PANDUAN PENGKEBUMIAN[1]
1. Pengkebumian Jenazah
1.1 Sekurang-kurang kubur ialah yang dapat menahan daripada keluar bau dan daripada dibongkar oleh binatang buas. Yang sunat malah lebih sempurna ialah kubur yang luas, panjang lagi dalam. Dalamnya sedalam orang berdiri dengan dilebihkan setengah hasta lagi.
1.2 Jika tanah keras (tanah liat) maka bentuk kubur yang lebih afdal ialah yang berliang lahad tetapi jika tanah peroi (yang mudah runtuh) maka memadai kubur digali seperti parit. Sabda nabi s.a.w: "Kubur yang berliang lahad bagi kita dan kubur yang digali seperti parit adalah untuk umat (nabi) lain"
1.3 Semasa menggali kubur jika terjumpa tulang-tulang orang mati maka hendaklah ditanam di situ dengan sebaik-baiknya. Sabda nabi: "mematahkan tulang mayat sama seperti mamatahkan tulang orang yang hidup"
1.4 Orang yang mati samalah keadaannya dengan orang yang hidup iaitu dituntut menjaga kehormatannya dan dilarang melakukan sebarang perkara yang menghina dan menyakitinya.
1.5 Cara menurunkan mayat ke dalam kubur:
1.5.1 Sunat meletakkan kepala usungan jenazah di tepi kaki kubur.
1.5.2 Sunat mengeluarkan mayat dari pihak kepalanya dan dimasukkan ke dalam kubur (dari arah kaki kubur) dengan mendahulukan kepalanya.
1.5.3 Orang yang turun ke dalam kubur untuk menatang mayat dan meletakannya di tempatnya disunatkan seramai tiga orang dan disunatkan orang lelaki sahaja, sama ada mayat itu lelaki atau perempuan. Mereka dikehendaki dari kaum kerabat si mati yang dekat kerana mereka diutamakan Syarak. Jika si mati itu perempuan yang bersuami maka suaminya yang lebih utama.
1.5.4 Semasa memasukkan mayat ke dalam kubur disunatkan membaca: (…………………………………)
1.5.5 Sunat menutup (menaungi) mayat dengan kain lebar semasa menanam mayat sama ada lelaki atau perempuan.
1.5.6 Sunat meletakkan mayat di dalam kubur (dalam keadaan mengiring) di atas lambung (rusuk) kanannya serta wajib menghadapnya ke arah kiblat.
1.5.7 Sunat melekapkan muka dan kedua kakinya ke dinding liang lahad serta dibongkokkan sedikit badannya supaya tidak tertiarap kemudian disandarkan belakangnya dengan batu atau buku-buku tanah keras supaya tidak terlentang dan dialaskan kepalanya dengan batu atau tanah.
Kemudian hendaklah dibuka ikatan-ikatan kain kafan dan diselakkan dari pipi kanannya serta ditemukan pipinya itu dengan tanah supaya si mati berada dalam keadaan merendah diri.
1.5.8 Setelah itu wajib ditutup liang lahad dengan papan dan sebagainya supaya mayat tidak ditindih tanah.
1.5.9 Sunat bagi orang yang hadir meraup tanah tiga raup dan menjatuhkannya ke dalam kubur di pihak kepala mayat serta membaca pada raup yang pertama "………………………." Dan pada raup yang kedua "……………………….." manakala pada raup yang ketiga "………………………..".
1.5.10 Setelah itu ditimbus kubur. Sunat ditinggikan kubur sejengkal supaya mudah diketahui, diziarahi serta dijaga kehormatannya. Setelah ditinggikan kadar sejengkal maka lebih afdhal diratakan tanahnya daripada menjadikannya membusut tinggi.
1.6 Perkara yang dituntut setelah dikebumikan:-
1.6.1 Menjirus air sejuk yang bersih suci di atas kubur.
1.6.2 Setelah selesai menanam mayat, sunat bagi orang yang hadir duduk sebentar di sisi kubur bagi mendoakan si mati semoga ia dapat menjawab dengan betul soal malaikat dan semoga Allah mengampuni dosa-dosanya.
1.6.3 Menurut hukum Syarak bahawa sebaik-baik sahaja si mati dikebumikan, maka hendaklah:-
(a) Beristighfar (memohon ampun) baginya semoga
Allah mengampunkan dosanya.
