UNTUKMU WAHAI.. MUSLIMAT

Image(223)
Wahai Muslimat..
Aku tahu engkau tidak suka pada orang yang selalu bagi nasihat padamu. Kalian selalu mengangap aku ni pengacau hidupmu dan busy body perihal peribadimu. Dari aku berada di sekolah menengah hinggalah aku berada di IPT, aku selalu bertemu dengan muslimat yang benci pada pendakwah. Mereka kata aku ni tak pandai dakwahlah, tak berhikmahlah, perasan alimlah, tak sedar dirilah, penyibuklah, buang masa dialah, nak busy body oranglah dan macam-macam lagi tomahan yang dilemparkan pada pendakwah. Jikalah tidak berhikmah, kenapa ramai yang dapat terima dakwah aku? Aku pun pelik dan ajaib dengan muslimat yang belajar agama ni. Kenapa mereka tak pratik ilmu mereka? Kenapa mereka berkata dengan angkuhnya bila ada ada yang menegur mereka, lalu mereka jawab dengan angkuh dan bongkaknya. Inilah diantara jawapan mereka: “ aku pun belajar agama juga”, ‘pointer result aku lebih tinggi dari kau’, ‘macamlah kau baik sangat’, ‘ mak bapak aku pun tak pernah tegur macam ni’, ‘aku punya hal ah, apa kau nak sibuk?, ‘nak berdakwah, tengoklah diri sendiri dulu’, ramai lagi ustazah yang alim-alim tapi pakai lebih teruk macam aku’, ‘jika kau tegur aku tak pakai stoking, pergi tegur lecture yang tak pakai stoking dulu’ dan banyak lagi kata-kata yang dilontarkan oleh muslimat yang angkuh bila ditegur dan dibagi nasihat.
Tulisan aku ini tujukan khas kepada muslimat yang ada ilmu agama dan belajar didalam bidang agama. Tulisan untuk muslimat yang tidak perkhususan didalam bidang agama akan menyusur kemudian. Sekarang aku nak rawat dulu penyakit muslimat dan akhawat yang ada sijil SMU, STAM, Diploma dan Degree Syariah, Usuluddin, Dakwah, Quran dan Sunnah, Pendidikan Islam, Muamalat Islam dan semua muslimat yang belajar agama secara khusus. Semua list diatas aku akan singkat dengan kalimah U (Ustazah)
Sebenarnya aku kesal dan sedih dengan sikap dan akhlak U yang telah mendalami ilmu agama tetapi tidak pratis ilmunya didalam kehidupan seharian. Aku banyak bergaul dengan dengan golongan U ni, memang aku tidak sangkalah dengan title U mereka ni, mereka sanggup buat perkara yang diharamkan oleh Allah. Aku tahu, bukan aku seorang sahaja yang mengetahui akhlak golongan U pada hari ini, kawan-kawan lain yang berada didalam fakulti agama pasti akan dapat bagi penjelasan lebih baik lagi dari aku mengenai golongan U yang tidak berakhlak seperti akhlak yang mereka pelajari. Aku malu pada siswi yang tidak tergolong dikelompok U tetapi akhlak dan maruah mereka lebih baik dan Iffah dari golongan U ni. Pada hari ini, golongan U berpendapat bahawa mereka mestilah bersikap elegant, up to date, semasa, dan tidak jumud. Aku tak menyatakan salah untuk mereka memajukan diri mereka, tetapi jangalah sampai melanggar syarak yang telah ditetapkan oleh Allah. Di antara yang aku tak puas hati dengan golongan U ni ialah dari penampilan pakaian, meraka ni kadang-kadang lebih teruk dari minah rempit (bukan semualah), dengan pakaian nipisnya, ketatnya, tudung singkat sehingga menampakkan bentuk dada, stoking tak pakai dan macam-macam lagilah. Mereka ni nak digelar sebagai U yang up to date. Yang aku bengangnya, ada Ustazah dan Lecture yang biadap dengan hukum Allah, bila ada student tegur kesilapan ustazah yang berterampilan seperti artis dan selebriti, dia hina dan cacin pula student tu, kalaulah aku berada ditempat student tu, confirmn aku hentam habis-habisan lecture yang bertitle U ni, aku sanggup dibuang Universiti daripada aku membiarkan kemungkaran berlaku dihadapan mata aku. Bukan apa, jika lecture yang bertitle U ni terus dibiarkan untuk melakukan kesalahan dan memutarbelikkan hokum Islam untuk kepentingan peribadi, pasti pelajar-pelajarnya yang mendengar ucapan itu akan jadikan hujah bila berhadapan dengan pendakwah, ia bukan sahaja sesat tapi menyesatkan orang lain pula. Betapa besarnya dosa orang yang memutarbelikkan hokum Islam demi untuk mepertahankan dirinya.
Wahai golongan U..
Aku tak sanggup melihat Islam dihina dan difitnah disebabkan oleh sikap dan akhlak kalian. Apa kata golongan yang bukan U pada kalian? Mereka amat susah nak terima dakwah Islam jika kalian bersikap demikian. Bila ada pendakwah menyeru mereka pada kebaikan, pasti mereka akan jadikan kalian sebagai hujah untuk mereka berlepas diri. Tidakkah ini satu fitnah yang amat besar melanda umat Islam? Jangan kalian menjadi salah satu agen yang merosakkan Agama Allah di muka bumi ini. Kalian bukan budak-budak lagi yang nak menilai diantara haq dan bathil, kalian ada ilmu agama yang kalian boleh jadikan panduan didalam hidup kalian. Kenapa perlu mengikut golongan yang tidak ada agama seperti wanita-wanita jalang berada dijalanan? Kalian adalah permata ummah yang berkilaun, mutiara Agama yang berharga dan hiasan dunia yang tidak ternilai harganya. Kenapa kalian menjatuhkan martabat kalian itu lebih teruk dari sampah dijalanan? Dimana harga ilmu yang berada didalam dada kalian?
Wahai kelompok U..
Kalian adalah role model dan idolah kepada Muslimat lain, kalian adalah ikutan kepada akhawat lain dan kalian adalah panduan terhadap wanita-wanita lain. Jangan kalian sesatkan mereka dengan penampilan seperti jahilliah, personality seperti wanita murahan, akhlak seperti perempuan jalang dan peribadi seperti wanita laknat. Wahai kelompok U, kalian akan dipertanggungjawab dengan semua ilmu yang kalian pelajari, kalian akan disoal dengan peribadi yang kalian amalkan, dan kalian juga akan dipersoal dengan akhlak yang kalian tunjukkan untuk ummah ini.
Wahai teams U..
Kalian boleh untuk marah dan menentang para pendakwah yang menyeru kalian, tapi ingat.. kalian tak akan mampu untuk marah pada mungkar nangkir dan kalian tak akan mampu untuk menentang Malik Ridhwan di neraka kelak. Jika kalian rasa kebal dengan api neraka Allah, teruskan sika[ dan akhlak kalian yang banyak tersasar dengan apa yang telah kalian pelajari. Bukankah kalian belajar tentang hokum aurat? Tetapi kenapa masih tidak berstoking? Kenapa tidak labuhkan tudung hingga kedada? Kenapa tidak pakai pakaian yang tebal? Kenapa selalu bertabarruk? Kenapa sentiasa berwangi-wangian? Kenapa masih bersikap macam wanita jahilliah? Kenapa masih suka menari-nari? Kenapa masih bercakap seperti wanita yang punya lisan yang biadap? Kenapa suara masih mendayu-dayu dengan lelaki? Kenapa suka mengumpat? Kenapa menghina pendakwah yang menegur kalian?. Bukankah perkara yang aku listkan diatas itu telah diharamkan oleh syarak dan ada dalil yang jelas lagi terang?. Kalian masih lagi mahu berhujah dengan dalil-dalil syarak? Silakanlah.. kalian kan lebih hebat dari Allah dan Rasullullah SAW, kalian kan lebih up to date dari Al-Quran dan As-Sunnah.. memang kalian hebat.. hebat sangat-sangat…
Wahai group U..
