KENAPA AURAT PERLU DIJAGA.....!!!!!

by Ym Nikmohdkamal Tydpmqtk on Friday, January 21, 2011 at 11:37pm
 AKenapa wanita Islam wajib menutup aurat? Dia yang menciptakan kita, maka Dialah yang berhak mengatur segalanya. Janganlah kita terlalu banyak mempersoalkan perintah yang telah ditetapkanNya, meremehkannya dan membelakangi perintahNya. Setiap perkara yang ditegah ada hikmah disebaliknya. Firman Allah swt :Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Al- Baqarah 286)Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzaab 59)* Setiap umat diutuskan Allah swt Rasul, untuk mengajak manusia ke jalan yang diredhaiNya, jalan yang membawa kebahagian dunia & akhirat. Semua para Rasul mengajak ke jalan yang sama iaitu (Menyembah Allah swt dan menjauhi perkara Taghut) mentaati segala suruhanNya, meninggalkan laranganNya.* Perintah menutup aurat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi, anak-anak perempuan serta perempuan-perempuan yang beriman sekalian supaya menutupnya. Ia tidak terkecuali seorangpun. Ianya wajib dilaksanakan. Janganlah kita meremehkannya, azab neraka itu sangat memedihkan.* Hidup ini adalah nikmat yang diberi pinjam buat sementara waktu, padaNya jua kita akan pulang, mati itu bila-bila masa, jangan ditangguhi untuk balik bertaubat padaNya. laranganNya itu ada kebaikannya, supaya tidak mudah diganggu, menjaga kehormatan wanita itu sendiri. Ia juga dapat memelihara diri dari terjebak dosa-dosa yang lain. Dia Maha mengetahui apa keperluan makhluk yang diciptaNya, yakinlah padaNya.Renungilah Sabda Nabi saw yang bermaksud :Peliharalah titah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa), peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu dihadapanmu. Apabila kamu meminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila engkau memohon hendaklah engkau memohon pertolongan dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untuk memberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apa yang telah Allah tetapkan untukmu, dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkau dengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengan sesuatu yang Allah telah tentukan keatas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah kering kertas (telah ditentukan semuanya). (Hr Tarmizi
· · Share

aurat ; kenapa perlu didedahkan wahai hawa?

Assalamualaikum..

Pertama sekali, marilah kita sama2 bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi mengurniakan akal fikiran yang waras kepada kita walaupun terdapat di luar sana golongan2 yang tidak menggunakan akal mereka dengan sebaik mungkin. Berfikir hanya bersandarkan pada logik akal semata-mata tanpa mempedulikan garis2 agama yang telah diterapkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Semoga kita dijauhkan dari sifat ini. Na'uzubillah.


Setelah menge'post'kan entri aurat yang lalu iaitu "
aurat ; tak tahu nak cakap cane lagi dah" yang agak kontroversi, agak kurang sopan, dan macam2 lagi yang kurang, aku terpikir tuk buat entri yang laen pulak pasal aurat nih. Mungkin ini merupakan entri yang lebih sopan dari yang terdahulu. Maklumlah, kalau sebut pasal aurat, tak ke mana imaginasi kita akan pergi. Semestinya akan hinggap kat perempuan kan? Dan apabila ia dah bersangkut paut dengan perempuan, maka secara tidak langsung ia akan menjadi salah satu isu sensitif kepada mereka. kalau tidak kena cara menegur, padahlah yang menimpa bagi sesiapa yang terlibat. Aku pun dah terasa bahangnya untuk entri yang lepas. Harap2 entri ni tidak menerima nasib yang sama.haha. Cuak gak kalo kena weyh. Tak tahan nak menepis. Dahla asas persilatan takde.ngaa~ Kira post ni sekuel la dari entri dulu.haha. Macam drama pulak ada sekuel2 ceni.

Merujuk pada tajuk di atas, "aurat ; kenapa perlu didedahkan wahai hawa?", suka untuk aku utarakan soalan tersebut kepada mereka. Kenapa perlu didedahkan? Tidak bolehkah ianya disimpan rapi, dijaga elok, dan ditutup tersembunyi dalam jagaanmu tanpa perlu dipertontonkan kepada orang laen? Adakah mereka tidak mengerti bahawa setiap barang yang berharga perlu dijaga sebaek mungkin. Takkan lah emas 47 karat nak disimpan dalam tin biskut je? Ataupun dibiarkan bersepah di tangga? Tak logik bukan? Tu kalo nak kira ngan emas, tapi perhiasan korang tu lebih mahal dari emas taw! Emas kalau hilang boleh diganti tetapi adakah maruah dan harga diri korang juga dapat diganti balik sekiranya ia diragut? Ada jual eh?haha.


Sabda nabi yang mafhumnya berbunyi ;


"Ada d
ua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: Suatu kaum yang memegang penyebat menyerupai ekor sapi untuk memukul manusia dan para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Bagi sesiapa yang memiliki ilmu padanya, sudah tentu akan dapat memahami sabda baginda dengan jelas sekali tanpa perlu ada orang laen untuk menerangkannya lagi. Betol tak? Para wanita yang berpakaian seperti telanjang telah cukup untuk menggambarkan bahawa keadaan segelintir kaum hawa kita pada masa sekarang.


