MUNGKIN BEGINILAH KEADAAN MAYAT KITA BILA DI DALAM KUBUR KAN?
Bismilllahirrohmanirrohiimm…
Aku
banyak menonton video youtube hari ni…dan dalam banyak-banyak tu aku
jumpa video ini…kalau diperhatikan…memang biasa saja videonya…dah
selalu sangat kita tengok di alam nyata… Tapi apa yang aku nak kongsikan
ni adalah…beberapa perkara yang mungkin berguna untuk kita semua…
mungkinkah begini agaknya keadaan mayat kita bila di dalam kubur??
1.
Mungkinkan yang paling utama yang mereputkan dan menghilangkan daging
dari mayat bukanlah ulat-ulat di dalam tanah tetapi semut?
2.
Tulang manusia tidak akan hancur sehingga kiamat kecuali di bakar…
Bukti? Penemuan rangka manusia berusia beribu-ribu tahun… dan janji
ALLAH pada hari kebangkitan…
3.
Semut adalah serangga yang paling banyak di muka bumi…kenapakah ALLAH
menjadikan semut lebih dominan daripada mana-mana serangga lain??
Wallahua’lam…
Itu sahaja persoalan aku….kalian boleh menontonnya di sini…hehehe..Sekian..selamat menonton dan menginsafi diri…
Jenis-Jenis Kubur dan Perkebumian
Kubur
Keadaan kubur atau lubang yang digali pada tahap tiada dapat keluarnya bau mayat dan dibongkar oleh binatang buas. Dengan terlaksananya syarat-syarat ini maka memadailah dalamnya. Keadaan kubur yang afdal ialah:
Keadaan kubur atau lubang yang digali pada tahap tiada dapat keluarnya bau mayat dan dibongkar oleh binatang buas. Dengan terlaksananya syarat-syarat ini maka memadailah dalamnya. Keadaan kubur yang afdal ialah:
- Kubur itu janganlah terlalu luas atau terlalu sempit.(Rujuk Rajah E-F). Panjang kubur: dilebihkan 13cm (5 inchi) daripada kepala dan kaki mayat atau keranda.
- Diutama perdalam empat hasta setengah atau setinggi orang berdiri dan dilebihkan lagi sehasta.( 1 hasta = 1/4 depa, atau 45.72 sentimeter, atau 18 inchi). Kalau 4.5 hasta = 6.75 kaki.
- Makruh lagi bidaah menanam mayat dalam keranda tanpa sebab, malah ianya menjadi wajib oleh kerana uzur, tanah mudah runtuh, seperti mayat perempuan yang tiada hadhir muhrimnya dan mudah dibongkar binatang buas.
- Diperbuat liang lahad lebih afdal jika pada tempat yang boleh dilakukannya iaitu dokorek kearah kiblat sekadar boleh memuatkan mayat dalam lubang tersebut dengan penutup yang dibuat daripada papan.
Lebih afdal membuat liang lahad di atas 3 perkara:
- Pada tanah yang keras, tidak berair, dan tidak mudah runtuh.
- Pada mayat yang tidak uzur seperti berbau, reput atau ada muhrimnya bagi yang perempuan.
- Tidak mudah dibongkar oleh binatang buas.
- Pada tanah yang tidak keras, berair, dan mudah runtuh.
- Pada mayat yang uzur seperti berbau, reput, atau tiada muhrimnya bagi yang perempuan.
- Mudah dibongkar oleh binatang buas.
Perkebumian
Ketika memasuki mayat ke dalam kubur, hendaklah bercermat dan berlemah lembut serta sunat membaca:
Ketika memasuki mayat ke dalam kubur, hendaklah bercermat dan berlemah lembut serta sunat membaca:
بسم الله وعلى ملة رسول الله صلى الله عليه وسلم
Maksudnya: Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah s.a.w.
Memasuki
mayat ke dalam kubur hendaklah dari arah 'kaki kubur' dengan
mendahului kepalanya. Semasa dikebumikan wajib muka dan badan mayat
dihadapkan ke arah kiblat serta kepalanya dilapik dengan ketulan tanah
sebagai bantal. Badan yang di miringkan ke arah kiblat dengan
belakangnya dilapik dengan tanah supaya ianya tidak kembali melentang
dan sunat semua ikatan pada mayat dirungkai. Lalu ditutupi dengan papan
serta ditimbusi dengan tanah.
Adalah
menjadi sunat orang-orang di tepi kubur menaruh tiga kepalan tanah
dari sebelah kepala mayat semasa hendak bermula penimbusan tanah pada
kubur dengan sambil membaca:
Pada kepalan yang pertama;
منها خلقنا كم
Maksudnya: Daripada tanah kamu dijadikan.
Pada kepalan yang kedua;
وفيها نعيد كم
Maksudnya: Dan kepadanya kami kembalikan kamu.
Pada kepalan yang ketiga;
ومنها نخرجكم تارة أخرى
Maksudnya: Dari tanah juga akan dikeluarkan kamu sekali lagi.
Sunat meninggikan kubur itu sejengkal dan diratakan, ditanam pohon yang hijau, batu nisan serta ditaburi batu-batu kecil.
Haram bagi membina tembok atau serupa bangunan kecil pada kubur tersebut.
Makruh
menanam dua mayat dalam satu kubur dengan tiada dinding papan atau
papan pemisah di antara keduanya.(Lihat Rajah: Liang Untuk Dua Mayat).
Harus menanam mayat pada waktu malam dengan tiada makruh.
Haram menyiram air dan wangian yang bernajis di atas kubur.
Sunat membaca talqin pada mayat yang sudah baligh serta tahlil agar diampunkan Allah dosanya
Jenis-Jenis Kubur
Liang Lahad Tepi
Liang Lahad Tengah
Liang Biasa
Comments
Post a Comment