Adab Memberi & Menjawab Salam
1
2
Assalamualaikum sahabat semua. Berjumpa lagi kita pada kali ini dengan tajuk yang lebih ringan berbanding sebelum ini.
Dalam hidup kita seharian, adakah kita memberi salam kepada kawan-kawan kita? Ataupun tak pernah? Atau sekadar "Wei bro, lama tak nampak. Apa khabar?". Tahukah kita dengan memberi salam kita mendapat ganjaran sekalipun orang yang diberi salam tu tak menjawab walhal menjawab salam itu benda yang wajib?
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (Surah An-Nisa : 86)
Balas dengan lebih baik? Macam mana tu? Mari kita sama-sama lihat balik adab-adab memberi dan menjawab salam.
Lafaz memberi salam:
Assalamualaikum (salam sejahtera ke atas kamu)
Lafaz menjawab salam:
Wa`alaikumussalam (salam sejahtera ke atasmu juga)
Lafaz salam dan ganjarannya:
- Assalamualaikum [10 pahala]. Selalu kita dengar.
- Assalamualaikum warahmatullah [20 pahala]. Jarang nak dengar.
- Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [30 pahala]. Lagi la jarang nak dengar.
- Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh [40 pahala]. Tobat ah susah nak dengar orang bagi salam macam ni. Entah-entah ada di kalangan anda yang tak pernah tahu pun adanya salam panjang ini.
Menjawab salam:
Cara terbaik menjawab salam ialah dengan melebihkan salam daripada orang yang memberi salam. Kalau nak jawab pendek pun tidak apa.
Contohnya, kalau orang beri salam 'Assalamualaikum'. Kita jawab panjang sikit dari apa yang dia beri, nak lagi panjang lagi bagus. Doa kat dia lebih sikit. 'Wa`alaikumussalam warahmatullah'. Paling panjang menjawab salam ialah Wa`alaikumussalam warahmatullahi wabarakatu wamaghfiratuh waridhwaanuh.
Ada juga beberapa lafaz salam yang sah dan tidak sah. Mari kita lebihkan ilmu kita.
Memberi salam:
Assalamualaika - dibolehkan
Salamun alaik - dibolehkan
Salam alaikum - dibolehkan
@s'kum... - Tiada apa makna
Menjawab salam:
Wa`alaikassalam - dibolehkan
`Alaikumussalam - dibolehkan
`Alaikum - tidak sah
Wa`alaikum - ada bercanggah pendapat. sesetengah ulama kata boleh manakala ulama yang lain kata tidak sah
Assalamualaikum - (menjawab sama dengan orang yang beri salam) - dibolehkan
Macam mana pula dengan orang kafir yang beri salam kat kita?
Siapa pernah kena situasi macam ni? Angkat tangan. Apa yang anda buat? Menjawab salam? Atau buat bodoh je atau memalingkan muka ke tempat lain?
Satu benda yang anda patut tahu iaitu jangan sesekali memberi salam kepada orang kafir. Haram hukumnya. Larangan memberi salam ini berlaku terhadap Yahudi, Nasrani, dan juga penyembah berhala. Kerana salam merupakan penghormatan kaum muslimin, penghormatan di dunia dan akhirat.
"salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah 'salam'." (Surah Al-Ahzab : 44)
Jadi apabila ada orang kafir yang memberi salam kepada kita maka kita (muslim) wajib menjawabnya. Bagaimana caranya? Mari kita tambah-tambahkan lagi ilmu kita.
Jika orang kafir itu beri salam tidak jelas atau dengan salam yang sengaja diubahnya seperti 'Assamalaikum' maka kita menjawabnya dengan 'Wa`alaikum' (dan atas kalian).
Jika salamnya jelas 'Assalamualaikum', maka kita jawab salam mereka 'Wa`alaikumussalam'.
Aik? Kenapa boleh jawab salam mereka dengan sempurna pulak? Kita ambil balik dalil ini.
"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (Surah An-Nisa :86)
Ayat di atas tidak di sebutkan : Apabila orang-orang muslim memberi penghormatan kepada kamu. Tetapi dengan ayat yang umum. Jadi sesiapa sahaja pun yang beri salam maka kita kena jawab.
Kalau lepas ni diberi salam oleh orang kafir maka anda dah tahu cara untuk jawab salam mereka. Jangan diam je atau memalingkan muka. Kecil hati mereka nanti.
Jadi, masa jumpa dengan kawan-kawan atau dengan sesiapa sahaja kenalan kita, berilah salam kepada mereka. Benda yang mudah dibuat dan senang dapat pahala. Insyaallah :)
Wallahua'lam

Rujukan : fatwa nuur 'ala al-darb, fatwa syeikh ibnu bazz
Assalaamu'alaikum.
ReplyDeleteDan bagaimana pula dengan hadith Nabi ini ?
Maksudnya: “Apabila kamu diberi salam oleh ahli Kitab, jawablah “wa`alaikum” Riwayat Anas bin Malik ?