Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat
Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat
Kejahilan
wanita Islam hari ini tentang penutupan aurat. Di manakah kesilapan
penutupan aurat wanita hari ini?. Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat/sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith : Allah
sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah
dalamnya) (Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd
Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut
Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita
jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan
para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka
para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai
respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa
At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan
dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk
berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian
menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
KESALAHAN KESEPULUH :
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan
suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi
mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian
kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya,
seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata
lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang
rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang
mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan
ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu
berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang
dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)
Sebahagian
wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia
adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT:
ertinya :
"Hendaknya
mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU
MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."
(an-Nur: 31)
Pengertian
khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup
kepala. Sedang apa yang disebut 'juyub' kata jama' (bentuk plural) dari
kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh
pakaian/baju.
Setiap
perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian
dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh
membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh
orang-orang yang jahat hatinya.
Menurut
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam
ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk
mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut
dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up
dan sebagainya.
Dalam
ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya
menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan.
Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh
karena itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa
terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya
sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan
apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.
Yang
berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus
dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua
tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah
apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha',
Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun
Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang
sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak
gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah.
Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih
diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut
Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang
biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai
gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk
berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai
kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu
semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi
jelas hukumnya adalah haram.
Namun,
kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh
untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau
mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di
zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai
paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
Tujuan Tuntutan Menutup Aurat
Tutuplah Aurat Kamu Wahai Sahabatku...
Berdasarkan
dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu
remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan
usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat
diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat,
maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak
luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar
nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan
mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada
disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
"
Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk
menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .."
Al-A'raf : 20)
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-
a) Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman :
"
Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh
menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)
Amat
jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja
yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru
barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia
menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan
dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.
b) Agar kaum wanita tidak disakiti
Bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.
c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.
Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »
Dari
sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah
sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam.
Kita dapat memerhati bagaimana 'trend' sesebuah organisasi atau
restoran hebat hari ini pasti meletakkan 'dress code' tertentu bagi
kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan
standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu.
Sebagai contoh, kita tidak akan dapat melihat individu berselipar Jepun
di sebuah Persidangan Antarabangsa di PICC, Putrajaya mahupun di
kalangan kakitangan PETRONAS di pejabat mereka di Menara Berkembar.
Semua menjaga 'standard' berbanding Tauke kedai runcit yang tidak
beruniform.
Justeru,
Islam adalah satu agama dan cara hidup yang profesional pastinya begitu
lengkap menyediakan panduan melengkapi setiap sudut kehidupan manusia.
Dari hal-hal yang sulit seperti urusan di dalam tandas hinggalah ekonomi
dan kenegaraan. Walaupun demikian, Islam tidak mengarah umatnya membuat
perkara yang tidak rasional, justeru, sudah tentu 'standard' pemakaian
yang diletakkan ini tidak membebankan bahkan ia amat bertepatan dengan
logik aqal manusia yang sihat.
e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.
Firman Allah ertinya : Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al-Mulk : 2)
===============================
Allah SWT berfirman :-
"Hai
Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan
jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih
memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka
tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
Jilbab,
iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum
wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi
menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka
suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan
rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan
yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan
kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu
sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu
tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan
dikenali sebagai wanita yang terpelihara ('afifah) serta tidak mudah
diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.
Jadi
jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan 'illah (alasan) utama
perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh
orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina.
Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena
tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang,
tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan
perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya
dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan
menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab
Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)
Ayat
ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat
yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik
bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.
Hijab Dan Aurat (1)
Haram= dibuat dapat dosa ditinggal dapat pahala
Wajib= dibuat dapat pahala ditinggal dapat dosa
Sunat = dibuat dapat pahala ditinggal tiada apa-apa
Makruh = dibuat tiada apa-apa ditinggal dapat pahala
Harus = dibuat tiada apa-apa ditinggal tiada apa-apa
(Ada beza antara istilah harus dalam Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu)
Muhrim = mereka yang haram dikahwini
Ajnabi = mereka yang boleh dikahwini
Hijab
Hijab ialah sesuatu yang digunakan untuk menutup sesuatu.
Aurat
*Aurat ialah sesuatu yang seseorang merasa malu jika ia terdedah.
*Aurat sesuatu yang dipandang tidak baik jika ia dibuka, didedahkan.
Aurat dalam solat
*Lelaki: semua anggota di antara pusat dan lutut. Pusat dan lutut mesti ditutup.
*Perempuan: seluruh badan, kecuali muka dan tapak tangan.
