Kerbau Teruna & Dara

Kerbau Teruna & Dara

WITHOUT FEAR AND FAVOUR - BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH

Hidup hanya seketika maka lakukanlah segala suruhan Allah (SWT) yang telah diwahyukan kpd Nabi Muhammad (SAW) dan kemudian diturunkan kpd kita utk dikerjakan sebagai amalan dunia dan akhirat. Berpegang teguhlah kpd dua pesanan Nabi Muhammad (SAW) iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi kerana kita tidak akan tersesat. Takwa dan Keberkatan Allah (SWT) amat penting dalam kehidupan manusia. Laksanakan yg terbaik kemudian tawakal kpd Allah (SWT). Kita akan di panggil oleh Allah (SWT) bila-bila masa, ingat lima perkara sebelum datang lima perkara.


Ayam Jantan

Ayam Jantan


CERITA-CERITA AGAMA

Jangan mencemuh, mencela dan memanggil dengan gelaran buruk serta prasangka, mengumpat dan mencar-cari kesalahan orang lain

Surah Al-Hujurat ayat 11 "Wahai orang yang beriman. Jangan suatu kaum (lelaki) menecemuh kaum lelaki yang lain (Ditegah mencela antara sesama mukmin kerana orang mukmin ibarat satu badan) kerana boleh jadi meraka (yang dicemuh) lebih baik dari mereka (yang mencemuh) dan jangan pula perempuan-perempuan (mencemuh) perempuan lain kerana boleh jadi perempuan (yanh dicemuh) lebih baik daripada perempuan (yang mencemuh). Janganlah kamu saling mencela antara satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setalah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat maka mereka itulah orang yang zalim.


Surat Al-Hujurat ayat 12 "Wahai orang yang beriman. Jauhilah kebanyakan daripada prasangka sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah (SWT). Sesungguhnya Allah (SWT) maha Penerima Taubat lag Maha Penyayang.

Dasar-Dasar Pemerintah:

Surah Al-Nisa ayat 58 "Sesungguhnya Allah (SWT) menyuruh menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah (SWT) sebai-baik yang memberi pengajaran kepadamu. Sesungguhnya Allah (SWT) Maha Mendengar.


Surah Al-Nisa ayat 59 "Wahai orang beriman! Taatilah Allah (SWT) dan taatilah Rasul (Muhammad), dan Ulil Amri (pemegang kuasa) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah kepada Allah (SWT) (Al-Quran) dan rasul (Sunnahnya) jika kamu beriman kepada Allah (SWT) dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Keharusan menjaga kebenaran dan keadilan:-

Surah Al-Nisa ayat 105 "Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran kepada Muhammad membawa kebenaran agar engkau mengadili manusia dengan apa yang telah diajarkan Allah (SWT) kepadamu dan janganlah engkau menjadi penentang (orang yang tiada salah) kerana (membela) orang yang berkhianat" :-  
Ayat ini dan bebarapa ayat berikutnya diturunkan berhubung dengan pencurian yang dilakukan oleh Tu'mah dan dia menyembunyikan barang curian itu dirumah orang Yahudi. Tu'mah tidak mengakui perbuatan itu, malah dia menuduh bahawa yang mencuri barang itu ialah orang Yahudi. Hal ini diajukan oleh kerabat-kerabat Tu'mah kepada Nabi Muhammad (SAW) dan mereka meminta agar Nabi Muhammad (SAW) membela Tu'mah dan menghukum orang Yahudi itu walaupun mereka tahu bahaw Tu'mah yang mencuri barang itu. Nabi Muhammad (SAW) sendiri hampri-hampir  mempercayai tuduhan Tu'mah dan kaum kerabatnya terhadap orang Yahudi.

Larangan melontarkan Ucapan-ucapan buruk kepada seseorang

Surah Al-Nisa ayat 148 - Allah (SWT) tidak menyukai perkataan buruk (yang diucapkan) secara terus-terang kecuali oleh orang yang dizalimi - (Ucapan-ucapan buruk seperti mencela orang memaki menerangkan keburukan-keburukan orang lain menyingung perasaan seseorang dan sebagainya).


Hukum Terhadap Perusuh dan Pengacau Keamanan:-
Surah Al-Maidah ayat 33 "Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah (SWT) dan Rasulnya dan membuat kerosakan dimuka bumi hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka secara silang atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka beroleh seksaan yang besar".


Larangan meminum Khamar (arak) berjudi berkorban untuk berhala dan mengundi nasib:-
Surah Al-Maidah ayat 90 "Wahai orang yang beriman! Sesunguhnya meminum khamar (arak) berjudi (berkorban untuk berhala dan mengundi nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatan-perbuatan) itu agar kamu berjaya.

Surah Al-Maidah ayat 91 "Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui meminum khamar (arak) dan berjudi itu dan menghalang kamu dari mengingati Allah (SWT) dan melaksanakan solat. Oleh itu berhentilah (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu)".

Surah Al-Qalam (Pena) Surah ke 68 terdiri daripada 52 ayat (Makkiyyah) - Kita dinasihatkan jangan memecahbelahkan umat Nabi Muhammad (SAW) dengan perkara-perkara yang menjurus kepada perpecahan tersebut semata untuk mendapatkan Putrajaya. Demi agama, bangsa dan Malaysia bersatu kembali untuk kesejahteraan semua umat Islam di Malaysia.

Dalam ayat tersebut Allah (SWT) ada menyebut "Siapa di antara kamu yang gila? Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang paling mengetahui siapa yang sesat daripada jalannya; dan Dialah yang lebih mengetahui siapa orang yang mendapat petunjuk".

Allah (SWT) mengatakan dalam ayat tersebut bahawa "Maka janganlah engkau patuhi orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah)", Dan janganlah engkau patuhi setiap orang yang suka bersumpah dan suka menghina, suka mencela yang ke sana ke mari menyebarkan fitnah, yang menghalang segala yang baik, yang melampaui batas dan banyak dosa, yang bertabiat kasar selain itu juga terkenal dengan kejahatannya".


Comments

Popular posts from this blog