Tazkirah Jumaat: Derhaka, Adakah Hanya Terpakai Untuk Anak Kepada Ibubapa?



Seringkali kita mendengar yang zaman sekarang anak-anak makin ramai yang derhaka kepada ibubapa. Disebalik fenomena yang berlaku ini adakah kita (Ibubapa) mengkaji dan merenung sejenak kenapa anak-anak pada hari ini semakin nakal, jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka? Jika ibubapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup islam perkara sebegini dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibubapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah:
 Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.  Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran.  Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”  Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri. 

Benarlah kata-kata Pensyarah subjek Institusi Islamku mengatakan kajian dibuat sebenarnya pada zaman sekarang lebih ramai ibubapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak dan lahirnya genarasi tidak bertamadun zaman moden yang ada pada hari ini. Jadi, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.
Kerapkali “derhaka” dikaitkan antara hubungan anak dengan ibubapa (selain daripada konteks politik.. asyik-asyik politik, keluarga sendiri pun tidak dibetulkan, tiada gunanya juga).

Namun, tanpa kita sedari, ada antara kita yang bergelar sebagai ibubapa juga penyumbang permasalahan remaja hari ini kerana kita yang “derhaka” terdahap mereka. Mungkin, kita seharusnya cuba memperbetulkan apa yang terjadi pada hari ini dengan memperbetulkan diri dan keluarga kita sendiri.

Ini juga bermakna disini, jika pemimpin hari ini risaukan generasi muda mudi hari ini yang sudah tidak beradab, betulkanlah peribadimu dahulu untuk menjadi contoh yang baik. Jika carutan kebiasaanmu, ubahlah kepada ucapan/zikir sebagai amalanmu untuk diucapkan kepada umum.

Adalah diharapkan, kita dapat renung kembali dan memperbaiki diri kita.

Kepada yang bergelar anak-anak, janganlah pula menuding semata-mata pada ibu bapa atau orang lain. Dirimu sudah punyai akal dan dipercayai telah diajar ilmu-ilmu asas (melainkan selalu tak masuk kelas atau tidur dalam kelas). Gunakanlah kurniaan itu sebaiknya.
  
Dalam hal ‘derhaka’ ini, sy mengatakan kita sepatutnya re-define maksud derhaka itu. 

Adakah dikatakan derhaka anak yg jarang pulang kekampung, walhal ibubapa pun dulunya jarang-jarang pulang kekampung ?

Adakah dikatakan derhaka anak yg tidak menjaga ibubapa yg sudah tua, walhal ibubapa dulu pun hanya menjenguk nenek bila dah sakit? 

Adakah dikatakan derhaka anak (kita namakan si-A) yg tak pulang kekampung bila ibubapa pernah kata ‘Aku tak kan izinkan si-A tu jejak rumah ini semula’ kepada anak lain (kita namakan si-B). si-B pula memberitahu si-A kisah itu. Anak-anak lain ibubapa ini tidak tahu ucapan yg pernah terkeluar dari mulut ibubapa tadi?

Entah ape nak kata.

Itulah persoalannya kini. Kebanyakan apabila diperbincangkan, orang yang lebih muda pangkatnya sahaja yang dilihat salah..
Adalah diharapkan kisah yang dipaparkan ini menjadi teladan..

KISAH2
saya pula mcmmana.. saya mahu menghantar anak2 ke nursery..tp tidak dibenarkan ibu.. tp bila tidak larat dia ckp mcm2 kata saya buat dia jadi hamba abdi.. sedangkan da puas saya pujuk dia utk hantar cucunye ke nursery memandangkan kerja saya tidak menentu perlu balik malam.. pernah suami mengambil bibik utk menolong dia menjaga cucu sbb takut keletihan.tp hanya seminggu sbb katanye dia hilang privacy.. (jadi burn aje duit yg da dibayar ke agent)

tetapi baru2 ini bila kami mengambil anak2 agak lewat sikit..sekitar pukul 8 mlm..(tak la lewat mana) tp dihentam dgn kata2 nista.. mcmmana tu? adakah saya dikategorikan anak derhaka-jikalau anak-anak saya nak hantar ke nursery tp ditegah oleh ibu..sehingga merajuk..


tp derhaka kah lagi:bila dia penat dia kata saya dan suami layan dia mcm hamba abdi..kata2 nye menyebabkan suami sungguh terasa..sedangkan upah yg saya beri pada ibu mengalahkan nursery.. dan mcm2 cara saya dan suami cuba buat utk meringankan beban nye.. saya tak pernah suruh dia jaga cucu pun.. tp saya rasa sgt sedih diperlakukan ibubapa saya mcm ini..


