PENGHINAAN ISLAM..SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN?
Assalamualaikum...
http://busuk.org/ping/view/132821
Cerita
penghinaan terhadap agama Islam kebelakangan ini adalah cukup
membimbangkan. Umpama senario yang tiada noktah penghinaan demi
penghinaan. Dari ungkapan hinggalah berkarya. Dari yang berkelahirannya
kafir hingga berkelahiran Islam. Semuanya menghina kesucian Islam.
Persoalannya mengapa?
Pada
pendapat MKT, selagi umat Islam masih berpecah belah dan mementingkan
hal-hal peribadi, alamatnya selagi itulah Islam akan terus dihina dan
dipermain-mainkan.
Didikan
agama bukanlah persoalannya. Kerana adalah mustahil setiap insan yang
dilahirkan tidak dipusakai dengan agama. Hatta seorang umat Islam itu
jahil sekalipun, masih ada terdapat ibubapanya yang ada setitik ilmu
didalam dada mereka mengenai agama.
Umat
Islam adalah satu umat yang gah pada satu ketika dahulu tetapi mundur
apabila kedua-dua fenomena diatas dijadikan kiblat untuk kehidupan.
Perpecahan
demi perpecahan telah berlaku kepada setiap bangsa yang beragama Islam.
Ada sahaja agenda atau isu untuk dijadikan alasan untuk berpecah
walaupun ianya hanyalah perkara yang cukup remeh.
SILA KLIK UNTUK BESARKANNYA |
Tidak
perlu melihat keadaan di luar negara, cukup hanya melihat ke dalam
negara kita sendiri. Bersatukah bangsa Melayu Islam dibawah satu payung
perpaduan? Jika dalam keadaan sebegini, bagaimanakah kesucian Islam
dapat ditegakkan? dari sudut politik hinggalah ke kawasan kejiranan.
Dimulut sahaja mengaku melaksanakan Islam tetapi pada hakikatnya
perbuatan menjurus kepada munafik.
Kepentingan
peribadi diutamakan melebihi keperluan agama Islam itu sendiri. MKT
lihat masyarakat Melayu Islam sudah pupus nikmat memperjuangkan agama
apabila dijanjikan hal-hal yang berkepentingan dengan keindahan dunia.
MKT tidak menafikan betapa pentingnya duit di dalam kehidupan tetapi
perlukah sehingga menjual agama? menggadaikan agama? memajakkan agama?
Oleh
sebab itu MKT berpendapat jika kedua-dua mashalat ini dapat
dineutralkan ataupun diminimakan, insyallah umat Islam akan kembali
berjaya menjadi satu umat yang gah. Bahkan lebih gah dari umat Islam
yang terdahulu.
Comments
Post a Comment