Integriti Dan Urus Tadbir Perkhidmatan Awam
Catatan.. Mohd Asri Redha
Tarikh: 04 September 2012
Salam Sejahtera Pembaca maya sekalian...
Moga berada dalam keadaan sihat walfiat.. Kelmarin dan hari ni saya
mencuri sedikit ruang masa kerja yang yang tidak berkesudahan dengan
mengikuti 'Seminar Pemantapan Integriti Dan Urus Tadbir Perkhidmatan
Awam' yang diadakan selama 2 hari dari hari ini hingga 4 September 2012.
Tempat seminar ialah di Hotel Park Avenue, Sungai Petani.. Temanya
menarik juga iaitu 'Inovasi Pemangkin Transformasi'
Hari pertama dimulakan dengan ceramah berkenaan 'Integriti Penjawat
Awam..Kenapa DiPersoalkan' oleh Dr Abu Bakar Sarpon- Timbalan Presiden
Institute Integriti Malaysia.... Integriti adalah kualiti unggul yang
ujud dalam diri seseorang yang dilihat dari perspektif akhlak , moral,
nilai dan etika.
Saya
sendiri sebenarnya kerap juga mengikuti pelbagai seminar dan kursus
berkenaan integriti. Seminar integriti sebelum ini saya turut hadir dan
laporan panjang lebar ada saya ada saya catatkan dalam blog sebelum
ini.. seperti link dibawah.. Klik saja kat situ..
http://beritakcs.blogspot.com/2011/09/mari-kita-berubah-seminar-pemantapan.html?utm_source=BP_recent
Namun saya tetap juga menghadiri seminar ini atas dasar untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahun saya disamping menerapkan lebih mendalam lagi akan tahap integriti dalam diri yang serba lemah ini.
Saya sedar sebagai manusia yang serba kekurangan tahap ketahanana diri
seseorang tidak sama. Kadang-kadang lama-lama kita leka dan lupa akan
tanggungjawab hakiki yang patut dilakukan. Kita hanyut dengan kemewahan
dan kuasa yang kita ada dan miliki dan kita lupa janji kita pada rakyat
dan kerajaan serta kepada Allah SWT yang satu itu, Maka pada akhirnya
manusia akan terjebak masuk dalam isu penyalahgunaan kuasa dan rasuah
demi kepentingan diri sendiri..
Inilah yang saya amat2 takut kalau2 terjadi pada diri saya dan sahabat2.
Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk dan hidayahnya yang
berterusan pada diri ini yang serba kekurangan dengan segala macam
kelemahan yang ada.
Sebab itu saya kena selalu memperingati diri saya sendiri dan juga
mengikuti kursus dan apa-apa latihan, seminar dan sebagainya agar dapat
mengembalikan perjalanan hidup ini ke landasan yang betul jika ianya
cuba tersasar jauh.
Berdasarkan ceramah yang diberikan itu saya tertarik tentang fakta yang diberikan oleh beliau iaitu kenapa Jepun dan Switzerland menjadi negara yang amat maju dan terkenal dalam pelbagai bidang serta menjadi negara yang paling dipercayai... Fakta tersebut ialah seperti berikut:-
a. Akhlak, adab, amalan hidup mereka yang begitu menakjubkan
b. Penduduknya berintegriti
c. Bertanggungjawab
d. Keluhuran undang2 dan peraturan dan mereka amat menghormatinya.
e. Menghormati hak majoriti
f. Menghormati autoriti
g. Kebrahian bekerja (The passion of works)
h. Berusaha untuk berjimat dan melabur
i. Kesungguhan untuk lebih produktif
j. Ketepatan MASA
Fakta ini adalah merupakan hasil dari kajian ilmiah yang dibuat oleh
pakar akademik seluruh dunia. ..Jadi macam mana saudara-saudari semua...
mampukah kita ikut sepertimana fakta yang sebutkan diatas tadi.
Realitinya sekarang ini saya tidak nampak peratusan yang tinggi untuk
mencapai seperti mana fakta tersebut... Lihat sahajalah akhlak
orang-orang kita memandu dijalan raya, lihatlah juga perangai sebahagian
rakyat negara ini yang buang sampah ikut suka saja tanpa ada perasaan
bersalah pada jiran, lihat sahaja penipuan yang dilakukan oleh penjual
terhadap pelanggannya, lihat sahajalah sikap orang kita yang tidak
mengikut peraturan lalulintas jalan raya, lihatlah juga cara orang kita
bekerja yang banyak menghabiskan masa untuk tujuan lain, itu tidak
tengok lagi janji-janji kita yang tidak menepati masa.., rasuah, tidak
mempercayai keputusan majoriti, tidak menghormati dan melanggar
peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasanya dan segala macam
lagilah perkara-perkara negatif yang tidak perlu saya ceritakan disini.
