Langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam 

 

 300px-ktm_komuter_class_82

“Zaman beralih, musim bertukar”, selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun yang telah lama menghantui rakyat, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali. Untuk menyesuaikan diri dalam mata dunia dan memenuhi kehendak rakyat, Malaysia telah mengalami pelbagai anjakan paradigma, kerajaan telah berusaha menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan awam berjalan lancar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan monorel. Jikalau bukan kita yang sebagai warganegara Malaysia menyokong pengangkutan awam, siapakah lagi menyokong? Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan drastik hendaklah diimplementasi untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.
300px-normal_ktmbMenurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak rakyat mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak dari tempat asal ke tempat destinasi dengan penukaran rangkaian perkhidmatan awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu yang dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk menguruskan pengangkutan di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh negara barat seperti Melbourne, di negara Melborune penumpang hanya perlu membeli satu tiket untuk menaiki kereta api dan bas. Seperti kata peribahasa serampang dua mata, pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan laluan. Jikalau sistem tiket bersepadu direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan oleh pengendali.

Langkah seterusnya yang dapat menarik perhatian rakyat untuk menaiki pengangkutan awam ialah meningkatkan kuantiti dan kualiti pengangkutan awam. Bilangan kereta api atau bas awam haruslah dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak rakyat. Selain itu, KTM negara kita haruslah mencontohi perkhidmatan kereta api di Jepun yang menggunakan kuasa elektrik seprti shinkansen (bullet train). Dengan menggunakan lokomotif kuasa elektrik, kekerapan KTM di negara kita pasti dapat meningkatkan. Kekerapan pengangkutan awam adalah salah satu unsur untuk menarik perhatian penumpang terutamanya mereka yang memandu kereta atau menunggang motosikal. Dengan kekerapan pengangkutan yang tinggi, penumpang tidak akan membazirkan masa untuk menunggu komuter. Hal ini dapat mengurangkan masa perjalanan keseluruhan. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, kekurangan dalam kekerapan pengangkutan awam akan merumitkan kehidupan masyarakat dan menyebabkan mereka kurang keyakinan terhadap pengakutan awam. Lantaran itu, cara ini haruslah dilaksanakan untuk mendapat balik keyakinan rakyat terhadap pengangkutan awam.

Langkah memasang televisyen dalam bas awam yang dijalankan oleh kerajaan mendapat banyak komen yang baik dan diberi pujian kerana langkah ini dapat menghiburkan rakyat dalam perjalanan mereka. Para penumpang berpeluang untuk menonton siaran televisyen ketika berada dalam perjalanan mereka. Prakasa ini haruslah diperluaskan dalam pengangkutan awam seperti Komuter dan LRT untuk menarik lebih banyak penumpang untuk menaiki pengangkutan awam. Selain menghiburkan para penumpang ketika dalam perjalanan, siaran televisyen juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat dengan menyiarkan rancangan cinta akan negara, rancangan mengimbas kembali detik-detik sejarah negara dan sebagainya. Selain rancangan sebegini, program lain seperti berita, laporan cuaca, perkembangan sukan, maklumat kewangan juga harus disiarkan supaya rakyat dapat mendapat informasi yang terbaharu dan meningkatkan pengetahuan dalam perjalanan mereka. Hal ini pasti dapat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam kerana langkah ini telah memenuhi tabiat rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dengan banyaran yang minimum. Manisfestasinya, langkah memasang televisyen memang dapat menarik perhatian para penumpang.

Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi “melentur buluh biarlah dari rebungnya”, pendidikan sejak kecil juga merupakan salah satu langkah untuk menggalakkan rakyat tempatan menaiki pengangkutan awam. Sekolah dicadangkan supaya memberi pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam dan keselamatan menggunakan pengangkutan awam supaya dapat menanam konsep yang mendalam kepada fikiran pelajar supaya menaiki perkhidmatan awam lebih baik daripada menggunakan kenderaan sendiri. Usaha ini bukan sahaja diberi kepada pelajar yang kecil, tetapi juga harus diberi kepada mereka yang dewasa untuk mengubah imej buruk yang mendalam di dalam hati mereka. Melalui pendidikan, kita dapat menghasilkan golongan yang bergantung pada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka.Hal ini dapat meningkatkan bilangan penumpang yang menaiki pengangkutan awam. Walaupun mereka memiliki kendera sendiri, tetapi mereka tetap akan menggunakan perkhidmatan awam seperti kereta api sebagai pengangkutan utama mereka jika konsep kebaikan pengangkutan awam ditanam mendalam kepada mereka.

