Cara Mendidik Suami

Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada CikUda :
“Slm ustaz.blh bt en3 bgmn mdidik 
suami?suami ego & salu ckp kt  isteri jgn try nk mngajarnya.wlpn 
bnda baik.Ape pdekatan yg prlu utk  isteri?"
Nak didik suami ni bukan semudah nak 
mendidik anak.. sbb suami2 ni dah jadi buluh meriam dah.. silap tegur, 
mau meletup kebabomm dan boleh menyebabkan kecederaan parah termasuk 
kehilangan jari dan luka2. Berbeza dengan anak2, permulaan nak 
mendidiknya adalah ketika baby2 lagi.. masa tu masih lagi di tahap 
rebung, boleh nak lentur2 ikut kita suka. Nak corak2kan pun takde 
masalah. Itulah beza antara orang tua dan orang muda. Juga itulah 
hikmahnya menjadi manusia.. Ustaz Love tengok cerita Red Cliff, tengok 
kuda beranak.. tak sampai beberapa minit, anak kuda tu dah boleh 
berjalan. Bukan macam manusia, ambil masa bertahun baru boleh berjalan 
dan berlari. Jadi, proses pendidikan manusia ni memang panjang dan 
memerlukan tahap kesabaran yang tinggi untuk masa yang lama.
Jika nak didik mereka2 yang berada di 
bawah kita (seperti anak, kucing, ayam, kambing dsb) memerlukan 
kesabaran dan fokus yang tidak sedikit, apatah lagi nak mendidik mereka2
 yang berada di atas kita (spt suami.. maksud Ustaz Love dari sudut 
darjat dan ketaatan, bukan dari sudut posisi).. lagi la memerlukan 
kesabaran tahap gaban dan fokus yang tak sedikit.
Kalau setakat tegur sikit je, lepas tu 
kata dah penat menegur, itu belum cukup lagi. Masih jauh lagi 
perjalanannya untuk mendidik suami ni.
Bila kita bercakap soal ego, sebenarnya 
ia merupakan lumrah manusia.. setiap orang ada egonya yang tersendiri.. 
tak kira lelaki mahupun perempuan, suami mahupun isteri. Namun, setiap 
perkara itu ada hadnya.. bila dah melebihi had yang sepatutnya, maka ia 
akan mendatangkan mudarat kepada pemiliknya.
Kebiasaannya ego ini dikaitkan dengan 
lelaki.. nampak bayangan ego ni macam sombong, gagah perkasa, hati 
kering dsb.. berbeza dengan wanita yang lebih dikenali dengan 
kelembutan.. sebab itu tak dapat dipisahkan perkaitan lelaki dengan 
kekerasan dan wanita dengan air mata. Namun, kalau lelaki terlalu ego, 
ia dah tak memberi manfaat kepada lelaki itu, melainkan akan 
menjadikannya bodoh sombong.. pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh 
ditegur.. begitu juga kelembutan wanita, kalau terlalu lembut, orang dah
 tak panggil lembut, tapi lembu..
Berbalik pada persoalan CikUda berkaitan suami yang ego ini..
Sebenarnya, ego memang diperlukan oleh 
seorang suami. Tanpa sifat ego, agak susah beliau nak kawal 
rumahtangga.. sama seperti nakhoda kapal.. dengan keegoannya, beliau 
mampu mengawal kapal walaupun dilanda ribut yang menggila serta anak2 
kapal yang pelbagai gaya. Sedikit keegoan tidak memberi masalah sangat, 
namun jika terlalu ego, ia akan merosakkan diri dan orang lain.
Akibat terlalu ego, maka semua yg 
dilakukannya dikatakan baik, walaupun ada yang menegur, dia takkan 
menerima teguran tersebut.. lebih2 lagi teguran daripada orang yang di 
bawahnya (spt isteri, anak2, adik2, anak buah dsb). Even seorang alim 
pun belum tentu mampu untuk menerima teguran anak muridnya dengan 
berlapang dada, apatah lagi orang awam.
Jadi, untuk memberikan teguran atau 
mendidik orang yg lebih atas, memerlukan kesabaran dan hikmah yang 
tinggi. Umpama menarik rambut daripada dalam tepung.. Jangan disebabkan 
sikap terburu2 kita dalam nak menegur, ia memberikan masalah lain yang 
lebih besar lagi.. contohnya nak tegur suami malas mandi.. silap tegur 
pulak masa suami tengah penat ke, tengah tengok bola ke.. mau berlaku 
perang walaupun puncanya kecik je.
Jadi, cara teguran perlu diperhalusi.. 
waktu untuk menegur juga perlu diteliti.. dan siapa yang menegur itu pun
 perlu diberati.. supaya sang penegur tak makan hati.. akhirnya lara 
membawa ke mati.. cewahh..
Jika kita dah tahu memang kalau kita 
tegur akan mendatangkan masalah yg lebih besar, maka mintalah bantuan 
orang2 yg lebih dihormati oleh suami itu untuk menegur (spt mak ayah ke,
 mak ayah mertua ke dsb).. insyaAllah, teguran mereka itu mudah nak 
meresap masuk.. sbb suami itu akan membuka hati pada orang yang 
dihormatinya.
Ustaz Love ada baca satu artikel 
berkenaan minda separa sedar (sub-conscious mind) yang banyak memberi 
kesan kepada kelakuan manusia.. Mungkin boleh gunakan kaedah ini untuk 
menasihati suami.. iaitu menegurnya ketika beliau dah tido.. bila kita 
bercakap2, insyaAllah beliau mendengar, cuma mungkin tak mampu nak balas
 sebab terlalu mengantuk.. tapi kalau suami dah berdengkur tu, tak payah
 la bercakap apa pun.. buat sakit hati je.. kihkih.
Ada satu petua yang Ustaz Love dapat 
daripada orang tua (ye la.. takkan petua orang muda plak kan).. kalau 
dah dapatkan perhatian suami (suami mudah mendengar nasihat, lembut hati
 dsb), maka jagalah antara pusat dan lutut suami.. iaitu jagalah 
keperluan makanan dan seks suami.. insyaAllah, bila suami kenyang lepas 
makan, nak mintak belikan emas sekilo pun suami boleh belikan.. kihkih.
Dan yang paling penting, kena doakan 
suami tu bersungguh2.. bangun tahajjud tengah2 malam, doa menangis2 pada
 Allah semoga Allah lembutkan hati suami.. sebab Allah itu pemilik hati2
 manusia.. bila2 masa saja boleh bertukar daripada buruk kepada baik dan
 sebaliknya. Jangan dicuba amalan2 yg lain seperti ilmu penunduk ke, 
nasik terkangkang ke dsb.. bukan saja jatuh kepada syirik, bahkan hidup 
takkan diberkati oleh Allah.. pelbagai masalah baru akan timbul 
disebabkan meminta kepada pertolongan makhluk jin dan syaitan.
Comments
Post a Comment