GELAGAT PENJAWAT AWAM
 
 Pada 22 September 2012, saya telah poskan satu pandangan dalam Facebook  YBhg Dato' Sri Dr Ali Hamsa.
 
YBhg Dato' Sri Dr Ali Hamsa

Seorang rakan di Putrajaya menyatakan dari atas pejabatnya "saya dapati jam 8.40 pagi ramai yang jalan berlenggang keluar dari kantin...Hari jumaat jam 3.00 petang ramai yang terhegeh2 keluar dari Alamanda....tentu ada PTD yang kodi buat begitu...macamana nak cemerlang".

Adalah elok diwujudkan semula spyleman bagi menguatkuasakan waktu bekerja yang ditetapkan oleh Kerajaan terhadap semua.
 ULASAN DAN REAKSI YANG DITERIMA
Zak Ba Hidupkan semula warwar ini bagi mengatasi gejala ponteng & curi tulang http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
www.utusan.com.my

 01/08/2010

Penjawat awam ‘curi tulang’ dirakam

PUTRAJAYA 31 Julai - Awas! penjawat awam yang cuba 'curi tulang' dengan menghabiskan masa di kafetaria atau pusat membeli-belah pada waktu pejabat di sini.

Ini kerana gelagat anda akan dirakamkan menerusi kamera kompak oleh anggota dua skuad pemantau dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Skuad yang ditubuhkan itu akan berkeliaran di lokasi-lokasi yang dikenal pasti antaranya Taman Warisan Pertanian dan Alamanda untuk merakam perbuatan seumpama itu.

Pengarah Bahagian Perkhidmatan di JPA, Datuk Dr. Mohd Azhar Yahaya memberitahu, pemantauan itu dilakukan ekoran aduan orang ramai terhadap sikap segelintir pegawai awam yang tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di pusat membeli-belah semasa tempoh tersebut.

Waktu rehat bagi sektor awam adalah antara 1 hingga 2 petang sahaja tetapi kelonggaran diberikan kepada penjawat awam yang mempunyai urusan rasmi pada waktu itu.

''Pegawai awam yang ditangkap semasa operasi dilaksanakan akan diambil maklumat peribadi mereka dan dipanjangkan kepada ketua jabatan masing-masing untuk diambil tindakan sewajarnya. 

''Ketidakpatuhan waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah-Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974.

''Juga, menyalahi Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta Tatakelakuan Pegawai Awam di bawah Peraturan 4," katanya dalam surat Edaran JPA 2020 yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mohd. Azhar berkata, susulan dari tindakan itu, ketua jabatan diminta menguatkuasakan peraturan mengenai pematuhan waktu masuk bekerja pada sebelah pagi dan tengah hari.

''Mereka juga perlu membuat pemantauan secara berterusan di kantin, kafeteria dan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pegawai di bawah seliaan masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Korporat JPA, Nik Noraini Nik Ya berkata, meskipun waktu anjal bekerja diperuntukkan kepada penjawat awam namun ia bukan faktor atau alasan untuk duduk minum di kafetaria semasa waktu pejabat.

''Kita ada tiga waktu anjal bekerja iaitu antara 7.30 pagi hingga 4.30 petang, 8 pagi - 5 petang dan 8.30 pagi - 5.30 petang namun kakitangan tidak boleh sewenang-wenang keluar untuk sarapan pada pukul 9 pagi walaupun anda masuk 7.30 pagi.

''Bagaimanapun di sini, pengecualian tertentu bergantung kepada situasi misalnya jika penjawat awam itu dari kalangan guru. Dengan masa bekerjanya antara 7 pagi hingga 1 petang, takkan skuad berkenaan mahu menahannya atas kesalahan itu jika ternampak dia di Alamanda sekitar pukul 3 petang," katanya.

LAIN-LAIN PANDANGAN & ULASAN
  • Jibo Jerks Kodi tu ape D.S? Pernah dengar org guna expression itu. Pernah juga dengar org sebut kain kodi...
  • Aizat Hisham Ahmad Kalau di utara sama maksudnya dengan koman. Macam tak ada standard.
  • Hall Mann Dalam Bahasa Inggeris...of lower quality or inferior...in standard. Asal istilah BI "coddy", a term commonly used during the colonial days in Malaya relating of local officers as coddy when compared to British or HMS the Queen house of staff. Northerners, cakap kodi bila beli kain murah....di Penang Bazaar.
  • Mohd Riduan Abd Rashid Ambil tindakan yang cepat sebelum menjadi semakin berleluasa. Janganlah peraturan sekadar tinggal peraturan sahaja. Kena pastikan ada penguatkuasaan yang betul serta pemantauan.
  • Aswan Wanchik Mohon beri pendapat:

    Sebagai penjawat awam, tentu telah mengetahui tentang waktu bertugas. Masuk pukul berapa, rehat pukul berapa dan balik pukul berapa.

