Artis menyanyi dalam masjid

Salam jumaat buat semua rakan pembaca yang sudi melawat blog ni. Hari ni hari terakhir persekolahan untuk penggal pertama, seronok sakan la bebudak sekolah bermula hari ni. Kalo zaman aku bersekolah dulu, perkara pertama yang bermain dalam kepala bila cuti sekolah ni nak bangun lewat je keesokan hari tu. 


Ape pun kepada adik adik yang bersekolah tu, selamat bercuti dan manfaatkan la cuti ni dengan perkara yang berfaedah. Orang melansungkan perkahwinan pun ramai gak dalam cuti sekolah ni. Kalau ada rakan rakan pembaca yang bakal melansungkan perkahwinan tu, selamat pengantin baharu aku ucapkan.

Artis mane yang menyanyi dalam masjid tu ? Gempar betul tajuk entri hari ni. Tapi tak nampak pulak dalam muka depan akhbar. Kalau aku nak bagitau artis mana yang menyanyi dalam masjid ni, bukan je artis tempatan kita malah artis antarabangsa pun ada terlibat sama.


Siapa yang tak terkejut kalau tiba tiba suara Wonder Girls berkumandang menyanyikan lagu nobody tu dalam masjid. Kadang kadang Girl Generation pun ada. Tak termasuk lagi artis artis lain yang kebiasaannya artis perempuan la yang menyanyi di dalam masjid ni. 

Bukan je artis dari luar negara. Malah artis tempatan pun tak kurang hebatnya memeriahkan masjid dengan nyanyian diorang tu. Baik artis lelaki atau artis perempuan, masing masing mempersembahkan lagu lagu terbaru untuk menjadi halwa telinga jemaah yang hadir tu.

Aku ingatkan mungkin cara camtu sebagai satu pendekatan untuk menarik lebih ramai jemaah lelaki untuk ke masjid. Rupanya tidak. Jauh sama sekali tanggapan aku tu.  Sebab apa ? Sebabnya kena la tanya pada encik Osman Yusoef.


Nampak tu ? Ana Rafalli pun menyanyi dalam masjid jugak. Tak cukup cukup menyanyi dalam panggung wayang, dalam tren LRT, dalam kereta, dalam kelas, dalam rumah, dalam masjid pun dia nak menyanyi jugak tu.


Bukan takde larangan pun tertera. Malah kekadang tu kat setiap pintu masuk masjid pun ada tanda larangan ni. Cuma tu la dah nama pun peminat setia, kena la setia sepanjang masa tak kira tempat.


Paling tak tahan tu bila tengah bersolat tu pulak la artis artis ni nak menyanyi. Waktu sebelum bersolat tu diam je. Daripada nak mendengar tuan imam membacakan ayat ayat suci dalam solat, tetiba terganggu pulak dengan suara merdu sang artis ni. Berkecamuk fikiran weh.

Dan tak pasal pasal je pulak dapat saham dosa sebab mengutuk dalam hati. Tu la, orang lain pakai telefon bimbit, dia pun nak pakai jugak. Orang lain sebelum pakai tu baca dulu buku panduan, dia tak nak baca. Orang lain dah tau camne nak matikan atau kasi mod getar telefon tu, dia tak reti reti.

Kesudahannya jadi la cam yang encik Osman Yusoef kita tu alami. Yang tuan peminat setia ni pulak, konon khusyuk sangat la pulak. Dah tau artis kesayangan dia tu menyanyi, tak reti reti pulak nak tekankan apa yang patut supaya artis dia tu tau dia tengah solat. Haru betul.

Comments

Popular posts from this blog