DALAM DIRI KITA TENTANG SYAITAN... 15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita : - pintu marah - cinta dunia - kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu) - panjang angan-angan - rakus - bakhil - suka pada pujian - riak - ujub (merasa kagum) - takut dan gelisah - buruk sangka - memandang rendah pada orang lain - merasa suka pada dosa - merasa aman daripada pembalasan “ALLAH” - putus asa daripada rahmat “ALLAH” 15 Senjata Menghalang Syaitan: - Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik) - Banyakkan berzikir - Banyakan Beristigfar - Baca “la i’ la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min” - Jangan tidur berseorangan - Baca doa pagi dan petang - Bersugi - Melaksanakan solat jemaah - Berwudhuk sebelum tidur - menutup aurat - Membaca doa masuk tandas. - Banyak berselawat pada hati - Bertaubat, beristighfar - Banyakan baca Al-Quran - Membaca surah Yassin setiap pagi Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan - Rumah yang bersih - Penghuni ...
Posts
Showing posts from April, 2012
- Get link
- X
- Other Apps
Keburukan Tidur Lewat Petang (lepas Asar) “Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).” Setengah ulama mengatakan: “Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri. P/S : hah!!! tidur lagi lepas asar... kan dah giler... nasihat pada semua dan pada diri aku sendiri... sebab aku juga ada tertidur lepas asar... penat =..=" so.. tak elok kan.... semoga sama-sama ada kesedaran... :) http://busuk.org/ping/view/6588
- Get link
- X
- Other Apps
Jangan Menghina Orang Lain Ayat Al-Quran Yang Melarang Daripada Menghina Orang lain Maksudnya: "Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu maka merekalah orang yang zalim. " ...
- Get link
- X
- Other Apps
Keburukan Facebook Yang Perlu Kita Tahu by intankuterpilih Aku pasti semua orang tau facebook itu apa, dan aku yakin ramai antara korang yang baca blog IntanKuTerpilih.com ni mempunyai akaun facebook, ye tak? Ok tanpa mukadimah panjang-panjang, di sini aku senaraikan beberapa keburukan facebook menurut pendapat dan pemerhatian aku. gambar credit to mr google 1) Leka Bermain Game Kalau korang perasan, dah makin banyak game baru dalam facebook yang wujud. Kepada yang memang gile dengan game, bila sekali dah terjebak, memang tak boleh nak tinggal dah. Memang dalam kepala asyik ingat game facebook je, pendek kata log in saje facebook, terus bukak game. Dan game ini boleh melekakan kita. 2) Melalaikan Setuju tak kalau aku cakap facebook ini melalaikan kita? Masakan tidak, bila sampai saje office, on komputer dan terus terjah facebook. Kadang-kadang takde apa pon, nak kata selalu orang private message, tak juga. Nak kata kite ni glamour di fa...
- Get link
- X
- Other Apps
Kebaikan Facebook Yang Perlu Kita Manfaatkan by intankuterpilih Pada entry yang lepas, aku ada menyenaraikan Keburukan Facebook Yang Perlu Kita Tahu . Untuk entry kali ini pula, aku akan senaraikan Kebaikan Facebook Yang Perlu Kita Manfaatkan. pic credit to mr google 1) Menyebarkan Dakwah Facebook adalah satu platform yang sangat sesuai untuk kite menyebarkan dakwah. Andainya huraian dakwah itu bukan dari kite pon, kite boleh sharekannya untuk dikongsi kepada friendlist kite. Dan mungkin juga friendlist kite itu pon akan ikut share juga. Jadi semua orang boleh baca dan amalkan bersama. Kite pon dapat pahala. 2) Menghubungkan Sahabat Lama Facebook juga boleh menghubungkan sahabat-sahabat yang lama terpisah. Bukan saje sahabat lama, malah bekas-bekas guru juga boleh disatukan di dalam facebook. Jujur aku kata, dari laman facebook lah aku dapat berhubung kembali dengan sahabat lama, tak kiralah dari sekolah tadika hinggalah dah bekerja. Ini ...
- Get link
- X
- Other Apps
PENGALAMAN SEORANG IBU MELAHIRKAN ANAKNYA Pada pagi 16 September 2011, aku tak ingat pukul berapa, mungkin dalam pukul 8 agaknya, aku telah ke tandas untuk buang air, tiba-tiba aku terperasan terdapat lendir melekat di seluarku, dengan tenang aku berkata dalam hati, ‘owh, dah keluar tanda, dah nak bersalin la nie..’, kemudian aku meneruskan hajatku untuk membuang air. Selesai aku melepaskan hajatku, aku terus keluar lalu memaklumkan kepada suami juga mak. Seperti biasa, aku bersarapan dan mandi, manalah tau pagi tu juga aku terberanak kan… Pada hari tu juga aku dah rasa sakit-sakit selang 20 minit. Sakitnya datang taklah lama, lebih kurang 5 saat je, tapi azabnya hanya Allah dan ibu-ibu saja yang tau. Bapak-bapak hanya tau tengok je. Hehehe. Sambil menahan sakit yang membuatkan aku berpeluh-peluh tu, sempat jugalah aku update status Facebook untuk memaklumkan keadaan aku ketika tu. Suami aku pula melakukan solat hajat dan menyediakan air zam-zam yang telah...
- Get link
- X
- Other Apps
Tips Mengenali Pasangan Suami/Tunang Orang Atau Bujang by intankuterpilih Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia Ekoran dari entry lepas, Tak Sempat Bertunang Dengan Suami Orang , yang mana isu berkenaan mengenai pasangan wanita ditipu hidup-hidup oleh pasangan lelaki tu, maka untuk entry kali ni pula, aku dengan sukarelanya ingin berkongsi tips penting bagaimana mengenali pasangan itu suami/tunang orang ataupon bujang. Pada kaum wanita aku nasihatkan, jangan terlalu percaya dengan pujuk rayu pasangan yang baru korang kenali, kerana korang belum mengenali dia dengan lebih mendalam lagi. Sebaiknya kaji dulu samada dia suami/tunang orang ataupon betul masih bujang. credit to mr google Caranya: 1) Usia Pertama sekali perlu tahu berapakah usia sebenar lelaki tersebut. Jika lelaki tersebut dalam lingkungan 20 ke 25 tahun, kebarangkalian masih bujang tu mungkin tinggi, tapi kalau usia 25 tahun ke atas, kebarangkalian sudah berkahwen pula tingg...
- Get link
- X
- Other Apps
JANGAN GANGGU SUAMI SAYA DI FACEBOOK JANGAN GANGGU & MENGGATAL DGN ISTERI/SUAMI ORG:) artikel ini sgt menarik utk tatapan kwn2 fb...sepjg pengalaman sy menjd fotografer, byk perempuan yg "gedik" menghampiri sy walau dah tahu sy dah kawin, sikap mereka buat sy menyampah sebenarnya. Isu perceraian yang menjadi topik hangat ketika ini 'semakin menarik' apabila seorang pengamal undang-undang memberi tips kepada isteri-isteri teraniaya mengenai cara berdepan perampas suami mereka. Peguam berkenaan, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, isteri yang diceraikan disebabkan suami mereka digoda orang ketiga boleh menyaman wanita yang menjadi punca penceraian rumah tangga mereka. Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO memberitahu, satu pasukan peguam syarie boleh dibentuk bagi membantu isteri yang teraniaya akibat cinta suami beralih arah. Menurutnya, terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan ...