Kaedah Untuk Mendapatkan Khusyu` Dalam Solat
Telah berkata Sheikh Dr Abu Anas di dalam
kuliahnya tentang khusyu` dalam solat, beliau mengatakan ada 5 kaedah
untuk mendapat khusyu` di dalam solat, iaitu:
- At-Tafahhum (التّفهّم)- faham akan makna bacaan-bacaan di dalam solat.
- At-Ta`zim (التعظيم)- mengagungkan ALLAH ketika mengerjakan solat.
- Al-Haibah (الهيبة)- berasa gerun dengan kehebatan ALLAH.
- Ar-Raja’ (الرجاء)- sangat mengharapkan rahmat daripada ALLAH ketika mengerjakan solat.
- Al-Haya’ (الحياء)- malu dengan ALLAH akan kelemahan diri untuk menyempurnakan ibadah solat.
Semoga saya dan tuan/puan dapat sama-sama
menghayati nasihat ini dan cuba mempraktikkannya bagi mendapatkan
khusyu` ketika mengerjakan solat. Mudah-mudahan hidayah dan taufiq dari
ALLAH Ta`ala membimbing saya dan tuan/puan semua, amin…
Sekadar berkongsi,
muzir.wordpress.com
Comments
Post a Comment