SUSAH SANGATKAH MEMOHON KERJA DAN MENGHADAPI TEMUDUGA
Seminggu dua ni saya terlibat secara langsung dengan temuduga pekerjaan. Jadi Pengerusi Panel Temuduga katakan...sebenarnya sudah banyak kali saya terlibat dalam pemilihan pegawai untuk bekerja dibeberapa jabatan kerajaan terutama di Pihak Berkuasa Tempatan. Samaada untuk mencari pegawai profesional seperti jurutera, arkitek, pegawai tadbir hinggalah ke peringkat pengambilan pegawai bawahan. Semuanya saya sudah terlibat...
Saya bersama Panel Temuduga lainnya sedang menemuduga calon jawatan Penolong Pegawai Penilaian.
Apa yang saya nak cerita hari ini ialah berkenaan temuduga. Amat sedih sekali bila berhadapan dengan calon-calon yang menghadiri temuduga. Saya boleh kata 90% yang hadiri temuduga langsung tidak membuat persiapan sewajarnya atau kalau buat persiapan pun sekadar lebih kurang aje. Tidak ada kesungguhan..Sebenarnya saya berpandangan untuk mendapat sesuatu pekerjaan itu amat mudah sekali jika tahu teknik dan taktiknyaapatah lagi bila sudah dijemput temuduga . Mungkin setengah orang kata..temuduga itu cuma syarat saja , orangnya dah ada.....dia tu ada orang dalam...sipolan itu ada kenal panel dan sebagainya.. Tak apalah yang tu kadang-kadang memang berlaku juga...tapi yang saya nak cerita hari ini adalah yang baki-baki jawatan yang ada itu.. takkan bakat, kelulusan, pengalaman, kreativiti, kebijaksanaan waktu berhadapan panel temuduga dan sebagainya tidak ambil kira.
Apa yang saya nak cerita hari ini ialah berkenaan temuduga. Amat sedih sekali bila berhadapan dengan calon-calon yang menghadiri temuduga. Saya boleh kata 90% yang hadiri temuduga langsung tidak membuat persiapan sewajarnya atau kalau buat persiapan pun sekadar lebih kurang aje. Tidak ada kesungguhan..Sebenarnya saya berpandangan untuk mendapat sesuatu pekerjaan itu amat mudah sekali jika tahu teknik dan taktiknyaapatah lagi bila sudah dijemput temuduga . Mungkin setengah orang kata..temuduga itu cuma syarat saja , orangnya dah ada.....dia tu ada orang dalam...sipolan itu ada kenal panel dan sebagainya.. Tak apalah yang tu kadang-kadang memang berlaku juga...tapi yang saya nak cerita hari ini adalah yang baki-baki jawatan yang ada itu.. takkan bakat, kelulusan, pengalaman, kreativiti, kebijaksanaan waktu berhadapan panel temuduga dan sebagainya tidak ambil kira.
Blog saya kali ini akan memberi tip2 bila memohon pekerjaan dan juga menghadapi panel temuduga dari sudut pandangan saya sendiri saja. Mungkin setengah-setengah orang tidak boleh pakai tip2 yang saya nak bagi ni.. maklumlah jarang atau tidak pernah dibuat orang.. nanti orang kata wayar putus pula...tak apalah .... kita kena buat gila-gila sikit baru orang beri perhatian kepada kita...ok....
Tip yang saya nak beri ini mungkin amat berlainan sekali kalau kita baca buku-buku dan rencana berkaitan memohon pekerjaan dan menghadapi temuduga serta persiapan yang perlu dibuat.....Jadi nak ikut pun tidak apa, tak ikut pun tak apa... tapi apa salahnya kalau kita ikut...biar pilah apa orang nak kata.......saya akan persembahkan secara bersantai saja....tapi rasanya tidak boleh habis dalam sehari dua ni.. kena cerita panjang-panjang bagi faham...kalau rasa tidak berguna... berhenti takat ini aje.. oke nak kena kopi O dulu...bagi cekang mata sikit...
nanti saya sambong lagi... sabar-sabar
17.04.2010..6.00 ptg..
Ok mari kita sambong lagi cerita fasal temuduga tu...
WAKTU MOHON KERJA
seperti yang diiklankan. Tidak kiralah dari mana kita dapat maklumat kekosongan itu. Selalu sangat kita dengar " sudah berpuluh permohonan dihantar tetapi tidak dijemputpun untuk menghadiri temuduga"..betul tak?..Ini satu cabaran juga.... kalau temudugapun tidak dijemput bagaimana kita hendak tunjuk kehebatan kita didepan Panel Temuduga. So..mengapa itu terjadi..fasal apa susah sangat orang nak panggil pi temuduga. Kita kena terima hakikat bahawasanya orang semakin ramai..kelulusanpun dah tinggi-tinggi, ramai yang berpengalaman sedangkan jawatan tidak banyak manapun...Sudah tentulah kalau sesebuah kompeni atau agensi yang memerlukan pekerjaan berkehendakkan pekerja yang terbaik dalam segala aspek.
Apa yang mendorong urusetia tapisan permohonan menentukan yang ini kena panggil temuduga, yang ini mesti panggil temuduga, yang ini kita kena cuba panggil tengok, yang ini wajib panggil dan sebagainya.
