Dasyatnya doa seorang ibu

Published in Untagged  by ahad   
 
  Assalamualaikum Semua,                                                                                                  
Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar.  So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu 

       Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.  Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

       Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

       *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.                          

       Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.                          

       Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
       Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
       Membaca quran sehingga menitis air mata.
       Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

       3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
       Anak.                          
       Ibu.                          
       Suami.                          
Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut.. J

       Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.                          

       Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

       Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

       Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.

       *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.                          

       Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita.  Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
        “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
       *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab.  Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal  yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
                             

       Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

       Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
       “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
       “Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.  

       *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

       Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati.   Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

       *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.   Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedih gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan”  atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..”  Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

       Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam!  Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.

       Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.                          

       Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

       Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah.  Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.                          

       *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.   Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .

       Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.                          

       *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya.  Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

       Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.                          



Selalu Bergaduh Dengan Ibu
       Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
       Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
       Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
       Symptom terkena saka:
       Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.                          
       Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
       Susah nak dapat anak, senang gugur.
       Ada rasa kelibat orang lalu.
       Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
       Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.                          

       Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

       3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.                          

       Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

       Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.




Anak Lari Dari Rumah
       
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.                          

       Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.                          



Anak Degil 

       *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see. 


So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....

[] smpikan ilmu ini kpd yg lain wlupun satu ayat
http://www.cikgu.net.my/index.php?option=com_myblog&Itemid=73&id=1238&show=Dasyatnya-doa-seorang-ibu.html&user=0

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ibu seorang bisa menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum tentu bisa menjaga seorang ibu....



Peribahasa ini sering kita dengar apabila berbicara mengenai sikap anak-anak di zaman siber ini yang dikatakan tidak mampu menjaga orang tua mereka. Mereka lebih rela menempatkan orang tua mereka di rumah-rumah orang tua atau dibiarkan terbiar tanpa dijaga. Tidak kurang juga ustaz-ustaz di masjid lantas menjatuhkan hukum bahawa wajib kita menjaga orang tua kita dan memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi. Dengan purata umur masyarakat dunia termasuk Malaysia yang melebihi umur 70 tahun, maka tidak hairan di masa terdekat nanti akan lebih ramai populasi warga tua membanjiri masyarakat.

Saya setuju dan tidak berbelah-bagi bahawa orang tua wajar dijaga oleh keluarga mereka, bukannya oleh Jabatan Kebajikan atau dibiarkan merempat. Namun saya terpanggil untuk menegur mereka yang mengkritik dewasa ini akan trend atau budaya menghantar orang tua untuk dijaga oleh rumah penjagaan swasta. Bukanlah niat saya untuk mengkritik mereka yang sejujurnya rela berkorban untuk menjaga orang tua mereka, namun tujuan entri ini adalah untuk saya membuka ruang litup pemikiran dan sentimen kita terhadap mereka yang menghantar orang tua mereka ke rumah-rumah penjagaan swasta. Pada saya, tidak ada buruknya langsung dalam menghantar orang tua ke rumah penjagaan swasta. Seperti yang kita tahu, apabila sesuatu perkara itu swasta, maka ia melibatkan bayaran dan juga kualiti perkhidmatan. Maka konsumer mempunyai pilihan dan bebas untuk memilih yang terbaik untuk orang tua mereka. Mereka bebas melawat orang tua mereka dan jika mereka gagal menyelesaikan yuran penjagaan, maka perkhidmatan akan dibatalkan dan orang tua akan dipulangkan kepada anak-anak mereka. Maka pada saya, tanggungjawab menjaga orang tua itu telah terlaksana jika anak-anak mengambil keputusan untuk menghantar ke rumah penjagaan swasta.

Mungkin ada yang akan berhujah bahawa baiknya digaji pengasuh untuk menjaga orang tua berkenaan di rumah kita sendiri - namun saya kurang gemar dengan ide ini kadangkala. Sebab pertama adalah, selalunya di rumah penjagaan swasta, tenaga penjaga itu adalah terdiri daripada jururawat dan juga penjaga profesional yang terlatih dalam ilmu dan amali menjaga orang tua. Apabila dibanding dengan mereka yang digajikan, dengan selalunya warga Indonesia berumur belasan dan awal puluhan, diambil bekerja tanpa sebarang latihan dan tanpa pengetahuan yang mencukupi dalam menjaga orang tua. Namun ianya akan menjadi lebih baik jika yang digaji itu adalah jururawat atau penjaga yang terlatih. Maka jika itu yang berlaku - saya tiada halangan jika orang tua berkenaan ditempatkan di rumah si anak.

Kita harus memandang gagasan ini luar dari skop emosi dan norma masyarakat. Kita perlu sedar akan realiti sebenar. Walau kita dibesarkan oleh orang tua kita, dari bayi hingga dewasa, namun tidak mudah untuk kita menjaga orang tua kita kembali, sebagaimana mereka menjaga kita. Memang benar tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Namun jangan pula kita si anak berhenti dari terus mencuba. Menjaga orang tua adalah memang satu pekerjaan yang paling sukar dan memerlukan tahap kesabaran yang paling tinggi. Entri ini tidak mengagaskan si anak untuk lari dari tanggungjawab, tetapi adalah untuk memberi justifikasi bagaimana tanggungjawab itu dilaksana. Tugas utama si anak sebenarnya adalah kepada keluarga dan kariernya sendiri. Tanggungjawab menyediakan nafkah untuk anak-anak dan isteri adalah lebih utama. Tanggungjawab memenuhi tuntutan karier juga adalah lebih penting.

Si anak akan hanya mampu menjaga orang tua mereka - apabila mereka MAMPU. Mampu dari segi wang, masa dan juga kudarat. Jika mereka mampu dari segi wang, maka rumah penjagaan swasta atau mengaji pengasuh adalah apa yang mereka mampu. Maka mereka dapat menumpu pada kerjaya dan keluarga mereka sendiri tanpa perlu terlalu merisaukan kebajikan orang tua mereka. Mereka hanya perlu membayar yuran penjagaan tepat pada waktunya dan juga perlu melawat mereka dengan kerap dan memastikan suasana kekeluargaan yang menggembirakan untuk si tua dan si anak.

Bagi mereka yang mampu dari segi masa dan juga kudarat, maka mereka ini mungkin bisa menjaga orang tua mereka di rumah mereka sendiri. Namun pengorbanan ini pasti ada harganya. Karier mungkin tergadai dan tumpuan pada keluarga akan terganggu dan menyebabkan konflik atau krisis bisa meletus bila-bila masa sahaja. Keadaan akan sentiasa tegang dan memberi tekanan yang sia-sia pada si anak sehinggakan kadangkala amarah itu dilepaskan pada si tua. Maka fikirkanlah yang mana lebih sesuai dengan jiwa dan naluri anda. Pada saya - kedua-duanya tetap menjadikan anda anak yang bertanggungjawab.

Oleh itu untuk kita yang masih muda, yang satu hari nanti pasti tua, mungkin sudah tiba masanya kita memikirkan akan dana persaraan kita kelak. Kita seharusnya menabung untuk kehidupan hari tua kita. Kita perlu keluar dari kepompong pemikiran bahawa anak-anak kita yang wajib menjaga kita di hari tua. Kita perlu sedar bahawa kita perlu berdikari sendiri sepanjang umur hidup kita, kerana kita hidup untuk diri kita sendiri. Dana yang dikumpul seharusnya cukup bukan setakat untuk menyediakan rumah mahupun makan minum kita, tetapi juga cukup untuk kita menbayar biaya memiliki pengasuh sepenuh masa dan biaya perubatan yang lengkap andai ditakdirkan kita sakit. Kita perlu menjaga diri kita sendiri walaupun kita sudah tua.

Entri ini hanyalah sekadar mengajak kita melihat dunia tua kita dari perspektif berbeza kerana kadangkala kita terlalu mementingkan diri sehinggakan kita menghalang anak-anak kita sendiri kelak untuk mencapai kebahagian dan kehidupan yang mereka impikan. Memang benar seorang ibu bisa menjaga sepuluh orang anak, kerana si anak itu ibarat askar, menurut sahaja... dan memang benar belum tentu sepuluh orang anak bisa menjaga seorang ibu, kerana si ibu itu ibarat ratu, memerintah sahaja.....

http://lucksmana-suhaimi.blogspot.com/2011/02/bisikan-rindu-seorang-ibu.html

Comments

Popular posts from this blog