PERLU TAHU

Jangan kamu jadikan kuburku perayaan - APA Maksud yang betul?.

Berkata al Hafiz al Sakhawi didalam kitab beliau berjodol fi’“Al Qaulul Badi’ fi sholati a’la al habibi al syafi”…

Ini beberapa faedah yang kami sudahi padanya bab yang keempat.

Berkata pengarang kitab “ Silah al mu’min’..

Sabdaan Nabi alaihi sholatu wassalam :
و لا تجعلوا قبرى عيدا
Jangan kamu jadikan kuburku perayaan .
Diihtimalkan bahawa adalah kehendaknya

الحث على كثرة زيارةه , ولا يجعل كاعيد الذى يأتى فى العام الا مرتين .
Bersungguh-sungguh atas membanyakkan ziarah (kubur Nabi) dan jangan dijadikan menziarahinya nya seperti hari raya yang hanya mendatangi ziarah hanya dalam setahun Cuma 2 kali sahaja.


Yang menguatkan tafsiran makna ini adalah satu hadis;

لا تجعلوا بيوتكم قبورا.
– اى لا تتركوا الصلاة فى بيوتكم حتى تجعلوا ها كالقبور التى لا يصلى فيها.
“Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kubur .”
Maknanya jangan kamu tinggalkan sembahyang didalam rumah-rumah kamu hingga kamu jadikan dia seperti kubur yang mana kubur memang tidak ada sembahyang dalamnya. Intahaa.


Sebahagian pensyarah kitab hadis berjodol “al Misykat Al Mashobih” karangan at Tabrizi yang memuatkan didalamnya hadis-hadis yang sangat bermutu :

Mereka telah menulis ; ‘ Didalam ayat hadis tersebut ada ayat atau kalimat yang dihazaf ‘ dibuang atau tidak disebut’ taqdir ayatnya :
لا تجعلوا زيارة قبرى عيدا
Jangan kamu jadikan menziarahi kuburku seperti hari raya…

Maknanya : Tegahan untuk menziarahi Alaihi sholatu wassalam seperti perhimpunan hari raya, sesungguhnya Yahudi dan Nashrani mereka berhimpun untuk menziarahi kubur Nabi-nabi mereka dan sibuk mereka dengan permainan dan pukulan gendang . maka Nabi s.a.w telah menegah umatnya berbuat seperti itu
 

KINI: Perkara Perlu Tahu kalau tidak terkeliru


Perbezaan antara fahaman Kaum Tua dengan Fahaman Kaum Muda.

1. Tahlil Arwah-Harus menurut Kaum Tua

- Haram lagi Bid'ah menurut Kaum Muda.

2. Zikir/doa berjemaah lepas sembahyang Fardhu 

- Afdhal menurut Kaum Tua - Bid'ah menurut kaum muda.

3. Tarekat Shufi -Harus dan Baik menurut Kaum Tua

- Bid'ah lagi haram , lagi sesat menurut Kaum Muda.

4. Baca Ushali niat sembahyang sebelum Takbiratul Ihram- Harus dan Mustahab menurut Kaum Tua

- Bid'ah/tak harus /tak baik menurut Kaum Muda.

5.Tawassul Wasilah - Harus menurut Kaum Tua - 

Haram / Syirik menurut Kaum Muda.

6.Baca Doa Qunut setiap Fardhu Subuh - Sunat menurut Kaum Tua- Bid'ah menurut Kaum Muda.

7. Belajar Ilmu Tawhid menurut Kaedah Sifat 20- Baik dan Wajib menurut Kaum Tua

- Bid'ah dan Haram menurut Kaum Muda.

8. Mengamalkan wirid-wirid dan zikir-zikir yang tidak dibaca Nabi/ yg disusun oleh selain Nabi s.aw - Harus dan pembacanya diberi pahala selama mana zikir-zikir dan wirid tersebut tidak bercanggah dgn kaedah-kaedah Syara'

- Haram dan bid'ah menurut Kaum Muda.

9. Azan dua kali sebelum Khutbah Juma'at - Sunat dan perlu menurut kaum Tua 

- Bid'ah dan tak perlu menurut Kaum Muda.

10. Majlis Maulud Nabi - harus dan diberi pahala kerana niat membesarkan dan mensyukuri Nikmat terbesar iaitu Kelahiran Nabi s.a.w menurut Kaum Tua 

- Bid'ah dan membazir dan haram menurut Kaum Muda.

11. Berpegang dengan satu-satu mazhab yang muktabar - Wajib bagi orang awam sebab itu yang lebih diZanni menepati dgn kehendak Sohibus Syara' kecuali ketika darurat atau kepayahan, menurut Kaum Tua

- Haram dan menyusahkan dan menyempitkan menurut Kaum Muda.

12. Berpegang dengan fatwa-fatwa ulamak mazhab tidak terus kepada Al-Quran dan al Hadis - Wajib bagi orang awam sebab itulah cara/method yang betul bagi makna berpegang kepada al Quran dan al hadis menurut Kaum Tua

- Cara/method yang tidak betul dan haram kerana meninggalkan al Quran dan al Hadis menurut kaum Muda.

13.Kaedah pengajian- Mendahulukan pengajian Ilmu asas: Feqah, Tawhid, Tasawuf berdasarkan Mazhab Imam Shafie, Imam Abu Hasan Ashaari dan Imam Ghazali, serta mendalaminya dengan berteraskan ilmu-ilmu alat Arabiyah seperti: Nahu, Sharaf, Balaghah, Mantiq, Maqulat, Usul Fiqah, Usul Tasfir dan sebagainya kemudian barulah disudahi dengan Ilmu Tafsir, Hadis dan Ilmu Tarekat , menurut Kaum Tua
- Mendahulukan pengajian Ilmu Hadis, semuanya sehingga pada peringkat ibtidaiyyah sudah dimulai dengan ayat-ayat Quran dan Hadis-hadis menurut kaum Muda .

14. Pakai Serban- Sunat memakainya pada lelaki samaada hari jum'at atau bila-bila waktu pun, sebab memang pakaian Nabi s.a.w- menurut Kaum Tua

- Harus sebab serban hanya budaya arab dan diberi pahala jika niat ikut Nabi s.a.w menurut Kaum Muda.

15. Sembahyang Sunat Awwabin diantara maghrib-isya- Sunat menurut Kaum Tua- Tak sunat dan bid'ah menurut kaum Muda.

16. Maulud Nabi- Baik dan harus -menurut Kaum tua

- Haram dan bid'ah dalalah menurut kaum Muda.

Comments

Popular posts from this blog