(b) Berdoa memohon semoga Allah Taala menjadikan
iktikadnya tetap teguh berdasarkan kalimah tauhid- semasa ia disoal oleh malaikat (tentang tuhan, agama dan nabinya)
1.7 Sunat membaca talkin untuk si mati yang baligh dan berakal, sebaik-baik sahaja dikebumikan. Sebaliknya mayat kanak-kanak tidak disunatkan membaca talkin baginya.
1.8 Menabur di atasnya batu-batu kerikil, mencacak di atasnya ranting pokok yang masih hijau serta menanda kubur dengan batu nisan.
1.9 Liang hendaklah dikorek sekurang-kurangnya lima kaki tinggi.
1.10 Jenazah wajib diletakkan mukanya menghadap kiblat.
Panduan Ziarah:
2.1 Ziarah kubur adalah sunat kerana ziarah kubur dapat:-
2.1.1 mengingatkan orang yang hidup terhadap soal mati dan hari akhirat dan
2.1.2 membawa rahmat kepada orang mati dengan doa dan istighfar.
2.2 Sabda nabi s.a.w. : "Aku dahulu melarang kami menziarahi kubur, maka sekarang ziarahilah kubur" (Muslim)
2.3 Makruh bagi orang perempuan menziarahi kubur. Jika mereka melakukan sesuatu yang dilarang semasa berziarah seperti meraung-raung dengan ratap tangis, mendedahkan aurat, bercampur gaul dengan kaum lelaki dan sebagainya maka haram hukumnya.
2.4 Menziarahi kaum kerabat terutama kubur ibu bapa adalah sunat muakkad dan besar pahalanya. Maka bertambah pahalanya jika kubur ibu bapa diziarahi pada tiap-tiap hari Jumaat dan dibacakan surah Yasin di sisinya. Kebaikan mengenang ibu bapa dengan doa dan menziarahi kuburnya bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada anak-anaknya yang soleh tetapi anak yang derhaka. Dalam sebuah hadis diterangkan: "anak derhaka yang kematian kedua ibu bapanya kemudian ia (menyesal dan bertaubat) dan sentiasa berdoa untuk mereka nescaya ia diampuni Allah dan dikira sebagai anak yang taat"
2.5 Orang yang mati sentiasa merayu doa. Sabda Rasulullah s.a.w. "orang yang mati dalam kuburnya adalah seperti orang yang sedang tenggelam yang meminta pertolongan. Ia menunggu sampai kepadanya (rahmat) sesuatu doa dari anaknya atau saudaranya atau pun sahabat handainya. Apabila (rahmat) doa itu sampai kepadanyamaka tidaklah terkira sukacitanya dan dirasainya (rahmat doa itu) lebih berharga daripada dunia dan segala isinya. Sebenarnya hadiah orang yang hidup kepada orang yang mati ialah doa dan istighfar"
2.6 Adab menziarahi kubur:-
2.6.1 Hendaklah bersih dari hadas (sunat berwuduk).
2.6.2 Sebaik-baik sahaja sampai di tanah perkuburan, sunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur.
2.6.3 Setelah sampai dekat kubur kaum kerabat atau kenalan, hendaklah berdiri rapat di tepi kubur dengan mengadap muka si mati sampai memberi salam secara khusus kepadanya contohnya "assalamualaikum wahai ayahku".
Menurut hadis apabila seseorang lalu di hadapan kubur seorang Islam yang ia kenal di dunia dahulu lalu ia memberi salam kepadanya maka si mati bukan sahaja akan menjawab salam tetapi mengenali orang yang memberi salam kepadanya. Bahkan ia akan bergembira jika salam itu disertakan doa untuknya.
2.7 Selepas memberi salam, sunat membaca Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati.
2.8 Selepas membaca Quran hendaklah menghadap kiblat dan berdoa untuk si mati semoga Allah mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya kerana doa yang didahului bacaan Quran lebih diharap makbulnya.
Larangan:***
2.9 Makruh menghiasi kubur dengan disapu kapur.
2.10 Makruh mendirikan bangunan di atasnya, di tepinya atau mendirikan pakar atau tembok di kelilingnya, jika tanah itu bukan tanah wakaf dan bukan tanah masbalah (kubur lama).
