Kembalilah Kepada Al Quran Dan As Sunnah!

Written By: Zahiruddin
Salam Semua,
Kali ini saya terpanggil untuk mengajak semua terutamanya diri saya sendiri untuk KEMBALI kepada Al Quran dan As Sunnah iaitu mentaati Allah s.w.t dan Rasul (Nya). Di akhir zaman ini ramai yang telah lalai akan Allah s.w.t dan Rasul(Nya), ramai alim ulama berbalah perihal perkara yang samar dan masing2 ingin memperjuangankan kehebatan ilmu masing2 sehingga lalai akan Allah s.w.t dan Rasul. Sehingga terjadi kumpulan dan kumpulan dalam ISLAM yang membawa ideologi masing2. Masing2 merasakan apa yang di bawa oleh mereka BENAR dan hanya mereka sahaja BENAR dan tiada yang BENAR selain mereka.

Nabi Muhammad S.A.W telah menyempurnakan ISLAM dan ISLAM itu adalah sebaik-baik CARA HIDUP di dunia ini dan sesama ISLAM itu bersaudara dan berkasih-sayang dan tidak berpecah-belah. Ini semua bukan salah kita ia merupakan JANJI IBLIS untuk menyesatkan umat manusia. Dan IBLIS ini tak pernah tidur dari menyesatkan kita. Maka jomlah kembali kepada Al Quran dan Sunah.

Hidupkan kembali dan kuatkan kembali amalan asas Islam kita:
1) Rukun Iman
2) Rukun Islam
3) Ihsan


Hayati rukun Iman sepenuh hati dan lakukan rukun Islam sebaik mungkin dan sentiasa IKHLAS kepada Allah dalam segala sesuatu.
Zahiruddin

Perintah Berpegang Teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata” (QS. Al-Ahzab : 36)

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (QS. An Nisaa’, 4:59)

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),”
(QS. Al Anfaal, 8:20)


“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.”(QS. Al Anfaal, 8:24)

“Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
(QS. Al Anfaal, 8:46)


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
(QS. Al Ahzab, 33:21)


“Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul-(Nya) dan berhati-hatilah. Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.”
(QS. Al Maa’idah, 5:92)


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Hujuraat, 49:1)

“Kamu semua harus berpegang teguh pada sunnahku (setelah Al-Qur’an) dan sunnah Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk Allah sesudahku, berpeganglah dengan sunnah itu, dan gigitlah dengan gigi geraham kalian sekuat kuatnya, serta jauhilah perbuatan baru (dalam agama), kerana setiap perbuatan baru itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat”(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

“Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan perkara yang paling buruk adalah perkara yang baru dan setiap bid’ah adalah tersesat”(H.R. Muslim)

“Berpeganglah kamu sekelian dengan Kitab Allah, halalkanlah apa yang telah dihalalkan dan haramkanlah apa yang telah diharamkan.”(H.R. Abu Daud, sahih)

“Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk dan sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya maka ia telah binasa.” (H.R. Ahmad dan Ibn Hibban)

submission to Allah ONLY says:
AlQuran mengandungi Bukti-bukti yang jelas lagi nyata tapi kebanyakkan manusia tak percaya dan sering mencemuh Rasul yang membawa bukti-buktinya dan kebanyakkan bergembira dengan sekta-sekta(mazhab) masing-masing.

Juga kebanyakkan memegang hadis selainNYA(penyekutuan) dan Allah bertanya Hadis siapakah yang lebih BENAR??? Baca Surah 4 ayat 87.
Jangan jadikan ulama sebagai tuhan-tuhan kamu — rujuk 9:31
Jangan mempercayai hadis dan sunah palsu ciptaan syaitan yang di attributkan kononnya dari Nabi. Rujuk ayat Allah surah 3 ayat 78
Hadis sebenarnya ialah ALQuran. Hanya Yang Jujur Saja Dapat memahami Quran. Baca Surah 56:75-82
Jangan menyembah pujaan – anak sapi(2:51), patung (21:51-53), tuhan2 lain(4:114), Nabi Isa(5:72), Jin( 6:100), Nabi dan Rasul(3:79) dan EGO kamu(25:43), anak-anak kamu(7:190), manusia(7:194), setan(10:18), harta benda(18:42), selain Quran(6:19)
Kalau anda ada keraguan tentang Alquran sahaja, Allah telah letak disekelilng leher-leher dgn belenggu2
sampai ke dagu terkunci dalam keingkaran dan Allah letak penghalang di depan dan di belakang menutup dari dapat melihat kebenaran — ini surah Yasin ayat 7-9.
Kita baca yasin tapi tak faham2 apa mesej Allah.
Renung-renungkanlah adakah kita benar-benar SEMBAH ALLAH SAHAJA! atau tanpa menyedari melakukan penyekutuan akibat ego tak boleh kena tegur, dah rasa diri dah betul fahaman dan hebat dalam agama, lalai tak kisah ,main ikut je kata-kata ulama yang fasik, terlalu sibuk mencari rezeki dunia sampai lupa bab akhirat atau penyakit ragu-ragu kebenaran bukti alquran atau sebagainya?
Allah hanya membimbing hambanya yang ikhlas 100% menyembahnya sahaja bukan 99.99%, 80%, 75%, 50%….
Allah Maha mengetahui maka sebab itu Allah mengatakan bahawa kebanyakkan manusia tidak mempercayai bukti-buktiNya, menyembah pujaan di sampingNya, dan berakhir ke neraka sebab menzalimi roh sendiri.
Bacalah doa yang dianjurkan Allah di Surah 46 ayat 15 semoga kita dipilih diantara hamba-hambanya yang memperolehi kemenangan yang besar bukan yang sangat-sangat merugikan.
KILL YOUR EGO Refer Surah 2 ayat 54. ( bukan bunuh diri kamu? – JAKIM
)

http://rezekihalal.com/kembalilah-kepada-al-quran-dan-as-sunnah/

Comments

Popular posts from this blog