SOLAT BERJEMAAH BAGI LELAKI




   Salam semua,

Saya di sini nak berkongsi pendapat ya isu lelaki wajib ke masjid.Bagi saya yang penting dalam isu ini kita kena tahu apa itu 'masjid' dan apa peranan 'masjid' dalam kehidupan orang Islam.Sebenarnya skopnya luas, tapi sedihh hari ini isu nak ke masjid tunggu sembahyang jumaat, sembahyang jenazah, sembahyang raya, sembahyang terawih..tu la yang saya nampak.

Sebenarnya dari zaman nabi lagi masjid tu tembat ibadah, tempat mengaji, tempat timba ilmu, tempat beriadah, tempat bermesyuarat, tempat bagi syarahan agama, tempat untuk mencari penyelesaian masalah, tempat rujukan agama dan banyak lagi. Tapi dunia sekarang aktiviti masjid dah terhad..maka tak disedari masjid dah sepi dari kehadiran umat Islam sendiri.
Saya nak sarankan, cuba bayangkan masjid itu yang juga rumah Allah swt, cubalah pergi ke sana ketika bukan tiba waktu solat. Lihatlah sekeliling, tembok batu, dinding, binaannya, lantainya, bumbungnya: semua itu memang hasil ciptaan manusia tapi itulah tanda kekuasaan Allahswt menjadikan otak manusia boleh buat masjid yang indah,ada sumber2 bahan mentah yang diperolehi dari perut bumi contohnya marmar. Keindahan, kesunyian dan ketenangan dalam masjid nescaya bisa meruntun hati kamu untk lebih menyintai Allah, malah kamu akan terasa untuk menyintai mengunjungi rumah Allah dimana saja kamu berada kerana hakikatnya perasaan berada di dalamnya tak sama dengan berada di tempat2 lain. Hayatilah keindahan dan kegerunan ketika azan dilaungkan waktu kamu berada di dalam masjid. Nescaya jika kamu menghayatinya, airmata kamu bisa mengalir.
Masjid boleh dikunjungi oleh sesiapa saja kecuali wanita dalam haid,tetapi ketetapan lebih kepada lelaki sebab orang lelaki lebih ramai berurusan di luar berbanding perempuan yang lebih afdal berada di rumah.Lelaki adalah tunggak pemimpin,oleh itu banyak manfaat kena ambil bila pergi masjid supaya hati dan fikiran sentiasa tenang dan tawaduk kepada Allah swt dan boleh memimpin komuniti yg dipertanggungjawabkan seperti, keluarga, rumahtangga, sekolah, tempat kerja, urusan perniagaan,  kampung, daerah, negeri sehingga peringkat negara...

Didiklah keluarga kamu untuk cinta pergi ke masjid.Gunakan pendekatan supaya ahli keluarga atau komuniti rasa teruja ketika pergi ke masjid. Contoh apabila pergi bercuti ke luar negara atau negeri lain dalam negara, cuba bawa keluarga untuk menziarah dan beribadat di masjid tempat itu agar dapat merasa keindahan dan kelainan di tempat lain pula.

Perbanyakkan aktiviti seperti gotong royong bersihkan masjid, ada  pertandingan menyampaikan ceramah org dewasa dan kanak-kanak, bacaan quran, ceramah motivasi seminggu sekali, ceramah untuk pelajar sekolah di masjid yang dianjurkan pihak sekolah, boleh disertakan buat kenduri, jamuan misalnya, ada pertandingan syarahan/kuiz agama/akademik, buat kelas tusyen..dan banyak lagi yang kita boleh buat yang bisa menarik minat orang dewasa malah remaja dan kanak2, asalkan tak ada sesuatu pun yang menyalahi ajaran Allahswt.

