Bayaran Upah Tukang Gunting Sultan Brunei
LONDON - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sanggup membelanjakan £15,000 (RM86,497) bagi membawa seorang tukang gunting rambut dari sini ke Brunei, lapor akhbar Sunday Times kelmarin.
Baginda
menyewa suite peribadi sebuah pesawat bagi membolehkan tukang gunting
kegemarannya, Ken Modestou tidak bercampur dengan penumpang lain kerana
bimbang dia dijangkiti virus selesema babi.
Sultan Brunei
merupakan antara manusia yang terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai
£12 bilion (RM69.15 bilion) menggunakan khidmat Modestou sejak 16
tahun lalu.
Dia bekerja di sebuah kedai gunting di Hotel Dorchester di Mayfair, tengah London.
Pada
setiap tiga atau empat minggu, dia diterbangkan ke Brunei dan
diberikan penginapan selama beberapa malam selain upah ribuan dolar
sebelum balik ke London.
George Kadi yang bertugas dengan
Modestou memberitahu: "Dia kerap ke sana. Sultan menerbangkan dia
dengan kelas pertama pada kos £9,000 (RM51,873).
"Semuanya ditanggung iaitu hotel dan makanan mewah, asalkan dia mahu pergi ke Brunei."
Caj biasa yang dikenakan untuk menipiskan rambut di kedai Modestou ialah £30 (RM172.87).
Kadi
berkata, Sultan Brunei yang berusia 63 tahun itu membayar Modestou
melalui sekeping sampul surat yang agak tebal tetapi penuh dengan wang
tunai. - Agensi
http://jiwaonline.blogspot.com
pakai kereta tu sebiji sehari, 10 tahun pun tak habis.
ReplyDelete