Aurat
Wanita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..
“Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta…”
Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :
ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh
membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (Riwayat Al-Bukhari, 7/11,
bab Zikir & Doa )
Suka saya utk mengambil petikan dari akhbar harian dalam segmen HIP baru-baru ini, yang bertajuk “ Seksi Juga Adalah Fesyen ”, statement ini adalah dari seorang pelakon tempatan kita yang diberi nama Rebecca Nur Al-Islam, sungguh sedap namanya sehinggakan kita dapat membezakan ini adalah MUSLIM dan bkan nama NON MUSLIM.
Apa yang saya ingin menyentuh disini juga betulkah dalam islam, bahawa gaya seksi mempunyai batas-batasnya??
Dan boleh menjaga batas diri dan memelihara maruah keluarga???
Adakah dengan gaya menutup aurat, menjadikan seseorang itu hidup dalam keadaan dunia hipokrasi dan kepura-puraan???
Adakah remaja tidak perlu hidup dalam kongkongan dan boleh mengenepikan amal islam???
Haruskah ita membezakan antara zaman dulu yg selalu berkemban dan skrg persepsinya telah berubah???
Ya… yang paling best dari petikan tersebut “ seksi juga adalah
fesyen. Saya tak ambil peduli, apa pun orang nakk kata. Saya tak pernah
kacau orang lain. Mungkin orang lain cemburu sebab tak ada nama macam
saya” yeah!!! Bagus dan betapa fahamnyer dia terhadap amal islami… sehingga terus mengetepikan islam tanpa menghiraukan orang lain…
Walhal, perangai inilah yang akan menyebabkan orang lain yang tidak
berdosa menjadi mangsa, dengan pendedahan berani mati untuk diazab
diakhirat ini, menambahkan lagi orang yg brhijab menjadi mangsa dek
kerana nafsu ganas mnusia… malah siapa lagi yang menjadi mangsa?? Iaitu
kanak2 yang juga masih tidak tahu dan mengerti akan soal – soal ini…
Ini lak bantahan wanita terhadap soal hijab ( petikan dari UZAR ) :
“Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol,
malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak
pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la
ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu
saya dengar bila isu ini ditimbulkan.
“Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?” Tanya saya kembali.
“Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?” Bingung sekali lagi mereka nampaknya.
“Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia
berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada
orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka
ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini),
ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan
macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu,
setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu
cemas dan mungkin menyesal”
“Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia
tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri
orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana
itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak
perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman,
akhbar, majalah dan novel lucah ” terang saya.
“Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?”
Balas mereka dengan penuh minat kali ini.
“Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada
seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak
mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan
kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti
secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya,
ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga
keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing” Jelas
saya
“Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum
sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu
kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur”.
Anda juga boleh membaca penerangan berkaitan dgn aurat ini di : klik jer sini…
Untuk jawapan kepada kak iman juga, pandangan lelaki terhdap wanita
dan pandangan wanita terhadap lelaki, bnyk yg mempengaruhi oleh
pandangan dan hasutan syaitan, sbb itulah bagi kita tidak dibenarkan
memandang wanita lebh dari sekali, kerana kali keduanya adalah haram…
kebanyakan org yang memakai jilbab apa yang berlaku sekarang ni… seperti
ditanah arab, ada dikalangan pelacur mereka masih berjilbab dan menutup
keseluruh anggota badan, ini dah menjadii fitnah besar di tanah arab..
piawaian dalam pemakaian jilbab dikalangan wanita yang masih tidak
mengikut nas2 yg disyaratkan… antaranya ialah apa yg diceritakan dalam
blog UZAR. Jangan dikatakan oran dewasa kekadang budak2 pun mampu
memberi komen terhadap mereka yang sedemikian.. dalam pendekatan ini,
saya ambil dari contoh SOLAT : apa relavannya solat kepada kita???