Saya sebagai orang yang berpengalaman beberapa kali dalam penapisan permohonan awal, mudah sahaja untuk tentukan seseorang itu nak dijemput atau tidak...Tidak mungkin untuk menjemput semua yang bermohon untuk menghadiri temuduga. Untuk menyelesaikan temuduga yang melibatkan 15 orang calunpun sudah menjangkau 6 atau 7 jam. Apatah lagi kalau jawatan-jawatan popular seperti jawatan Pembantu Tadbir, Pegawai Tadbir yang mana kelayakan untuk memohon ramai yang ada. Kadang-kadang satu jawatan yang diiklankan borang permohonan boleh menjangkau hingga setinggi dari lantai ke paras meja.. Jenuh dok tengok sampai juling biji mata...
Kalau saya sebagai seorang pemilih tapisan awal , maka beberapa aspek permohonan akan saya teliti yang akan saya gariskan dibawah:-
a. PENGISIAN BORANG : Setiap permohonan kena ada borang permohonan. Ada juga tidak perlu borang permohonan. Terpulanglah kepada agensi itu sendiri. Kalau saya, lebih suka kalau tidak perlu pakai borang kerana saya akan melihat dari segi KREATIVITI dan KESUNGGUHAN seseorang calun itu memohon kerja. Kalau isi borangpun tidak lengkap seperti tidak ada gambar, tidak ada tandatangan, tidak sertakan lampiran sijil/dokumen yang disahkan, tidak isikan maklumat dengan lengkap , maka awal-awal lagi borang itu akan diletak ketepi. Ini sajapun sudah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawabnya..
Kenyataan gambar: Pemohon sedang mempengerusikan satu Bengkel Pengurusn Organisasi Anjuran Persatuan .......satu Majlis .........di.......)
Gambar ini sengaja saya paparkan disini. Kenyataan gambar itu tidak betul. Cuma gambar-gambar seperti ini jika ada semasa kat Universiti atau waktu-waktu yang kita berpeluang berbuat demikian dalam mana-mana organisasi sama ada waktu buat praktikal, latihan industri, bergiat dalam apa-apa pertubuhan dan sebagainya baik disimpan elok-elok. Nanti saya akan ceritakan kenapa gambar-gambar seperti ini ada nilai-nilai kepentingannya dalam memohon pekerjaan.. belum sampai tajuknya lagi...nanti saya cerita panjang lebar)
b. KELAYAKAN: Tapisan kedua yang saya tengok ialah kelayakannya sesuai dengan jawatan yang dipohon. Inipun banyak juga berlaku dimana jawatan yang dipohon tapi kelayakannya bidang lain. Contohnya memohon jawatan Penolong Pegawai Penilaian tetapi kelayakan ialah Diploma Ukur Tanah..Memang jauh langsung hubungan antara keduanya walaupun sedikit sebanyak ada kaitan. Kalau jawatan Pembantu Tadbir, tidak mengapalah kerana ia bukan berbentuk profesional dan separa profesional. Jadi kalau ada macam ini, saya akan tolak awal-awal lagi. Jadi pastikan kalau kita memohon jawatan itu kena sesuai dengan kelayakan kita saja. Kalau dok 'tebiang' juga minta buat rugi kertas dan duit setem saja.
Harus diingat kelulusan terbaik bukan asas untuk dipanggil temuduga. Pada saya kalau seseorang itu ada ijazah yang diperlukan sudah mencukupi. Kecualilah kalau jawatan yang rendah sikit yang memerlukan kelulusan SPM atau PMR . Yang ini kena diteliti juga.. jangan sampai semuanya gred terok-terok.. Ini tidak boleh dipakai juga...Nanti nak suruh buat surat sekeping pun 'jenuh' dok ajar..Teroklah macam tu. Tapi diperingkat Diploma /Ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan pada saya sapa-sapa yang ada Diploma/Ijazah berkenaan adalah layak dipilih...Sebenarnya ada aspek lain yang akan dilihat oleh agensi yang mana ini lebih penting. Tidak ada gunanya mempunyai kelayakan tertinggi sampai dapat Ijazah Kelas Pertama tapi aspek ini tidak ada pada diri kakitangan tersebut..
c. DOKUMEN PERMOHONAN.: Kalaulah permohonan terlalu banyak sampai beratus-ratus malahan sampai ribuan permohonan yang ada , apa lagi yang dipilih oleh urusetia tapisan borang permohonan. Mengapa dalam banyak-banyak borang permohonan seseorang itu terus dipilih untuk dijemput temuduga. Tip ini pernah saya berikan kepada kebanyakan pelajar-pelajar kolej dan universiti yang datang membuat praktikal di jabatan. Ada yang ikut 100% dan ada yang payah nak ikut, katanya payah, susah, kena belanja banyak, tidak pernah orang buat, kaunselor pelajar tidak pernah bagi tau buat macam tu, tidak ada dalam bukupun cara ni dan bermacam-macam alasan yang kearah tidak perlu atau tidak payah buat. Yang ikut itu saya dapat maklumbalas kebanyakannya berjaya dan memberi perhatian kepada agensi untuk panggil temuduga sekurang-kurangnya. Nanti bila pergi temuduga saya akan bagi tip lain pula.
Kalau saya sebagai urusetia tapisan permohonan awal, tentu saya akan tengok ada tak dokumen permohonan yang lain daripada yang lain. Kita kena keluar dari keadaan biasa , cara biasa yang orang selalu buat tetapi hak kita buat bagi nampak pelik sikit... kata orang bagi nampak gila-gila sikit... Yang ini akan saya terangkan lebih lanjut nanti...Ini amat penting diberi perhatian...
