Dari Tulang Rusuk yang Paling Bengkok

Muhd Naim



Paradigma mukmin
“Berbuat baiklah kepada wanita, kerana sesungguhnya mereka diciptakan dari tulang rusuk, dan sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Maka bersikaplah  para wanita dengan baik.” (HR al-Bukhari Kitab an-Nikah no 5186). 

Ini adalah perintah untuk para suami, para ayah, saudara saudara lelaki dan lainnya untuk menghendaki kebaikan untuk kaum wanita, berbuat baik terhadap mereka, tidak menzalimi mereka dan senantiasa memberikan hak-hak mereka serta mengarahkan mereka kepada kebaikan.

Ini yang diwajibkan atas semua orang berdasarkan sabda Nabi, “Berbuat baiklah kepada wanita.”

Hal ini janganlah sampai dihalangi oleh perilaku mereka yang adakalanya bersikap buruk terhadap suaminya dan keluarganya, baik berupa perkataan mahupun perbuatan kerana para wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, sebagaimana dikatakan oleh Nabi  bahawa tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas.

Sebagaimana diketahui, bahawa yang paling atas itu adalah pangkal tulang rusuk, itulah tulang rusuk yang paling bengkok, itu jelas. Maknanya, pasti dalam kenyataannya ada kebengkokkan dan kekurangan. Kerana itulah disebutkan dalam hadis lain dalam ash-Shahihain.

“Aku tidak melihat orang orang yang kurang akal dan kurang agama yang lebih dapat  menghilangkan akal lelaki yang teguh daripada salah seorang diantara kalian (para wanita).” (HR. Al Bukhari no 304 dan Muslim no. 80)

Makna “kurang akal” dalam sabda Nabi S.W.T adalah bahawa persaksian dua wanita sebanding dengan persaksian seorang lelaki. Sedangkan makna “kurang agama” dalam sabda Baginda adalah bahawa wanita itu kadangkala selama beberapa hari dan beberapa malam tidak solat, iaitu ketika sedang haid dan nifas. Kekurangan ini merupakan ketetapan Allah pada kaum wanita sehingga wanita tidak berdosa dalam hal ini.

Nabi Muhamad S.W.T tidak berbicara berdasarkan hawa nafsu, tapi berdasar wahyu yang Allah berikan kepadanya, lalu baginda sampaikan kepada ummatnya, sebagaimana firman Allah:

“Demi bintang ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak keliru, dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (Qs. An-Najm:4)


– Tak kisah kalau nak copy, cuma ana mintak letak backlink ke blog ni je.. semoga sama2 mendapat manfaat :)

Oleh: Andhika Al-Banjari Mtp

Wahai kau pasangan tulang rusuk yang Allah pilih untuk ku @..@

by RENUNGAN & DAKWAH ISLAM on Sunday, March 20, 2011 at 11:52pm
 Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh..

''Bismillahirrohmaanirrohiim''

Wahai kau pasangan tulang rusuk ku.
Siapa dan dimanakah kau, aku menunggu.
Saat khitbah kau nyatakan pada ku,
Ku harap saat itu Indah dalam penantian ku..

Aku hanyalah sebutir pasir dihamparan luas,
Dilahirkan dengan suka cita'
Dibesarkan dalam kasih keluarga,
Dengan harapan suatu saat aku bisa bahagia,
Menemukan kekasih sejati yang memberikan Cinta,
Mengasihi dengan tulus apa adanya...
 
Wahai kau pasangan tulang rusuk ku...
Harapan tulus ku hatur untuk mu,
Semoga kau bisa berikan semua itu,
Menjadikan ku Insan bahagia dengan kasih mu,
Membuat ku dekat kepada Illahi Robbi ku...
 
Aku selalu merindukan mu,
Tuk berIbadah bersama dalam naungan kasih sayang mu,
Menciptakan Istana Tahajud dalam sujud panjang bersama mu,
Menggapai  keRidho'an dan Syurga Illahi Robbi ku...
 
Saat janji Indah sehidup semati kau ucapkan untuk ku,
Disaat kau Halal kan aku bagi mu,
Semoga saat itu adalah awal pengabdian ku,
Menjadi ma'mum yang sholehah bagi mu,
Mengabdikan diri sepenuh jiwa ku,
Berjuang bersama menegakan panji Islam itu tekad ku..
 
Kau adalah terIndah bagi ku,
Segala ucapan mu adalah sebuah titah bagi ku,
Selama itu baik dalam syari'at ku,
Dengan Ikhlas aku akan jalani dan menjunjung tinggi perintah mu...

Bersama kita arungi bahtera kehidupan baru,
Menciptakan keluarga Sakinah Mawardah Warrohmah dan Barokah,
Menjadi Madrasah Indah bagi buah hati kita,
Membentuk Mujahid dan Mujahidah, yang ditangan nya ada semangat Jihad,
Menegakkan panji-panji Islam,
Berjuang dengan hati dan jiwanya sebagai Syuhada'
Dengan balutan kasih sayang yang Indah...


Dengan keterbatasan yang ada pada ku,
Kau hadir sebagai penyempurna ku...
 
Rengkuh aku dalam kasih mu, saat aku berada dalam kelemahan ku,
Ketika Amarah merajai hidup ku,
Jadikan diri mu penyejuk hati dengan senyuman tulus dan perhatian mu..
 
Bimbing aku dengan kasih lembut mu,
Agar Dunia ini selalu Indah bersama mu...
 
Aku adalah tulang rusuk yang bengkok,
Akan tetep bengkok jika kau biarkan aku,
Akan patah jika kau paksa luruskan aku
Hanya kasih lembut mu yang bisa lakukan itu,
Karena kau adalah Nahkoda bagi ku....
 
Ku ingin gapai keRidho'an mu wahai pasangan tulang rusuk ku,
Karena Ridho mu adalah Ridho Illahi Robbi ku...
 
Kala Ikhlas mu.. menghantarkan ku ke Syurga itu,
Saat diri ini menutup mata meninggal kan mu,
Untaian Do'a dan senyuman Ikhlas kan mengantarkan ku,
Karena kau adalah kunci Syurga itu, wahai pasangan tulang rususk ku...
 
-------> Semoga bermanfaat <------

Andai ada Salah dan Hilaf,
Andai ada kata yg kurang berkenan mohon ma'af kan,
Kami hanya Insaniah fakir hamba Allah yang tiada Daya dan Upaya...
Salam Santun Ukhuwah fillah...
 
Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh...
Share

Comments

Popular posts from this blog