akan mendapat pahala sebasar dua bukit Uhud
rupa-rupanya boleh dikatakan setiap waktu solat ada saja jenazah yang disembahyangkan di sini

suatu hari tu aku tetiba teringin nak tengok bagaimana upacara pengkebumian di Baqi dijalankan
tapi aku selalu ‘terlepas peluang’, ini kerana selepas solat jenazah selesai, punyalah laju mereka bawa jenazah tu ke kubur, macam F1!
bab angkat takde masalah, punyalah ramai yang akan volunteer bawa mayat untuk dikebumikan, bayangkan betapa untungnya si mati, dahlah disolatkan di masjid nabi, diaminkan pula oleh berpuluh ribu jemaah, masa nak usung ke kubur berebut orang nak tolong, Subhanallah!

jadi satu hari tu aku datang cukup awal ke masjid dan solat dekat saf yang agak dekat dengan imam
bila selesai solat, aku terus standby kat pintu keluar….kebetulan memang ada jenazah lelaki
tapi baru aku nak cari selipar, jenazah dah diusung keluar, macam aku cakap tadi, punyalah laju!

dengan keadaan kaki yang belum betul-betul pulih, dengan badan yang gendut ni, aku berlari sekuat hati ke perkuburan Baqi
yang ni betul2 ajaib, aku tak tahu macam mana aku boleh tak rasa penat langsung, kalau kat Malaysia lari jauh sikit pun dah mengah, pendek kata steady je aku lari bro

dan di tengah hari panas, dengan suhu mencecah lebih 40 darjah, tanpa ada satu pohon pun yang melindungi kami di Baqi, aku menyaksikan bagaimana sekujur tubuh dikebumikan di tanah perkuburan yang cukup mulia itu, Allahu Akbar!
proses pengkebumiannya juga cukup pantas, aku kira-kirakan dalam 10 ke 15 minit saja, selepas tu semua bersurai – no talkin, no doa!
kemudian sampai sebuah kereta buggy (yang macam kat padang golf tu), aku tengok dia bawa keluarga si mati keluar dari situ (mungkin salah satu service yang disediakan oleh pihak pengurusan kubur kepada waris terdekat)
maklumlah nak jalan bukan dekat beb, panas pulak tu….kami yang berada di kawasan kubur juga diberikan sebotol air mineral tiap-tiap seorang buat penghilang dahaga

oh ye, no bunga-bunga OK, upacara siram air mawar pun takde, kat sini semua adalah sama rata, baik sahabat Nabi maupun orang biasa macam kita
sampai kiamatlah kubur kita macam tu keadaannya…hanya tanah tandus yang diletakkan batu sebagai tanda…actually inilah ajaran Islam sebenarnya…kemuliaan seseorang bukan terletak pada air mawar, bunga yang harum, kubur yang cantik atau nisan yang mahal
di pengakhirannya, hanya keimanan yang menjadi perhitungan…elok amalan, syurgalah kita Alhamdulilah…tapi kalau sebaliknya, nerakalah tempat kita yang abadi, Nauzubillah
sempena entry ini, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah pada mereka yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita semua, semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah Subhana Wata’alla
Al-Fatihah.

 

(Bhg 12) : bila penghuni Baqi’ dihina!


semalam aku menulis pengalaman aku menziarahi perkuburan Baqi’…dan melihat sendiri bagaimana jenazah dikebumikan di perkuburan yang mulia ini
namun di saat kita memuliakan penghuninya seperti mana Nabi Muhammad SAW, rupanya ada sekelompok manusia yang mengaku Islam tetapi tergamak menghina mereka yang dikebumikan di sini
pada Februari 2009, kaum Syiah Rafidhah yang menetap di Arab Saudi telah mengadakan rusuhan di Masjid Nabawi dan menceroboh perkuburan Baqi’
tak cukup dengan itu, mereka beramai-ramai memijak-mijak kubur para sahabat Rasulullah SAW, MasyaAllah!
amenda Syiah Rafidhah ni?
actually Syiah ni ada golongan al-Tasyaiyu’, al- Mufadhdhila dan al-Rafidhah
kita semua tahu, bila sebut Syiah, mereka dianggap golongan yang memberikan wala’ (taat setia) melampau kepada Saidina Ali bin Abi Talib serta keturunannya sekali

ini bermakna mereka menafikan kemuliaan Khalifah Ar Rasyidin yang lain iaitu Saidina Abu Bakar Assidiq, Umar Al Khattab dan Saidina Usman Ibn Affan
turut termasuk dalam kumpulan yang ditentang oleh Syiah ialah Saidatina A’isyah, iaitu isteri kesayangan Rasulullah SAW sendiri
penentangan ini bukan sekadar membenci, malah sampai ke tahap kafir mengkafir!
namun, daripada tiga golongan Syiah ini, hanya al-Rafidhah yang menolak Abu Bakr, Umar dan Usman
Al-Tasyaiyu’ pula adalah golongan yang bersimpati dan menyebelahi Saidina Ali dalam Perang Siffin antara Ali dengan Muawiyah bin Abi Sufyan pada 657 Masihi
(rasa simpati ini turut terkait dengan peristiwa Karbala yang berlaku pada 10 Muharam tahun 61 Hijrah (680 Masihi) apabila anak Saidina Ali, Saidina Husain diserang dan dibunuh oleh tentera Yazid bin Muawiyah di Karbala, Iraq)
sejak itu, pada setiap 10 Muharram, penganut Syiah akan melakukan upacara memukul diri sendiri dengan ‘qamezani’ iaitu sejenis pisau seakan pedang atau rantai besi sebagai tanda meratapi pembunuhan Saidina Husain dengan kejam pada tarikh tersebut