Waktupun dah dekat nak maghrib... guruhpun makin kuat bunyi, Kilat pun makin dekat, rasanya malam ini hujan lebat. Nak kena bersiap mengadap TUHAN. Saya dok menaip kat halaman rumah ni.. dalam zaman teknologi ni kita kena guna segala kemudahan yang disediakan. So.. dirumah saya pakai 'wireless router' jadi kat mana-mana ruang dihalaman dan dalam rumah boleh guna internet dengan bebas tanpa wayar lagi..
Ok..jumpa lagi ....Insya Allah kalau kelapangan saya akan tulis lagi apa yang teringat kat dalam otak lama ini.
21.04.2010
Selamat Sejahtera...kita sambong balik apa yang belum selesai lagi...terpaksa curi-curi masa nak buat kerana dapat maklumat banyak dah orang dok tanya tip-tip yang masih tergantung tu... jadi tak apalah.. untuk kesenangan orang saya rela berusaha untuk menyiapkannya secepat mungkin...
d. KANDUNGAN DOKUMEN PERMOHONAN: .....Kalau terlalu banyak sangat permohonan maka saya pasti akan sisihkan mana-mana permohonan yang tidak ada sijil-sijil kemahiran tambahan terutama sijil kemahiran dalam komputer samada dari segi sijil pembaikan komputer, perisian komputer, grafik komputer dan sebagainya. Atau sekurang-kurangnya ada sijil menaip. Kalau setakat ada sijil SPM, STPM atau Diploma/Ijazah yang bukan profesional sahaja tidak memadai. Ia perlu disokong dengan sijil kemahiran lain. Jadi selepas habis periksa eloklah pergi kursus-kursus kemahiran yang singkat seperti yang sebutkan tadi..Banyak institusi swasta yang menyediakan kursus-kursus seperti ini. Kalau kita berminat untuk bekerja disyarikat swasta maka kepentingan bahasa kedua amat penting seperti bahasa inggeris, mandarin dan sebagainya. Ini satu kelebihan yang amat diperlukan dalam syarikat-syarikat swasta.
Ini hantar borang apa pun tidak ada yang menarik... lepas tu pakai lekat dengan kelip kertas... habis berterabur bila dibuka dari sampulnya. 'Resume' pun tidak ada... dan kalau adapun tidak menarik langsung.. mudah kerja tidak payah panggil temuduga.. senang cerita...
MENGHADIRI TEMUDUGA
Dijemput menghadiri temuduga adalah merupakan satu penghargaan dan kejayaan pada kita yang memohon pekerjaan. Berapa banyak pemohon yang telah berpuluh borang permohonan kerja tapi dijemput temudugapun tidak...antara sebabnya sepertimana yang saya telah ceritakan tadilah....
Bila sudah dijemput maka pergunakan sepenuhnya peluang keemasan ini untuk menonjolkan kebijaksanaan dan kelebihan potensi yang ada pada diri kita...
Berhenti sejenak disini... apakah sebenarnya yang amat diperlukan oleh sesuatu organisasi. Kalau saudara sebagai taukeh syarikat... pekerja yang bagaimana yang diperlukan oleh saudara....adakah pekerja yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, kelayakan yang terbaik, ketampanan dan kecantikan diri, dan macam-macam kriteria yang kita boleh letakkan.
Kalau saya, saya tengok dari segi SIKAP pemohon..Ini yang susahnya.. macammana nak tau sikap seseorang kalau hanya setakat tengok borang permohonan dan dalam tempoh lebih kurang 20 minit temuduga...Inilah yang susahnya. Tetapi saya amat mengharapkan pegawai yang dipilih itu adalah mempunyai sikap yang baik belaka.. sikap suka bekerja tanpa berkira sangat...sikap bertolak ansur dan suka membantu rakan-rakan, sikap suka datang pejabat awal dan balik lewat, sikap yang amat patuh kepada setiap peraturan yang telah ditetapkan, sikap yang tidak suka bercakap perkara-perkara tidak baik orang lain, sikap mementingkan masa, sikap mengambil tindakan segera apa yang diarahkan, sikap suka mengkaji dan mengambil pendekatan penyelesaian, sikap patuh kepada ajaran agama, bersikap rajin atau ringan tulang, sikap tidak curi tulang, sikap bertanggungjawab terhadap jabatan, sikap ambil berat berkenaan pejabat tempat kerja, sikap pembersih, tidak merokok, tidak bertangguh kerja, sukar menawarkan diri untuk membantu rakan-rakan dan pegawai atasan dan bermacam-macam sikap yang baik-baik. Sebenarnya untuk bersikap demikian tidak perlupun perbelanjaan yang mahal-mahal....hanya ubah sikap sendiri itu saja..
Penentuan sikap-sikap baik-baik ini bukan kita yang buat tafsiran dan tentukan tetapi orang lain yang akan menilai kita samada kita punyai sikap-sikap sebegitu.
Sebab itulah dimana-mana saya bertugas saya kerap nasihat anak-anak buah terutama yang kakitangan kontrak, sementara, pelajar yang datang sah sijil, pelajar-pelajar praktikal universiti iaatu semasa kita kerja dimana-mana agensi atau membuat latihan industri dimana-mana institusi buatlah kerja bersungguh-sungguh. Janganlah berkira sangat dari segi tenaga, masa, buah fikiran dan sebagainya.. Buat kerja sebaik mungkin, patuhi segala disiplin yang ditetapkan, tunjukkan kemampuan kita dari segi mempersembahkan hasil kerja yang diberikan, tunjukkan daya kreativiti kita dan sebagainya. kalau bos tidak bagi kerja atau tidak ada kerja -, kita pergi cari kerja, tanyalah bos apa yang perlu dibuat, apa yang boleh ditolong dan sebagainya. Jangan duduk menyendiri dan cuba lari dari buat kerja atau menerima tanggungjawab, maklumlah sebahagian besar yang sebegitu berfikir...buat takat patut padan sudahlah...bukan dapat elaunpun, atau gaji tidak sebesar manapun.. kerjapun kontrak saja dan sebagainya.
Waktu inilah kita kena tunjukkan kehebatan kita, kelebihan kita, sikap baik-baik kita. Pegawai atasan akan lihat ini semua...Ini yang saya kerap jumpa pegawai-pegawai kontrak atau pegawai tetap masih tidak berdisiplin, datang lambat, kadang-kadang tolong ketik perakam waktu orang lain, atau suruh orang lain ketik kad perakam waktu, datang ke pejabat sebelah petang dah dekat nak balik. Patut datang balik jam 2.00 petang tapi datang jam 3.00 petang. Bukan sekali dua, tetapi selalu. Kalau datang awal pun tapi datang ketik kad aje.. lepas tu keluar entah ke mana.. jam 9.00 pagi baru datang balik...keluar makan pagi sampai sejam, lepas tu keluar makan petang pula sampai sejam dan macam-macamlah.. Kira pi kira mai.. berapa jam sangat masa berkualiti untuk kerja pejabat. Lepas itu bila didesak oleh ketua jabatan ..macam-macama alasan seperti kerja banyak, tidak sempat nak dibuat dan sebagainya...Semua perbuatan kita, jangan anggap ketua jabatan atau pegawai atasan kita tidak nampak...Kalau saya, semua kena fahamlah memang saya akan tengok serba serbi apa yang berlaku dalam pejabat saya samaada disiplin kakitangan, kebersihan pejabat , cepat atau lambat tindakan diambil dan segala sikap-sikap yang ada pada kakitangan.
Jangan harap bila ada jawatan tetap dalam jabatan itu maka kalau ada kekosongan jawatan tetap, bila proses pengambilan dibuat maka seolah-olah yang kontrak/sementara itu akan dipilih dari kalangan yang hadir temuduga. Kalau saya sebagai Panel Temuduga, biasa bekerja dalam jabatan tersebut tidak bermakna beliau boleh dipertimbangkan sebegitu mudah kecuali beliau telah menunjukkan sikap-sikap terbaik dan terpuji sepanjang beliau bertugas sebagai kakitangan kontrak dan pada pandangan pengurusan memang ia benar-benar layak dan berkemampuan...Apa yang berlaku sebenarnya adalah kerja tidak 'tera' manapun tapi jawatan tetap mahu... sikap dan cara kerjapun memang dah tahupun macam mana. Saya biasa tidak ambil pegawai kontrak jadi pegawai tetap. Dan saya juga biasa tidak memberi sokongan pengesahan jawatan ke jawatan tetap kerana tidak berpuas hati terhadap prestasi kerja dan masalah disiplin. Semua ini bukan kerana saya zalim, tetapi saya tidak mahu nanti pegawai-pegawai seperti ini menjadi beban dan masalah kepada jabatan apabila sudah menjadi tetap, kerana proses tindakan disiplin menjadi agak sukar. Jadi lebih baik bertindak lebih awal sebelum melarat.
Semua ini dilihat dan dinilai oleh pegawai atasan. Kita tidak tahu bila rezeki akan datang...Katalah nanti saya dilantik sebagai Panel Temuduga sesuatu kerja...cuba bayangkan yang datang mohon itu adalah seseorang yang pernah buat praktikal 3 bulan di opis saya atau pegawai kontrak dijabatan yang pernah saya bekerja. Tentu mudah dan tidak ada masalah dipilih kalau calon tersebut telah menunjukkan sikap-sikap terpuji yang telah saya ceritakan diatas...Apa perlu dicari lagi orang lain kalau yang memang terpuji sikapnya berada didepan mata. Ambil yang lain belum tentu perangai dan sikapnya... tapi kalau tidak ada sikap-sikap baik seperti yang saya ceritakan tadi sewaktu bertugas dibawah saya, sudah tentu tidak terasa pun nak ambil.
Kalau saya sebagai ketua jabatan/atau pegawai atasan yang menyelia pegawai-pegawai berkenaan kalaupun saya tidak terlibat dalam panel temuduga, sekurang-kurangya saya sendiri akan menyediakan surat sokongan yang akan menceritakan tentang potensi yang ada pada calon itu secara berterus terang dan fakta lagi.. Itu style saya. Ini bukan untuk tujuan dapat kerja saja tapi juga untuk mohon kenaikan pangkat juga. Bukan hanya sekadar surat sokongan yang standard saja. Kalau sampai 3 atau 4 helai muka suratpun saya akan tulis. Ini telah pernah saya buat kepada beberapa orang pegawai/pelajar yang pernah bertugas/praktikal dibawah saya.. Nanti kalau ada kesempatan saya akan paparkan contoh surat sokongan yang saya pernah sediakan. Alhamdulillah kebanyakannya mendapat tindakbalas yang baik dari agensi yang dipohon. Ada setengah-setengah agensi akan ambil terus pelatih-pelatih tersebut bekerja dengan syarikatnya bila melihat kesungguhan, kreativiti dan sikap terpuji yang ada kepada pelatih itu.