    Dalam sesebuah organisasi mempuny
    ai hirarki atau susur galur perjawatan. Ada kumpulan sokongan, ada kumpulan profesional dan sebagainya.

    Dalam soal ini, setiap jawatan itu diberikan berdasarkan kepakaran, kemahiran, kebertanggungjawaban dan banyak lagi.

    Kerajaan/majikan telah buat peraturan. Kerajaan/majikan juga telah beri jawatan. Tidak kiralah di peringkat pelaksana ke, ketua ke, penyelia ke, PTD ke, KSU ke. Yang mustahak adakah penjawat-penjawat jawatan tersebut memainkan peranan, adakah mereka mempunyai sikap bertanggungjawab?

    Dalam soal ini, tidak perlulah wujudnya 'Spyleman' sepertimana yg dibuat oleh kepimpinan sebelum ini.

    Sepatutnya disemua peringkat sama ada KSU ke, PTD ke, KP ke, Pegawai ke, Penyelia ke harus sentiasa beri teguran dan beri nasihat dan juga memantau anak-anak buah. Tiap hari perlu diingatkan tentang sumber pendapatan yang mereka perolehi. Jangan jadikan sumber tersebut haram disisi Allah (bagi Islam) kerana tidak ikhlas dan tidak amanah dalam menjalankan tugas.

    Tapi perlu diingat juga, jangan hanya tahu menegur orang sedang diri sendiri pun tidak betul. Perubahan perlu berlaku dari peringkat atasan dan kemudian orang bawahan pasti akan ikut.

    Perkara begini berlaku pasti bersebab. Ini menunjukan kelemahan peringkat atasan dalam menyelia anak buah. Pepatah menyebut, Jika acuannya cantik, maka eloklah jadinya.

    Tak perlu wujudkan Spyleman kerana ianya hanya satu pembaziran dan kelemahan pentadbiran di peringkat masing-masing.

    Perubahan Perlu Dari Peringkat Atasan.

    Sekadar Pandangan.

    Terima Kasih.

 --------------------------------------------------------------------------------
APA KATA CUEPACS
 

KAKITANGAN AWAM CURI TULANG

Berita Harian
16/8/2012
Putrajaya: Ramai kakitangan awam dikesan ponteng kerja dengan membeli-belah ketika waktu bekerja pada bulan Ramadan sekarang.
Selain kompleks beli-belah dan pasar raya, mereka mengunjungi bazar Ramadan berhampiran pejabat, dipercayai untuk persiapan Aidilfitri dan membeli juadah berbuka puasa.

JPA meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai dengan memastikan mereka mendapat kebenaran terlebih dulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja untuk sebarang urusan peribadi.
Perbuatan itu dikesan menerusi pemantauan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas sering menerima aduan orang ramai mengenai sikap kakitangan awam tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di tempat awam.

Perlu patuh waktu bertugas Dalam surat Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) JPA, Datuk Farida Mohd Ali kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan menyatakan walaupun jumlah pegawai awam yang berbuat demikian makin berkurangan, ketua jabatan perlu mengingatkan pegawai supaya mematuhi waktu bertugas.

Surat itu menyatakan kegagalan mematuhi waktu bekerja bertentangan dengan Perintah Am 5, Perintah Am Bab G Waktu Bekerja dan Lebih Masa 1974 dan Peraturan 24, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Baru-baru ini, JPA melakukan pemantauan terhadap pematuhan waktu bekerja penjawat awam di sekitar premis perniagaan, pasar raya dan pusat beli-belah yang berhampiran pejabat kerajaan dan mendapati masih ada segelintir penjawat awam tidak mematuhi perkara ini,” katanya.

Surat bertarikh 30 Julai dengan tajuk perkara Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam, disiarkan dalam laman web rasmi JPA semalam, ditandatangani oleh Farida.

Sehubungan itu, JPA meminta ketua jabatan membuat pemantauan berterusan pergerakan pegawai dengan memastikan mereka mendapat kebenaran terlebih dulu sebelum meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja untuk sebarang urusan peribadi.

Sementara itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, setiap pegawai atau anggota penjawat awam perlu mematuhi peraturan dan tidak mengambil kesempatan untuk pulang lebih awal daripada masa ditetapkan.

“CUEPACS difahamkan sepanjang Ramadan ini, segelintir jabatan membenarkan penjawat awam pulang pada jam 4.30 petang bagi membolehkan mereka membuat persiapan berbuka puasa,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog