PENGALAMAN SEORANG IBU MELAHIRKAN ANAKNYA
Pada pagi 16 September 2011, aku tak
ingat pukul berapa, mungkin dalam pukul 8 agaknya, aku telah ke tandas
untuk buang air, tiba-tiba aku terperasan terdapat lendir melekat di
seluarku, dengan tenang aku berkata dalam hati, ‘owh, dah keluar tanda,
dah nak bersalin la nie..’, kemudian aku meneruskan hajatku untuk
membuang air. Selesai aku melepaskan hajatku, aku terus keluar lalu
memaklumkan kepada suami juga mak. Seperti biasa, aku bersarapan dan
mandi, manalah tau pagi tu juga aku terberanak kan…
Pada hari tu juga aku dah rasa
sakit-sakit selang 20 minit. Sakitnya datang taklah lama, lebih kurang 5
saat je, tapi azabnya hanya Allah dan ibu-ibu saja yang tau.
Bapak-bapak hanya tau tengok je. Hehehe. Sambil menahan sakit yang
membuatkan aku berpeluh-peluh tu, sempat jugalah aku update status
Facebook untuk memaklumkan keadaan aku ketika tu. Suami aku pula
melakukan solat hajat dan menyediakan air zam-zam yang telah dibacakan
doa dan surah 3 Qul olehnya dengan harapan semoga aku dipermudahkan
segalanya. Maka sepanjang hari itu jugalah aku meneguk sedikit demi
sedikit air zam-zam yang telah dibekalkan oleh suamiku. Terima kasih
sayang…
kelakar kalau baca balik komen dari rakan-rakan, nanti aku printscreen dan buat 1 entry. just untuk kenang-kenangan…
Dari pagi membawa ke tengahari, dari
tengahari membawa ke petang, dari petang membawa ke malam, dan dari
malam membawa ke tengah malam, belum ada tanda-tanda yang aku
benar-benar mahu bersalin. Tapi masa tu semua kelengkapan bersalin,
kelengkapan baby telahpon siap-siap aku masukkan ke dalam kereta. Aku
juga telah bersedia memakai t shirt, kain batik dan tudung untuk ke
hospital. Tapi masih lagi duduk di ruang tamu bersama mak dan suamiku,
menunggu waktu aku benar-benar sakit. Sehingga jam 2.30 pagi, 17
September 2011, aku masih lagi tak merasa kesakitan yang amat. Tepat jam
3 pagi, aku terus mengajak suamiku ke hospital walaupon masih rasa
sakit-sakit selang 20 minit. Bersalaman dengan mak dan arwah abah ketika
tu dan terus gerak ke hospital. Owh lupa lak, masa bersalaman dengan
arwah abah, sempat juga arwah membekalkan aku air selusuh yang dibuat
sendiri olehnya, dan sempat juga arwah berpesan, ‘minum air ni bila ko
dah nak bersalin nanti’, aku senyum dan ucapkan ‘ok, terima kasih abah,
doakan semuanya selamat’.
Perjalanan dari rumah ke Hospital Sultan
Ismail memakan masa tak sampai 15 minit. Almaklumla pagi-pagi buta,
kereta pon tak banyak, maka jalan pon tak jem, jadi cepatlah sampai, yea
tak? Dan sepanjang perjalanan tu, aku hanya membaca ayat kursi, surah 3
Qul dan doa nabi Yunus serta diselang selikan dengan meminum air
zam-zam yang disediakan oleh suamiku. Macam tau-tau je, sampai saje di
hospital, perut aku dah mula rasa sakit selang 10 minit. Waduh gawat
nie. Suami dudukkan aku di kerusi roda dan dia terus mencari parking
yang boleh tahan jauhnya. 5 minit aku menunggu rasa macam 5 jam lamanya.
Suami membawaku ke bilik saringan. Masa tu takde pesakit lain pon,
hanya kami saje, suasana ketika tu sangat sunyi. Aku terus ke kaunter
dan ini antara dialog aku dengan misi juga doktor yang masih aku ingat.
Misi : ye puan.
Aku : (terus menghulurkan report mengandung)
Misi panggil doktor dan doktor datang bertanya beberapa soalan yang agak kelakar.
Doktor : datang nak apa?
