Adegan Cerai Vanida Dan Rashidi Dalam Filem Untuk Tiga Hari Mufti Nasihat Rujuk



Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (Vee) digesa segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari.
Filem Untuk Tiga Hari
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Rashidi Ishak & Vanidah Imran supaya segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan dialog dalam filem Untuk Tiga Hari.

Beliau turut berkata yang lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi Ishak sewaktu melakonkan watak Zafrin menyebabkan status perkahwinan mereka sejak tahun 2000 tidak sah di sisi agama.
Adegan dalam Filem Untuk Tiga Hari mengundang kontroversi untuk Vanida dan Rashidi
“Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta’ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera,” ujar Tan Sri Harussani Zakaria.Utusan Malaysia
 
Adegan majlis perkahwinan dalam filem untuk tiga hari
SEDUTAN FILEM TIGA HARI

1
http://cthoney.blogspot.com

Janji Jujur Sepi 2012

Janji Jujur Sepi mengisahkan percintaan romantis di antara Andy dan Dhea selepas tujuh bulan memendam perasaan.

Andy sanggup menaiki LRT setiap pagi semata-mata untuk melihat Dhea dan cuba mengenali gadis istimewa ini. Namun, sikap gentar Andy membataskannya untuk mendekatkan diri dengan Dhea. Akhirnya setelah tujuh bulan menanti, Andy berpeluang bercakap dengan Dhea, itupun insiden lucu berlaku kepada Dhea.

Bermula kisah 'comel' antara Andy dan Dhea. Masa diluangkan bersama juga kini bukan hanya di LRT, tapi juga kedai buku tempat Dhea bekerja dan kedai kopi. Tak perlu makan malam romantik, tak perlu wayang 'midnight', yang penting adalah berbual mengenai apa saja.

Namun hubungan mereka terganggu apabila Andy terpaksa tinggalkan Dhea buat seketika. Dhea resah, tetapi Andy berjanji akan kembali mencari Dhea setelah tujuh hari. Andy terpaksa pergi kerana rasa bersalahnya pada Vee.

Siapa pula Vee sehingga Andy tegar untuk meninggalkan Dhea yang selama ini menjadi pujaannya atau Andy sebenarnya hanya ingin mempermainkan hati Dhea setelah berjaya membuatkan Dhea jatuh cinta padanya?

Jujur Aku Dayus 2012 
Mak OK Jer
Kekasihku Is Setan
 

Comments

Popular posts from this blog