- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Wednesday, August 8, 2012






"Kisah Tuan Puteri yang cantik rupawan"
>>>JANGAN TAK BACA ! MESTI BACA !<<<

 

Tersebutlah satu kisah di zaman silam, sezaman dengan Zaman Kesultanan Melaka. Terdapat satu kerajaan yang tidak jauh daripada Negeri Melaka & mungkin akan ditawan oleh Melaka.
Negeri itu adalah Negeri Kemdoyong di bawah pemerintahan Sultan Azlan ibnu Arshad Shah. Sultan Azlan amat risau, akan keselamatan Negeri beliau akan serangan Negeri Melaka terhadap negeri Kemdoyong. Baginda risau, risau serisau-risaunya. Baginda tidak mempunyai bala tentera yang kuat, malah tombak & keris pun diimport daripada Melaka. Malah Laman web parlimen baginda pun sering diceroboh.

Akan tetapi, Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik rupawan, Muka bujur sirih, bibir bak delima merkah, memang terpikat semua lelaki memandang, termasuklah lelaki yang dah ada 8 orang anak pun terpikat dengan kecantikan puteri Baginda.

Suatu hari Baginda mendapat idea untuk menguatkan bala tenteranya iaitu dengan mengadakan pertandingan untuk mencungkil bakat pahlawan tempatan. Hadiahnya ialah dapat berkahwin dengan puteri baginda. Berita tentang pertandingan tersebut tersebar luas sehingga tiba di Melaka, Siam dan Sulawesi. Maka pertandingan itu pun bermula, ramai rakyat tempatan yang bertanding, tidak kurang pula dengan peserta daripada negara luar. Ada juga peserta daripada negeri Melaka seperti Hang Jebat, Lekir, Kasturi, Lekiu turut bertanding.

Ketika mereka siap sedia, tiba-tiba seorang tua datang membisikkan sesuatu kepada semua peserta secara bergilir-gilir. Dan tiba-tiba kesemua peserta menarik diri daripada pertandingan, walaupun dihadiahkan Puteri yang cantik rupawan itu.

Maka Sultan pun hairan dan risau lalu menyuruh temenggung untuk menyiasat akan sebab sebab mengapa mereka menarik diri. Temenggung pun menyiasat, & ingin menyampaikan khabar itu kepada Sultan Azlan.

Temenggung : Ampun Tuanku beribu ribu ampun

Sultan : Ya, temenggung, apa kah khabar berita itu.

Temenggung : Peserta menarik diri kerana sebab musabab yang sama tuanku mereka tidak lagi berminat dengan Puteri Tuanku.

Sultan : Apakah sebab itu? adakah puteri beta tidak cukup rupawan.

Temenggung : Orang tua itu telah mengkhabarkan kepada mereka bahawa puteri tuanku adalah...

Sultan : Adalah apa ? ? ? ? ? ? ? ? ? ? Puteri Bunian?... Puteri Gunung Ledang?... Puteri Buluh Betong?.. CAKAP TEMENGGUNG CAKAP! !

Temenggung: Lebih dahsyat Tuanku... (Jawab Temenggung terketar-ketar). anakanda Tuanku adalah...

Temenggung : PUTERI......KENA TANYA PENULIS DIBAWAH
MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYUMBANG WANG SEBAGAI WAKAF KEPADA TABUNG PEMBINAAN MASJID AL-MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA, BANGI

https://www.facebook.com/pages/Masjid-Al-Mustaqim-BSP/120427501346776 MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYUMBANG WANG SEBAGAI WAKAF KEPADA TABUNG PEMBINAAN MASJID AL-MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA, BANGI https://www.facebook.com/pages/Masjid-Al-Mustaqim-BSP/120427501346776

1 comment: