* Saya mengakui mereka (Jepun & Korea) menjaga bahasa ibunda mereka dan menggunakannya dalam bidang profesional.
* Bahasa Inggeris bukan satu-satunya bahasa ilmu.
* Bahasa pasar, bahasa rojak, bahasa sms,
bahasa remaja...adalah normal dan berlaku juga kepada bahasa-bahasa lain
namun kita perlu tahu di mana boleh kita menggunakannya.
* Sektor kerajaan sendiri masih tidak
mengamalkan bahasa Melayu sepenuhnya seperti kata Dato Dr. Rais Yatim
(YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim) Menteri Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan 'sekerat belut sekerat ular' .
* DBP akan melaksanakan program Ziarah Bahasa di sektor kerajaan agar kesilapan ini dapat diperbetulkan.
-
Raja Petra Kamarudin
Raja Petra Kamaruddin (RPK) adalah seorang blogger. Blog beliau banyak mencetuskan kontroversi deng…
* DBP sendiri akan melaksanakan audit bahasa dalam DBP.
* Bukan tugas DBP menurunkan papan iklan yang menyalahi struktur ayat dan dan tatabahasa Bahasa Malaysia.
* Antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia tidak timbul soal bahasa negara mana yang lebih mantap dan berdaulat.
* Presiden Indonesia Mergawati berucap
dalam bahasa Indonesia di acara pentas dunia maka pemimpin kita wajar
mengambil tindakan yang sama.
* Semua bangsa yang besar adalah bangsa yang memuliakan bahasa kebangsaan mereka.
*
Komuniti korporat tiada masalah dalam menggunakan bahasa Melayu (pada
sidang akhbar) namun mereka terbelenggu oleh persepsi psikologi yang
sebelum ini menggunakan bahasa Inggeris.
* DBP menyedari dan menerima persepsi negatif yang diberikan dan dari situ akan bergerak untuk memperbaiki DBP.
* RTM wajar menjadi pelopor sebutan baku agar stesen televisyen yang lain datang segan silunya
* Bahasa Melayu bukan lagi milik bangsa Melayu. Inilah bahasa ibunda kepada pemegang My Kad dan My Kid.
* Jangan jadikan globalisasi sebagai alasan untuk mempraktiskan bahasa Melayu sebagai bahasa negara.
Comments
Post a Comment