6 Perkara Allah Sembunyikan Dari HambaNya
Allah
SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah
menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah
itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
‘Wahai
Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?.’Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. ‘Tidak’Kemudian Jibrail
as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan
tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai
Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. ‘Wahai
Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh,
dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu,
akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia
yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah
dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat
yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar
juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan
solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas
perintahKu.’
Kemudian Jibrail as berkata: ‘Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?’
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. ‘Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…’
Kemudian
Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma’waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah
Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia
mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000
tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud:
‘Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ‘
Kemudian
Allah swt berfirman yang bermaksud. ‘Wahai Jibrail, kalau kamu dapat
terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu
seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah
kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .’
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan…
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
#wahai
rakan rakan ku yang dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua
kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar
benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak
kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. insyaAllah…
http://faisalabdullah.com
Comments
Post a Comment