NAK KURUSKAN BADAN



Guys, hari ni just nak share 8 tips untuk kuruskan badan. Harap dapat diamalkan yer…heheh:
  1. Makan malam sebelum jam 7:00 malam. Sebabnya, kalau makan yang berat2 pada waktu malam akan menyebabkan lemak mudah terhasil daripada kesan metabolisme yang rendah. Believe it or not?
  2. Jaga2 dengan semua produk kesihatan, pil kurus atau seumpamanya. Ia mungkin berhasil untuk sesetengah individu sahaja tapi kebanyakkanya tidak berjaya. Duit dah habis kuar, tapi badan masih macam tuh juga. Pendek kata jangan terpedaya ya. Kalau Dr Rozmey punya produk??? Hehehe…pikir2 la sendiri.
  3. Dapatkan nasihat doktor untuk sebarang pelan atau jika anda mempunyai niat untuk amik produk kesihatan sebab doktor adalah penasihat kesihatan yang baik sebagai panduan, bukan pakar kurus (sebab diorang ni yang penting nyanyi2 dan dapat untung).
  4. Jangan tertekan jika berat anda hanya turun sedikit demi sedikit sehari. Ia adalah lebih baik daripada menyeksa diri dengan mengurangkan berkilo kilo walhal anda sakit.
  5. Diri anda mestilah sentiasa POSITIF. Jangan putus asa. Setkan di mana goal anda untuk kurus. Mana mungkin anda akan kurus dalam masa yang singkat, kan…
  6. Elakkan dari menimbang berat badan hari-hari. Suprise lah sket yer…Bukan apa, bagi motivate sket supaya berusaha lebih.
  7. Exercise mau kerap. Sehari wat la dalam 30 minit…jalan2 ka, apa2 saja aktiviti bagi kuar peluh…Ni kalau dok depan PC atau Lappy layan Farmville mcm mana mau kurus.
  8. Beri support atau penghargaan buat diri sendiri. Tak salah kalau nak makan makanan seperti coklat atau ayam KFC. Letakkan target, kalau capai tahap nih, aku akan makan KFC (yg dinner plate tuh). Cukuplah. Pastu usaha lagi. Capai target, makan aiskerim plak satu bekas. Tak salah kan kalau skali skala…Masalahnya jangan overdose lak dengan mengamalkan berkali kali berkala kala. Penat la usaha anda.
Itu saja tips yang nak saya kongsikan. Semoga berjaya!

Comments

Popular posts from this blog