siapa kau? mari muhasabah diri

pernahkah orang bertanya soalan killer seperti ini kepada korang? contohnya apa yang kau nampak tentang diri kau di masa hadapan? apa kedudukan kau? apa yang membuatkan kau istimewa berbanding orang lain? dan soalan paling pendek, simple dan menyengat ialah "siapa kau?" maksud "siapa kau" disini tidak bermaksud untuk mengetahui nama seseorang.. tetapi ada maksud yang sangat mendalam disebalik "siapa kau?"..

pernah juga ada orang bertanyakan kepada aku "siapa kau" (dari aspek keagamaan).. dan jawapan aku ialah "aku hanya manusia milik Allah yang tidak mampu lari dari membuat kesilapan atau dosa atau subahat atau bla bla perkara negatif".. si tukang tanya tu cuma tersenyum dan membalas "panjangnya hang jawab.. ahaha.. jawab ja hang tu 'manusia' pun dah cukup, sebab manusia memang takleh lari dari membuat kesilapan, manusia juga ditugaskan sebagai khalifah dibumi dan manusia juga adalah makhluk tuhan"..

kalau korang pernah tengok cerita 'prison break s01 ep01' korang mesti ada terdengar soalan "apa yang kamu nampak mengenai diri kamu 5 tahun akan datang" dan percayalah bahawa aku pernah diajukan soalan yang hampir sama ketika ditemuduga di salah sebuah syarikat terkemuka di Malaysia.. cuma soalannya berbunyi "siapa kau di masa hadapan?".. dalam keadaan tu, aku teragak-agak.. patut ka aku tinggikan diri aku atau patut ka aku rendahkan diri aku (sebab tengah interview)..

jadi untuk tidak membanggakan diri aku serta tidak terlalu merendahkan diri aku, aku menjawab "di masa hadapan, aku adalah orang yang berjaya mencapai segala impian aku" ahaha.. macam skema lak.. tapi masa tu, aku rasa orang yang temuduga aku tu terpegun gak dengan aku sebab aku cakap sambil buat muka sirius dan muka penuh keyakinan.. ahahaha..

jadi pernahkah korang semua diajukan soalan-soalan seperti "siapa kau?".. susah nak jawab kan? jadi aku nak share video bagaimana individu yang dikenali ramai menjawab persoalan itu.. korang decide, dan sila tinggalkan komen video mana yang paling best dan berkesan.. ahahaha.. enjoy~

video 1 : siapa kau haji kaha?
video 2 : siapa kau rosmah mansor?
video 3 : siapa kau charles manson?

http://tubelawak.blogspot.com/2010/08/siapa-kau-mari-muhasabah-diri.html

Comments

Popular posts from this blog