Saya tumpang simpati dengan rina. Untuk mengatakan rina derhaka, adalah tidak adil kerana rina cuba menuruti kehendak ibu rina sendiri. 

Beginilah, pada saya, rina telah cuba menuruti kata-kata ibu rina. Bermacam cara sudahpun dilakukan, bagi dia jaga pun sudah, berikan bibik pun sudah. Apa yang saya boleh cadangkan ialah, rina berbincanglah dengan suami rina mana yang elok. Setelah capai keputusan bersama, sampaikanlah secara elok kepada pihak yang berkaitan. 

Jika rina dan suami berkeputusan untuk tidak menghantar kepada ibu rina untuk menjaganya, jangan diputuskan hubungan anak rina dengan tuk nenek nya. Bawalah sekali sekala berkunjung. 

Semoga rina dan suami dapat mengambil keputusan yang terbaik demi anak itu tanpa benar-benar derhaka kepada ibubapa.

Teguhkan pendirian bersama demi membina keluarga rina dan suami sendiri dan harapnya, apabila kita pula mencapai tahap umur tersebut, kita pula tidak bersikap begitu. 

NASIHAT
 
Puan Rina adalah isteri seseorang. Ketaatan yangmana dulunya tertumpah kepada kedua ibubapa kini telah bertukar kepada suami tercinta.

Dalam hal ini ada baiknya Puan Rina boleh ambil keputusan sendiri setelah mendapat keizinan suami bukan lagi menghantar anak kerumah ibubapa setiap hari. Sejarah pernah mencatat cerita pada zaman Rasulullah saw.

Ada seorang pemuda yang merantau mencari rezeki dan meninggalkan isteri dirumah selama beberapa hari. Suaminya berpesan kepada isteri supaya jangan lagi keluar rumah sehingga beliau balik. 

Rumahnya 2 tingkat. Tingkat atas adalah kediamannya, manakala tingkat bawa tinggal seorang ayah yang sudah tua. Keesokkan harinya ayah jatuh sakit. Naik saudara datang memberitahu perihal ayah yang sedang sakit. Namun diberitahu bahawa suaminya melarang keluar dari rumah. Oleh hal keadaan ayah semakin uzur lalu ada dikalangan ahli keluarganya datang bertemu Nabi saw memberitahu perkara yang terjadi. Lalu Rasulullah saw. menyatakan ketaatan kepada suaminya lebih utama. 

Selang beberapa hari kemudian ayah yang tua lagi uzur telah meninggal dunia tanpa anak kesayangan disisi. Begitu juga dijawab bila diberitahu pemergian ayahnya buat selama-lama. Anaknya masih disitu meskipun diberitahu ayah sudah tiada, masih lagi taat akan pesanan suami tercinta. Tidak diziarahi apatah lagi untuk melihat mayatnya buat kali terakhir. Setelah selesai urusan jenazah lalu persoalan ini dikemukakan sekali lagi kepada Rasulullah saw. 

Lalu Rasulullah menyatakan bahawa ayahnya telah mendapat ganjaran yang besar diatas kesempurnaan mendidik anaknya dengan akhlak yang mulia. Ganjaran syurga bagi ayahanda tercinta kerana berjaya mendidik anak jadi anak solehah yang taat kepada suami.

Begitulah kehebatan jika ketaatan sebenar dapat dihayati. Masalah derhaka tidak timbul bila ada kebenaran hakiki sebagai penunjuk jalan. Itulah sebabnya orang beriman setiap hari wajib memohon jalan yang lurus 17 kali. Jika tidak disebut dalam sembahyangnya nescaya solat itu menjadi tidak sah.

Terima kasih saudara abdullah.
Mungkin komen saudara abdullah ini boleh memberi idea kepada rina untuk merenung dan muhasabah. Biarlah tindakan yang bakal diambil tidak memudaratkan keadaan. Sepertimana yang saya katakan, berbincanglah secara elok dengan suami dan bersama dengan keputusan yang telah dipersetujui bersama. :)
 Wallahualam…

Comments

Popular posts from this blog