Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:
for everyone




1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti inijarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkanhati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak keranadunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamakselalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonyasendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlahsecara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya


AMALAN YANG IKHLAS



Sabda Rasullallah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak menerima mana-mana amalan kecuali amalan yang ikhlas yang dilakukan semata-mata kerana Allah."

(Riwayat oleh Nasa'I dan Ibnu Umamah)

ULASAN

Ikhlas ialah niat yang tulus atau motif murni "Lil Lah" (kerana Allah) dalam segala amal ibadah dan kerja-kerja kebajikan, juga dalam keengganan melakukan ma'siat.  Seseorang yang ikhlas beribadah bukan untuk mendapat sanjungan orang lain dan meninggalkan maksiat bukan kerana takut dihina orang atau takutkan undang-undang negeri tetapi ia berbuat demikian dengan motif yang luhur iaitu semata-mata kerana menjunjung perintah Allah dan mendapat keredaan Nya.  Inilah niat murni yang menjadi asas penilaian Allah terhadap segala amalan manusia


Firman Allah yang bermaksud:
"Dan mereka tidak diperintah melainkan supaya mereka menyembah Allah dengan mengikhlaskan kepadaNya dan berdiri teguh di atas tauhid"


Ini bererti bahawa ibadah yang diperintah dan diterima Allah ialah ibadah yang dilakukan dengan niat yang ikhlas dan bersih dari sikap menunjuk-nunjuk dan berpura-pura untuk mencapai maksud-maksud duniawi.  Inilah keihklasan yang disanjung tinggi oleh Allah ketika ia memujikan amalan para hambaNya yang soleh dalam firmanNya.


Yang bermaksud:
"Dan mereka memberikan makanan yang disayanginya kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan dan mereka berkata sesungguhnya kami bukannya mahukan balasan dan terima kasih dari kamu"


Motif menunjuk-nunjuk kepada manusia dengan tujuan mendapat penghargaan mereka itulah yang dipanggil RIA' itulah penyakit batin yang memusnahkan amalan ibadah dan kebajikan manusia dan itulah penyakit batin yang menjerumuskan manusia dalam syirik kafi atau syirik halus.  Kerana itu ria' dianggap sebagai dosa yang paling besar dan sikap hati yang paling keji. Berkata Al-Manawi "Barang siapa yang berniat untuk mencapai faedah-faedah dunia dari amalannya bukan kerana cintakan Allah dan Akhirat maka ia hanya akan mendapat apa yang diniatkannya sahaja tanpa habuan yang lain lagi"


Walaupun demikian namun lintasan-lintasan fikiran yang timbul tenggelam atau tercetus sekali-sekala di dalam hati seseorang yang mengiringi agar orang lain itu tahu amalan-amalan dan jasa-jasa baiknya tidaklah menjejaskan keikhlasan yang telah terpaku di hatinya, kerana litasan-lintasan fikiran yang seumpama itu tidak dapat dielakkan oleh manusia yang memang sentiasa digoda oleh bisikan-bisikan jahat dari saitan.  Kecuali fikiran yang seumpama itu menetap dan bertunjang pada hatinya berulah ia menjadi seseorang yang ria'.


Demikian juga bukan setiap kegemaran untuk memperlihatkan amalan-amalan baiknya kepada orang ramai termasuk di dalam ria' kerana mengkin kegemaran itu dicetus oleh satu maksud yang suci iaitu supaya amalan-amalan yang dilakukannya menjadi contoh teladan yang diikuti oleh orang lain atau maksud menghapuskan sangkaan buruk orang lain bahawa ia telah meninggalkan atau mencuaikan setengah-setengah amalan ibadah, kerana setiap mu'min harus berusaha menjauhkan dirinya dari menjadi sasaran tuduhan dan tohmahan yang bukan-bukan dari orang lain.
http://dinginbayu.multiply.com/journal?&=&page_start=1000

Comments

Popular posts from this blog