Wanita yang berpakaian seperti telanjang lebih tepat jika diklasifikasikan sebagai wanita yang menyingkap sebahagian anggota tubuhnya, sengaja menampakkan keindahan tubuhnya. Inilah yang dimaksudkan wanita yang berpakaian tetapi telanjang atau wanita yang memakai pakaian nipis sehingga menampakkan bahagian dalam tubuhnya. Wanita tersebut berpakaian, namun sebenarnya telanjang. Tidak perlulah aku ulas dengan lebih lanjut tentang perkara ini memandangkan semua sudah makruf dengan pakaian tersebut. Kalo masih ada yang tidak paham, silalah berkunjung ke mana2 supermarket atau hypermarket yang berdekatan. Lepak kat situ selama beberapa jam, dan cuba perhatikan keadaan dan persekitaran sekeliling. Pasti korang akan menemui jawapan.haha.


An Nawawi rahimahullah menjelaskan maksud sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
wanita tersebut tidak akan masuk syurga. Inti dari penjelasan beliau rahimahullah ;

Jika wanita tersebut meng
halalkan perbuatan ini yang sebenarnya haram dan dia pun sudah mengetahui keharaman hal ini, namun masih menganggap halal untuk membuka anggota tubuhnya yang wajib ditutup (atau menghalalkan memakai pakaian yang nipis), maka wanita seperti ini kafir, kekal dalam neraka dan dia tidak akan masuk syurga selamanya.
Dapat kita maknakan juga bahawa wanita seperti ini tidak akan masuk syurga untuk pertama kalinya. Jika memang dia ahlu tauhid, dia nantinya juga akan masuk syurga. Wallahu Ta’ala a’lam. (Lihat Syarh Muslim, 9/240)

Jika ancaman ini sudah jelas, kenapa sebahagian wanita masih lagi
membuka auratnya di khalayak ramai? Kenapa mereka begitu mudah mempamerkan dada di depan orang lain? Kenapa mereka masih senang memperlihatkan rambut yang wajib ditutupi? Kenapa mereka masih suka menampakkan telapak kaki yang juga harus ditutupi? Kenapa pula masih bahagia menonjolkan leher?! korang jawab la sendiri~

Apabila pakaian tersebut dipakaikan oleh seseorang perempuan, maka teraniayalah kaum lelaki. Sebabnya? Tidak laen kerana nafsu lelaki terlalu cinta kepada perempuan. Kecuali mereka yang songsang!haha. Sila perhatikan firman Allah taala di bawah ;


"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..." (ali imran : 14)


dan dalam hadis nabi berikut ;

"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )


Haa...! Nampak tak betapa bahayanya wanita bagi seorang makhluk yang dipanggil lelaki. Ancaman besar uh. Nabi sendiri yang cakap, manusia yang tidak pernah berbohong, dan setiap perkataan yang keluar dari mulutnya tidak dipengaruhi oleh nafsu.

camane lelaki nak jaga syahwat mereka kalo hari2 mereka dihidangkan jamuan mata yang menggiurkan oleh orang2 perempuan? Lepas tu timbullah masalah rogol, cabul segala bagai. Tak perlu lah tuding jari pada sesape sebab ianya berpunca dari diri pompuan sendiri. Cuba bayangkan kalo sumer orang pompuan pakai pakaian yang tertutup. Bukan aurat je, seluruh badan terus. bermula dari kepala sampailah kaki. Tade satu pun yang terdedah, kecuali mata. Kalo nak tutup mata pun boley gak, guna kain kelambu tu ke..haha. Mesti masalah sosial yang berleluasa sekarang akan dapat dibendung. Pastu pulak, kulit2 korang pun akan jadi makin putih sebab sumernya tertutup, tak kena panas, tak hitam. Kan2? Tanak kulit putih ke?hakhakhak..~


Fuiyo..!~Da panjang rupanya entri aku nih. Kalo da panjang, aku pun nak mintak diri dulu lah ye. Harap korang boley paham apa yang aku taip tu. Kalo da paham, bawak2 la muhasabah sikit. Kalo taley nak ubah sekaligus, ubah sikit2 pun takpe. Asalkan semakin hari, korang menuju ke arah yang lebih baek.


"kehidupan hari ini bagi orang mukmin itu adalah baek dari semalamnya, dan esok akan lebih baek dari hari ini".


-entri habis-

Assalamualaikum..

p/s - sopan tak entri aku nih? ada lagi ke yang terasa? kalo ada, memang hati korang tu da tahap kena pijak ngan gajah dah.hahaha..
:p

guna kaen kelambu.. cantik gak kalo ceni kan?

ohh~i'm melting..haha

*klik pada gambar untuk hasil yang lebih WOW!!*
You might also like:
aurat : tak tahu nak cakap cane lagi dah!
wahai kaum hawa..bacalah!~
Memilih ke cenggini..?
di mana hilangnya fitrahmu?
http://naughtytwin.blogspot.com/2010/05/aurat-kenapa-perlu-didedahkan-wahai.html 

Comments

Popular posts from this blog