So, muslimin, muslimah semua, mulai hari ini kita kena berfikiran lebih luas tentang peranan masjid. Jadilah masjid itu sebahagian dari rutin kehidupan kita kerana manfaatnya amat berharga dan berguna untuk kita, keluarga, masyarakat dan generasi kita akan datang. Isu kewajipannya adalah terletak pada diri kita sejauhmana kita anggap masjid itu berperanan dalam kehidupan kita. Wallahualam.

Mudah2an kita semua dirahmati Allahswt dan rumah2Allah sentiasa dipenuhi oleh umat2nya..yang solihin.Amin ya rabbal alamin

  
 صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat.”
[Hadith Diriwayatkan oleh Imam Bukhari]

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa, Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah. Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a: Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

Hukum solat berjemaah

Antara sunnah Rasulullah SAW ialah solat berjemaah di masjid. Bagaimana para suami pada hari ini ingin mempraktikkan sunnah tersebut kerana jika suami solat berjemaah di masjid/surau maka si isteri solat berseorangan di rumah. Jadi, sudah pasti si isteri tidak akan dapat pahala solat berjemaah sekiranya suami berjemaah di masjid atau surau?

Jawapan

Islam tidak pernah menghalang para suami solat di rumah atau mengimamkan solat di rumah bersama anak isteri.

Malahan bagi pendapat saya sewajarnya suami mengasingkan hari-hari tertentu untuk solat berjemaah bersama ahli keluarga.

Ini bukan kerana keluhan suara hati para isteri tetapi peranan menjadi khalifah di rumah adalah dengan mengetuai ahli keluarga dalam melakukan ibadat.

Maka solat adalah talian hayat manusia dengan Allah SWT dan solat berjemaah adalah penyinambungannya.

 
Maksudnya, kesan daripada solat berjemaah yang dilakukan oleh ahli keluarga pasti membawa keberkatan ibadat dan kehidupan.

Kedudukan hukum solat berjemaah bagi kaum lelaki telah dibincangkan oleh para ulama, terutamanya ulama fiqh.

Nyata di sini pelbagai pendirian yang dinyatakan oleh mereka, yang boleh saya nyatakan di sini secara ringkas. Pada asasnya hukum solat berjemaah bagi kaum lelaki terbahagi kepada empat pendapat Pendapat yang mengatakan solat berjemaah fardu kifayah, pendapat kedua; syarat sah solat. Tidak sah solat sendirian melainkan ada keuzuran.

Manakala pendapat ketiga, sunat muakkad dan pendapat keempat ialah fardu ain dan bukan syarat. Setiap pendapat ini ada dalil yang menjadi asas ulama berhujah dengannya.

Perselisihan ini bukan satu perselisihan yang bercanggah tetapi perselisihan yang pelbagai. Di sini kita juga berpeluang melihat bagaimana agama Islam memberi pelbagai keadaan dan hukum terhadap kefarduan solat yang ditunaikan secara berjemaah.

 
Dalam hal ini kita boleh dapati ada yang akan cenderung kepada salah satu pendapat berikut. Ini tidak bermaksud ada yang salah dan ada yang betul, bagi saya semuanya betul.

Sekiranya ada yang berpendapat solat berjemaah sunat kifayah, ia betul berdasarkan kepada dalil-dalil yang dikemukakan, sekiranya ada yang berpendapat syarat sah solat mungkin pendapat ini juga betul berdasarkan cara dalil-dalil solat berjemaah difahami.

Sunat muakkad, ini juga betul. Persoalan yang utama dan tidak yang diperselisihkan oleh ulama ialah kefarduan solat. Yang paling mesti solat. Bila sudah rajin dan menjaga solat, maka hendaklah berusaha solat berjemaah.

 
Bagi mereka yang telah mendapati nikmat solat pasti tidak akan tinggalkan solat dan bagi mereka yang telah mendapati nikmat dan kemanisan solat berjemaah pasti akan berusaha sedaya upaya solat berjemaah.

Dua pendapat ulama mengenai hukum solat berjemaah

Saya akan kemukakan dua pendapat daripada empat pendapat ulama mengenai hukum solat berjemaah bagi kaum lelaki, kerana ruang yang sangat terhad.