*Anggota aurat ini tidak boleh terdedah sewaktu solat. Jika ia terdedah ketika solat dikira batal
Di luar solat
*Lelaki: semua anggota di antara pusat dan lutut.
*Perempuan: seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
*Lelaki dan perempuan Islam haram mendedahkan anggota aurat.
Apakah tumit wanita aurat ?. Khilaf.......
1. Jumhur: aurat
Aurat
bagi mereka yang tabiat kerjanya tidak mendedahkan tumit. Bukan aurat
bagi wanita yang tabiat kerjanya mendedahkan tumit. (pendapat pilihan)
Aurat sesama wanita Islam
Anggota di antara pusat dan lutut. Haram sesama wanita Muslimah mendedahkan anggota di antara pusat dan lutut.
Aurat wanita Islam dengan wanita bukan Islam.
*Pendapat 1: seluruh badan, kecuali muka dan tapak tangan, kecuali perempuan kafir itu beradab mulia.
*Pendapat 2: sama seperti aurat dengan wanita Islam: anggota antara pusat dan lutut
*Pendapat 3: anggota yang pada kebiasaannya terdedah semasa wanita membuat kerja-kerja rumah: kepala, tengkuk, leher, tangan hingga ke siku, kaki hingga ke paras bawah lutut. (pendapat pilihan)
Aurat lelaki Muslim dengan lelaki dan perempuan Islam dan bukan Islam :
Anggota di antara pusat dan lutut.
Aurat pandang dan sentuh.
*Perbincangan di atas menjelaskan anggota aurat yang haram didedahkan antara silang jantina dan sama jantina.
*Perbincangan berikut menjelaskan hukum memandang dan menyentuh anggota aurat dan bukan aurat silang jantina dan sama jantina.
Pandang dan sentuh antara suami isteri:
*Suami harus lihat dan sentuh seluruh tubuh isteri, kerana jimak harus, maka pandang dan sentuh pun harus.
*Isteri harus lihat dan sentuh seluruh tubuh suami, alasan sama.
*Suami isteri boleh lihat faraj tetapi makruh.
Pandang dan sentuh silang jantina mahram:
*Lelaki mahram boleh melihat anggota-anggota bukan aurat : yang biasa terdedah sewaktu perempuan di rumah: muka, kepala, tengkuk, dua tangan hingga ketapak tangan, kaki hingga ke lutut.
*Lelaki
mahram haram melihat anggota aurat wanita mahram: yang bukan anggota
luaran di atas : dada, payudara, belakang, pinggul, paha dan faraj.
*Lelaki mahram boleh sentuh tanpa alas anggota bukan aurat mahram, jika aman fitnah.
*Lelaki mahram haram menyentuh tanpa alas semua anggota aurat wanita mahram.
*Lelaki mahram boleh menyentuh anggota aurat wanita mahram beralas jika aman fitnah.
Apa
yang boleh dan tak boleh dipandang dan disentuh lelaki mahram itulah
juga yang boleh dan tak boleh dipandang dan disentuh wanita pada lelaki
mahram, dengan perhatian bahawa aurat lelaki ialah anggota antara pusat
dan lutut.
Pandang dan sentuh sesama lelaki Muslim dan bukan Muslim.
*Lelaki Muslim boleh melihat dan menyentuh anggota bukan aurat lelaki Muslim dan bukan Muslim
*Lelaki Muslim haram melihat dan menyentuh anggota aurat lelaki Muslim dan bukan Muslim
Lelaki boleh kucup (bukan bibir) lelaki yang baru kembali dari perjalanan jauh jika aman dari fitnah.
Pandang dan sentuh antara lelaki dan lelaki cantik.
*Lelaki cantik ialah lelaki yang memiliki kecantikan dan perawakan mirip wanita.
*Lelaki boleh melihat dan menyentuh lelaki cantik tanpa syahwat
*Lelaki haram melihat dan menyentuh lelaki cantik dengan syahwat
Pandang dan sentuh antara perempuan Muslim dan bukan Muslim.
*Perempuan Islam boleh melihat seluruh anggota wanita bukan Islam kecuali anggota di antara pusat dan lutut
*Perempuan
bukan Islam boleh lihat anggota wanita Islam yang boleh dilihat oleh
lelaki mahram: rambut, kepala, muka, tengkuk, dua tangan hingga siku dan
kaki hingga ke paras lutut
Pandangan dan sentuhan yang diharuskan ialah yang tidak disertai syahwat.
Pandang dan sentuh silang jantina ajnabi.