Sehinggakan dikerjakan sehingga lima kali sehari??? Samakah solat kita
dengan solat kuffar?? Or lepas solat ALLAH ada campakkan kita seketul
emas utk hasil dari kita tersebut??? So apakah relavan solat kita
itu???? Begitu juga memakai pakaian menutu aurat, insyaallah jika kita
menjaga keistimewaan berhijab itu dengan betul Allah akan menolong da
memelihara kita. So jika masih ada lelaki yang ghairah dengan perempuan
yang sedemikian maybe dia sorg ja kut mcm tu..
Sebab itu lah agama kita dapat dibezakan dengan agama2 lain, agama
kita mempunyai keterbatasan dalam setiap hal yang dilakukan bukan main
sambrono jer… dan ini juga membezakan iman seseorang, kita islam dan
mempunyai batas dalam setiap pandangan, tidak seperti orang afir yang
tidak mempunyai iman dan keterbatasan dalam pandangan. Jika gagalnya
rancangan pemakaian hijab ini, bermakna gagallah perancangan Allah, bila
Allah gagal, so dia bersifat kekurangan, sedangkan Allah tidak sama
sekali bersifat kekurangan ( mesti yakin akan Allah ), kerana kekurangan
hanya ada pada makhluknya sahaja.
So disini juga kita kena dan patut faham akan pensyariatan islam,
falsafah syariat islam ebih kepada mencegah… contohnya dalam hukum
hudud : curi = potong tangan apa relavannya?? Atau apa hikmahnya??
Bilamana syariat ini dijalankan org akan takut dan tidak akan mencuri
lagi…maka dia beri kesan pada orang yg masih dok mencuri dan belum
mncuri maka yg cdng nk mncuri x jd mncuri
Oleh itu juga kita kena yakin dan tidak memndang rendah akan soal
ini, kerana apa yang disyariatkan Allah ini mempunyai panduan dan
hikmahnya tersendiri, jika masih berlakunya masalah pencabulan rogol dan
sebagainya itu juga adalah ketentuan Allah…
Kepercayaan kepada ketentuan Allah itu adalah aqidah kita sebagai umat islam yang tak ada pada org kafir.
Dan antara relavan dan hikmahnya berhijab ini juga :
Dari hamba yang dhaif :
1- Islam mewajibkan hijab kerana untuk menjaga nilai harga diri yang mahal pada seseorang wanita.
2- Dalam agama islam ada hukum yang wajib pada setiap insan kerana untuk melambangkan kesatuan agama.
3- Konsep pemakaian muslimah di dalam islam menjamin
kesejahteraan di dunia dan akhirat. –Dunia : Tidak dinafikan setiap
manusia membara nafsunya dengan perasaan ingin tahu sama ada lelaki
atau pun perempuan, justeru itu jika kita guna fikiran yang waras untuk
mengkaji dalam hal ini, kita akan dapati dalam satu ibarat rumah yang
tertutup pintunya lebih sukar untuk dimasuki, adapun yang ternganga
sergah terbuka amatlah mudah untuk dimasuki. Islam mengajar kita supaya
berusaha untuk mencari kebaikan, bukan sahaja berusaha dalam pemakaian
bahkan dari semua aspek, pemakanan,percakapan,penglihatan dll agar semua
anugerah Allah ini digunakan dalam mencari keredhaanNya. Jika usaha
kita tidak berhasil bukan bererti kita gagal dan islam itu ada kelemahan
kerana kami percaya adanya balasan di mahkamah Allah di akhirat kelak.
4- Untuk membezakan kesempurnaan manusia berbanding binatang.
5- Untuk menambahkan pahala dalam mencapai syurga Allah. (Dunia
adalah penjara bagi yg mu’min dan syurga bagi yg kufur) –Kesengsaraan di
dunia hanya seketika, kedamaian di sana buat selamanya.
6- Untuk meninggikan syiar atau panji2 islam di muka bumi walaupun mati sebagai Syahid atau kemenangan sebagai kurniaan.
Ni jer yang mampu saya huraikan pada tajuk yang kak iman tnyakan ni… insyaallah kalau ada penambahan akanku beritahu kemudian…
Comments
Post a Comment