KOLEKSI BACAAN
Petua Menyembuhkan Ketuat
Ketuat merupakan satu masalah yang biasanya tidak diambil berat melainkan jika ianya berada di tempat yang mengganggu seperti di tangan ataupun di tapak kaki.
Walaupun begitu ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkannya, antaranya ialah;- Bancuh abu ubat nyamuk dengan air. Sapukan pada ketuat setiap hari sehingga ianya hilang.
- Sapukan sedikit kapur sirih pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan kering beberapa minit dan jangan dibersihkan. Biasanya ketuat ini akan tanggal dengan sendirinya tanpa rasa pedih dan meninggalkan parut.
- Ketika memasak dan menggoreng ikan, celupkan lidi atau batang sate ke dalam minyak panas, kemudian titikkan pada ketuat tersebut. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat itu hilang.
- Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya ke atas ketuat. Biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat hilang dan gugur sendiri.
- Tumbuk lumat empat helai daun kesum kemudian campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan campuran ini pada ketuat.
Tenanglah Wahai Hati
Disediakan oleh Nurizzati Bt Mohd Alip
Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak. Tapi.. kenapa hati kita tak gembira? Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita minta sungguh-sungguh pada Allah. Tapi.. kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"
Apa masalah kita?
Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.
Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah minta ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih.. minta Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?
Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..
Pernah kita bangun malam, solat sunat... solat tahajud.. solat taubat? Pernah? Ada... waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kena ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu... ada? Ada... time dah nak exam... waktu rasa result macam ada aura nak gagal. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm... entah la, tak ingat pulak.
Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap juga tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.
Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda.
Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara yang kita buat.
Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...
Sumber : Unit Penerbitan Bahagian Dakwah, JAIS
Menyusahkan Diri Dalam Hal Yang Tidak Perlu
1
2
3
4
Allah berkata, "Katakan wahai Muhammad, "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran al-Quran ini. Aku bukan daripada kalangan orang yang mereka-reka arahan.""
~ Surah Sad, ayat 86 ~Abdullah bin Umar melaporkan, katanya, "Kami dilarang menyusahkan diri dalam hal yang tidak perlu,"
~ Bukhari ~
Masruq melaporkan, katanya, "Kami masuk berjumpa dengan Abdullah bin Mas'ud. Katanya, "Wahai sekalian manusia, sesiapa yang tahu mengenai sesuatu perkara, katakan apa yang dia tahu itu. Sesiapa yang tidak tahu, katakan, 'Allah yang lebih mengetahui'. Kerana sebahagian daripada ilmu adalah dengan menyebut 'Allah yang lebih mengetahui' dalam perkara yang saudara tidak tahu."
~ Bukhari ~
Allah yang maha tinggi berkata kepada utusannya, "Katakan wahai Muhammad, "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran al-Quran ini. Aku bukan daripada kalangan orang-orang yang mengada-adakan arahan.""
~ Bukhari ~
Siapa Takbur Dia Dikeji
- Sesiapa yang melihat-lihat keaiban diri, dia tdak akan peduli keaiban orang lain.
- Sesiapa yang tidak mengenakan pakaian takwa, dia tidak akan ditutupi dengan suatu apa pun.
- Sesiapa yang reda rezeki Allah, dia tidak akan sedih dengan apa yang ada di tangan orang lain.
- Sesiapa yang mencabut pedang kezaliman, dia akan memotong tangannya.
- Sesiapa yang menggali telaga untuk saudaranya, dia akan terjatuh ke dalamnya.
- Sesiapa yang mencabut hijab (penghadang) orang lain, akan terbukalah auratnya (keaibannya).
- Sesiapa yang memendamkan sesuatu perkara, dia akan mendapat celaka.
- Sesipa yang membahayakan dirinya, dia akan binasa.
- Sesiapa yang tidak menggunaka akalnya, dia akan dihina.
- Sesiapa yang bersifat takbur dengan manusia, dia akan dikeji.
- Sesiapa yang menyelidiki dengan mendalam sesuatu pekerjaan (perkara),dia akan berasa jemu.
- Sesiapa yang tidak berpengalaman dalam setiap urusan, dia akan dikhianati
- Sesiapa yang tahu ajal mautnya, akan pendeklah impiannya.
- Sesiapa yang bersahabat dengan oramg rendah akhlak, dia dipandang hina.
1
2
3
4
5
Allah swt berkata, "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan
segala jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya)."- Surah an-Nisak, ayat 58
Allah swt berkata, "Kemudian apabila yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak perlu bersurat, saksi dan barang gadaian), maka orang (yang berhutang) yang dipercayai itu perlu menyempurnakan bayaran hutang diamanahkan kepadanya."
- Surah al-Baqarah, ayat 283
Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad pernah berkata, "Perbuatan orang kaya menangguh-nangguhkan membayar hutang adalah perbuatan zalim. Oleh itu, apabila hutang saudara dipindahkan daripada seorang pemiutang kepada pemiutang yang kaya, saudara terimalah."
- Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Wuduk Zahir dan Wuduk Batin
Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air".
Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
- Bertaubat
- Menyesali dosa yang telah dilakukan
- Tidak tergila-gilakan dunia
- Tidak mencari/mengharap pujian orang (riak)
- Tinggalkan sifat berbangga
- Tinggalkan sifat khianat dan menipu
- Meninggalkan sifat dengki."
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
- Aku sedang berhadapan dengan Allah,
- Syurga di sebelah kananku,
- Neraka di sebelah kiriku,
- Malaikat Maut berada di belakangku, dan
- Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.
Renungan Untuk Ibu Dan Anak
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
- Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila ada masa untuk buat benda tidak baik tetapi tidak ada masa nak buat yang baik.
- Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.
- Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang. Oleh itu ibu-ibu jangan jatuhkan air mata dan anak-anak jangan buat ibu jatuhkan air mata. Menangislah kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
- Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
- Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
- Membaca al-Quran sehingga menitis air mata.
- Memandang wajah ibu yang sedar tidur atau sedar sehingga berlinang air mata.
- Anak
- Ibu
- Suami.
Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya tidak akan menangis di hari kematian ibunya, cuma menangis dalam hati sahaja. Oleh itu bagi sesiapa yang masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu.
Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Mati itu tak lama lagi, kiamat pun sudah hampir, apakah kita masih lagi leka dan tak mahu berubah? Bayangkan diri dibakar api 10 saat sahaja sudah kita tak tahan, apatah lagi dibakar dalam neraka beribu-ribu tahun yang mana apinya 70 kali lebih panas dari api dunia?
Hakikat manusia tak nampak benda ghaib, jadi mudah terleka, hanya iman sahaja sebagai kekuatan untuk mentaati Allah, berubahlah selagi roh dikandung jasad..
Pernah tak kita fikir berapa banyak garam yang Allah letak dalam laut kerana setiap hari beribu sungai mengalir ke dalam laut, tapi kemasinan air laut tetap tak pernah kurang.
Begitu juga iman, seorang yang istiqamah dalam melakukan ketaatan pada Allah dan sunnah Nabi s.a.w, maka ia akan kekal begitu (terjaga) walau didatangi pelbagai ujian dan cubaan.
Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH, kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, mereka juga boleh tinggalkan kita.
Comments
Post a Comment