Aku : (dengan muka agak terkejut) ha??
datang nak apa? nak beranak laaa… (dah terang-terang nampak perut aku
terboyot-boyot, datang bilik saringan takkan nak makan pulak kan…)
Doktor : ok, dah keluar apa-apa tanda? (sambil tersenyum, mungkin dia pon kelakar dengan soalan dia kot)
Aku : dah, pagi tadi dalam pukul 8 pagi ada keluar lendir.
Doktor : (kali ni muka dia pulak
terkejut) kol 8 pagi keluar tanda baru sekarang u datang sini? Kenapa u
tak terus datang pagi tadi?
Aku : sebab belum rasa sakit sangat, sekarang baru ada rasa sikit-sikitlaaa…
Doktor : (sambil menggeleng kepala) ok, u boleh masuk, buka seluar dan baring dalam tu.
Dengan muka tak bersalah aku terus masuk
dan menurut segala yang diarahkan doktor tu. Setelah diperiksa, doktor
mengesahkan bahawa jalan telah buka sebanyak 4cm. Aku disuruh menukar
bajuku dengan baju yang disediakan pihak hospital manakala suamiku
menguruskan urusan pendaftaran dan penempatan wad. Lebih kurang jam 4
pagi, aku disorong masuk ke labour room. Di dalam labour room, aku
tengok beberapa misi sedang mengemas dan menyediakan apa-apa peralatan
untuk aku bersalin, dan seorang doktor cina sedang menulis di penjuru
bilik. Setelah aku dibaringkan, doktor periksa tekanan darah aku,
masukkan air, pasang alat pengesan jantung baby di perutku, pecahkan air Ketuban, dan ntah apa-apa lagila yang dibuatnya kat aku. Settle semua,
jam 4.25 pagi, suami aku mula dipanggil masuk ke dalam menemankan aku
dan kami ditinggalkan berdua di dalam labour room. Hilang sekejap rasa
sakit apabila melihat suamiku melemparkan senyuman paling manis padaku.
Sekejap je, lepas tu sakit balik. kui kui kui…
Apabila suamiku masuk ke labour room je,
tiba-tiba sakit aku mula menyerang selang 5 minit. Fuh rasa macam nak
tercabut punggung dari badan. Azabnya memang tak dapat digambarkan
dengan kata-kata. Suamiku hanya melihat sambil mulutnya aku tengok
terkumat kamit. Hilang rasa sakit, aku sempat berpesan dengan suamiku, ‘
jangan pegang-pegang saya, jangan usap-usap saya bila tengok saya
sakit tau, just doakan jer semuanya dipermudahkan’. Suamiku hanya angguk
dan senyum. Adoyai.. Senyuman manis suamiku bisa meruntun jiwaku… Dalam
aku menahan kesaakitan, tiba-tiba terdengar pula pesakit dari bilik
sebelah menjerit, meraung-raung menahan sakit. Aku tengok muka suamiku
agak pucat dan panik, mungkin dia tak biasa dengan suasana tu sebab masa
aku melahirkan Luqman dulu, suami tak dibenarkan masuk ke labour room.
Aku tanya suamiku ‘suara dari mana tu?’, suamiku hanya menjawab,
‘sebelah gaknya’.
Tiba-tiba aku rasa sakit yang amat
sangat, rasa macam nak berak sembelit gitu, dan aku rasa dah tiba
masanya untuk aku bersalin, sempat jugalah aku menyuruh suamiku tengok
kalau-kalau dah nampak kepala di ‘situ’, tapi suamiku kata tak nampak
lagi. Ok takpe, hilang sekejap rasa sakit, tak sampai seminit datang
lagi sakit tu, aku suruh suamiku lekas-lekas panggilkan misi sebab aku
rasa macam nak terkeluar budak ni, misi masuk dan dia tengok belum
nampak kepala baby.
Misi siap cakap, ‘awak lambat lagi nak bersalin,
tadi awak masuk kol 4pg td pon, baru bukak 5cm. ni pon lom nampak
kepala. kalau awak nak beranak, rasanya mcm nak sembelit tau, sakiiiit
sangat, takde masa nak sengeh-sengeh ngan suami awak macam ni..’, Baru
misi nak keluar dari pintu labour room tu, aku terus panggil dan cakap
yang aku betul-betul nak beranak. Aku cakap aku dah tak tahan. Misi
patah balik dan tengok kepala baby dah nampak, dengan suasana yang
cemas, misi terus panggil misi lain dan baru nak pakai glove segala.
