Kenapa Tunggu Seru? Masih adakah hari esok untuk kita?
"Belum sampai seru lagi ", "Tunggu sampai seru", "Nak tunggu seru", "Belum tiba seru","Saya tunggu seru dulu"
Ya Allah!
Kadang-kadang nak tergelak pun ada, kadang-kadang simpati dan kasihan
pun ada. Ayat ini acap kali kita dengar daripada mulut-mulut yang
hatinya masih keras belum mahu berubah.
Seruan Allah sudah 1400 tahun dulu lagi!
Seruan Allah sudah 1400 tahun dulu lagi!
"Haram jawab tak tutup aurat sbb tak sampai seru, sebab seruan dah ada dlm al-quran yg turun 1400 tahun dahulu" - Ust Azhar Idrus
Kenapa
masih berdalih? kenapa mahu memutar belit kata. Hairan sangat orang
Islam yang cakap macam tu. Di luar sana ramai masih mencari 'cahaya'
untuk keluar dari dzulumat dosa tapi mereka menunggu 'cahaya' datang
pada mereka. (Geleng kepala lagi)
Kenapa Tunggu Seru?
Kadang-kadang, pernah saya terfikir macam manalah diorang boleh terfikir nak cakap macam tu? (tanda soal atas kepala).
Bila tanya mengenai haji atau umrah, jawapannya tak lain tak bukan 'belum sampai seru'. Hairan, poket penuh, rumah besar, kereta mewah. Tak pe tanya lagi. Macam mana pulak tu belum sampai seru? Saya tengok semua sudah cukup. Balasnya, "Owh saya sibuk, tak cukup masa lah" jawab tanpa rasa bersalah. Saya geleng kepala. tak tahu nak balas apa.
Nak taubat perlu tunggu seru!
“Belum sampai serulah…”, “Tunggu aku dah tua nantilah, aku taubat.” -adakah kita ada 'hari tua'? Masih adakah hari esok untuk kita?
“Alah
relaxlah dulu, kitakan masih muda, enjoylah dulu” “Tunggu dululah, aku
tak ready lagi..”,”Hati aku belum terbuka lagilah, esok-esok nantilah
aku taubat…” - kuping telinga ni hampir bernanah. Astaghfirullahal`azim. Ya Allah, tsabatkanlah hatiku di jalanMu. sabar2. (monolog)
Kadang-kadang,
sudah muak mendengar alasan yang diberikan. Ada saja alasan kita agar
tidak dibebani dengan segala perkara yang disuruh dan sukar untuk
meninggalkan perkara yang dilarang. Hampir seribu satu alasan kita beri.
Adakah kita sebenarnya belum cukup kuat untuk melakukan perubahan itu
sehingga mencipta pelbagai alasan agar diri selamat daripada dipaksa
melakukan perubahan?
Malu itu bukan alasan
Adakah mungkin rasa malu apabila orang melihat perubahan kita membuatkan kita memadamkan hasrat untuk berubah, “Eh,
dia dah pakai tudunglah” “A’ah lah, dia dah pakai tudung,”, “Alah,
kekasih dialah tu suruh dia pakai tudung” “On off jer tudung dia tu,
baju pun masih ketat,”,”Eh, Rajin pulak mamat tu pergi masjid, dulu kaki
lepak jer…”
Kenapa kita
takut perlian, gelaran, tohmahan yang dilemparkan atas perubahan yang
kita lakukan? Untuk apa kita takut dan malu? Bangunlah, bangkitlah! Kita
sepatutnya gembira kerana kita sudah berada dilandasan yang benar dan
berada ke arah kebaikkan bukan ke arah keburukkan. Kita sepatutnya lebih
malu dihadapan Allah jika kita melakukan maksiat dan kemungkaran yang
sangat dikeji dan dilaknat oleh Allah.
Tidak ada milik kita
Ingatlah, surah Ali-Imran ayat 54: Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin; "Mereka
merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik
perancang". Jangan pernah kita putus berdoa kepada Allah dan la taiasu min rahmatillah jangan pernah kita berputus asa daripada rahmatNya. Teringat saya nasyid yang dialunankan oleh kumpulan rabbani.
Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Ya Hidayah itu Milik Allah
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya
Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya
Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada
Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya
Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa
Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya
Marilah kita bersyukur Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya
Ya Hidayah itu Milik Allah
Firman Allah: “Sesungguhnya
engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu
kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia
kehendaki.”
(Surah Al-Qasas ayat 56).
(Surah Al-Qasas ayat 56).
Benarlah
firman Allah S.W.T, hanya Dia sahaja yang dapat memberikan kita hidayah
kepada jika dikehendakiNya, itu pun terpulang kepada kita sama ada kita
berusaha untuk mendapatkannya atau kita hanya menanti sehingga hidayah
itu kunjung tiba?
Bisikan Hidayah
Pasti kita
pernah terdetik di dalam hati mahu berubah, suara hidayah yang
berbisik-bisik menyentuh hati agar kita berubah ke jalan Allah. Adakah
kita memilih menepis sehabis mungkin, mendengar segala bisikan-bisikan
syaitan dan godaannya atau disebaliknya? Semua itu atas pilihan kita.
Mendengar Kebatilan atau Kebenaran.
Untuk
memperoleh hidayah Allah, kita bukan hanya perlu menunggu sehingga
hidayah itu datang, kita perlu berusaha untuk menggapainya. Bagaimana
caranya? Lantaran itu lakukanlah perubahan, yang buruk perbanyakkan
kebaikkannya, yang baik tidak salah jika mahu menjadi yang lebih baik.
InsyaAllah dengan berkat kita berdoa, berusaha dan bertawakal apa yang
dihajati akan diperkenankan oleh Allah S.W.T. dengan izinNya.
Perubahan bukan
menyuruh kita berubah dengan mendadak atau secara drastik. InsyaAllah
berubahlah dengan berperingkat-peringkat. Bermula dengan meninggalkan
segala yang dilarang, melakukan segala yang dikehendaki, mendirikan
solat lima waktu, bersedekah, membuat baik kepada yang muslim dan bukan
muslim, memyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan
sering menghadiri majlis ilmu serta terus memohon doa kepada Allah agar
diberikan hidayah, berdoa dan terus berdoa kepada Allah supaya diberi
kekuatan untuk menepis segala hasutan syaitan dan godaannya.
“Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri
yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka ” (Surah arRa`d 13:11)
Tidak mustahil
manusia yang dahulu seorang kaki botol, kaki perempuan, kaki lepak, kaki
judi dan berbagai jenis kaki lagi sekalipun, jika Allah kehendak
hidayah itu menyapa dan mengetuk pintu hati mereka untuk kembali ke
pangkal jalan, mereka mungkin boleh berubah menjadi kaki masjid, kaki
solat, kaki sedekah, kaki mengaji,dan selainnya.
“Sesiapa
yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya
mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak
sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan
yang benar) kepadanya” (Surah Al-Kahfi : 17)
Oleh kerana itu
kita sering diingatkan supaya jangan ditangguh-tangguhkan jika hidayah
itu datang menyapa, sahutlah sapaan itu dan berusaha untuk mencapainya,
jangan sesekali membiarkan sehingga hidayah itu ditarik semula, maka
kitalah orang-orang yang sangat rugi kerana ada pula yang tidak langsung
mendapat cahaya hidayah (nur hidayah) itu.
“Allah
yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah
(Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi
sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula
(jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu
dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu)
pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan
bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada
matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan
cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api;
(sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang
berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur
hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan
untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”
(Surah An-Nur: 35)
Hati yang dibaluti dan diselaputi hitamnya dosa dan noda sekalipun jika
cahaya hidayah menembusi hati yang hitam itu hanyalah kerana dengan
izin Allah. InshaAllah, segala dosa kita dahulu bakal diampuni oleh Yang
Maha Pengampun. Asal kita betul tekad berubah tidak akan kembali kepada
jalan lama kita. Ayuh! Marilah kita bersama-sama mencari sinar cahaya
itu dan membuka pintu hati kita seluas-luasnya untuk menerima hidayah
Allah S.W.T.
p/s: penggunaan kata ganti nama 'kita' adalah tertuju buat diri dan juga anda sebagai pembaca.
Usikum waiyyaya nafsi bitaqwallah.
Usikum waiyyaya nafsi bitaqwallah.
Comments
Post a Comment