- SELAMAT MELAYARI BLOG INI SEMOGA KITA MEMPEROLEHI MANFAATNYA DAN HARAP DISEBARLUASKAN KEPADA PEMBACA YANG LAIN PULA BERSESUAIAN DENGAN SABDA RASULULLAH S.A.W "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN DENGAN SATU AYAT"

Wednesday, September 26, 2012







Automated Enforcement System (AES) – Speed Trap system

Automated Enforcement System (AES) - Speed Trap system

The Automated Enforcement System (AES)  is a new speed trap system in Malaysia which will be used effective of 12 August 2012 in conjunction with Hari Raya holiday. They are about  800 fixed and 500 portable speedtrap cameras to ‘monitor’ traffic in 831 “black spot” areas on highways in addition to stretches of state and federal roads.
If you want to know what Automated Enforcement System (AES) is capable of please read official FAQ from JPJ on the new Automated Enforcement System.

Automated Enforcement System (AES) – Speed Trap system Details

1.    Apakah AES?
  • Penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010.
  • Usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).
  • Perlu adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
  • Pendekatan kepada system based approach yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.
  • Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).
2.    Kenapa Perlu AES?
  • Penguatkuasaan kesalahan lalulintas secara elektronik adalah salah satu daripada kaedah penguatkuasaan.
  • AES adalah pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan.
  • Adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan    kenderaan,    pemandu    atau    kekangan penguatkuasaan.
  • AES mampu mengubah sikap, tingkah laku (behaviour) dan budaya pemanduan melalui penguatkuasaan: a) 24jam b) Tidak bermusim c) Tiada campur tangan manusia
  • Meningkatkan tahap PERCEPTION OF BEING CAUGHT (POBC) di kalangan pengguna jalanraya. (Pada hari biasa 25%, meningkat ke 50% di musin perayaan semasa Ops SIKAP berbanding di negara maju – 80% hingga 90%).
  • Penyelesaian kepada kos rawatan dan pemulihan kawasan sering berlaku kemalangan yang jumlahnya lebih 800 (blackspot) di seluruh Negara yang amat tinggi dan memakan masa yang lama.
3.    Bagaimana AES berfungsi?
  • AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalulintas di lakukan di kawasan sering berlaku kemalangan sahaja.
  • Pelaksanaan AES meliputi kesalahan: a) Tidak mematuhi lampu isyarat b) Memandu melebihi had laju
Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara real time online ke Pusat Kawalan AES (Control Center). Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan kepada maklumat pemilik/pemandu yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.
Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
Sistem juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membayar kompaun atau dibicarakan.
4.    Apakah kelebihan penguatkuasaan kesalahan lalulintas melalui AES berbanding kaedah sedia ada?
  • Meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan melalui pengesanan (detection) dan pengeluaran saman secara telus, tepat dan berterusan.
  • Tidak perlu anggota penguatkuasa merakam kesalahan secara manual di tepi jalan setiap masa.
  • Sistem penguatkuasaan yang selamat, kerahsiaan, integriti dan kesediaan (24 jam). Mampu beroperasi 24X 7 X 360 siang dan malam dalam semua keadaan cuaca.
  • Tanpa campur tangan manusia. Ini akan meningkatkan integriti penguatkuasaan (tidak bermusim, tiada interaktif dengan pesalah dan unsur rasuah di tepi jalan).
  • Mampu mengesan kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan persendirian, komersial dan kenderaan pengangkutan awam.
  • Tentusah ukur (Calibration) bagi setiap peralatan pengesanan dan perakam imej kesalahan dibuat mengikut Akta pengukuran Kebangsaan 2007 agar kesalahan menjadi kes prima facie.
  • Penghantaran data/gambar sukar diceroboh (encryption) kerana dihantar secara automatik setelah kesalahan dikesan.
  • AES secara langsung menjadi pencetus bagi tujuan mengajar/membentuk    pemandu    agar    sentiasa    mematuhi peraturan lalulintas jalan.
