Kenali Simptom dan Pencegahan Penyakit Buasir (Hemorrhoid)

by rahmahr on January 27, 2011 ·
simptom penyakit buasir
Sesetengah penghidap buasir menggelar keadaan ini sebagai ‘air pasang’.

Tapi.. apa sebenarnya penyakit buasir?

Penyakit Buasir adalah satu keadaan dimana terjadinya pembengkakkan pada salur darah yang terletak di bahagian rektum (hujung usus besar) dan dubur. Selalunya, apabila salur darah mula membengkak, tisu di sekitar kawasan tu turut membengkak, jadi penghidap buasir ni selalunya akan merasakan sakit, perit, gatal dan mungkin mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

Apakah faktor yang menyebabkan terjadinya penyakit buasir?

1. Meneran terlalu lama disebabkan sembelit
2. Kurang mengambil makanan yang mengandungi kuantiti serat (fibre) yang tinggi
3. Mengandung
4. Masalah keturunan (hereditary)
Jadi, mcm mana hendak tahu sekiranya anda menghidap buasir?

Simptom-simptom awal untuk penghidap buasir adalah seperti berikut:

1. Pendarahan berlaku semasa membuang air besar (Darah berwarna merah)
2. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur selepas membuang air besar.
3. Gatal-gatal pada bahagian dubur
4. Simptom-simptom kekurangan darah (lemah badan, pucat, mudah penat dan sesak nafas, berdebar-debar) selepas terjadinya 1, 2 atau 3

Kebanyakan penghidap buasir takut untuk berjumpa dengan doctor, dan kebanyakan disebabkan oleh perasaan malu.

Jadi, untuk mengelakkan keadaan ini terjadi, beberapa perkara boleh diamalkan dalam kehidupan seharian seperti
  1. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 1.5 – 2 liter sehari
  2. Makan makanan seimbang: banyakkan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran
Tetapi, sekiranya anda merupakan salah seorang penghidap buasir terutamanya buasir yang tidak sembuh selepas 2-4 minggu dan buasir yang berulang, pergilah berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Malu tidak dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, perawatan awal amat membantu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jadi…. Selamat berjumpa doctor! ^_^

Artikel ini ditulis oleh Rahmah Rambli. Merupakan pelajar perubatan tahun tiga di Universiti Malaya.

http://psipum.org/kenali-simptom-dan-pencegahan-penyakit-buasir-hemorrhoid/comment-page-1/#comment-194

Comments

Popular posts from this blog