Janganlah kita rasa kerugian pula kalau segala penat lelah dan usaha bersungguh-sungguh dan mengamalkan sikap yang terpuji tidak ditengok dan dinilai oleh sesetengah pegawai atasan. Insya Allah, kita ada Yang Maha Berkuasa. Allah S.W.T pasti membantu kita. Segala kebaikan, kerajinan dan sikap terpuji kita akan tetap terserlah walau dimana kita berada. Ada ganjarannya nanti....
Oleh itu wahai saudara-saudara dan anak-anak sekalian...jangan ambil mudah waktu kita pergi latihan praktikal/industri. Kakitangan-kakitangan jabatanpun samalah juga. Kerja elok-elok dan sikap terpuji ditonjolkan seperti yang saya sebutkan diatas. Peluang kenaikkan pangkat pasti cerah..Jawatan kenaikan pangkat adalah terbatas..Jadi yang punya potensi terbaik sahaja yang akan dipilih...Kalau ada pilih kasih tu.. belakang kiralah...toksah dok sakit hati sangat. Rezeki ditangan Tuhan. Kita hanya sekadar berusaha.Waktu kerja, kerja dengan elok-elok seperti yang saya sebutkan diatas.
PERSIAPAN MENGHADAPI TEMUDUGA
Kadang-kadang calon yang datang tidak langsung bersedia untuk menghadiri temuduga. Ini yang selalu saya jumpa sewaktu temuduga. Tidak kiralah samada jawatan profesional atau jawatan perkeranian. Nampak sama aje bagi kebanyakan orang. Yang ada ijazahpun sama aje..macam tidak pernah masuk U.
Penemuduga bukan nak tanya soalan-soalan yang pelik-pelik sangat, sampai tidak boleh jawab. Namun begitu perkara-perkara asas dan pengetahuan am kenalah ada juga. Jangan sampai tanya apapun tidak tahu jawab. Kita kena tahulah juga tugas-tugas jawatan yang kita pohon.. institusi tempat kita minta kerja, isu-isu semasa dan sebagainya. Adakalanya yang datang temuduga tidak tahu apa sebenarnya tugas yang dipohon itu. Kalau tidak tahu macam mana boleh minta kerja dan macammana panel nak pilih calon tersebut. Begitu juga institusi yang menawarkan pekerjaan tersebut. Ini perkara yang mesti dan wajib diketahui. Kita kena tahu sepenuhnya malah kalau boleh pengetahuan kita berkenaan institusi itu melebihi panel yang temuduga kita. Baru nampak profesional dan bersedia dalam apa keadaan. Maklumat-maklumat mudah diperolehi di laman-laman web. Duduk dirumah saja sudah boleh tahu apa maklumat yang kita kehendaki. Sekarang ini kalau nak kerja apapun mesti kena tahu teknologi maklumat.
MENGHADIRI TEMUDUGA
Kehadiran lewat ke tempat temuduga, sudah menggambarkan sikap kita yang tidak mementingkan masa dan buat tidak kisah saja.
Begitu juga cara kita berpakaian sudah menggambarkan sikap kita. Pakailah serasmi mungkin pakaian yang bersesuaian mengikut jawatan yang kita pohon, tetapi janganlah sampai menjolok mata hingga merimaskan panel temuduga. Kalau jawatan berkaitan dengan ugama dan adat seperti pegawai agama, penghulu mukim, imam dan sebagainya maka sebaiknya berpakaian baju kebangsaan bersongkok. Terpulanglah kepada kita bagaimana cara kita berpakaian. Memang tidak ditetapkan cara berpakaian bila kita menghadiri temuduga. Panel Temuduga akan menilai cara kita berpakaian.
Merokok semasa menunggu diluar bilik temuduga sudah menggambarkan sikap kita yang kita memang kaki perokok. Walaupun tidak ada kriteria yang seorang perokok tidak boleh diambil bekerja, tetapi secara pribadi katakanlah panel temuduga itu seorang yang tidak merokok sedikit sebanyak hati kecilnya akan berkata, tidak payahlah susah-susah pertimbangkan pemohon yang merokok ini, banyak lagi calun lain... tak gitu tuan-tuan. Kalau saya sendiri sebagai panel, memang sahih kalau nampak diluar tu calon sedang merokok, memang tidak berminat saya untuk temuduga panjang-panjang.. tidak ada rasa nak pertimbangkan.
SEMASA TEMUDUGA
Saya tidak mahu cerita banyak masa ini, kerana banyak buku-buku panduan temuduga yang terdapat dipasaran yang boleh dibaca dan diamalkan. Cumanya saya akan sentoh beberapa perkara yang saya rasa kurang sangat diberi perhatian oleh calon, mungkin mereka rasa tidak pernah dibuat orang, pelik, nanti orang ketawa, dan sebagainya.