Aku coretkan sedikit tatacara berpakaian cara Islam pada Kalian.
Pakaian menutup aurat lindungi wanita Islam
Oleh Ahmad Tarmizi Zakaria
KEPESATAN ekonomi negara membawa rahmat dan rezeki yang melimpah ruah kepada seluruh masyarakat. Kepesatan ini menyediakan peluang pekerjaan yang begitu banyak kepada rakyat, termasuk wanita.
Tidak dinafikan, ramai wanita Islam yang bekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta. Bilangan ini semakin hari semakin bertambah dan tentulah mengundang pelbagai persoalan, terutama dari aspek berpakaian. Adakah sesuai atau tidak pakaian yang dipakai oleh wanita ketika bekerja iaitu dari sudut moral dan lebih-lebih lagi, dari sudut agama.
Dalam hubungan ini, Islam tidak mensyaratkan jenis, bentuk serta potongan pakaian tertentu yang seharusnya dipakai oleh seseorang wanita. Apa yang dikehendaki oleh agama adalah menutup aurat dan menjaga kesopanan serta kebersihan ketika bekerja.
Untuk itu, wanita yang sedar akan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah, semestinya berasa terikat dengan peraturan dan hukum syarak. Mereka sentiasa sedaya upaya melakukan sesuatu yang diredai Allah.
Pada masa ini, dapat dilihat pelbagai bentuk fesyen yang kebanyakannya masih mendedahkan aurat. Ia berpunca daripada tiadanya kesedaran atau kefahaman terhadap peraturan pakaian sebenar menurut Islam. Oleh itu, masih ada umat Islam yang tidak faham pengertian aurat itu sendiri.
Hakikatnya, dalam Islam tidak ada satu peraturan tertentu dalam menentukan jenis pakaian. Hanya ditetapkan bahawa aurat wanita adalah keseluruhan tubuh badannya, kecuali bahagian muka dan dua tapak tangan hingga pergelangannya yang wajib ditutup.
Secara umumnya, dapatlah dikatakan bahawa perubahan fesyen pakaian wanita sekarang begitu berkembang luas. Perubahan ini mempengaruhi apa juga keadaan baik dalam keadaan bekerja atau pun tidak.
Bagaimanapun, harus diingat bahawa Islam bukan agama yang sempit dan menyusahkan umatnya. Islam juga tidak menentang permodenan, tetapi biarlah menjurus ke arah yang betul dan tidak terkeluar daripada lunas hukum syarak.
Ada sebilangan orang berasa tidak moden atau tidak mengikut zaman, apabila mereka tidak mengikuti perkembangan fesyen. Pendapat ini sebenarnya tidak salah sekiranya dia berpendirian untuk menjaga ketentuan hukum syarak yang tidak boleh diabaikannya. Namun, apa yang menjadi masalah sekarang, ada yang mengikuti perubahan fesyen hanya memenuhi keinginannya semata-mata tanpa memahami batas aurat dalam Islam.
Dalam menjaga kesejahteraan umat, Islam meletakkan beberapa garis panduan etika berpakaian yang mesti dipatuhi. Antaranya mengharamkan mendedahkan aurat wanita Islam di hadapan orang yang bukan muhrimnya.
Menutup aurat menurut pandangan Islam adalah berdasarkan syarat berikut:
l Menutup seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua belah tangan.
Islam menentukan batas yang harus (boleh) dibuka iaitu muka dan dua tapak tangan, manakala bahagian lainnya pula wajib ditutup.
Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad saw) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mentua mereka atau anak mereka atau anak tiri mereka atau saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara mereka yang perempuan atau perempuan Islam atau hamba mereka atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi mengenai aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah. Wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya." (Surah an-Nur, ayat 30 - 31)
l Berpakaian yang tidak membayangkan kulit dan bentuk tubuh.
Antara tujuan berpakaian menurut Islam untuk menutup atau melindungi bahagian tertentu pada badan. Tetapi, sekiranya wanita itu memakai pakaian nipis atau jarang hingga boleh dilihat warna kulitnya dan aurat yang sepatutnya ditutup, maka ini bererti pakaian yang dipakainya tidak berfungsi lagi.
