Jom kita JALAN-JALAN kat KEDAH & PENANG 

 

 

salam blogger kepada semua blogger..
nampaknya bahang balik kampung jadi kemestian warga Kuala lumpur dan semua sanak saudara sudah mula plan untuk balik ke kampung masing-masing..
tetapi sebelum anda balik kampung..safety di rumah perlu diutamakan..yela..anda akan berada di kampung dalam jangka masa yang lama..so ini mungkin memberi peluang pada perompak dan penyamun untuk mencuri..dan banyak lagi bahaya yang menanti semasa ketiadaan anda di rumah..
mari kita amalkan tips-tips di bawah nie okay! credit to : http://www.mindaaku.com/
1. Buat la solat hajat dulu bagi memohon perlindungan daripada ALLAH SWT dari sebarang pencerobohan dan bencana yang kita taknak berlaku kelak..
2. Mintak bantuan dari jiran tetangga yang tidak pulang ke kampung tue untuk mengawasi dan menjenguk rumah anda semasa ketiadaan anda di rumah nanti.
3. Make sure semua kunci bilik, pintu utama dan pintu dapur dalam keadaan yang baik..
4. Pasang kunci tambahan atau sistem penggera keselamatan (kalau mampu la)
5. Jangan sembunyikan kunci rumah di bawah alas kaki, dalam pasu bunga or atas kotak elektrik di luar rumah anda tue.. Itu la tempat penyamun suka cari dulu.
6. Pastikan semua peralatan elektrik ditutup okay! Lagi bagus semua plug cabut!
7. Make sure kepala gas ditutup! Takut-takut ada kebocoran gas.
8. Pastikan semua tingkap ditutup kemas sebelum keluar dari rumah.
9. Pastikan semua pintu bilik, pintu dapur,pintu utama dan pintu pagar dikunci dengan baik.
10. Bagi yang memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, pastikan binatang tersebut tidak terperangkap dalam rumah. 
11. Berdoa sebelum meninggalkan rumah dan memulakan perjalanan. 

 Aku masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa yang berlaku semasa dalam perjalanan balik ke KL.Ketika sedang menunggu bas. Walaupun sudah hampir seminggu.Mana taknya,  peristiwa tersebut menjadi pengalaman pertama aku melihat orang patah kaki. 

Dalam keadaan aku sedang duduk relax sambil menunggu  hingga pukul 10.00 malam. Aku mendengar satu bunyi  kuat yang kedengaran. gedeboom… Aku pun bergegas  pergi tengok. Apa benda tu. Haa.. accident yang  berlaku antara sebuah motorsikal dengan sebuah kereta proton saga.

Kemalangan tersebut berlaku di  simpat empat yang mempunyai traffik light yang terletak di Pekan Changloon. Satu-satunya kawasan mempunyai traffik light di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan.

Kereta tersebut menerima kesan yang teruk di bahagian depan saja. Kereta itu menjadi remuk. Manakala,  badan motorsikal hampir berkecai.  Motorsikal tu telah termasuk sedikit ke bawah kereta proton saga.  Itu yang motorsikal menerima kesan yang teruk.

Penunggang  dan pembonceng motor mengalami kecederaan. Tapi kelihatan salah sorang daripada mereka mengalami patah kaki dan hanya mampu terbaling. Pemandu kereta tidak kelihatan. Entah pergi mana.

Punca kemalangan dikatakan berpunca daripada proton Saga yang melanggar lampu merah. Lalu melanggar motosikal yang datang dari berlainan arah.

Keadaan lalu lintas menjadi sesak kerana orang ramai mula berkumpul untuk melihat kejadian tersebut. Dan keadaan mula terkawal pabila polis datang.

Macam-macam karenah aku dapat lihat.  salah satu, perkara yang selalu menjadi amalan dan kebiasaan orang Malaysia apabila berlaku kemalangan adalah ambil nombor plat. Ini mesti kes nak beli nombor ekor. Siap tulis kat kertas lagi.

Ada juga hamba Allah ni yang pergi ke hospital yang menjadi tempat mangsa menerima rawatan. Walaupun dia tak kenal dengan sangat dengan mangsa.

Mangsa kejarkan ke Hospital Jitra dengan menggunakan ambulans. 

Kereta Saga masih lagi kelihatan tersadai. Entah dah kena tarik ke tak ?

Hope, mangsa cepat pulih dan sembuh serta boleh berjalan semula.

Menjamu selera di Kuala Perlis Lagi

Sebelum ini aku pernah pergi makan di Kuala Perlis. Masa tu dalam  bulan puasa. Semalam (memadangkan sudah pukul 12 am ketika post ini terhasil), aku  berkesempatan untuk pergi ke Kuala Perlis sekali lagi.

Memulakan perjalanan dengan menaiki motor pada pukul 6.3o pm dan dijangka akan sampai dalam pukul 7.30 pm. Tempoh dianggaran perjalanan dalam sejam.

Bila sampai separuh jalan, tengok minyak motor tinggal separuh. Singgah sebentar di Shell Changloon untuk mengisi minyak. Bukan apa, takut kehabisan minyak ditengah perjalanan. Sebagai langkah berjaga-jaga. Sepanjang perjalanan aku ke kuala perlis stesen minyak ada agak jauh dari jalan utama iaitu jalan yang dilalui.

Setelah itu, perjalanan diteruskan. Pada masa yang sama hujan turun dengan renyai-renyai. Lalu, berhenti seketika di bawah jambatan dan berbincang sama ada nak teruskan perjalanan atau tak. Fikir punya fikir, dengan sebulat suara. Perjalanan diteruskan.

Alhamdulillah, sampai tepat pada waktu jangkaan  dan azan maghrib sudah mula berkumandang. Apa lagi pergi solat dulu. Bila sampai depan pintu pagar masjid, perasaan terpegun sangat dengan keindahan dan kecantikan design masjid ini. Masjid yang dimaksudkan adalah Masjid Al-Hussain (dalam entri akan datang info pasal masjid ini ku berikan dengan detail).

Seusai solat, hujan turun dengan lebat dan tunggu hujan reda. Tunggu punya tunggu akhirnya reda. Teruslah  gerak ke kedai makan bagi menjamu selera. Bagi menghilangkan bunyi lagu keroncong dalam perut.

Pilih meja dan terus pilih lauk untuk dijadikan jamuan makan malam. Jenis yang dipilih ikan siakap masak stim limau, sotong goreng tepung, kerang bakar telur dadar dan kangkung masak belacan.

Harga semuanya tak mahal sangat. Boleh lah tahan. kira sesuai untuk empat orang makan. Apa yang menarik di kedai yang singgah makan, pelayan kedai ini seolah-olah memahami kehendak pelanggan. Layan pun ok dan pandai ambil hati.
                                                                             makan di kuala perlis 300x225 Menjamu selera di Kuala Perlis Lagi
Beberapa minit kemudian, lauk pauk  pun sampai. Baca doa makan dan terus menjamu selera.
ok. Bab makan sudah habis.

Masa balik pulak satu kejadian hampir berlaku. Motor yang ditunggang kawan aku hampir langgar pokok tumbang. Sebab masa balik hujan sudah turun. Tapi begitu lebat. Masih boleh diredah lagi.

Berbalik pasal kawan aku hampir langgar pokok tumbang, Aku tengok jadi  agak kelam kabut sikit bagi mengelak. Tapi  kira bersyukur masih mampu lagi mengawal motor yang ditungganginya. Akhirnya, terselamat daripada berlaku kejadian yang diluar jangkaan berlaku.
Tepat pukul 10 lebih pm sampai semua di kampus.

BERHATI-HATI SEMASA MEMANDU!


Lepas dah load penumpang kat Puduraya, bas proceed ke Hentian Duta plak, last pit stop utk amik penumpang. Seingat saya, bas berhenti kat hentian Duta ni tak lama, dlm 10 minit je..bila bas bergerak keluar je dr Hentian Duta, saya paling belakang..tengok mcm semua seat dah penuh..so, bas pun terus bergerak ke utara..



Nak dijadikan citer, lepas je lalu kat tol duta (gambar bawah), tetiba bas berhenti kat tepi jalan, pastu, tup2 ada sebuah mercedes C200K pintas dan park depan kami. Ehh..ada orang nak hijack bas kami ka? kang ULK masuk campur, habis arwah hangpa..hahaha.. Saya plak dok kat depan, nampak jelas la..hehehe..pastu keluar la sorang mamat ni dgn beg, rupanya ada passenger tertinggal bas..hehehe.



bas pun jalan, dgn kelajuan yg saya rasa lebih kurang 90km/j sahaja sebab setahu saya, sesetengah pengusaha bas ekspress dah pasang speed limiter (contohnya bas Sani, Cosmic dan beberapa pengusaha lagi..), so, bas bergerak dgn kelajuan selesa, saya tengok, driver bas ni cukup berhati2, even lopak kecil pun dia akan perlahankan bas bagi kami kat atas ni tak rasa gegaran, memang selesa la..


Ni pemandangan wajib bila nak sampai ke area Ipoh..



Hmm..papan tanda pun bagitau Ipoh lagi 18km..tak jauh dah tu..kalau bawak kereta, 2 jam pertama (laluan KL-Ipoh) memang membosankan..hehehe..



Selama ni saya bawak kereta memang tengok depan, payah nak dapat peluang utk view pemandangan kiri dan kanan ni..kali ni, memang sya tak tidor langsung..layan feel je.
Pastu, bila dah lepas je area Ipoh, bas dah mula mendaki, nak cross banjaran titiwangsa. Saya tengok bas ni gagah perkasa jugak la naik bukit biarpun bas ni besar..mungkin sebab bas ni dah amik lajak dr awal, kalau ada lori atau kereta / bas lain tengah merangkak..rasanya jenuh jugak enjin bas nak bagi tork utk bas tu panjat bukit..

Pastu, kita akan jumpa la Terowong Menora kat Perak ni..tuh dia, bas Maraliner, single deck berdesup pecut..hehehe..



Suasana dlm terowong menora..



Selesai ja lalu terowong menora, bas kena turun bukit plak, jalan pun boleh tahan jugak kalo nak layan lap..hehehe..

Lepas je terowong Menora Perak tu, perut dah berkerut, kruk krek kruk krek mintak diisi. Yg ada pun roti gardenia perisa vanilla hat anak punya, mana nak kenyang..hehehe..tengok mak ayah saya kat belakang, masing2 dah berada dialam mimpi, wife pun tidor ngan anak diriba.

Hmm..roti pun roti la, taram saja..janji buat alas perut. Pastu, tak lama lepas tu..dlm pukul 2 ptg, bas masuk ke susur hentian Bukit gantang, my favourite pit stop. Bila bas parking je, kami pakat turun keluar, ada yg tuju ke toilet dan ada yg pi ke restoran. Orang arab mana ntah, dia tertidor kot..terjaga dan tanya kat penumpang sebelah dia "why we stop? lunch time?"..hehehe..gila apa kalo tak berhenti makan, mau 8 jam dlm bas wooo..ingat kapal terbang ka ada steward?

Tu dia, bas AB ekspress, Sri Maju, Maraliner dok rehat..


Kami pi toilet dulu, pastu makan nasik lemak ikan masin (peberet ayah saya ni..), sorry, gambar tak amik, anak buat akal, takmo jalan, nak dukung je..

Pastu, kami pi gerai buah2 plak yg memang banyak kat Hentian Bukit Gantang ni..



Buah2 memang banyak, jambu air, jambu batu, manggis, durian, pelam, kelubi, salak..dll la..memang banyak, yg perlu kita tahu, harga dia agak mahal..kalo teringin jugak, beli je buah2 yg dah potong tu..boleh jugak merasa, skit jadik la..



Mak saya beli kacang tanah rebus sekilo, fuhh..sedap..boleh buat makan atas bas.

Reply Quote

kami spend masa 30 minit kat Hentian Bukit Gantang, pastu, masing2 naik bas semula, kemudian, driver bas naik atas dan buat headcount, kira dulu..kot2 ada yag tertinggal plak satgi, haruu ja..

bas jalan lagi, jalan raya agak lengang sebab hari Jumaat kot,so tak la sesak sangat. Pastu kami sampai kat tol Juru, Penang. Dlm bas dok beratur nak bayar tol, bila sampai je turn bas kami, tetiba je kerani tol tu lari keluar dr booth kaunter dia, pastu mai plak sorang lagi pekerja Plus, ishh..awat plak ni? rupa2nya laluan sebelah bas kami tu ada lori balak, nak dijadikan cerita, kayu balak yg dibawa tu bergesel dgn kaunter plus tu, lebar sangat kot.



Jenuh la driver lori tu dok adjust sana sini, undur balik dan sebagainya, last2 lepas jugak.. hehehehe..korang tengok la, kayu balak dia tu lebar sangat, mana tak sangkut..



lepas je tol Juru tu, bas masuk Butterworh, Pulau Pinang sat, drop penumpang..dr jauh boleh nampak Komtar, ishhh..bila la nak pi Penang balik ni..ongkos..ongkos..


lepas turunkan penumpang kat Stesen Bas Butterworth, bas jalan lagi menuju ke Kedah, jam pun dan tunjukkan pukul 4.00 petang, so, lagi sejam sampai la Alor Star. Landskap pemandangan pun dah berubah drpd hutan, bangunan kepada kehijauan sawah padi..memang cantik dan menarik la pemandangan ni, sayangnya hari berjerubu..so, tak la berapa jelas viewnya..



pastu saya snap gambar ni, "selamat datang ke negeri jelapang padi.."..hmm..bila jauh dr KL, rasa lapang je dr beban kerja dan tekanan kehidupan..damainya..



Hmm..seronok layan pemandangan yg padi menghijau mcm ni, atau laut membiru atau sungai jernih mcm kristal..halwa mata yg menjadi terapi minda..



Anak saya plak yg dah segar dr tidur, dah makan jadik makin 'buas', panjat sana, turun sini, jenuh wife saya pegang dia takut jatuh tertungging plak..tengok tu, dok main cuk cak cuk cak ngan tok dan tokwan dia..

kami sampai di Terminal Bas Shahab Perdana jam 5.00 petang, akak saya mai jemput mak ayah saya, sementara saya dan wife serta anak dijemput oleh adik ipar saya.

dua biji kereta proceed ke rumah mertua saya dulu, biar mak ayah saya jumpa besan dia..bersemban sakan, pastu depa pi ke rumah kakak saya di hutan putus, telok kechai. Mlm tu tak banyak aktiviti, badan pun letih lagi, maklumlah 8 jam atas bas..heheheh..

Dlm pukul 11.00 mlm, bila semua dah tidor..saya keluar umah sat, amik angin malam yg mendayu sejuk..kena plak bunyi unggas serangga, memang best la..rasa damai ja..



Saya tengok, dr kejauhan, kereta masih banyak atas jalan..agaknya jumaat ni cuti kat kedah, so kira mlm minggu la ni..hangpa kat kedah kira bertuah la, barang murah, tempat tenang, jalan tak jem sangat..cuba mai dok KL sat..apa rasa..baru hangpa tau..


http://www.panggilanpertiwi.m

Comments

Popular posts from this blog