Keburukan Facebook Yang Perlu Kita Tahu
Aku pasti semua orang tau facebook itu apa, dan aku yakin ramai antara korang yang baca blog IntanKuTerpilih.com ni
mempunyai akaun facebook, ye tak? Ok tanpa mukadimah panjang-panjang,
di sini aku senaraikan beberapa keburukan facebook menurut pendapat dan
pemerhatian aku.
gambar credit to mr google
1) Leka Bermain Game
Kalau korang perasan, dah makin banyak
game baru dalam facebook yang wujud. Kepada yang memang gile dengan
game, bila sekali dah terjebak, memang tak boleh nak tinggal dah. Memang
dalam kepala asyik ingat game facebook je, pendek kata log in saje
facebook, terus bukak game. Dan game ini boleh melekakan kita.
2) Melalaikan
Setuju tak kalau aku cakap facebook ini
melalaikan kita? Masakan tidak, bila sampai saje office, on komputer dan
terus terjah facebook. Kadang-kadang takde apa pon, nak kata selalu
orang private message, tak juga. Nak kata kite ni glamour di facebook,
tak juga. Tapi nak juga terjah walaupon takde apa-apa yang menarik.
Hingga kite pon tak tau kenapa kite biarkan saje on facebook tu.
3) Memaparkan Gambar Yang Mengaibkan
Tau tak gambar yang mengaibkan itu apa?
Gambar yang mengaibkan tu seperti gambar-gambar wanita yang tidak
menutup aurat, yang pakai baju seksi-seksi, dedah sana dedah sini, ada
juga gambar couple yang menjolok mata, berpeluk-peluk walaupon belum
nikah, konon nak tunjuk betapa romantiknya dan loving couplenya pasangan
tu. Sebenarnya gambar-gambar ni akan mengaibkan diri sendiri selain
menambah biakkan saham dosa kite. Yang paling best tu, siap ada member
lain tolong tagkan gambar tersebut kepada member yang lain pula. Wah
makin berganda-ganda lah saham tu, dah macam sistem piramid MLM pula.
4) Menghubungkan Kembali Kekasih Lama
Ini memang bahaya. Cukup bahaya kepada
yang dah berumahtangga. Kalau berhubung tapi tidak menimbulkan apa-apa
perasaan tak mengapalah, tapi bagaimana kalau berhubung dan menimbulkan
kembali perasaaan yang pernah berputik satu tika dulu? Siap mengimbau
kenangan-kenangan lama lagi tu, tak ke kes naya tu…
5) Luahan Di Wall
Ada pasangan bercinta meluahkan perasaan
di wall kepada kekasih. Contoh ayat-ayat seperti “Papa, I love u so
much!! Miss u like crazy, mama janji mama takkan tinggalkan papa hingga
akhir hayat”, dan si kekasih hati pon membalas, “I love u too mama, papa
pon macam tu juga”. Wah dah macam filem hindustan pula. Konon-konon nak
bagitau pada satu dunia la yang pasangan ni memang setia dan sehati
sejawa. Kalau dah bernikah tu tak heranlah juga, ni baru bercouple. Tak
perlulah nak luahkan perasaan tu pada umum, orang tau anda sedang
dilamun cinta dengan melihat pada ‘Relationship status’ tu. Lagi satu,
malu la sikit dengan golongan yang lebih tua bila membacanya. Contoh
seperti adek beradek ke, ipar duai ke, makcik pakcik sedara, sepupu
sepapat. Kan ke tak manis tu kan. Bukan apa, setiap percintaan tu belum
tentu berakhir dengan perkahwinan. Maka kalau anda beriya-iya menulis
sayang sayang di wall, tup tup satu hari hubungan ada masalah dan
terputus di tengah jalan, bukan ke malu namanya tu.
Kepada pasangan yang telah berkahwen
pula, ada dengan slumbernya bercerita masalah rumahtangga di wall. Tak
kurang juga meluahkan rasa ketidakpuashatiannya terhadap suami di wall.
Alahai, bukan tak boleh berbincang di rumah, private message ke, atau
sms ke, atau email ke, tak perlulah nak cerita semua di wall, dan ini
akan membuatkan orang lain membacanya. Secara tak langsung orang luar
akan tau masalah dalaman dalam rumahtangga.
6) Kekasih Gelap
Ada juga pasangan yang dah berkahwen
mempunyai kekasih gelap di facebook. On facebook semata-mata nak
berhubung atau chatting dengan kekasih gelap. Bukan tak tau yang
masing-masing telah mempunyai suami atau isteri, tapi tetap juga
menjalinkan hubungan dengan alasan sekadar suka-suka. Dan alasan
sekadar suka-suka itulah yang menjadikan hubungan rumahtangga menjadi
berantakan. Penyudahnya, anak-anak menjadi mangsa.
7) Terjebak Dengan Bisness Online
Ha ini lagi satu masalah. Semakin ramai peniaga online memperkenalkan barangan jualan mereka di laman facebook ini. Dan ini membuatkan golongan-golongan yang boros macam aku ni mudah terpengaruh, lantas terjadinya pembaziran. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita order barang itu ini, yerla, kebanyakan produk online ni memang cantik-cantik berbanding dengan yang jual di kedai maka mata pon menjadi rambang. Lebih-lebih lagi ianya tidak memerlukan kos minyak, hanya pilih saje di photo album, order dan bayar secara online. Memang mudah, akan tetapi duit mengalir pon cukup mudah. Ye tak?
Ha ini lagi satu masalah. Semakin ramai peniaga online memperkenalkan barangan jualan mereka di laman facebook ini. Dan ini membuatkan golongan-golongan yang boros macam aku ni mudah terpengaruh, lantas terjadinya pembaziran. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita order barang itu ini, yerla, kebanyakan produk online ni memang cantik-cantik berbanding dengan yang jual di kedai maka mata pon menjadi rambang. Lebih-lebih lagi ianya tidak memerlukan kos minyak, hanya pilih saje di photo album, order dan bayar secara online. Memang mudah, akan tetapi duit mengalir pon cukup mudah. Ye tak?
Ok setakat ini sajelah yang dapat aku kupas. Kalau ada pendapat yang lain, kita boleh bincangkan di ruangan komen di bawah.
Yang pastinya, setiap keburukan ada juga
kebaikannya. Dan semua keburukan ini juga kite boleh mengubahnya kepada
kebaikan lantas memberi manfaat yang sebaiknya kepada kita. Yerla,
setiap perkara buruk itu, kite yang perlu berusaha untuk mengubahnya,
tidak boleh hanya berserah pada takdir kan. Maka marilah kita sama-sama
mengubah segala keburukan ini menjadi kebaikan dan kite manfaatkanlah
laman facebook ini sebaik mungkin. Wah, ayat aku pon dah pusing-pusing,
tapi takperlah, janji korang paham.
Comments
Post a Comment