PERSOALAN HUKUM - ORANG YANG SUKA MENGAMPU-AMPU (BODEK)

Assalamualaikum,

Saja nak share email dari kwn baik saya. Jom kita renungkan bersama... Harap2 kita tidak tergolong dlm golongan kaki ampu :)

Apa hukumnya di sisi Islam orang-orang yang suka mengampu bos-bos & suka mengada2kan cerita supaya dia mendapat kelebihan dari orang lain dan dipandang bagus oleh bosnya pada hal kerjanya tak seberapa berbanding dengan kami yang bertungkus lumus lebih darinya.saya x lah nak kata yang saya & kawan2 ni bagus dari segala segi tapi ada di antara kami yang berhak mendapat apa yang sepatutnya mereka perolehi atas penat lelah yang mereka telah lakukan selama ini. Semua yang saya & kawan2 buat semua x kena bos selalu memuji beliau kerana berjaya melakukan tugasan yang diberikan dengan cepat sedangkan kami semua tahu yang melakukan tugasan tersebut adalah orang lain (tp takut nak bersuara).
 
Golongan macam ni suka memburukkan perihal kawan-kawan lain didepan bosnya...sdgkan dia selalu bercakap hal hal yang berkaitan Agama depan saya atau kawan-kawan yang lain bila keluar atau bila makan bersama2 tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya?Terima kasih harap dapat penjelasan dari ustaz.


Jawapan:

Waalaikumusalam pada yang bertanya.Wow ini Isu sensitif yang selalu terjadi di mana-mana pejabat sekalipun atau lebih popular & dikenali sebagai Politik Pejabat. Perangai suka mengampu adalah perangai yang di keji oleh syarak dan Nabi saw selalu berpesan jangan suka mengampu-ampu dan orang yang suka mengampu itu adalah sebesar2 pendusta. Sebab itu penting bagi seorang bos untuk mengetahui peranan antara seorang pekerja berdedikasi & juga peranan seorang pengampu (kaki bodek) dalam sesebuah jabatan yang dipimpinnya.....yang mana pada zaman sekarang ianya lebih dikenali sebagai Politik Pejabat dan telah pun wujud sejak sekian lama. Inilah perkara-perkara yang perlu di titik beratkan oleh seorang bos (baik lelaki atau wanita) walau pun beliau memimpin dalam kelompok kecil sekalipun. Buatlah pertimbangan dengan sewajarnya & lakukanlah Solat istikharah pada setiap masa & mengadulah kepada Allah (kalau bos itu Muslim) sebelum membuat keputusan yang besar seperti melibatkan masa depan& hala tuju seorang pekerja yang dipimpinnya & jangan sampai ada yang teranaiya disebabkan kesilapan & keputusan yang telah dibuat oleh seorang bos kerana terlalu percaya kepada apa yang disampaikan oleh orang lain kepada beliau tanpa membuat sebarang siasatan terlebih dahulu.
 
Setiap perkara mestilah diselidiki terlebih dahulu kerana dikhuatiri ianya adalah fitnah bagi menjatuhkan atau mengelapkan masa depan seseorang pekerja itu. Jika dalam masa yang sama dia (pengampu) memburukkan pula orang lain maka terlebih lah lagi kejinya disisi syara'. Hasil gaji yang di perolehinya pada setiap bulan tidak ada keberkatannya dan terkadang ada ulamak2 yang menghukumkanya jatuh kepada haram kerana telah menabur fitnah & mengada2kan cerita yang tidak betul tentang seseorang pekerja. Saya x nak mengulas panjang berkenaan perkara ni kerana telah diperbahaskan dulu (sila rujuk pada artikel saya yang menguraikan berkenaan Isu ini dalam tajuk PEMIMPIN - Adakah kita telah memimpin mengikut Ajaran & Tuntutan Islam ???????
 
Ni satu lagi, orang yang selalu bercakap atau pandai cakap dalam bidang agama bukanlah lesen untuk dihalalkan perbuatan mereka yang haram. Perbuatan Haram tetap haram samada pandai bercakap agama atau sebaliknya. Bahkan yang pandai bercakap perkara agamalah yang sepatutnya menunjukkan sikap yang baik dan bukannya suka mengampu-ampu. Pada sahabat yang bertanya, jangan kerana Nila setitik habis rosak Susu sebelanga maksudnya..jangan hanya disebabkan segelintir mereka2 yang suka mempermainkan Agama & bertindak sebaliknya, maka golongan Ustaz2, Tuan Guru2 atau pun ulamak2 diheret sama dalam permasalahan ini yang batil tetap batil& yang hak tetap hak.
Wallahu Taala Alam 
 
 http://zuraydamohdraya.blogspot.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog