Apa Nak Buat Bila Terasa Sunyi?
17 January 2011 by rashid
lonely during nightApa nak buat bila terasa sunyi? Pernah tak korang alami kesunyian, lebih-lebih lagi waktu-waktu malam macam ni? Jam sekarang dah pun pukul 12, mata aku pun tak mau tidur lagi, bila dah tak tidur ni, tiba-tiba terasa sunyi pula. Dah lama jugak tak rasa sunyi nih. Bila berada dalam keadaan kesunyian, kita lebih cenderung untuk fikir sesuatu yang sudah lepas, contohnya kisah-kisah manis dengan kawan-kawan, pergi melancong ke, kisah-kisah masa kecik bersama-sama keluarga dan macam-macam lagi la yang akan cuba kita ingat. Tetapi, tak semua yang kita ingat tu manis, mungkin ada juga pahit.

Sebenarnya aku tengah mencari-cari, aktiviti apakah yang sesuai untuk dilakukan ketika sunyi mula datang. Kebiasaanya, aku akan surf internet, baca blog atau membaca buku, tak lama tu aku mesti mengantuk dan masuk tidur. Persoalanya, boleh ke aktiviti ni menghilangkan kesunyian? Bila datangnya kesunyian ni, kita mungkin tak akan dapat menumpukan perhatian dengan apa yang kita buat, contohnya membaca buku dalam keadaan sunyi, mesti susah nak fokus, sebab fikiran kita bukan lagi pada buku, tetapi pada sesuatu yang lain.

Kebiasaanya kesunyian ni datang masa kita sorang-sorang bukan? Pernah ke kita keluar dengan kawan-kawan kita rasa sunyi? Tipu la kalau ada, hehe. Cuba kita renung-renungkan sekejap, kenapa masa kita keseorangan sahaja kita akan kesunyian? Mungkin masing-masing ada jawapanya tersendiri.

Tapi bagi aku, kesunyian ni akan datang semasa kita kesorangan tanpa berteman sebabnya, masa itu saja lah kita akan berfikir akan kisah silam, mungkin mengenangkan kesalahan-kesalahan lepas. Kita tak rasa sunyi bila bersama kawan-kawan, sebab kawan-kawan kita tu menutup kesunyian kita.

Apa Nak Buat Bila Terasa Sunyi?

Jadi kalau kita dah tahu bila dan kenapa kita sunyi, kita boleh la buat seperti perkara dibawah ni bila kesunyian:

1.) Ambil masa untuk maafkan semua orang yang pernah sakitkan hati kita. Kita tak tahu bila kita akan meninggal dunia, kalau kita tak maafkan semua orang, mungkin ada yang terpaksa menanggung dosa sampai dia meninggal, jadi dalam masa kesunyian tu tadi, kita sebenarnya akan lebih terbuka dan berfikiran positif.
2.) Kenang semula kejayaan yang kita kecapi. Mungkin dahulu kita pernah menang acara lumba lari masa sekolah rendah atau mendapat tempat pertama di dalam sekolah, dengan mengenang semula kenangan-kenangan manis ni, sedikit sebanyak dapat memberi kita motivasi untuk berjaya, atau bangun dari kekecewaan.
3.) Membuat sebarang keputusan semasa kesunyian ni sangat bagus, sebabnya kita tidak diganggu atau dipengaruhi oleh orang lain. Contohnya kita nak buat keputusan untuk kerja dengan kerajaan atau dengan swasta, masa-masa kesunyian inilah masa sesuai untu kita membuat keputusan.
4.) Siapa yang ada blog macam aku ni, mungkin boleh buat entri luahan hati, atau cara lain adalah membalas komen-komen dari pembaca. Kebiasaanya, cara ni berkesan, sebab berblog ni dah menjadi sebahagian dari diri aku.
5.) Paling berkesan untuk menangani kesunyian adalah tidur. Memang mujarab ubat ni, sebabnya, bila kita dah fikir terlalu lama, otak kita akan letih, jadi tak guna juga kalau nak fikir terlalu banyak. Kalau fikir perkara-perkara yang bermanfaat tu baguslah, tapi elakan untuk fikir yang buruk-buruk.

Apa perkara yang jangan dibuat ketika sunyi?

a.) Tidak membuat bising sehingga menggangu orang lain. Buat bising ni samalah dengan bukak lagu kuat-kuat, jerit macam orang hilang akal atau banyak lagi.
b.) Fikir akan kesalahan orang kepada kita. Mungkin ada yang pernah putus cinta atau disakitkan hati. Elakan untuk memikirkan kesalahan orang terhadap kita, sebaliknya, fikirkan kesalahan kita terhadap orang lain mungkin itu lebih menginsafkan diri.
Cukuplah poin-poin yang tu.
Sebenarnya aku menulis entri ni sementara menunggu perlawanan Manchester United melawan Spurs.
Kesimpulanya, kesunyian tu tidak membawa keburukan, bahkan, kalau kita tahu apa nak buat bila sunyi, kita tak rasa kesunyian itu buruk. Akhir kata dari rashid, selamat malam.

http://www.mnirashid.com/blog/apa-nak-buat-bila-terasa-sunyi/

Comments

Popular posts from this blog