Jangan Menghina Orang Lain
Ayat Al-Quran Yang Melarang Daripada Menghina Orang lain
Maksudnya:
"Wahai orang yang beriman! Janganlah
sesuatu puak (daripada kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan
puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih
baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak daripada kaum
perempuan, mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,
(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan
janganlah setengah daripada kamu menyatakan keaiban setengahnya yang
lain; dan jangan pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang
lain dengan gelaran yang buruk. Larangan-larangan yang tersebut
menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruknya
sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan
(ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya itu
maka merekalah orang yang zalim. "
(Surah al-Hujurat ayat 11)
Firman AlIah lagi yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah
kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang
dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah
dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan
keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang
lain. Adakah seseorang daripada kamu suka makan daging saudaranya yang
telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu
jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut)
dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima Taubat,
lagi Maha Mengasihani. "
http://busuk.org/ping/view/6588
Comments
Post a Comment