  • Struktur sistem direkabentuk agar tindakan undang-undang tidak boleh disangkal atau dipertikai di mahkamah oleh pesalah. Memudahkan proses pendakwaan melalui penyediaan bahan bukti yang boleh diterima mahkamah (Control Centre di link ke semua Mahkamah Trafik melalui IT).
  • Tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas.
  • AES boleh digunakan untuk menguatkuasakan kesalahan- kesalahan lain di masa akan datang seperti:- i.    Memotong di garisan berkembar; ii.    Memotong di sebelah kiri jalan; iii.    Lebih Muatan; iv.    Potong barisan; v.    Sekatan ke atas kenderaan berat yang memasuki kawasan bandar; vi.    Penguatkuasaan laluan bas.
5.    Apakah AES berkesan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalanraya?
  • Sistem penguatkuasaan elektronik telah dilaksanakan di 90 negara lain di seluruh dunia.
  • Di Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam telah mlaksanakan system digital traffic enforcement system.
  • Contoh keberkesanan AES di Negara-negara lain: i.    PERANCIS -    Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik. ii.    JERMAN – Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang). iii.    KUWAIT    -    Kemalangan menurun 48%. iv.    UNITED KINGDOM    -    Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.
6.    Jikalau AES begitu efektif, tidakkah sistem ini tidak lagi diperlukan pada masa hadapan?
  • Kalau AES begitu efektif, jumlah saman akan menurun namun begitu masih perlu diambilkira: o    9% pengguna jalanraya adalah yang tegar melakukan kesalahan (habitual offender). o    Volume kenderaan bertambah pada kadar 10% setiap tahun. o    Jumlah pemegang lesen bertambah. o    Kilometer jalanraya bertambah. o Lokasi blackspot juga akan berubah jika kerja-kerja pembaikan dibuat di kawasan tersebut. o    Isu yang penting adalah bukan jumlah saman dikeluarkan tapi perlu penyelesaian terhadap saman yang tidak diselesaikan.
7. Agensi manakah yang akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan AES?
  • Kementerian Pengangkutan Malaysia merupakan tuanpunya (owner) kepada AES.
  • Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan adalah terlibat secara langsung dalam pelaksanaan AES: o    JPJ bertanggungjawab melaksanakan AES secara langsung dan merupakan end user kepada sistem AES. o    MIROS bertanggungjawab dalam penentuan lokasi pemasangan kamera daripada blackspot (kawasan sering berlaku kemalangan) dan kajian keberkesanan AES. o JKJR bertanggungjawab dalam advokasi dan kempen kesedaran jalanraya mengenai AES.
8.    Apakah peranan PDRM di dalam AES?
  • PDRM akan menggunakan AES untuk mengesan jenayah dan tugas-tugas trafik.
  • Control Centre AES mempunyai Bilik Kawalan PDRM dan JPJ.
  • Mobile unit AES akan dikendalikan PDRM dan JPJ.
9.   Apakah asas penentuan lokasi pemasangan kamera?
  •   lokasi pemasangan kamera bagi sistem AES dilaksanakan oleh MIROS dengan bantuan JPJ, PDRM dan JKJR.
  • Maklumat asas yang digunakan adalah berdasarkan dari laporan kemalangan PDRM (Pol.27).
  • Data daripada maklumat laporan ini dianalisa oleh pihak MIROS bagi mengenalpasti koordinat kawasan lokasi-lokasi kemalangan.
Automatic Enforcing System (AES) Camera Type
Static Camera
 Vehicle Mounted Mobile Unit
AES Vehicle Mounted Mobile Unit Stand alone mobile unit
AES Stand alone mobile unit Sample Automatic Enforcing System (AES) camera output
Automatic Enforcing System (AES) Automatic Enforcing System (AES) Automatic Enforcing System (AES) Details of Automated Enforcement System (AES) – Speed Trap system, you can read at JPJ website.

Similar Posts:

Users who found this page were searching for:

  • speedtrap dibuat jpj
  • aes speed trape malayia
  • aes (automated enforcement system camera) sistem penguatkuasaan automatik.
  • lokasi automated enfforcement system
  • automatic enforcement system malaysia
  • AES system plus highway
  • why is AES different from speed trap
  • aes in malaysia
  • AES speedtrap hotspots
  • lokasi automated enforcement system malaysiahttp://blog.e-kereta.com

No comments:

Post a Comment