Al-Mufadhdhila meskipun mereka meletakkan kedudukan Saidina Ali dan keturunannya lebih mulia dan lebih tinggi daripada sahabat lain, namun mereka tetap mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Usman
mereka juga tidak sampai mencela sahabat-sahabat kesayangan Rasulullah SAW itu
daripada tiga golongan ini, hanya al-Rafidhah sahaja yang secara terang-terangan menafikan kekhalifahan Abu Bakr, Umar dan Usman kerana mereka menganggap, selepas kewafatan Rasulullah, orang yang layak menggantikan baginda ialah Ali, diikuti keturunannya!
kita kena hati-hati sikit dengan puak-puak ni sebab penganutnya dibenarkan untuk mengamalkan pegangan mereka secara ‘taqiyyah’ iaitu menyembunyikan akidah dan menzahirkan sesuatu yang sesuai dengan realiti masyarakat setempat, sebab itu, mereka boleh hidup di mana-mana
apa pun aku taknak terlibat dalam polemik Syiah ni, mereka ada hujah mereka sendiri , yang sudah pasti mereka rasakan betul
yang aku tahu aku berpegang pada ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah
kalau tak puas hati, rujuk saja artikel DI SINI
apapun kita tidak mungkin dapat memaafkan perbuatan biadap dan kurang ajar, sama ada oleh Syiah atau sesiapa saja di bumi Baqi’ ini
apatah lagi yang dihina dan dicerca itu bukannya orang lain, sahabat Rasulullah sendiri. NOKTAH!

(Bhg 12) : bila penghuni Baqi’ dihina!


semalam aku menulis pengalaman aku menziarahi perkuburan Baqi’…dan melihat sendiri bagaimana jenazah dikebumikan di perkuburan yang mulia ini
namun di saat kita memuliakan penghuninya seperti mana Nabi Muhammad SAW, rupanya ada sekelompok manusia yang mengaku Islam tetapi tergamak menghina mereka yang dikebumikan di sini
pada Februari 2009, kaum Syiah Rafidhah yang menetap di Arab Saudi telah mengadakan rusuhan di Masjid Nabawi dan menceroboh perkuburan Baqi’
tak cukup dengan itu, mereka beramai-ramai memijak-mijak kubur para sahabat Rasulullah SAW, MasyaAllah!
amenda Syiah Rafidhah ni?
actually Syiah ni ada golongan al-Tasyaiyu’, al- Mufadhdhila dan al-Rafidhah
kita semua tahu, bila sebut Syiah, mereka dianggap golongan yang memberikan wala’ (taat setia) melampau kepada Saidina Ali bin Abi Talib serta keturunannya sekali

ini bermakna mereka menafikan kemuliaan Khalifah Ar Rasyidin yang lain iaitu Saidina Abu Bakar Assidiq, Umar Al Khattab dan Saidina Usman Ibn Affan
turut termasuk dalam kumpulan yang ditentang oleh Syiah ialah Saidatina A’isyah, iaitu isteri kesayangan Rasulullah SAW sendiri
penentangan ini bukan sekadar membenci, malah sampai ke tahap kafir mengkafir!
namun, daripada tiga golongan Syiah ini, hanya al-Rafidhah yang menolak Abu Bakr, Umar dan Usman
Al-Tasyaiyu’ pula adalah golongan yang bersimpati dan menyebelahi Saidina Ali dalam Perang Siffin antara Ali dengan Muawiyah bin Abi Sufyan pada 657 Masihi
(rasa simpati ini turut terkait dengan peristiwa Karbala yang berlaku pada 10 Muharam tahun 61 Hijrah (680 Masihi) apabila anak Saidina Ali, Saidina Husain diserang dan dibunuh oleh tentera Yazid bin Muawiyah di Karbala, Iraq)
sejak itu, pada setiap 10 Muharram, penganut Syiah akan melakukan upacara memukul diri sendiri dengan ‘qamezani’ iaitu sejenis pisau seakan pedang atau rantai besi sebagai tanda meratapi pembunuhan Saidina Husain dengan kejam pada tarikh tersebut

Al-Mufadhdhila meskipun mereka meletakkan kedudukan Saidina Ali dan keturunannya lebih mulia dan lebih tinggi daripada sahabat lain, namun mereka tetap mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Usman
mereka juga tidak sampai mencela sahabat-sahabat kesayangan Rasulullah SAW itu
daripada tiga golongan ini, hanya al-Rafidhah sahaja yang secara terang-terangan menafikan kekhalifahan Abu Bakr, Umar dan Usman kerana mereka menganggap, selepas kewafatan Rasulullah, orang yang layak menggantikan baginda ialah Ali, diikuti keturunannya!
kita kena hati-hati sikit dengan puak-puak ni sebab penganutnya dibenarkan untuk mengamalkan pegangan mereka secara ‘taqiyyah’ iaitu menyembunyikan akidah dan menzahirkan sesuatu yang sesuai dengan realiti masyarakat setempat, sebab itu, mereka boleh hidup di mana-mana
apa pun aku taknak terlibat dalam polemik Syiah ni, mereka ada hujah mereka sendiri , yang sudah pasti mereka rasakan betul
yang aku tahu aku berpegang pada ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah
kalau tak puas hati, rujuk saja artikel DI SINI
apapun kita tidak mungkin dapat memaafkan perbuatan biadap dan kurang ajar, sama ada oleh Syiah atau sesiapa saja di bumi Baqi’ ini
apatah lagi yang dihina dan dicerca itu bukannya orang lain, sahabat Rasulullah sendiri. NOKTAH!

Comments

Popular posts from this blog