Paderi juga kesal filem hina Islam
PULAU PINANG:
Selain masyarakat Islam seluruh dunia menentang filem 'Innocence Of
Muslims' yang menghina Nabi Muhamad saw hasil arahan Sam Basile yang
memulakan tayangan pada 2 Julai lalu melalui Yuotube beberapa orang
paderi Kristian yang ditemui di Pulau Pinang juga kesal dan marah
terhadap isu berkenaan.
Bagi mereka agama yang dijadikan Tuhan bukan untuk bermusuh sebaliknya
mengenali sesama sendiri kerana masing- masing agama mempunyai
kelebihan tersendiri yang mencorak umatnya melakukan kebaikan dan
menghormati antara satu sama lain.
Bishop Sebastian Francis yang ditemui di Cathedral Of The Holy Sprit, Glugor menambah, cara yang dibuat oleh pengarah dan penerbt filem itu sebenarnya bukan cara atau budaya orang Kristian sebaliknya dipengaruhi oleh anasir yang kurang sopan. "Kami dari Kristian cukup kecewa dan tidak sekali-kali bersetuju dengan filem yang nyata tidak bermoral. Padahal agama yang dijadikan oleh Tuhan semuanya membawa kepada kebaikan bukan mencari pergaduhan," tegasnya yang telah 35 tahun bertugas sebagai Bishop dibeberapa buah negeri. Sementara itu seorang lagi Paderi, Father Bernerd Paul pula kesal terhadap pengarah dan penerbit yang mengeluarkan filem berbentuk penghinaan terhadap agama Islam. Pihak yang bertanggungjawab juga sewajarnya, bertimbang rasa dan tahu apakah risikonya menayangkan filem yang bermatlamat menghina Islam yang menjadi agama pilihan ramai penduduk dunia. "Pengarah filem Innocence Of Muslims atau penerbitnya hendaklah menghormati sentiviti Umat Islam dengan memohon maaf kerana mengeluarkan filem tersebut. Inilah cara untuk meredakan kemarahan Umat Islam terhadap mereka, " jelasnya. Perkembangan terbaru, setelah diasak oleh ramai masyarakat Islam seorang aktres wanita yang membintangi filem tersebut, Cindy Lee Garcia menyaman penerbit filem itu, Nakoula Basseley Nakoula kerana tertipu dengan skrip yang bertujuan menghina Nabi Muhamad s.a.w. Beliau juga mengesa Google mengeluarkan segera klip video yang mengundang kemarahan Umat Islam seluruh dunia dari dalam talian sebabtidak menyedari skripnya mengandungi unsur anti Islam. http://www.wartautara.com |
Comments
Post a Comment