2.11 Jika tanah itu tanah wakaf atau tanah masbalah maka hukum mendirikan bangunan atau pagar adalah haram kerana mengambil kawasan yang luas lebih dari sepatutnya dan membolotnya selama-lamanya sedang tanah itu untuk orang ramai.
2.12 Pihak berkuasa Islam berkewajipan meruntuhkan bangunan yang seperti itu.
2.13 Dilarang meninggikan kubur lebih dari sejengkal.
2.14 Makruh menulis ayat Al Quran atau lainnya pada batu nisan atau binaan kubur tetapi jika sekadar menulis nama si mati lebih-lebih lagi jika ia seorang alim atau seorang yang salih supaya kuburnya mudah dikenal dan diziarahi maka itu tidak dilarang malah amatlah baiknya.
2.15 Dilarang duduk di atas kubur atau memijaknya semasa berjalan di tanah perkuburan, bertelaku atau bersandar kepadanya (makruh). Jika terpaksa memijak kubur kerana tidak ada jalan lain yang boleh sampai ke kubur yang dituju atau kerana menggali kubur yang baru, maka tidaklah makruh.
2.16 Dilarang memasang lampu di atas kubur malah tidak sah jika diwakafkan atau dinazarkan.
--------------------------------------------------------------------------------
[1] Panduan Mengurus Jenazah, Sheikh Abdullah Basmeih, m.s. 52 - 62
AMALKAN
Galakkan ucap takziah dan tunjukkan kesedihan
Galakkan membantu keluarga si mati:-
Menguruskan rumah
Memasak untuk waris
Menderma wang atau bahan makanan kepada keluarga waris
Galakan doa untuk mayat
Tahlil 3 malam akan diadakan di masjid Al Muhsinin.
AMALAN YANG MENDATANGKAN FAEDAH KEPADA MAYAT
Doa –
Doa kebaikan
Doa keampunan
Doa kerahmatan
Doa keluasan kubur
Doa supaya tidak diazab /diringankan
Memberi salam kepada ahli kubur
Wakaf yang dilakukan semasa hidupnya
Ilmu yang diajar semasa hidupnya yang dimanfaatkan
Hubungan silaturahim dengan sahabat baiknya
Sebut-sebutkan kebaikannya
Menunaikan solat jenazah
Mensedekahkan hutang, melangsaikan hutangnya
JANGAN
Doakan kejahatan ke atasnya
Sebutkan keburukan dan kejahatannya
Berebut harta pusaka
Berkelahi sesama waris
Mengumpat, mencaci, menghina dan memaki mayat
Buang najis ke atas kuburnya
SELAMAT MAYAT DENGAN MELAKSANAKAN
Mempercepat pembahagian pesaka. Setiap waris wajib mengetahui sama ada dia berhak atau tidak ke atas pesaka.
Bahagi harta pusaka mengikut syariat setelah ditunaikan hak-hak yang berkaitan hartanya.
Bahagi harta pusaka mengikut syariat setelah ditunaikan hak-hak yang berkaitan hartanya.
Bayar hutangnya:
1. Hutang dengan manusia
2. Hutang dengan Allah iaitu spt Haji , Zakat , nazar dsbnya
Teruskan kebaikan yang dilakukan oleh mayat
Laksanakan wasiat dan hasratnya yang baik
Waris hendaklah amalkan kebaikan dan tinggalkan kejahatan supaya dosa kecuaiannya semasa hidup tidak berpanjangan.
Sentiasa berdoa : berdoa semasa teringatkannya atau semasa berdoa untuk diri sendiri.
1. Hutang dengan manusia
2. Hutang dengan Allah iaitu spt Haji , Zakat , nazar dsbnya
Teruskan kebaikan yang dilakukan oleh mayat
Laksanakan wasiat dan hasratnya yang baik
Waris hendaklah amalkan kebaikan dan tinggalkan kejahatan supaya dosa kecuaiannya semasa hidup tidak berpanjangan.
Sentiasa berdoa : berdoa semasa teringatkannya atau semasa berdoa untuk diri sendiri.
http://islamicundertaker.blogspot.com/2010/09/jenis-jenis-kubur.html
http://mkgraja.com/modules/content/index.php?id=31
Comments
Post a Comment