Saya sebagai panel temuduga, saya amat tidak suka kalau ada surat sokongan standard dari seseorang seperti dari VVIP mana-mana yang minta calon ini dipertimbangkan. Kalau ada ini, boleh kurang sikit perhatian untuk dipertimbangkan. Kalau boleh jangan tunjukkan surat sokongan itu kecualilah surat sokongan dari ketua jabatan/pegawai atasannya yang buat surat sendiri yang menceritakan sendiri akan kebolehan dan sikap pemohon secara berterus terang..
MEMPERAGAKAN DIRI
Apa yang sebenarnya nak kena buat masa duduk dihadapan Panel Temuduga...Biasalah seperti yang selalu disebutkan dalam mana-mana panduan.. bila masuk bagi salam, bagi sijil asal pada panel untuk disemak, lepas duduk di kerusi dan tunggu soalan-soalan dari panel...masuk dengan tertib, sopan, berpakaian yang sesuai, dandanan diri yang menarik...dan apa lagi yaaa.......fikir sendirilah noo..ini semua saya tak mau sentoh.. kalau inipun tidak tau lagi .. tok sah mai temudugalah.. buang masa aje.
Menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh panel dengan menarik dan menyakinkan...adalah satu bonus besar kepada kita. Ada lagi bonus yang perlu kita dapatkan sewaktu temuduga.
Teknik kita mempersembahkan dokumen-dokumen peribadi kita kepada panel. Walaupun kita tahu maklumat diri kita berserta sijil telah kita hantar masa mohon kerja dulu, tetapi elok rasanya kita sediakan banyak salinan dokumen tersebut untuk kita edarkan setiap satu kepada setiap panel yang menemuduga kita. Kita hendak beri mudah kepada panel melihat maklumat diri kita dan tidaklah bergilir-gilir panel melihat dokumen tersebut. Jangan bimbang. Lepas habis temuduga , minta maaf dan mohon untuk dapatkan balik dokumen tersebut..untuk maksud temuduga lain pula jika ini tidak dapat...mintalah secara selamba aje dan lawak sikit... jadi taklah nampak macam kedekut sangat.
Cara ini sahajapun saya rasa kita sudah menangkap perhatian panel. Kerana apa ? kerana cara ini tidak pernahpun orang buat.. Kita kena cipta kelainan dari orang lain.
Ok..apa lagi yang boleh kita menangkap perhatian panel...dari segi kita menyediakan dokumen-dokumen permohonan itu sendiri. Sepanjang saya mengadakan temuduga dan meneliti borang-borang permohonan awal.. Jarang atau tidak terjumpa langsung borang dan dokumen sampingan yang disediakan dengan lebih kreatif dan di 'binding' dengan elok dan canggih..ini realitinya. Sebab itu saya telah beritahu sebelum ini kalau waktu awal saya nak pilih atau tidak mai temuduga.. kalau terjumpa dokumen permohonan yang cantik, kreatif, di 'binding' dengan elok...'colourful' pula...rasanya tidak tergamak untuk tidak dipanggil temuduga. Ini sahaja sudah nampak kelainan cara permohonan kita.. tidak gitu
Ini kebanyakan yang hantar pakai fotostat dan pakai stapler sahaja. Borangpun tulis potong sana potong sini, Pelekat gambar pula kadang-kadang ada gambar tengah dok posing kat taman. Kadang-kadang waktu buka sampulpun sudah terburai dan berselerak..menghilangkan 'mood' urusetia untuk beri perhatian. Kita harus ingat..berlambak permohonan yang ada bukan semata-mata permohonan kita seorang sahaja. Orang kata tak canggih langsung..
Sayapun rasa hairan juga kadang-kadang tu yang datang temuduga ada pengetahuan tentang komputer dan tau sedikit sebanyak grafik komputer.. Awat la tidak guna pengetahuan itu untuk sediakan dokumen yang lebih cantik dan menarik grafiknya, resume yang menyakinkan dengan design yang menarik, berserta dengan gambar-gambar aktiviti kita yang boleh membantu menarik perhatian panel. Nak buat dokumen yang menarik tidaklah susah sangat. tapi kalu dah ada kelulusan dalam komputer tu lebih baiklah...kenalah guna kelebihan kita. Tapi apa yang saya dapati tidak ada satupun yang menarik perhatian saya dan panel....sama saja antara semua yang memohon.
Apa salahnya kalau susun dokumen-dokumen dengan teratur...bagi nampak profesional sikit, letak tajuk dan sub tajuk dengan jelas dan mudah diikuti, susun salinan borang permohonan , salinan-salinan sijil yang disahkan, resume (biodata peribadi yang mengancam) dan lain-lain dokumen sokongan dengan sebaik mungkin. Kalau boleh salinan sijil pi fotostat warna. Baru nampak kita usaha sungguh. 'Resume' yang disediakan patut disokong pula dengan gambar-gambar yang kita ada.
Contoh seperti gambar-gambar yang saya paparkan dalam cerita sebelum ini.. waktu inilah penting gambar-gambar tersebut..Kata orang sekeping gambar sudah menggambarkan usaha kita , gambar sudah menggambarkan komitmen kita, gambar menggambarkan apa yang kita lapor ada buktinya..gambar
itu penting. Jadi setiap aktiviti sebelum ini seperti aktiviti persatuan kalau kita memegang apa-apa jawatan, mengambil bahagian dalam apa sukan/pertandingan, dapat apa-apa hadiah atau penghargaan, dan sebagainya..maka gambar itu sepatutnya disimpan elok-elok dan waktu sebeginilah kita patut paparkan dalam resume aktiviti kita sebelum ini. Kalau biasa bekerjapun tunjukkan apa yang telah kita buat semasa kerja. Mungkin kita pernah dapat anugerah cemerlang bulanan/tahunan dan sebagainya.Tentu ada gambarnya...Gambar-gambar ini sebenarnya pasti akan menarik perhatian panel...
