Kaya yang bersyukur atau miskin yang bersabar, mana lebih utama?

 

INGIN MENGHULURKAN SUMBANGAN KEPADA ANAK-ANAK YATIM?
Seramai lebih 50 anak-anak yatim memerlukan bantuan anda segera! Dapatkan informasi terkini serta
permasalahan yang memerlukan sumbangan segera daripada anda di laman rasmi kami.
www.rumahamalsucirohani.webs.com

 



Syaikhu’l Islām Ibn Taimiyyah berkata, “Banyak dari orang-orang muslimin (muta’akhkhirūn) berbeza pendapat mengenai orang kaya yang bersyukur dan orang miskin yang sabar, manakah diantara duanya yang lebih utama. Sebahagian ulama dan ahli ibadah memilih kelompok pertama dan sebahagian yang lain memilih kelompok yang kedua. Dan dibuktikan pula dengan adanya dua riwayat dari Imam Ahmad dalam hal ini.

walaubagaimanapun para Sahabat dan Tabi`īn, tidak pernah membangkitkan hal ini, yakni mengenai pengutamaan salah satu dari dua kelompok tersebut atas kelompok lainnya.” (Majmū` al-Fatāwā, vol. XI, hal.119.)

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata, “ramai orang yang apabila berbicara tentang pengutamaan (sesuatu atas yang lain) maka ia tidak memperincikan (tafshīl) sisi-sisi pengutamaan (dari objek-objek yang hendak dibicarakan) dan tidak mempertimbangkan antara sisi-sisi tersebut, sehingga menghasilkan sesuatu natijah yang kurang tepat.

Jika hal ini ditambah dengan sejenis fantasi/gambaran dan hawa nafsu terhadap individu yang diutamakan, maka sesuatu yang bersangkut-paut dengan hal yang ingin dibicarakan akan terganggu dan melencong jauh dari hakikat yang sebenarnya. Syaikhu’l Islam Ibn Taimiyyah pernah ditanya tentang pelbagai masaalah yang melibatkan tentang “pengutamaan” (sesuatu atas yang lain) maka beliau menjawab dengan sangat terperinci dan memuaskan.” (Badā’i` al-Fawā’id, vol. III, hal. 683.)

Dua riwayat dari Imam Ahmad yang dimaksud di atas adalah sebagai berikut:

Pertama: Orang miskin yang bersabar lebih utama. Riwayat ini dipilih oleh Abū Ishāq Ibn Syāqilā dan al-Qādhī Abū Ya`lā. Pendapat ini juga dipilih oleh majoriti Shūfiyyah dan banyak ahli fiqh. Termasuk dalam kelompok ini adalah al-Junaid. Di antara alasan yang digunakan adalah, bahawa cubaan dan kemaslahatan kemiskinan lebih berat untuk dirasakan dibandingkan cubaan kekayaan. Imam al-Ghazāli berpendapat bahawa secara umum kefakiran/kemiskinan lebih baik dibandingkan kekayaan [al-Ihyā’, vol. III, hal. 264]. beliau juga berkata, “Berapa banyak  orang fakir/miskin yang bersabar lebih baik jika dibandingkan dengan orang kaya yang bersyukur. Dan (begitu pula sebaliknya), berapa banyak orang kaya yang bersyukur lebih baik jika dibandingkan dengan orang fakir/miskin yang sabar. yakni orang kaya yang melakukan(menjadikan) dirinya seperti orang fakir/miskin. Ia tidak memegang harta untuk dirinya kecuali sedikit keperluan yang darurat, dan selebihnya ia berikan untuk hal-hal kebaikan.” [Lihat al-Ihyā’, vol. IV, hal. 140.]

Dari Abū Hurairah, Nabi bersabda:
يَدْخُل فُقَرَاءُ الْمسْلمِينَ الْجنّةَ قَبْلَ أغْنِيَائِهِم بِنِصْفِ
يَوْمٍ، وَهُوَ خَمْسُمِائَة عَامٍ
“Orang-orang fakir kaum muslimin mendahului orang-orang kaya mereka dalam hal masuk syurga selama setengah hari (di akhirat), yaitu lima ratus tahun.” [Lihat Shahīh al-Jāmi` no. 8076.]

