Perkahwinan BUKAN Untuk Penceraian
By klpost
SEMUA
pasangan suami isteri tidak menginginkan penceraian berlaku dalam
perkahwinan yang dibina. Namun harapan saja tidak mencukupi, mereka
seharusnya berusaha untuk menghindarinya. Jesteru ada banyak cara yang
diketengahkan untuk mengelakkan berlakunya perpisahan suami isteri ini.
Ia harus dipraktikkan oleh semua pasangan walaupun tatkalai ini anda
sedang berbahagia.
1
2
3
4
Antara Tips Berkesan untuk menghindari penceraian adalah… :
1. Komunikasi dua hala
- biasakan diri untuk saling berkomunikasi bersama pasangan, baik ketika berada di rumah mahupun ketika sedang berjauhan. Jika ada masalah, sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai. Ketidakharmonian rumahtangga biasanya bermula dari kurangnya komunikasi dua arah antara suami dan isteri. Masing-masing saling menyimpan masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.
2. Keterbukaan tentang masalah Seks
- Masalah seks ternyata antara penyebab berlakunya penceraian. Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan zuriat keturunan, juga adalah untuk rekreasi atau kesenangan dan ekspresi cinta. Ramai pasangan mengakui, hubungan seksual dilakukakn untuk menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja.
Bagi mengelakkan kebosanan, tiada salahnya anda lebih kreatif dalam
aspek kehidupan seksual. Lokasi, teknik atau posisi yang baru adalah
antara cara yang boleh dilakukan. Namun perlu diingatkan, apa yang anda
inginkan dalam hubungan seks harus dikomunikasikan dengan pasangan anda.
Begitu juga sebaliknya.
3. Menerima pasangan seadanya
- Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga dan hidup sebumbung maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah. Sikap itu mungkin tidak sama seperti anda berdua di alam percintaan. Yang ada ketika itu hanyalah dua insan orang yang harus saling menyesuaikan diri. Inilah kehidupan perkahwinan yang sebenarnya. Anda dan pasangan belajar mengenali perbezaan masing-masing. Dalam tempoh mengenali ini, anda akan berhadapan dengan beberapa perkara yang boleh menumbulkan konflik. Antaranya seperti perbezaaan persepsi, wawasan, nilai, latar belakang dan keperibadian. Namun, perbezaan itu sebenarnya boleh diatasi jika masing-masing saling berusaha memahami dan menilai diri.
4. Jangan biasakan berbohong
- Pasti ramai yang pernah membohongi pasangan masing-masing, bukan? Bagi suami, anda pasti tidak sanggup berterusterang dengan pertemuan bersama klien wanita yang cantik dan bijak hingga berlarutan ke lewat malam. Agar isteri tidak banyak bertanya dan anda sendiri enggan mencetuskan pertengkaran maka anda mengatakan perkara yang berbeza.
Anda berbohong dengan alasan untuk kebaikan. Perlu anda ketahui,
perkara ini sebenarnya akan berlanjutan dan lama kelamaan anda akan
menganggap berbohong pada pasangan adalah perkara biasa. Supaya semua
ini tidak terjadi maka sebaiknya anda ceritakan saja pada pasangan anda
bahawa apa yang anda lakukan adalah untuk urusan pekerjaan semata-mata.
5. Jangan cemburu berlebihan
- Ramai yang menyatakan bahawa cemburu itu tandanya sayang. Betul ke? Walaupun ada benarnya cemburu tandanya sayang, itu bukan bermakna anda atau pasangan boleh cemburu buta. Memang banyak perselisihan suami isteri yang berpunca daripada faktor ini. Lazimnya ia bermula dari salah tafsir dan sikap terbuka.
Misalnya seorang rakan telah melihat suami keluar berdua dengan rakan
sekerja wanitanya dan tanpa bertanya anda menyerang suami dan
menuduhnya bukan-bukan, sedangkan dia keluar atas urusan kerja. Nah,
inilah yang disebut cemburu tidak bertempat atau cemburu buta.
6. Hindari Kecurangan
- Curang dengan pasangan selalunya terjadi kerana masing-masing tidak mahu saling terbuka atau mendengarkan apa yang dirasai atau dikeluhkan oleh pasangan. Contohnya, sang suami merasa jengkel kerana setiap kali pulang, isterinya tiada di rumah. Tapi keluhan itu tidak disampaikan oleh suami ataupun sudah disampaikan tapi tidak didengari.
Kecurangan juga berlaku kerana pasangan kesepian, tidak merasakan
kepuasan seksual atau godaan dari luar seperti tempat hiburan dengan
erotis, wanita perayu dan lain-lain. Bagi menyelesaikan masalah ini,
perkara pertama yang harus dilakukan adalah mencari punca
permasalahannya, kemudian berusaha untuk hindari atau disingkirkan.
7. Cari Orang Tengah
- Sekiranya masalah yang berlaku antara suami isteri tidak dapat diselesaikan setelah puas berusaha, maka carilah bantuan orang ketiga sebagai orang tengah. Orang ketiga itu haruslah seorang yang dihormati oleh suami isteri, seperti mentua, bapa saudara mahupun sahabat yang sudah lama dikenali. Cara ini lebih baik berbanding anda bercerita dan mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.
8. Tetap Mesra
- Agar hubungan anda dan pasangan tetap mesra, buanglah jauh-jauh persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecap ketika bercinta saja. Pada dasarnya, kemesraan itu boleh dikecapi asalkan anda berusaha.
9. Pasrah kepada yang Esa
- Berhadapan dengan permasalahan rumahtangga, perasaan emosi memang membuak-buak. Namun, jangan terbelenggu dengannya. Berdoa dan pasrahkan diri kepada yang maha Pencipta agar emosi tidak mempengaruhi tindakan dan permasalahan dapat diselesaikan dengan segera.
http://kualalumpurpost.net
Comments
Post a Comment