Kalau ada kertas projek/tesis atau penerbitan dalam mana-mana institusi maka masukkanlah dan kalau boleh bawa contohnya/salinannya untuk perhatian panel. Semuanya ini akan memberikan gambaran yang baik mengenai daya kepimpinan , pengurusan, dedikasi, kesungguhan, keberanian mencuba dan kreativiti kita semasa belajar lagi hinggalah terlibat dalam mana-mana organisasi. Selalunya panel temuduga akan memberikan kredit yang tinggi pada bahagian-bahagian seperti ini... Jadi bawa mai semua yang mana boleh untuk kita tunjukkan kepada panel sebagai bukti
Dalam resume kita juga perlu perlu masukkan visi dan misi kita. Tulis bagi besar tidak mengapa. Kalau boleh kena diubah suai mengikut kesesuaian jabatan yang kita memohon. Yang ini kita kenalah buat sedikit kajian tentang organisasi tersebut yang semestinya ada visi dan misinya. Kita rekalah misi dan visi kita bagi selari atau selaras dengan organisasi tersebut. Baru kita dapat menyakinkan panel temuduga...
Lepas tu KULIT DEPAN YANG DIBERI GRAFIK YANG MENARIK kita laminated depan belakang. Baru nampak kemas dan cantik bila di 'binding'. Jangan bimbang tentang apa orang kata... apa salahnya kita cuba....tidak rugi kan...tapi cubalah...Insya Allah..kalau memang jawatan itu terbuka dan sesiapa sahaja layak maka rasanya calun yang ikut seperti inilah saya akan pilih setelah mengambil kira lain-lain lagi yang katakan sama sahaja standardnya...Sebab apa saya berkata begitu..Biasanya saya pasti akan cari orang kreatif, proaktif dan ada usaha bersungguh mencapai hajatnya.Waktu temuduga kita kena tunjuk kreativiti kita..salah satunya macam inilah.
MEMPERSEMBAHKAN HASIL USAHA CALUN
Kalau saya sebagai panel.. ini juga saya akan teliti secara lebih perhatian...Bayangkan seorang calun yang datang masuk ke bilik temuduga dengan hanya bercakap apa yang ditanya dan bercakap serta bercakap dengan sedikit gerak laku tanpa sokongan bukti...Tentunya membosankan dan tidak ada kelainan berbanding dengan yang lainya...nampak sama saja...
Saya amat teringin untuk melihat seorang calun yang masuk dengan penuh semangat dan mengemukakan pelbagai dokumen sokongan serta teknologi terkini yang diguna pakai...Tidak ada salahnya kalau calun datang untuk mempersembahkan hasil karyanya atau kertas projek yang pernah dibuatnya semasa di Universiti, semasa buat praktikal industri, atau semasa bekerja diinstitusi lain..Kalau temuduga kenaikan pangkat, lagi bagus sebab calon boleh cerita dan tunjuk persembahan 'power point ' menggunakan komputer apa-apa penambahbaikan yang telah dilakukan semasa dalam bertugas. Apa anugerah yang diterima, apa sumbangan besarnya dalam organisasi. Semua ini boleh dipersembahkan melalui penggunaan komputer. Oleh itu gambar-gambar setiap aktiviti perlu kita rekodkan dan simpan elok-elok. Jangan ambil gambar seronok-seronok saja. Gambar2 tersebut boleh kita tingkatkan lagi kecantikan & kecanggihannya dengan menggunakan pelbagai perisian edit gambar yang berlambak dipasaran dan dalam internet.. Percuma saja..cuma kena rajinlah sikit.. Kalau fasal lain kita boleh habiskan masa tanpa faedah apa2..apa salahnya kita habiskan masa dengan menyediakan persembahan projek kita melalui komputer.. Ini masa depan kita. Kalau ada ilmu dan pengetahuan mengenai grafik komputer , lagilah canggih dan menarik.
..Saya amat pasti , panel temuduga pasti terpegun dengan persembahan hasil projek melalui teknologi maklumat yang ada...sekurang-kurangnya calun telah menarik perhatian panel.
Kalau pernah buat blog sendiri atau ada laman web sendiri.. maka tunjukkannya kepada panel temuduga akan hasil kreatif kita. Begitu juga jika pernah hasil karya kreatifnya diterima terbit dalam majallah atau akhbar maka tunjukkannya secara lebih kreatif melalui multimedia / laptop kepada panel temuduga.. Insya Allah pasti menarik perhatian panel..
Tapi ini sebenarnya tidak digunakan sepenohnya oleh kebanyakan calun. Ada calun saya teliti mempunyai pengetahuan mengenai grafik komputer atau teknologi maklumat, tetapi dokumen yang dikemukakan macam orang tidak pernah belajar, nak bawa 'laptop' untuk tunjuk projek yang pernah dibuat masa temuduga..lagilah susah..segala-galanya susah belaka , malu, tidak pernah orang buat, nanti panel marah dan sebagainya...Selagi ini ada dalam mentaliti calun...susahlah nak dapat kerja. Saya sudah tulis sebelum ini bahawa apa-apa sahaja aktiviti calun sebelum ini perlu ada gambar dan rekod maklumat...ini semua boleh kita papar dan beri ulasan yang berkaitan dengan pengalaman kita, kebijaksanaan kita, kehebatan kita, ketekunan kita, kesabaran kita, kebolehan kita, dan sebagainya.
Kita harus faham... institusi / syarikat memerlukan seorang pekerja yang kreatif, proaktif, sanggup berusaha, bersikap positif, berdisiplin, imej yang baik, kerajinan dan sebagainya...Jadi tunjukan sehabis baik kreativiti dan proaktif kita masa hadir temuduga...kena bagi kelainan diri kita berbanding dengan calun lain. saya percaya panel pasti berpuashati punya... cubalah tengok....
PENGALAMAN SAYA.
Sebenarnya apa yang saya ceritakan sebelum ini memang saya telah praktikkan sebahagiannya semasa saya memohon jawatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah 15 tahun yang lalu. Cumanya tidak guna komputer sebab waktu tu komputer bimbit rasanya tidak pernah tengok. Desktop komputer tu ada juga tapi mahalnya..memang tidak mampu nak beli. Pejabatpun tidaklah banyak yang guna lagi dan tidak canggih macam sekarang ini. Jadi kebanyakkannya dokumen tersebut saya cuma taip dan dokumenkan elok-elok seperti yang saya cerita...sesuai dengan waktu itu ajelah......Al Hamdulillah ...akhirnya saya berjaya dapat jawatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah. Kalau nak kira kelulusan...hanya lulus B.Ec. (UKM) tanpa kepujian..kelulusanpun cukup makan aje. Bahasa Inggeris tunggang langgang. Nak harapkan 'kabel' bawah tanah atau 'kabel atas talian'..jauh sekali.. apatah lagi sokongan-sokongan VVIP. Itulah satu-satunya permohonan kerja yang saya buat dan itulah satu-satunya temuduga yang saya dipanggil dan akhirnya saya berjaya juga. Dikalangan 9 orang yang dilantik pada waktu itu hanya saya seorang sahaja yang hanya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Tanpa Kepujian kerana saya belajar setakat tahun 3 sahaja di UKM. Kalau nak buat Kepujian kena sambung satu tahun lagi. Sayapun tercari-cari juga atas dasar apa saya dipilih....sedangkan banyak lagi rakan-rakan yang memohon mempunyai kelayakan yang lebih tinggi, lebih profesional serta mempunyai sokongan yang begitu kuat dari VVIP dan mempunyai orang dalam lagi. Mungkin kelainan yang saya buat itu kut.
Mungkin juga pada waktu akhir sessi temuduga tersebut..Pengerusi Panel ada bertanya kepada saya...Ada apa lagi yang saudara Asri nak bercakap sebelum ditamatkan temuduga ini:
Saya hanya berkata" Dato', berilah satu peluang kepada saya untuk saya menunjukkan bakat dan kebolehan saya...Beri tempoh setahun sahaja untuk membuktikannya. Saya berjanji akan memberikan yang terbaik jika dipilih sebagai anggota perkhidmatan awam kerajaan negeri Kedah. Saya berjanji dihadapan Dato' dan tuan-tuan bahawa saya adalah seorang yang berdisiplin, suka bekerja, amanah, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak mengira masa kerja, melaksanakan tugas yang diarah dengan sebaik mungkin dan segera serta akan menjadi pegawai yang boleh menjadi contoh teladan .. .saya rela ditamatkan perkhidmatan jika gagal menunjukkan dan menunaikan janji yang dibuat ini dalam tempoh setahun selepas dilantik....begitulah lebih kurang yang dapat saya 'recall' balik.....
Rasanya dengan akujanji ini yang telah saya tanam sejak awal mula bekerja telah menyebabkan saya seperti sekarang ini...tidak tergelincir teruk dari landasan..kadang-kadang tu tergelincir juga sikit tapi kembali ke landasan. Akujanji ini telah menyekat saya dari melakukan perkara-perkara mungkar dan tidak amanah terhadap tanggungjawab yang diberikan..Terasa amat bersalah jika gagal melaksanakan tugas yang diarahkan ..Harap ianya begitu sehinggalah tamat perkhidmatan saya. ...
Oklah rasanya saya sudah ketandusan idea bila sampai kat sini..rasanya dah banyak sangat saya tulis ni..panjang-panjang sangat bikin orang bosan untuk baca....kalau sesiapa baca rencana dan praktikkannya dan akhirnya mendapat reaksi positif dari institusi tempat kita mohon kerja dan akhirnya bawa kejayaan..maka saya harap-harap tolong bagi tahu kat saya ....dalam komen tajuk ini..Bolehlah saya perbaiki lagi......
Nanti kalau ada idea mai lagi saya akan pagut lagi keyboard ini.
Untuk kembali ke blog indok klik saja di sini: http://www.semangatjati.blogspot.com
Mohd Asri Redha b. Abdul Rahman
Teratak Kasih
Alor Setar
http://semangatjatikarya.blogspot.com/2010/04/seminggu-dua-ni-saya-terlibat-secara.html
Comments
Post a Comment