Burger Daging Ular Popular di Jakarta, Indonesia
 



Sebuah restoran di Jakarta, Indonesia menyediakan menu pelik, burger ular yang dibuat daripada ular tempatan.


Cara penyediaanya mudah sahaja. Pertama sekali, kepala ular akan dipenggal, kemudian dilapah untuk menghilangkan kulit dan sisiknya. Selanjutnya, ular dibersihkan, dagingnya dicincang hingga halus dan dicampur dengan bahan perasa. Daging ular ini kemudiannya digoreng dan siap disajikan dengan roti burger.

Menurut para pengunjung restoran ini, burger ular rasanya lebih kurang sama dengan rasa burger ayam. Hmm...ada yang teringin nak cuba? *erk

Comments

Popular posts from this blog