*Konsep dasar dalam persoalan ini ialah tuntutan syarak supaya merundukkan pandangan.
*Perempuan dan lelaki ajnabi boleh lihat anggota bukan aurat atas keperluan muamalat
*Perempuan dan lelaki ajnabi haram melihat anggota aurat
*Perempuan dan lelaki ajnabi haram menyentuh tanpa alas anggota aurat dan bukan aurat kerana tidak ada keperluan.
Keharusan pandang dan sentuh dengan syarat tanpa syahwat dan aman fitnah.
Lihat dan sentuh antara silang jantina ajnabi kerana hajat/darurat.
Lelaki dan perempuan boleh lihat dan sentuh anggota aurat (termasuk faraj) kerana hajat dan darurat :
- Kadi dan saksi boleh lihat aurat wanita untuk keperluan fungsi sebagai saksi dan kadi.
- Lelaki dan perempuan ajnabi ajnabi boleh lihat anggota aurat untuk tujuan perubatan.
- Lelaki ajnabi boleh lihat wanita untuk tujuan kahwin. Syarat boleh lihat :
1.Lelaki terbabit yakin ibu bapa perempuan itu akan menerimanya
2.Lihat tanpa syahwat
3.Lihat kadar yang harus sahaja
- pendapat 1: muka dan tapak tangan sahaja
- pendapat 2 : anggota yang pada kebiasaannya terdedah, muka, tengkuk, kaki dan tangan.
- pendapat 3 : tempat-tempat yang biasanya ada daging.
- pendapat 4: semua tubuh kecuali faraj dan dubur
Pendapat pilihan: anggota yang mudah terdedah dengan tidak
membataskan kepada muka dan tapak tangan.
4.Boleh lihat perempuan yang hendak dipinang sahaja.
Hijab Dan Aurat (2)
Melihat perempuan tua
Perempuan tua bermaksud perempuan yang tidak lagi merangsang syahwat.
Boleh dilihat anggota yang pada kebiasaannya terdedah
Melihat anak perempuan yang masih kecil
Lelaki
ajnabi boleh melihat seluruh badan anak perempuan masih kecil yang
belum lagi merangsang syahwat. Jika merangsang syahwat haram.
Melihat gambar / bayang / adegan silang jantina ajnabi .
Gambar
dan bayang seseorang dapat dilihat dalam keadaan berikut: gambar ,
filem, bayang dalam cermin, di sebalik cermin lut sinar dan di sebalik
air jernih. Berbagai pandangan dan khilaf fukaha' dalam masalah ini. Ia
disimpulkan seperti berikut.
1.Gambar.
a. Boleh lihat gambar silang jantina ajnabi yang menutup aurat.
b. Boleh lihat gambar suami/isteri walau pun tidak menutup aurat.
c. Haram lelaki melihat gambar perempuan ajnabi yang hanya tutup anggota antara pusat dan lutut. Dengan syahwat atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan harus jika tanpa syahwat.
d. Harus
wanita melihat gambar lelaki ajnabi yang hanya menutup anggota antara
pusat dan lutut tanpa syahwat. Haram jika ada syahwat.
e. Haram
lelaki dan wanita melihat gambar lelaki dan wanita bogel dengan syahwat
atau tidak. Ada pendapat mengatakan boleh jika tanpa syahwat.
2.Gambar bergerak (seperti filem)
a. Boleh lihat gambar bergerak lelaki dan perempuan ajnabi/yah yang menutup aurat.
b. Boleh lihat gambar bergerak suami/isteri walau pun tidak menutup aurat.
c. Haram
lelaki melihat gambar bergerak wanita ajnabi yang hanya menutup anggota
antara pusat dan lutut. Dengan syahwat atau tidak. Ada pendapat
mengatakan harus jika tanpa syahwat. (pendapat pilihan, haram)
d. Haram
melihat gambar bergerak lelaki dan wanita bogel. Dengan syahwat atau
tidak. Ada pendapat mengatakan harus jika tanpa syahwat. (pendapat
pilihan, haram)
3. Melihat bayang dalam cermin dan jasad di sebalik kaca lut sinar atau air jernih.
a. Hanafiyah,
haram melihat faraj dan aurat wanita (termasuk lelaki) di sebalik kaca
lut sinar atau di sebalik air jernih. Harus melihat bayang-bayang aurat
wanita (dan lelaki) dalam cermin. Bezanya, yang dilihat di sebalik kaca
lut sinar dan air jernih ialah jasad, sedangkan bayang dalam cermin
adalah bayang-bayang jasad, bukan jasad.
b. Mazhab
Zaidiyah, haram melihat aurat wanita (dan lelaki) di sebalik kaca
telus, air jernih atau bayang dalam cermin atau lainnya.
c. Pendapat pilihan, haram. Alasannya, tujuan pengharaman.