Sebenarnya, pengangkutan awam banyak membawa kemaslahatan seperti mengurangkan jarak perjalanan, menghematkan masa, mempercepat operasi penghantaran barangan ke sesuatu destinasi dan sebagainya kepada kita. Akhir kata, pemodenan system perhubungan darat merupakan inovasi yang penting ke arah mewujudkan mobilisasi sumber tenaga manuasia pada tahap yang paling optimum. Lantaran itu, kita harus menyokong usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penumpang menaiki pengangkutan awam.

 http://cikgutancl.blogspot.com/2009/08/langkah-langkah-untuk-menggalakkan.html

 Kerajaan Sasar Kurangkan Masa Menunggu Di Laluan KTM Komuter Dengan Tren Baru 
 
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Apabila tren yang baru dibeli daripada CSR Zhuzhou Electric Locomotive dari China memulakan perkhidmatan bagi laluan KTM Komuter menjelang akhir tahun ini, kerajaan berharap dapat mengurangkan tempoh menunggu lebih 30 minit yang begitu menyeksakan di kalangan pengguna tren semasa waktu puncak.

Pengguna sepanjang laluan Rawang-Sungai Gadut, Batu Caves-Pelabuhan Klang, Sentul-Pelabuhan Klang dan Batu Caves-Rawang akan mendapat manfaat daripada muatan tambahan tren itu yang secara teknikal dikenali sebagai Unit Tren Elektrik atau EMU.

Sebanyak 38 EMU yang pertama akan tiba bulan depan dan akan diuji sebelum memulakan perkhidmatan.

Kira-kira 100,000 pengguna akan bersesak-sesak dalam tren Komuter KTM setiap hari pada Isnin hingga Jumaat untuk bergerak dalam kira-kira 20 set EMU bagi tiga tren yang ada kepada mereka.
Daripada satu jadual selang 15 minit pada satu-satu masa, yang secara teori memerlukan sekurang-kurangnya 36 EMU untuk disediakan setiap hari oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd atau KTMB, ini telah melambatkan kepada selang 20 minit atau secara teori bermakna 25 EMU.

Malah KTMB juga tidak mempunyai 25 EMU. Sejak September 2009, kebolehsediaan mereka telah menurun kepada sekitar 21 EMU setiap hari kerana tren yang rosak yang tidak dibaiki daripada 62 EMU pada satu-satu masa. Pada hari yang malang, ia boleh menurun kepada 15 hingga 18 EMU sehari.

Justeru, kelewatan 40 minit atau lebih pada sesetengah sektor bukan sesuatu yang jarang berlaku dengan tren KTM komuter yang sentiasa sesak dengan penumpang pada Isnin hingga Jumaat.

Ini menguatkan kenyataan bahawa tiada kekurangan penumpang bagi tren KTM komuter memandangkan kosnya yang secara relatifnya murah kerana ia cuma RM6 dari KL Sentral ke Seremban.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu Bernama bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memperbaiki keadaan melalui beberapa inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pengangkutan awam.

Inisiatif NKRA itu dilancarkan pada Julai 2009 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi memacu ke arah mencapai Wawasan 2020 dan meningkatkan sistem penyampaian kepada rakyat.

Selain meningkatkan kapasiti, Kong berkata langkah-langkah juga dibuat bagi meningkatkan bilangan penumpang setiap hari kepada 600,000 pengguna kenderaan awam di Lembah Klang menjelang akhir 2012.

Sasaran ini, katanya, adalah 2.5 kali lebih daripada bilangan penumpang sekarang.

"Ia satu tugas yang agak mustahil tetapi kami sedang berusaha untuk mencapai sasaran itu," kata Kong.

Jumlah penumpang harian pada masa ini adalah kira-kira 240,000 bagi pengangkutan awam di Lembah Klang, dianggarkan mewakili 10 hingga 12 peratus daripada jumlah penduduk di pusat bandar yang tersibuk di negara ini.

Kong menjelaskan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang telahpun melimpah ruah terutama bagi khidmat tren (KTM Komuter, RapidKL, LRT dan Monorail).

Beliau menjelaskan keadaan yang sedemikian mendesak memerlukan tambahan kapasiti bagi lebih 360,000 orang untuk menukar daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.

Mengenai potensi peningkatan, 58 peratus atau 207,000 merupakan penumpang tren dan 42 peratus atau 153,000 bagi bas.

Tren akan menjadi penyumbang terbesar dengan KTM Komuter menyumbang sekitar 95,000 penumpang, laluan LRT Kelana Jaya 62,000 dan LRT Ampang 33,000.

Langkah pertama ke arah meningkatkan kapasiti itu berlangsung pada akhir 2010 apabila empat gerabak set tren diperkenalkan pada laluan LRT Kelana Jaya, laluan tren paling sesak di Lembah Klang, berbanding dua gerabak set tren.

Inisiatif itu adalah bagi mendapatkan "kemenangan segera" bagi manfaat orang ramai di bawah NKRA bagi pengangkutan awam bandar. - BERNAMA

 http://www.mot.gov.my/

Comments

Popular posts from this blog