Wanita yang berpakaian sebegini disifatkan oleh Rasulullah sebagai wanita berpakaian tetapi berbogel. Mereka bukan saja dilaknat oleh Allah, malah tidak berpeluang untuk mencium bau syurga. Sabda Rasulullah bermaksud: "Akan ada pada akhir umatku (kaum wanita) yang berpakaian menutup badan dan telanjang (yang berpakaian nipis atau membayangkan kulit badan/bentuknya), atas kepala mereka, laknatilah mereka sesungguhnya mereka golongan yang terlaknat."
l Tidak memakai pakaian yang ketat.
Antara tujuan menutup aurat untuk mengelak daripada berlakunya fitnah. Sekiranya wanita itu berpakaian ketat hingga jelas kelihatan potongan badan dan bahagian anggota tubuh badannya, maka keadaan ini boleh menimbulkan fitnah yang berakhir dengan pelbagai bentuk jenayah yang dikutuk oleh agama.
Usamah Bin Zaid menceritakan bahawa Rasulullah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Kalbi. Rasulullah menghadiahkan pula kain itu kepada beliau (Usamah) untuk dibuat pakaian, tetapi Usamah pula memberikan kain itu kepada isterinya.
Suatu hari Rasulullah bertanya Usamah: "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab: "Aku telah berikannya kepada isteriku." Lalu Rasulullah berkata kepada Usa mah: "Suruhlah isterimu mengalaskan kain itu dengan kain yang lain di bawahnya kerana aku bimbang sekiranya kain itu tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)."
l Tidak memakai bauan yang boleh menarik perhatian lelaki.
Abu Musa al-Asy'ari meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa juga wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan supaya dihidu bau wangi yang dipakainya, maka dia dikira berzina."
Zainab al-Thaqafiah pula menceritakan bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: "Jika salah seorang daripada kamu (kaum wanita) keluar untuk beribadat di masjid, janganlah memakai bau-bauan."
Jika difahami maksud hadis itu, wanita yang hendak ke masjid pun dilarang memakai bau-bauan, apatah lagi bagi mereka yang keluar bersia, ke tempat kerja dan sebagainya. Sudah tentu kesalahannya di sisi agama lebih besar.
l Pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki.
Menurut hadis sahih daripada Rasulullah, dapat difahami bahawa Allah melaknat wanita yang meniru pakaian lelaki. Begitu juga lelaki yang meniru pakaian wanita.
Abu Hurairah meriwayatkan: "Rasulullah melaknat orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang perempuan yang berpakaian lelaki."
Hal ini bersesuaian dengan sifat seorang wanita yang mana Islam menyarankan agar kaum wanita memakai pakaian yang sesuai dengan sifat dan kejadian mereka, lemah-lembut dan bersopan-santun.
Kesimpulannya, Islam mewajibkan ke atas setiap wanita supaya memakai pakaian yang menutup aurat iaitu menutup seluruh badannya, kecuali muka dan dua belah tangan.
Mereka juga hendaklah memilih jenis kain yang tidak membayangkan warna kulit dan tidak juga memperlihatkan bentuk tubuh badan. Begitu juga dilarang ke atas mereka untuk menghiasi pakaiannya dengan hiasan dan bau-bauan yang boleh mempesona atau menarik perhatian ramai dan menimbulkan fitnah.
Sesungguhnya, Islam tidak menentukan fesyen dan bentuk pakaian yang mesti dipakai oleh seseorang wanita itu sama ada pada masa bekerja atau tidak. Apa yang penting ia tidak berlawanan dengan batas yang ditentukan syarak
Wahai firqah U..
Ini seloka untuk kalian..
SELOKA AURAT
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau keras hati gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payah pun 'make up'.
Berbaju kurung bukanlah mengurung
Lebih elok jubah jika direnung,
Kaki pula eloklah bersarung,
Agar syaitan susah nak bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat. 

http://sham86.wordpress.com/2009/05/16/untukmu-wahai-muslimat-u-ustazah/ 

Comments

Popular posts from this blog