Kerana adanya perkara-perkara negatif yang dibuat oleh sebilangan kecil
rakyat kita inilah yang telah menenggelamkan kebaikan dan perkara
positif yang dibuat oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.
Saya amat mengharapkan satu gelombang secara besar-besaran akan berlaku seperti fakta diatas.. maka barulah kita dapat tunjukkan hasilnya yang pada akhirnya memberi kebaikan yang sangat besar kepada rakyat Malaysia ini. Inilah transformasi yang kita mahukan...
Saya amat mengharapkan satu gelombang secara besar-besaran akan berlaku seperti fakta diatas.. maka barulah kita dapat tunjukkan hasilnya yang pada akhirnya memberi kebaikan yang sangat besar kepada rakyat Malaysia ini. Inilah transformasi yang kita mahukan...
Datuk Bandar MBAS turut menandatangani surat
akujanji integriti korporat sebagai komitmen
dan kesungguhan MBAS untuk meningkatkan
tahap integriti dikalangan warga MBAS
|
Tertarik saya dengan ceramah oleh Prof Tan Sri Dato' Dzulkifli bin Abdul
Razak atas tajuk 'Transformasi Pengurusan Ke Arah Kecemerlangan
Organisasi'.... Menariknya ialah sebarang perubahan transformasi kearah
yang lebih baik terletak kepada sumber manusia. Kakitangan yang ada
perlu ada pemikiran yang sihat dan mempunyai persepsi yang positif serta
peribadi kelakuan yang berhemah. Semua ini bergantung kepada hati
manusia itu sendiri atau kalbu yang mana terletaknya akal, tempat
dimana bersemayamnya roh, yang memandu perjalanan dan hala tuju
pemikiran dan tingkah laku individu. Memandangkan kalbu sebagai tempat
dimana terletaknya roh maka sebarang kerosakan kepada kalbu akan
memberi kesan yang menggugat kestabilan seseorang individu itu. Bila roh
tidak tenteram ianya memberi kesan kepada jasad dan jasad yang rosak
akan memberikan pelbagai kesan keresahan , kebimbangan, kemurungan dan
sebagainya. Bila ini berlaku maka bagaimana mungkin kita boleh
mentransformasikan pengurusan organisasi kearah lebih cemerlang. Oleh
itu amat wajar setiap individu itu dibimbing kearah pengukuhan
kerohanian dan spritual agar setiap orang itu menjadi lebih kukuh dan
mantap.
Ada juga tajuk ceramah berkenaan 'Blue Oceon Strategy' . Yang ini saya tidak mahu ulas panjang kerana konsep dan pemahamannya telah saya cerita dalam blog sebelum ini seperti mana link dibawah ini. Kalau berminat klik kat situ...... :
http://beritakcs.blogspot.com/2012/05/blue-ocean-strategy-satu-pendekatan.html
'Budaya Transformasi Prasyarat Kecemerlangan Perkhidmatan Awam' satu
tajuk yang juga menarik disampaikan oleh Prof Madya Dr Idris bin Md Noor
dari UNIMAP... saya setuju benar dengan tajuk ini. Budaya-budaya
transformasi kena sentiasa dijadikan kebiasaan dalam urusan pekerjaan
harian. budaya 'hired and fired' kena dimulakan tanpa pilih kasih dan
belas kasihan. Orang yang produktif tiada masalah dengan segala
peraturan dan arahan yang dikeluarkan, tapi tentunya orang tidak
produktif ada masalah besar kalau hendak kekal dengan sikap dan perangai
lamanya, kerana dalam budaya transformasi adalah budaya kerja
cemerlang, budaya kerja positif, berinovasi, kreatif, proaktif dan
perubahan sikap yang lebih positif dalam segala aspek dan mempunyai
peribadi yang mulia. Kalau kebiasaan lama penyegan, berkira, ponteng
kerja, kerja tidak 'tera' mana, suka pertikai arahan ketua dan
sebagainya tentunya sukar mencapai kecemerlangan dalam organisasi
perkhidmatan awam. Ketegasan amatlah penting kalau mahu berjaya.
http://semangatjati.blogspot.com/2012/09/integriti-dan-urus-tadbir-perkhidmatan.html
http://semangatjati.blogspot.com/2012/09/integriti-dan-urus-tadbir-perkhidmatan.html
Comments
Post a Comment