Hadits di atas termasuk dalil yang digunakan oleh mereka yang mengatakan bahawa orang fakir yang sabar lebih utama dibandingkan orang kaya yang bersyukur. Namun, Imam Ibnu’l Qayyim berkata, “Di sini ada perkara yang harus diperhatikan, bahawa mendahului masuk syurga tidak melazimkan orang miskin lebih tinggi posisinya/tempatnya dibandingkan orang kaya yang ter-belakang( lewat) masuk syurga. Bahkan, boleh jadi orang yang terbelakang masuk syurga lebih tinggi tempatnya dibandingkan dengan yang mendahului. Dalilnya, ada dari umat ini sekelompok orang yang masuk syurga tanpa hisab, yaitu sejumlah 70 ribu orang, sedangkan boleh jadi sebahagian orang yang dihisab lebih afdhal dari kebanyakan mereka. Jika orang kaya dihisab, lalu didapati bahawa ia adalah orang yang bersyukur kepada Allah atas kekayaannya dan mendekatkan diri kepada Allah dengan berbagai macam kebajikan, kebaikan, sedekah dan hal-hal yang positif, maka ia lebih tinggi darjatnya dibandingkan orang fakir yang mendahului masuk surga namun tidak memiliki amalan-amalan tersebut.” [Hādī’l Arwāh, hal. 80]

Kedua: Orang kaya yang bersyukur lebih utama.

Pendapat ini dipilih oleh sejumlah ulama. Di antara tokoh yang memilih pendapat ini adalah Ibn Qutaibah, Abū’l `Abbās Ibn `Athā’, Abū ‘Ali ad-Daqqāq (guru Abū’l Qāsim al-Qusyairi) dan banyak ulama madzhab Syāfi’i. Mungkin ada sebahagian orang yang mendakwa bahawa ini adalah ijmā` dan itu merupakan kesalahan fatal. Di antara alasan yang digunakan kelompok ini adalah, bahawa kekayaan merupakan sifat Allah sedangkan kefakiran merupakan sifat makhluk, sementara sifat Allah tentu lebih baik dibandingkan sifat makhluk. Mutharrif Ibn ‘Abdi’Llāh berkata, “Sungguh, aku diberi afiat/kesihatan sehingga aku bersyukur dan lebih aku menyukainya berbandingkan aku diberi ujian sehingga aku bersabar.”

Dari Abū Dzarr, beliau menyebut bahawa sebahagian Sahabat mengadu kepada Nabi,
يَا رَسُولَ اللّهِ ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالأُجُورِ. يُصَلُّونَ
كَمَا نُصَلِّي. وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ. وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ
أَمْوَالِهِمْ …
“Ya Rasulullah, orang-orang kaya pergi membawa pahala-pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat. Mereka puasa sebagaimana kami puasa.

Namun mereka memiliki kelebihan harta yang mereka bersedekah
dengannya, sementara kami tidak memiliki harta untuk disedekahkan….” [Riwayat Muslim dan lain-lain]

Imam an-Nawawi berkata, “Dalam hadits ini terdapat dalil bagi mereka yang mengutamakan orang kaya yang bersyukur atas orang miskin yang sabar. Dan dalam masalah ini terdapat perbezaan pendapat yang masyhur dalam kalangan Salaf dan Khalaf dari berbagai kelompok.” [Lihat ‘Aunu’l Ma’būd, vol. IV, hal. 260]

Dalam masaalah ini ada pendapat ketiga, iaitu: tidak dimutlakkan pada mana-mana yang lebih utama dari kedua kelompok tersebut, dan yang lebih utama adalah yang paling bertaqwa dari keduanya. Jika dalam hal ketaqwaan sama maka darjat dan keutamaan keduanya adalah sama.

Pendapat ini dipilih oleh Ibn Taimiyyah, Ibnu’l Qayyim, al-Munāwi, Abū Hafsh as-Suhrawardi dan lain-lain. [Lihat: Majmū` al-Fatāwā, vol. XI, hal. 119-123, Fathu’l Bārī, vol. XI, hal. 275-276, Badā’i` al-Fawā’id, vol. III, hal. 683, dan Faidhu’l Qadīr, vol. II, hal. 288.]
Ibnu’l Qayyim berkata, “Menurut ahli tahqīq dan ma`rifah, masaalah “pengutamaan” tidaklah berkait dengan hal kefakiran (kemiskinan) dan kekayaan (itu sendiri). Namun berkait dengan amal, kondisi dan realiti. Yang dipermasalahkan pun pada dasarnya adalah kurang tepat.

Sebab pengutamaan di sisi Allah berkait dengan taqwa dan hakikat iman, bukan dengan kefakiran atau kekayaan.” [Madāriju’s-Sālikīn, vol. II, hal. 442]
Allah berfirman:
وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ
عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
“Dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu.”(QS. Al-Hujurāt [49]: 13)
إِن يَكُنْ غَنِيّاً أَوْ فَقَيراً فَاللّهُ أَوْلَى بِهِمَا
“Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya.”(QS. An-Nisā’ [4]: 135)

`Umar Ibn al-Khaththāb berkata,
الْغِنَى وَالْفَقْرُ مَطِيَّتَانِ لاَ أُبَالِي أَيَّتهُمَا رَكِبْتُ
“Kekayaan dan kefaqiran adalah dua tunggangan, aku tidak peduli yang mana dari keduanya yang aku tunggangi.” [Majmū` al-Fatāwā, vol. XI, hal. 123.]

