DARI GURU MENJADI PTD: MENGAPA?
- Saya memulakan kerjaya sebagai guru di sebuah SBP yang hebat di Negeri Sembilan. Saya menjadi guru kerana saya terpegun dengan kehebatan beberapa orang guru saya yang amat berdedekasi. Antara nama yang mampu saya sebutkan adalah Tn. Hj. Yusuf bin Hj. Jaffar, Muhamad bin Nawi, Tan Sri Awaluddin, Cikgu Mokhtar, Cikgu Zahari dan beberapa nama lain yang sukar saya ingati. Selalunya bila nama guru itu terlekat dalam fikiran kita, mereka adalah PENDIDIK YANG HEBAT. Bila nama mereka gagal kita ingati, mereka sebenarnya gagal menjadi pendidik kepada kita. Itu pendapat peribadi saya.
- Tiga tahun pertama saya amat suka mengajar. Malah hingga ke hari ini saya masih lagi mengajar secara percuma kepada anak-anak jiran saya. Ada di antara pelajar saya yang amat berjaya. Sehingga kini, mereka masih memanggil saya Cikgu. Malah setiap kali saya dipanggil Cikgu, saya rasa amat tersentuh.
- Pada tahun kelima saya mengajar, saya dilantik menjadi Setiausaha PIBG sekolah. Kebetulan, Timbalan YDP seorang PTD. Apabila beliau mempengerusikan mesyuarat, segalanya nampak lancar dan hebat. Idea, percakapan, dan cara beliau penuh dengan sifat kepimpinan. Berbeza amat jauh dengan cara Pengetua saya mempengerusikan mesyuarat. Pengetua selalunya hanya bercakap, bercakap, bercakap, bercakap, dan bercakap serta terus bercakap sehingga jam 7 petang. Hasilnya, guru-guru menyampah, menyampah, menyampah, dan menyampah serta terus menyampah.
- Sebulan kemudian, saya melihat Tan Sri Razali berucap dalam bahasa Melayu di PBB. Rupanya beliau juga seorang PTD. Hebat. Lantas saya terus tergerak hati untuk menjadi PTD. Padahal, sebelum itu saya amat mengkagumu Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. Bukunya Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian, hampir lapan kali saya baca. Sehingga isinya hampir kesemua saya hafal. Malangnya pentadbir di sekolah saya tidak membaca buku tersebut.
- Pada tahun 1993 saya menduduki peperiksaan JICA. Hanya dengan sekali cuba, saya terpilih untuk ke Jepun. Sedangkan sebelum itu, ada rakan-rakan guru yang lebih daripada 3 kali mengambil peperiksaan tersebut, namun masih gagal. Saya tahu, kebolehan saya sebenarnya melebihi kelulusan ijazah saya dalam bidang sains (bukan sastera ya!)
- Saya terus mengambil keputusan untuk menjadi PTD. Saya isi borang peperiksaan. Ketika itu ada banyak kertas peperiksaan PTD. Ramai calon yang hebat. Berbincang selepas peperiksaan. Saya tahu banyak jawapan mereka yang salah. Saya diam. Tidak berbincang. Pada saya perbincangan sebelum peperiksaan, bukannya selepas peperiksaan.
- Dua bulan kemudian saya dipanggil temuduga. Ada tiga penel. Salah seorang darinya adalah Tan Sri Mohd Nasir. Ada tiga soalan yang saya tidak mampu jawab. Saya hanya minta maaf kerana tidak boleh menjawab soalan tersebut. Kesemuanya soalan ekonomi.
- Kemudian semasa temuduga berkumpulan saya dipilih untuk menjadi pengerusi untuk kedua-dua bahasa. Saya hanya meniru cara Timbalan YDP PIBG sekolah saya mempengerusikan mesyuarat. Namun dalam kepala saya, saya rasa saya telah gagal kerana tidak mampu menjawab tiga soalan ekonomi. Namun saya teruskan sesi tersebut sesempurna mungkin.
- Pada 01 Disember 1996, saya dipanggil untuk melapor diri sebagai PTD. Saya sendiri terkejut. Namun saya amat bersyukur. Bukan kerana saya boleh meninggalkan bidang perguruan, tetapi saya tahu kelayakan saya jauh lebih hebat daripada apa yang saya sangka. Semasa saya berjumpa pengetua untuk memaklumkan perkara tersebut, pengetua mengalirkan air mata. Antara kata-katanya yang tidak mampu saya lupa adalah.." Pendidikan kehilangan seorang pendidik yang sangat berwibawa. Awak pergilah, awak lebih diperlukan di sana." Saya juga sebenarnya ketika itu mengalirkan air mata. Ketika hendak meninggalkan sekolah tersebut, saya lihat setiap inci sekolah itu, saya masuk semua kelas yang pernah saya ajar. Hanya Tuhan yang tahu kehibaan dalam jiwa saya. Meninggalkan profesion yang sekian lama menjadi cita-cita saya.
- Pada tahun 1997 ketika keputusan SPM keluar, saya ambil cuti dan luangkan masa bersama kesemua bekas pelajar saya. Hampir semua pelajar mengulang ucapan yang sama. "Kami adalah pelajar yang paling bertuah kerana pernah diajar oleh Cikgu." Sehingga kini saya terus menjadi PTD. Namun dalam jiwa saya, semangat pendidik terus subur dan akan terus sebur. DURJANAKAH SAYA?????? ADIOS
Hi sir.. I'm Vignesh. Secondary school teacher currently. Got offer to undergo DPA program for PTD. Would like to ask regarding about pelepasan jawatan.. How can I contact u?
ReplyDelete