Sempat lagi suruh aku tahan jangan teran dulu. Alamak, mana boleh
tahan-tahan, aku dah nak terberanak ni. Dengan agak kasar aku bersuara,
‘cepatlaaa… dah nak kuar dah ni’ dan aku terus teran maka keluarla
kepala baby, nasib baik misi sempat sambut, aku dengar misi bacakan
beberapa doa masa bersihkan kepala, dengan tenang, misi suruh aku teran
sekali lagi untuk keluarkan keseluruhan badan baby.
Terdengar suara
nyaring baby aku menangis. Misi memberi salam pada baby. Alhamdulillah,
baby telah selamat dilahirkan tepat jam 4.34 pagi. Selesai sudah, aku
tengok suami aku berdiri melekat di tepi dinding. Masih panik barangkali
tengok situasi cemas tu. Setelah babyku diletakkan di dadaku, misi
terus membawanya keluar untuk membersihkannya, suamiku ikut sekali untuk
mengazankan baby, manakala 2 orang misi lain menjalankan kerja
keluarkan uri dan jahit menjahit. Alhamdulillah jahitnya pon tak banyak.
Siap semua, aku ditinggalkan sorang di
dalam labour room, tiba-tiba datang seorang lagi misi kearahku, sambil
tersenyum dia mengucapkan tahniah dan mengatakan baby aku unik dan murah
rezeki. Dia menerangkan keunikan baby aku tu, dan aku senyum tanda
gembira. Tak lama lepas tu, baby aku dibawa masuk dan aku disuruh
menyusukan baby. Ermm.. masa tu tak dapat digambarkan betapa lega dan
bersyukurnya aku dipermudahkan Allah segala urusan, dan aku tengok
babyku, adoi.. tak terkata gembiranya aku. Agak lama jugala aku disimpan
dalam labour room tu dan misi serta doktor masuk bersilih ganti untuk
melihat keunikan baby aku. Mereka kata 1st time Hospital tu menerima
baby seunik ini, dan semua kata baby aku insyaAllah murah rezeki. Aku
senyum sambil ucapkan terima kasih. Kalau ramai yang mendoakan murah
rezeki, semoga murah rezeki la keluarga kami. Semuanya bergantung pada
usaha kami dan izin Allah juga kan.
Jam 6.30 pagi, aku dibawa masuk ke wad,
oh yea, suamiku telah mendaftarkan aku masuk 2nd class wad. Cuma 6 orang
dalam 1 bilik, dan mempunyai 2 bilik air. Jujur aku katakan, aku memang
sangat-sangat berpuashati dengan layanan misi-misi dan doktor-doktor di
Hospital Sultan Ismail. Walauppon makanan yang disediakan adalah menu
orang berpantang, tapi tetap sedap. Mungkin sebab perut aku tengah lapar
dan kehilangan banyak tenaga. So melantak tak hengat la kan. Sepanjang
dalam wad tu pon, baby aku telah dikunjungi beberapa doktor yang ingin
melihat sendiri keunikan babyku itu.
Yer seperti biasa mereka kata, baby
ni murah rezeki nanti. Ermm… Nasib baik aku tak bersalin pada 16
September (hari 1 malaysia), kalau tak mungkin Menteri pon dapat tengok
keunikan baby aku. Nasib-nasib dapat masuk metro. (dah start perasan)
Sebab aku difahamkan pada 16 September tu ada menteri datang melawat
ibu-ibu bersalin dan memberi hadiah berupa hamper pada setiap ibu dan
baby.
Tengahari tu, aku dibenarkan pulang,
bersyukur sangat sebab aku tak duduk lama dalam wad. Dan baby pon sangat
tak banyak songeh, macam dia tau-tau je aku tak suka duduk lama kat
wad, so dia cepat-cepat kencing dan berak. So settle masalah aku.
Sekarang lagi 3 hari baby aku nak masuk 6 bulan. Seawal usia 5 bulan,
dia telah tumbuh 2 batang gigi bawah. Cepat je masa berlalu, rasa macam
baru semalam aku melahirkannya.
Comments
Post a Comment