Diriwayatkan dalam hadits qudsi:
إِنَّ مِنْ عِبَادِيْ مَنْ لاَ يَصْلُحُ إِيْمَانُهُ إِلاَّ بِالْغِنَى
وَلَوْ أَفْقَرْتُهُ لَكَفَرَ وَإِنَّ مِنْ عِبَادِيْ مَنْ لاَ يَصْلُحُ
إِيْمَانُهُ إِلاَّ بِالْفَقْرِ وَلَوْ أَغْنَيْتُهُ لَكَفَرَ وَإِنَّ
مِنْ عِبَادِيْ مَنْ لاَ يَصْلُح إِيْمَانُه إِلاّ بِالسَّقمِ وَلوْ
أَصْحَحْته لَكَفَر وَإِنّ مِنْ عِبَاديْ مَنْ لا يصْلحُ إيمَانُه إِلاَّ
بِالصِّحَّة وَلَوْ أَسْقَمْتُه لَكَفَرَ
“Sesungguhnya ada dari para hamba-Ku yang tidak memperbaiki imannya kecuali kekayaan. Sekiranya aku menjadikannya fakir nescaya ia kafir.

Ada dari para hamba-Ku yang tidak memperbaiki imannya kecuali
kefakiran. Sekiranya aku menjadikannya kaya nescaya ia kafir. Ada dari para hamba-Ku yang tidak memperbaiki imannya kecuali sakit. Sekiranya aku menjadikannya sihat nescaya ia kafir. Ada dari para hamba-Ku yang tidak memperbaiki imannya kecuali sihat. Sekiranya aku menjadikannya sakit nescaya ia kafir. [Hadits ini dinyatakan tidak valid oleh Syaikh al-Albāni dalam adh-Dha`īfah no. 1774, Allahu ta'ala 'aklam]

Ibn Taimiyyah berkata, “Terdapat orang-orang kaya dalam kalangan para Nabi dan orang-orang terdahulu yang (jelas) lebih baik jika dibandingkan dengan majoriti orang miskin. (Begitu juga sebaliknya,) dalam kalangan mereka terdapat orang-orang miskin yang (jelas) lebih baik jika dibandingkan dengan majoriti orang kaya. Dan orang-orang yang sempurna menunaikan dua posisi, (yakni) mereka melaksanakan syukur dan sabar secara sempurna, seperti mana para Nabi dan juga Abū Bakr dan `Umar.” [Majmū` al-Fatāwā, vol. XI, hal. 120.]

Imam Ibnu’l Qayyim berkata, “Masing-masing dari orang fakir dan kaya harus menunaikan sabar dan syukur. kerana, iman itu terbahagi dua, separuh dalam sabar dan separuh lagi dalam syukur. boleh jadi bahagian kesabaran orang kaya itu lebih banyak, kerana ia bersabar padahal ia mampu (untuk melakukan hal yang terlarang), sehingga kesabarannya lebih sempurna dibandingkan orang yang kesabarannya yang disebabkan ketidakmampuan (yakni orang fakir) yang terhad. Dan (demikian pula sebaliknya), boleh jadi kesyukuran orang fakir itu lebih sempurna.” [Madāriju’s Sālikīn, vol. II, 442-443.]

Imam al-Munāwi berkata, “Berapa banyak orang kaya yang kekayaannya tersebut tidak menyibukkan dan melalaikannya dari Allah, sementara berapa banyak orang fakir yang kefakirannya menyibukkan dan melalaikannya dari Allah.” [Faidhu’l Qadīr, vol. II, hal. 288]

Di samping ukuran ketaqwaan yang bersifat individualistik, penting
juga untuk diingat bahawa sebaik-baik manusia adalah yang paling
bermanfaat bagi sesamanya.

Dari Jābir, Nabi ` bersabda,
خَيْرُ النّاسِ أَنْفَعُهمْ للنَّاسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”[Lihat as-Shahīhah no. 426.] kini, di mana kemiskinan melanda , disitulah banyaknya kaum muslimin di samping invansi musuh dalam pelbagai aspek kehidupan. sehinggakan Ada di antara orang-orang muslim ini yang sanggup melakukan kejahatan, bahkan tidak segan menggadaikan iman disebabkan kemiskinan. Kerana itu, kemunculan orang-orang kaya dan para dermawan muslim yang memberikan hartanya untuk membela dan menegakkan Islam serta membantu sesama muslim menjadi suatu yang lumrah pada masa ini.
1
2

 http://duniamuslim.my/

Comments

Popular posts from this blog