4. Melihat adegan-adegan sex.
Adegan-adegan sex boleh diklasifikasikan seperti berikut:-
a. Single
x, jika adegan itu filem, harus dengan syarat tanpa syahwat. Haram jika
ada syahwat, di sebalik cermin lut sinar, di sebalik air jernih atau
bayang-bayang dalam cermin.
b. Duble x, haram dengan syahwat atau tidak. Di sebalik kaca, filem atau lainnya
c. Triple x, haram dengan syahwat atau tidak. Di sebalik kaca, filem atau lainnya.
d. Harus suami isteri melihat adegan sex mereka dalam filem, bayang dalam cermin atau lainnya.
Melihat semua kes ini kerana hajat atau darurat syar`ie dibolehkan sekadar keperluan.
Telanjang
Bertelanjang
ditegah (Kisah seorang lelaki pikul batu kemudian kainnya tertanggal,
beliau terus memikul batu hingga sampai ke tempatnya, kemudian baru
mengambil semula kainnya. Perbuatan itu diperbetulkan oleh Rasulullah
s.a.w.)
Bertelanjang bersendirian dalam khulwah juga ditegah. Sabda Rasulullah s.a.w.
"Allah lebih berhak untuk dimalui dari manusia".
Boleh mandi bertelanjang jika di dalam bilik bersendirian.
Boleh mandi telanjang suami isteri.
Berselimut telanjang.
Lelaki ditegah berselimut telanjang bersama lelaki lain, sekalipun keluarga terdekat. Begitu juga perempuan.
Adakah suara wanita aurat
Ada pendapat mengatakan suara perempuan aurat.
Ada pendapat mengatakan tidak.
Kesimpulannya:-
Suara
wanita bukan aurat kerana ia suara perempuan. Tetapi ia aurat kerana
sebab lain yang mendatang. Oleh itu tidak di tegah memperdengarkannya
kepada ajnabi bila ada keperluan.
Lelaki ajnabi juga tidak ditegah mendengar suara wanita ajnabiyah, dengan syarat suara itu tidak sengaja dimanja-manjakan, dilembut-lembutkan atau dikuat-kuatkan.
Lelaki ajnabi haram mendengar suara wanita dengan tujuan menikmatinya sekiranya beliau ada kemungkinan terfitnah/tergoda.
Beri salam antara lelaki dan wanita ajnabiyah.
Ada tiga pendapat:
a. Haram, dengan syahwat atau tidak. Ini merujuk kepada pendapat yang mengatakan seluruh badan perempuan adalah aurat.
b. Haram jika ada syahwat, dengan tujuan menikmati tangan wanita atau tidak aman fitnah. Pengharaman ini didasarkan kepada (menutup pintu kejahatan/maksiat)
c. Rukhsah bersalaman dengan perempuan yang tidak lagi merangsang sex, kanak yang belum merangsang sex
Ketiga-tiga pendapat ini mengemukakan hujah masing-masing. Meneliti kepada perbincangan para fukaha' ini kita tidak ragu-ragu membuat kesimpulan berikut:
a. Bersalaman
silang jantina ajnabi harus dengan syarat tanpa syahwat, aman fitnah,
tiada unsur ingin menikmati satu atau dua pehak. Jika syarat ini tidak
dipenuhi bersalaman silang jantina ajnabi adalah haram.
b. Keharusan
bersalaman silang jantina ajnabi mestilah dibatasi kepada hajat. Ia
juga sepatutnya dibatasi kepada keluarga terdekat atau keluarga
persemendaan. Tidak ada keperluan dan tidak ada hajat untuk ia
diperluaskan kepada yang lain. Amat baik jika lelaki dan wanita Islam
tidak memulakan salam silang jantina ajnabi. Tetapi jika orang lain yang
memulakan sambutlah. Mungkin di situ ada hajat atau adab untuk
memelihara air muka orang, terutama dalam majlis-majlis rasmi, ada
liputan akhbar yang bukan di bawah kawalan kita.
Dengan
ini mereka yang melakukannya atas dasar-dasar di atas tidak merasa
janggal atau merasakan dia telah mengabaikan ajaran agamanya. Dan supaya
perbuatannya tidak dianggap salah oleh orang yang melihatnya. Masalah
ini adalah masalah ijtihadiyah...
Comments
Post a Comment