* Pendapat Pertama: Pendapat yang mengatakan solat berjemaah fardu kifayah adalah seperti berikut;

Ini pendapat Imam Syafie, Abu Hanifah, jumhur ulama Syafiiyah terdahulu dan kebanyakan ulama mazhab Hanafi dan Maliki.

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata, “Zahir perkataan Syafii, solat berjemaah hukumnya fardu kifayah. Inilah pendapat kebanyakan ulama terdahulu di kalangan ulama Syafiiyah, Hanafiyah serta Malikiyah.” (Fathu al-Bari, jld: 2, hlm: 26) Hujah mereka berdasarkan kepada dalil-dalil berikut;

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah tiga orang di dalam satu kampung atau kawasan pedalaman, dan mereka tidak pula mendirikan solat melainkan syaitan akan menguasainya. Berjemaahlah kalian. Ini kerana serigala hanya memakan kambing yang sendirian.” (Sunan Abu Daud: 460, Sunan an-Nasaie: 738 dan Musnad Ahmad: 26242 ).

Dalam hadis yang lain baginda bersabda yang bermaksud: Pulanglah kepada keluarga kalian, dirikanlah solat bersama mereka, ajarlah dan perintahkan mereka (untuk solat). Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat. Jika telah masuk waktu solat, hendaklah salah seorang kalian melaungkan azan dan yang paling tua menjadi imam. (Sahih al-Bukhari: 595 dan Muslim: 1080 ).

Sabda baginda dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat sendirian 27 darjat. (Sahih al-Bukhari: 60).

Dalam hadis ini jelas baginda menyarankan supaya sahabat balik dan bersolat dengan ahli keluarga. Maksudnya ada kalanya harus bagi seorang Muslim solat bersama ahli keluarganya. Lebih-lebih lagi bila anak dan isteri perlukan bimbingan si suami atau ayah dalam membimbing mereka dalam solat.

Firman Allah SWT dalam surah al-Tahrim yang bermaksud: Wahai orang yang beriman selamatkanlah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksaan api nereka…(al-Tahrim: 6)
 
Di dalam mentafsirkan ayat ini para mufassirin (ahli tafsir) berpendapat maksud “menyelamatkan ahli keluarga daripada seksaan api neraka” ialah mengajar mereka solat, baca al-Quran dan batasan halal dan haram.

Mendidik ahli keluarga adalah wajib, ia disepakati ulama. Manakala solat berjemaah masih ada pilihan, tetapi mendidik anak isteri tiada pilihan antara sunat muakkad mahupun fardu kifayah, malahan wajib. Kalau gagal didik akan bertanggungjawab di hadapan Allah SWT kerana keluarga adalah amanah Allah SWT.

Namun lebih afdal lagi kalau boleh sama-sama ahli keluarga ke masjid untuk solat berjemaah, kalau tidak selalu pun jadikanlah sebagai rutin mingguan dan bulanan. Terutamanya membawa mereka ke masjid untuk solat berjemaah dan menghadiri kuliah-kuliah agama.

* Pendapat Kedua: Sunat Muakkad.

Ini pendapat mazhab Hanafi dan Maliki. Imam Ibnu Abdil Barr menisbahkannya kepada kebanyakan ahli fiqh Iraq, Syam dan Hijaz.

Dalil-Dalilnya;

Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat sendirian 27 darjat. (Sahih al-Bukhari, no: 609 ). Sesungguhnya, orang yang mendapat pahala paling besar dalam solat ialah yang paling jauh jalannya, kemudian yang lebih jauh. Orang yang menunggu solat sampai solat bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang solat, kemudian tidur. Dalam riwayat Abu Kuraib, (disebutkan): sehingga dia solat bersama imam dalam jemaah. (Sahih Muslim, no: 1064 dan Musnad Ahmad, no: 11380).

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12101.0
http://darululumonline.wordpress.com/

Comments

Popular posts from this blog