Releven Lagi ke Kad Raya?


Raya dah nak dekat. So meh kita tulis pasal raya tahun 2012 pulak untuk menceriakan suasana hari raya yang makin lama makin tak terasa kemeriahan dia. Puasa dah puasa dah sebab orang tua-tua kata orang tak puasa memang tak rasa kemeriahan raya. So di mana silapnya?

10 tahun lalu, hari rayalah hari paling dibenci posmen. Almaklumlah, kerja yang dah memang susah sebelum tu, menjadi berkali-kali ganda susah lagi bila sampai musim raya. Tambah-tambah lagi kalau ada raya dengan kaum Cina dan India, setiap rumah nak kena stop letak surat. Paling tak tahan, rumah cina dengan india pun kena stop. Ye lah dulu selalu kita ni Gong Xi Raya (raya cina dan aidilfitri hampir-hampir). Then Deepa Raya pulak lagi (Deepavali dan aidilfitri hampir-hampir)

Semua orang nak pos kad raya. Untuk family, untuk kekasih dan untuk kawan-kawan. Masa tu peluang yang baik untuk pekerja kat Pejabat Pos buat over-time cari duit lebih (eh ade OT ke? haha). So hari ini, zaman ini (tahun 2012), masih releven’kah kad-kad raya ni? Ada yang cakap releven dan ada yang kata dah tak musim lagi.
Neway, ini dua website kad raya digital untuk korang gunakan. + via Mohd Isa.
1. Free Online Kad Raya
2. Kad Raya dari kartunis Ubi (RM37 untuk beratus kad raya digital)
Sebagai manusia yang berpijak di bumi yang nyata, zaman kad-kad raya ber’setem ni memang dah tak musim lagi. Dan taklah releven seperti dulu. Sebab sekarang ni semua orang nak buat kerja senang dan menjimatkan. Kalau boleh berak berdiri anywhere everywhere, semua orang pun nak berak berdiri sambil jalan pergi kerja.
Tapi kita kena ingat, yang kad raya ber’setem ini dia punya sentimental value tu tetap sama dan tak pernah berkurang macam 10 tahun lalu. Dulu kalau dapat Kad Raya ber’setem ni, lepas baca terus main gantung-gantung kat pokok bonsai then tampal kat dinding rumah. Sekarang? Nak dapat sekeping kad raya pun susah oh!

Berbeza kalau korang send kat raya melalui MMS, Email atau zaman sekarang ni dari Facebook je, habis je orang baca, terus dah terlupa yang korang ada kirimkan kad raya. Di mana istimewa’nya kad tu untuk penerima kalau contohnya di Facebook, satu kad raya digital korang tag member sampai 50 orang. Kad kad tu korang tulis benda dah nak muntah darah orang dengar iaitu “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”. Itu yang korang nak orang anggap sebagai istimewa? In your dream. Kalau remove tag tu then buat tak tahu je. Hehehe.

So di kesempatan ini, kita nak ucap Selamat Hari Raya buat korang. Maaf zahir dan batin la ye if ada salah silap tu. Saya cuba untuk tidak berbuat silap atau menyakitkan hati sesiapa. But if ianya terjadi, bukan perkara yang pelik. Kesabaran orang ada turun naiknya dan nobody is perfect right? Meminta maaf tanpa disuruh dan memaafkan tanpa diminta itu lebih baik sebenarnya. Kita semua masing-masing ada saham buat salah dan silap. So better sedar diri dari terlupa terus kan? Kalau nak duit raya, jemput datang rumah ok?!! (ajak-ajak ayam.. hehe).

Lagi satu raya tahun ni, ada orang beraya kat KL.. aduhai tak rasa macam raya la macam ni sebab lebih prefer suasana raya di kampung. Ada pelita, ada lampu kelip-kelip yang banyak, ada asap orang buat dodol, lemang dan macam-macam lagi la. Kat KL ada ke semua benda tu? Bosan seyh! Untuk kanak2 tu baik-baik. Takmo main mercun nanti hilang jari tu,.

Free gift untuk raya tahun ini boleh download wallpaper raya Upin Ipin ni atau letakkan stip Raya kat blog korang bagi memeriahkan majlis. Beberapa tahun dulu ada orang buat page download lagu-lagu raya kat sini (page ini), tapi nampaknya semua link dah broken. 



Tulisan ini diubahsuai dari blog http://justkhai.com/blog/releven-lagi-ke-kad-raya/

Comments

Popular posts from this blog